Jika andaian itu merujuk kepada PM adalah salah sasaran. Mungkinkah ia merujuk kepada Pegawai Kerajaan Yang Paling Berkuasa (?)
Atau andaian MOF1 itu merujuk kepada lebih dari satu orang, satu team dan kesepakatan.. You Help Me I Help You.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
WORLDCOIN dan AI
PERKENALAN Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...
-
Plan 'Investment' dalam Aurawave2u lebih selamat dan sihat , TIADA OVERPAID - dapatkan maklumat di www.mudahkaya01.bl...
Bacalah CNN: the controversial practice that made millions. Dan Klinton di tuduh bawa masuk USD 170 juta tanpa diketahui statusnya. Sesudah baca apakah anda masih percaya Doj benar2 bebas? Bacalah.
ReplyDeleteKerja lain banyak lagi yg boleh dibuat.... ini asyik menjaga tepi kain orang je.
ReplyDeleteKita ni, jangan jadi Melayu yang tak bertanggungjawab dan mudah melatah.
ReplyDeleteApa yang DOJ cakapkan baru baru ini, hanya mengesahkan apa yang the EDGE, Sarawak report dan seangkatan dengannya telah warwarkan dahulu lagi. Anuwar Ibrahim telah menyatakan kebimbangannya tentang pengurusan dan strategi 1MDB, saya rasa di tahun 2014. Yang jelasnya, perkara ini telah di bangkitkan di dalam negara sebelum DOJ Amerika Syarikat mengesahkannya.
Tetapi, mana sistem perundangan Malaysia, termasuk badan kehakiman, badan sekuriti (polislah tu) badan pencegah rasuah, badan parlimen, badan mufti/alim ulama yang bangun meminta kerajaan Malaysia bertanggungjawab? Maksud saya di sini, mana mereka yang mempunyai kredibiliti, kuasa undang undang dan legislatif yang bangun meminta kerajaan malaysia bertanggungjawab dan menjelaskan dengan benar?
Jho Low dah di tangkap untuk di siasat? Riza Aziz? pengurusan 1MDB? Pengurusan SRC? Pengurusan Bank Negara? Pengurusan CIMB dan sebagainya?
Apakah Melayu langsung tiada ilmu di dada yang dapat menilai kebenaran, maruah, budaya pengurusan yang konsisten dengan sistem keadilan ala dunia (tak kira lah, cara barat, cara confusius, cara timur hara kiri ke) dan sistem lkeadilan ala Islam?
Laporan DOJ Amerika Syarikat hanya sekadar mengatakan apa yang kita andaikan sebagai perkara benar. Makanya, kenapa kita nak menuduh DOJ sebagai hasil laporan kafir, kita tolak? Ilmu roket sains, ilmu akauntasi, ilmu audit, ilmu bedah, ilmu buat serbuk letupan (gunpowder) datang dari orang kafir, pandai pula kita terima. (yes I know, ilmu semuanya bersumber dari Islam dan Alquran dan secara hakikinya, dari Allah SWT) tapi mamat kafir ini, kembangkan ilmu ilmu ini dan kita guna pakai. hanya pada ilmu menyiasat maoney laundering, yang bersumber dari orang kafir, kita tolak...piiiirah, haikk tuihh.
So kita kata, mana ada bukti ada berlaku penyelewengan dalam pengurusan 1MDB. Kita dah siasat dan peguam negara dah putuskan. hmm, bila ada ilmu dan akal, kita bodohkan diri kita sendiri, beginilah jadinya. Kalau begitu dan tidak berlaku kesalahan, kenapa the EDGE dulu di tutup? Kenapa di OSA kan PAC report? kenapa ahli PAC mengtakan ada ayat yang telah di ubah atau di buang tanpa restu semua ahli PAC? Akal yang sihat akan kata, apa yang nak di sorokkan? Islam sendiri suroh umatnya mencari dan menguasai ilmu. Bila umat Islam di Malaysia sudah mencari dan berilmu, dan mereka menyakan soalan begini, apa yang diorang dapat? di tangkap oleh pihak berkuasa. Dangkal nya maruah kita dengan berkata, tiada bukti untuk mengtakan kesalahan. Untuk dapatkan bukti dan untuk mengetahui bukti, kita perlu penghakiman di mahkamah...so orang bank negara boleh tunjuk perjalanan wang. Orang income tax boleh confirm pembayaran cukai. Polis boleh confirm siapa penderma dan sebagainya. Baru dapat bukti dan baru kita boleh pertahankan hak dan maruah semua pihak yang terlibat.
.
Baru kita sambut merdeka dengan jiwa yang merdeka
jangan lah perhatian kita di songsangkan dengan laporan DOJ. Kita sendiri yang bersalah kerana terlalu taksub dengan Melayu sampai kita terlupa yang Allah SWT yang mengatur segala perjalanan kita dan telah tertulis di Kitab Luh Mahfuz. kita takut kalau Melayu UMNO tak jadi pemerintah, DAP akan jadi pemimpin kita. Kita takut kalau Melayu UMNO tak memerintah, puak pembangkang akan hancurkan Malaysia. sebab itu, UMNO mesti di pertahankan habis habisan atas nama Melayu dan ketuanan Melayu, janji ayam kita menang, kampung tergadai pun tak mengapa
ini pemikiran Melayu yang bacul dan datuk nenek kita dan anak cucu cicit kita akan meludah di batu nisan kita dan berkata....pengkhianat