Sunday, January 22, 2017

DALANG DAN PENGKHIANAT SUDAH DIKENAL PASTI..

Mungkin itu satu kesimpulan awal yang boleh dibuat.



PAS yang kini berada di kekuatan yang maksima,  King Of Maker dan mampu menang semua kerusi yang ditandingi mungkin terhalang oleh Pakatan Harapan,  BERSATU atau umno.

Dengan perkhabaran gah,  akan juga bertanding di kerusi yang ada calon DAP, sudah pasti PAS begitu yakin non-muslim boleh menerima mereka lebih lebih lagi kerana telah  berjaya mengagih agihkan limau mandarin kepada kaum Cina di Kuala Terengganu baru baru ini.

Dengan lebih banyak play safe dan "Diam Bijaksana" dalam isu 1MDB,  GST,  MKN,  forest City,  Look China Hutangi sudah tentu satu satunya isu hidup mati PAS sdalah menjuarai RRU355 yang akan dibawa dijaja ke seluruh pelusuk negara sebagai wira.

Setakat mana RRU akan diluluskan oleh Parlimen kalau pembentangan seterusnya akan dibuat oleh kerajaan BN belum pasti,  apakah akan ditangguh lagi.

Apakah umno akan mengutamakan parti simpanannya dari parti tetap komponen BN yang lain (?)

Jangan sampai jadi cerita pak pandir melawan urus,  yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran atau dalam peribahasa moden, The Return Of Maker as King Of Beggar.


# Pesanan kepada Nik Abduh,  Mahathir mungkin sedang mensucikan dosa atas kesilapan masa lalunya dengan kembali berada di landasan yang betul,  menolak umno.

PAS di era Nik Aziz, 20 tahun cuba menolak umno tetapi gagal dan hari ini apakah Nik Abduh tidak terasa mengkhianati perjuangan bapanya sendiri dengan menyokong umno.

Bermaruah sangatkah Nik Abduh dan PAS dalam isu 90 juta sehingga ke hari ini bayang saman pun tak nampak (?)
Sucikan diri terlebih dahulu sebelum boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Mahathir.

Fikir fikirkanlah.






Saturday, January 21, 2017

KALAU BAB BERCAKAP, GUNUNG JADI CAIR



Selepas siasat,  hantar kepada siapa,  lepas tu apa jadi...

ZAHID TAHU SIAPA PUNYA KERJA...


APAKAH UMNO SUDAH TIDAK SAYANG ZAHID




# Zahid jangan kecewa atau terkejut,  orang yang lebih berjasa dari dia pun seperti Mahathir dan Muhyiddin,  sudah diejek dan diperlekehkan bagitu sahaja... Itulah politik cash is king.

# Zahid jangan ulang kesilapan itu,  teruskan jadi pemimpin yang "baik" di dalam umno.




Friday, January 20, 2017

APA MELAYU MAHU DARI DAP

Apabila ada lagi yang lebih teruk dari DAP... 


Kuala Lumpur milik semua bangsa,  semua status sosial, cadangan mesti relevan... 








Siapa yang perlu takut kepada DAP (?)
Pemimpin umno atau orang Melayu (?)

Kenapa pemimpin umno takut kepada DAP (?)
Kenapa orang Melayu perlu takut kepada DAP (?)

Tak mungkin kedua duanya mempunyai sama motif dan alasan. 

DAP tak bertanding lawan umno pun di mana mana kawasan pilihanraya. 

Katanya kalau pembangkang menang,  DAP yang akan jadi ketua.

Kalau dia menang banyak kerusi memang itu law demokrasi. Rakyat telah memilihnya, layaklah dia jadi ketua. 

Proses yang sama sekarang,  umno menang banyak kerusi,  jadi ketua,  jadi PM,  so whats the problem? 

Bertanding atas satu kumpulan atau barisan,  jika umno hilang kerusi ertinya orang melayu lain dari parti lain yang menang,  orang Melayu kekal majoriti walaupun bukan dari parti yang sama. 

Pandai pandailah mereka nak pilih siapa... Itu bukan jadi hal umno lagi, you are fired. 

Cuma mungkin satu saja permintaan orang Melayu kepada DAP nanti,  tolong syorkan kepada kerajaan baru supaya siasat ke akar  umbi segala bentuk rasuah,  penyelewengan dan salahgunakuasa. Heret kesemuanya ke muka pengadilan. 

Apakah orang Melayu takut nak buat permintaan itu kepada DAP (?)
Atau itukah yang sangat ditakuti oleh pemimpin umno (?)



# Konsep takut kepada DAP tidak tepat,  Pemimpin Melayu yang amanah dan berakhlak sudah cukup untuk menutup mulut DAP. 

BERSYUKURLAH BANGSA PERAK


Thursday, January 19, 2017

ANWAR, MUHYIDDIN MACAM DAH OUTDATED... BAGI SAHAJA PADA MUKHRIZ


Membersihkan imej Malaysia di dalam dan luar negara tidak mampu disucikan dengan imej sekadar petah pidato atau muka toyo minta simpati,  tidak boleh dibersihkan sekadar pakai songkok berlagak alim hafal sebaris dua ayat dan tiba tiba menyeru kebaikan.

Track rekod BERSIH diutamakan buat masa ini (walaupun ia bukan satu jaminan) untuk sesuai dan layak sebagai PM dari mana mana parti sekali pun. 

Tuan Ibrahim Tuan Man adalah antara calon yang layak jika dia terus bercakap benar dan menjarak kan diri dari isu 90 juta. 

