Friday, January 20, 2017

APA MELAYU MAHU DARI DAP

Apabila ada lagi yang lebih teruk dari DAP... 


Kuala Lumpur milik semua bangsa,  semua status sosial, cadangan mesti relevan... 








Siapa yang perlu takut kepada DAP (?)
Pemimpin umno atau orang Melayu (?)

Kenapa pemimpin umno takut kepada DAP (?)
Kenapa orang Melayu perlu takut kepada DAP (?)

Tak mungkin kedua duanya mempunyai sama motif dan alasan. 

DAP tak bertanding lawan umno pun di mana mana kawasan pilihanraya. 

Katanya kalau pembangkang menang,  DAP yang akan jadi ketua.

Kalau dia menang banyak kerusi memang itu law demokrasi. Rakyat telah memilihnya, layaklah dia jadi ketua. 

Proses yang sama sekarang,  umno menang banyak kerusi,  jadi ketua,  jadi PM,  so whats the problem? 

Bertanding atas satu kumpulan atau barisan,  jika umno hilang kerusi ertinya orang melayu lain dari parti lain yang menang,  orang Melayu kekal majoriti walaupun bukan dari parti yang sama. 

Pandai pandailah mereka nak pilih siapa... Itu bukan jadi hal umno lagi, you are fired. 

Cuma mungkin satu saja permintaan orang Melayu kepada DAP nanti,  tolong syorkan kepada kerajaan baru supaya siasat ke akar  umbi segala bentuk rasuah,  penyelewengan dan salahgunakuasa. Heret kesemuanya ke muka pengadilan. 

Apakah orang Melayu takut nak buat permintaan itu kepada DAP (?)
Atau itukah yang sangat ditakuti oleh pemimpin umno (?)



# Konsep takut kepada DAP tidak tepat,  Pemimpin Melayu yang amanah dan berakhlak sudah cukup untuk menutup mulut DAP. 

36 comments:

  1. Jilatlah DAPigs tu. Kan dah makin jelas sekarang kau tu anjing DAPigs.

    APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

    Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

    Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

    BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

    Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

    Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

    Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

    Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

    Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

    Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

    Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

    Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau itu tulisan sendiri, aku bagi tiga bintang..
      Kalau copy paste aku bagi taik bintang..
      keris... Cuba lagi

      Delete
    2. Hang tak pernah rasa kerja di syarikat bukan melayu senanglah nak cakap....

      Delete
    3. 503 , Tiada specifik. Taktik basi.
      Hanya satu usul masukkan jarum, utk panaskan titik momokan atau jelekan,bagi orh Melayu ingat dan takut
      Samaada Cina , DAP, TunM, dsb. Usaha alih Tong Taek.
      PUNCA SEBENAR JhoLow,Klepet,Eric Tan, 1MDB, HUTANG...Tidak sekali Rakyat akan Lupa.

      Delete
    4. Bukan isu samada Melayu perlu takut kepada DAP atau tak perlu takut kepada DAP parti abang besar kepada parti PAN adik angkat si DAP. Komen berikutnya aku mmg copy paste daripada komen aku sendiri sebab dah banyak kali tulis benda yang serupa, pun masih ada orang Melayu yang tak faham faham bahasa mereka sendiri.

      Kita percaya orang Melayu yang bernaung di bawah parti pembangkang kesemua mereka mempunyai matlamat yang serupa sahaja dengan si DAP. Matlamat yang serupa untuk meruntuhkan kerajaan yang ada sekarang bagi digantikan dengan mereka sendiri yang perasan serba boleh didalam semua serba serbi. Modal utama mereka untuk menyerang pihak Kerajaan adalah isu “superstar” 1MDB yang sudah terkenal seantaro dunia. Persoalannya sekarang benar ke tuju arah matlamat mereka ini? Sebab bagi orang orang Malaysia yang berugama Islam tidak kira apapun bangsa mereka matlamat utama kita semua adalah untuk menuju ke akhirat dengan selamatnya. Samada kita tahu atau tidak atau suka atau tidak suka, kehidupan di dunia ini hanye lah sebuah transit point yang bersifat sementara sahaja.

