AMARAN: ANALISA BODOH DAN SYOK SENDIRI, JANGAN RISIKOKAN TEKANAN DARAH DAN JANTUNG ANDA DI SINI
Jika hari ini umno dan kerajaan diserang hebat adalah kerana kesilapan awal yang dibuat oleh umno dan kerajaan kerana gagal memisahkan isu peribadi Najib fengan isu parti dan kerajaan.
Menjadikan isu peribadi keluarga najib sebagai isu parti dan kerajaan adalah kesilapan besar sehingga mengheret parti dan kerajaan menjadi bahan lawak dan kecaman seluruh dunia. Negara dan rakyat dipandang begitu sinis.
*Dalam situasi ini, Paklah harus dipandang tinggi akan pengorbanan, prinsip dan budi pekertinya ketika membuat keputusan berundur*
Isu moral dan etika tidak semestinya semata mata mesti dibuktikan di mahkamah malah jika dihalusi ia sebenarnya ia sudah disekat dan dihalang diperingkat awal.
Benarlah bahawa bau bangkai itu sudah mencukupi untuk memaklumkan memang ada gajah mati yang disembunyi dan dilindungi.
Akhir masa tulang belalang pasti terjumpa juga. Sejarah tidak akan pernah berbohong pada kita.
Penubuhan BERSATU adalah petanda kegagalan dan kesilapan bessr umno dan kerajaan melihat isu dengan kebijaksanaan.
Mempertahankan individu dengan mempertaruhkan parti dan kerajaan ke arah kehancuran.
Asas perjuangan dan jati diri umno sudah parok, tiada lagi jalan keluar dalam ketika melucur laju di cerun curam, tiada lagi maaf buat umno kerana pemimpinnya memilih jalan yang sesat dan salah.
Pembentukan BERSATU menjadikan parti lain berasas Melayu bertambah kuat. AMANAH parti setahun jagung tetapi sangat kuat mencengkam di bumi Johor dan Kelantan.
Sukar untuk dipercayai PAS tidak dapat membendung keghairahan ahli berhijrah ke parti mat sabu gara gara kegilaan Hadi bermadu cinta dengan Najib dan sikap pandang remeh PAS pada perkembangan AMANAH.
BERSATU juga jika dibiarkan hingga 2018 akan menjadi ancaman yang sangat besar pada UMNO selagi Najib di situ. Perkembangan BERSATU yang disokong AMANAH dan PKR sudah tentu maju dan kuat.
Satu kerjasama peringkat awal sangat dikagumi menunjukkan teori perpecahan Melayu yang dimomokan umno tidak benar.
Malahan semakin jauh DAP mengasingkan diri dengan BERSATU, ia menjadikan umno peluruless.
BERSATU tidak lagi perlu bergantung kepada Tun Dr Mahathir kerana kepimpinan di peringkat cawangan bahagian dan pusat sudah terbentuk.
Mereka bukan orang lain, mereka adalah bekas pemimpin umno di peringkat pertengahan dan grass root yang belum tercemar atau yang tidak dapat dibeli yang memilih untuk kesinambungan perjuangan sebenar umno untuk diterapkan ke dalam BERSATU untuk dilaksanakan secara mulia dan bermaruah.
Memang sebahagiannya antara yang kalah di peringkat Bahagian, kalah kerana tewas di tangan "kuasa duit" dan mereka yang kalah, kalah semua.. Satu prinsip yang salah di peringkat kepartian. Yang kalah telah dinafikan untuk memberi sumbangan.
Mukhriz sendiri tewas dalam pertandingan Naib Presiden semata mata demi menyelamatkan Hishamuddin.
Hari ini mereka memilih BERSATU sebagai landasan perjuangan. Harimau yang cedera sangat merbahaya berbanding dengan harimau montel yang selesa dalam sangkar zoo... Auwww
Besok, kalau ditakdirkan Azmin, Mat Sabu atau Tuan Ibrahim menjadi PM pertama tanpa umno, ia bukan satu lagi mimpi.