# TPM bukan sahaja untuk DAP,  malah lain lain calon yang berprestasi tinggi dari komponen.  TPM wajar dari DAP atas sumbangan dan kekuatannya. 
Kalau dari MCA dan MIC memang tak sesuai, asyik menumpang undi Melayu. 


SEHARI DI IJTIMAK UMMAH SEDUNIA: SATU MUHASABAH

Alhamdulillah, kami rafa'kan setinggi kesyukuran kepada-Nya atas segala limpahan rahmat-Nya yang tidak terhitung. Pada hari ini, kami lancarkan satu ruangan baru penulisan yang akan merakamkan detik-detik manis sepanjang permusafiran kami ke mana-mana tempat, untuk dikutip ibrah dan faedahnya bagi manfaat bersama. Kami namakan ruangan ini sebagai "#TravelogMuftiWP"

1. Pada 14 Januari 2017, kami berkesempatan untuk bersama-sama menghadiri Ijtimak Tabligh Sedunia di Tongi, Dhaka, Bangladesh. Dengan izin-Nya, kami mendarat di Hazrat Shahjalal International Airport dengan selamat pada jam 11.30 malam. Waktu di sana 2 jam lebih lewat daripada Malaysia.

2. Kami disambut dengan penuh kehangatan mahabbah dan ukhuwwah Islamiyyah. Mereka adalah golongan yang amat memuliakan tetamu (ikram al-dhuyuf). Mereka berkhidmat dengan sepenuh hati, jiwa dan tenaga. Itulah mereka, jemaah Tabligh.

3. Kami solat Jamak Maghrib dan Isyak secara ta'khir di khemah. Kemudian, kami makan dan terus tidur dek kepenatan. Subuh kami keesokannya diimamkan oleh Maulana Sa'ad hafizahullah. Beliau membaca Surah al-Haqqah dan Surah al-Fatihah. Bacaan yang cukup meruntun hati di pagi yang hening. Alhamdulillah, kami berkesempatan bertemu dengannya. Bayan yang cukup indah dan sempat kami catat noktah-noktah pentingnya:

- Jemaah Tabligh tidak memandang rendah usaha jemaah-jemaah lain dan sentiasa meraikan usaha dakwah yang dilakukan.
- Ulama' adalah pewaris Nabi dan hendaklah sentiasa mengambil warisan Nabi SAW dan menyampaikannya kepada ummah.
- Tamsilan berkenaan air dalam ayat-ayat al-Qur'an sebagai keberkatan, kesucian, dan kerahmatan. Ambillah faedah air hujan yang sifatnya yang memberi berbanding air telaga yang sifatnya menerima.
- Para ulama' perlu melaksanakan usaha dakwah, mengajar, mendidik masyarakat selain bekerja untuk menyara hidup dan keluarga. Mereka perlu menjadi petunjuk dalam mengaplikasikan tatacara hidup yang cemerlang dalam kehidupan seharian.

4. Kami sempat menziarahi dapur masakan dan khemah-khemah Arab dan Malaysia. Selepas itu, kami sama-sama bersarapan dan bertemu dengan ramai ikhwah daripada Malaysia termasuk SS Mufti Pahang, Dato' Sri Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman.

5. Menginsafi hakikat ini, kami dapati mereka:

- Ikhlas dan jujur dalam perjuangan dakwah.
- Amat sabar dengan kerenah mad'u dalam menyampaikan dakwah.
- Begitu prihatin dan cakna dalam ibadah terutamanya solat, zikir dan membaca al-Qur'an.
- Membudayakan khidmat pada tahap yang tertinggi kepada tetamu dan cuba untuk merealisasikan sabdaan Nabi فليكرم ضيفه (maka muliakanlah tetamu).

6. Budaya seperti ini jika dapat diterapkan kepada hati-hati kita, nescaya jadilah kita golongan yang benar-benar memburu pahala dan syurga Allah SWT. Akhirnya, kami katakan kepada saudara-saudara kami daripada Jemaah Tabligh, جزاكم الله خير الجزاء. Semoga Allah masukkannya dalam mizan hasanat.

7. Sebelum berangkat pulang, sempat kami berbual dengan pimpinan jemaah Tabligh di Malaysia antaranya Maulana Abdul Hamid Chin. Beliau berkongsi dengan kami pelbagai kisah-kisah menarik untuk dijadikan pedoman. 

Antara para ulama' yang sempat kami temui adalah:
- Maulana Sa'ad (Amir Tabligh)
- Maulana Ihsan al-Haq (Khalifah Maulana Zakaria al-Kandahlawi)
- Maulana Khurshid (Ahli Syura Ulama' Pakistan)
- Maulana Delawar
- Maulana Shameem (Markaz Nizamuddin)
- Maulana Shaukat (Markaz Nizamuddin)
- Maulana Wasif al-Islam (Amir Bangladesh)

Akhukum fillah, 
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

----------------------------------------------------------
Ikuti perkembangan setiap hari Mufti Wilayah Persekutuan di laman sosial!
Instagram | https://www.instagram.com/drzulkifli.albakri
Twitter | https://twitter.com/drzul_albakri
Telegram | https://telegram.me/drzulalbakri
FB Page | https://www.facebook.com/drzulmuftiwp ; https://www.facebook.com/drzulkiflialbakri
Dapatkan jadual harian Mufti Wilayah Persekutuan di http://raudhah.co/drzulkiflialbakri

6ANGKA