      Bagi orang yang masih mengaku Islam tetapi duduk bernaung di bawah naungan parti pembangkang. Selagi mereka mengikuti Boss besar mereka si DAP tu, kita percaya mana mana orang Islam yg mahu untuk berfikir tidak kira apa pun bangsa mereka; tidak akan tergamak untuk memilih mereka. Semua orang tahu abang besar mereka si DAP adalah pendorong utama bagi gereja Evangelist untuk mensyirikkan kalimah ALLAH. Rata-rata sesiapa yang pro dengan cara dan pemikiran pemimpin pembangkang akan tetap bersetuju bahawa dosa mensyirikkan kalimah ALLAH kecil jer tapi “dosa” 1MDB terlalu dahsyat kesalahannya. Iye ke begitu?

      Isu 1MDB ni adalah isu duit, wang ringgit atau harta dunia. Pendek kata didalam bahasa yang mudah faham mereka bercerita bahawa sesungguhnya kita semua rakyat Malaysia sedang menderita sebab rezeki kita dah jadi sempit disebabkan olih 1MDB kata mereka. Hebat sungguh 1MDB ini sehingga tenggelam ALLAH yang Maha Agong lagi Maha Besar itu. Semua orang Islam yang mampu untuk berfikir dan mampu untuk menghayati kebesaran dan keagungan Pencipta tahu dan tidak akan mampu untuk menafikan bahawa sesungguhnya ALLAH lah yang memberi rezeki. Surah TAAHA ayat 132 “ ….Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”

      Sekarang ini mari kita lihat apa kata Al Quran lagi tentang dosa SYIRIK pulak. Surah An Nisa ayat 48 yang berbunyi “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”

      Tentang syirik lagi menurut makna kepada surah Az Zumar ayat 65 pula adalah sesiapa shj yang melakukan SYIRIK akan musnah semua amalan mereka. Daripada dalil di atas mana mana individu Muslim yang mahu berfikir sudah nampak sebesar mana 1MDB berbanding dosa SYIRIK.

      Kalau nak lihat samada kita sedang melakukan SYIRIK atau tidak mari kita lihat apa yang Rasulullah SAW sudah bersabda: “Barang siapa menyerupai suatu kaum. Maka dia tergolong daripada mereka.” (Sahih Ahmad)

      Apabila kita memberi sokongan kepada si DAP yang menjuarai usaha untuk mensyirikkan kalimah ALLAH bagi pihak gereja Evangelist untuk “political mileage” di kalangan orang bukan Islam maka kita pun akan dapat “saham” yang serupa seperti mereka walaupun kta tidak tahu.

      So agak agak tuan tuan patut tak kita memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin pemimpin politik Melayu yang masih bersekongkol dengan si DAP ini dan mengorbankan kehidupan di akhirat yang kekal abadi itu? Fikir fikirkan lah

      Delete
    5. 5.03
      aku pernah keje dengan cina, india dan melayu..india paling teruk, no 2 melayu. aku pernah diherdik oleh boss melayu sewaktu kenduri di rumah dia, aku pernah keje dengan seorang melayu yang belum dapat datuk dah berlagak jadi datuk..boss melayu ni suka buat kaum dia jadi hamba..sekarang aku keje dengan cina. tak de masalah pun. komunikasi dengan taukey2 aku macam kawan. aku pernah gaduh dgn boss cina aku pasal keje tp boss aku tak akan ambil hati sebab itu hal keje. Duit gaji tak pernah ada masalah. Bonus tiap2 tahun waktu raya cina. Waktu raya puasa siap kasi duit belanja untuk beli baju anak2 aku..

      Aku tulis berdasarkan pengalaman aku bekerja dengan beberapa syarikat..mungkin pengalaman org lain berbeza..

      Yang dok menakutkan rakyat kepada cina tak lain tak bukan UMNO je. sejak join UMNO dulu, mmg DAP akan dijadikan sebagai alasan untuk menakutkan ahli UMNO. Ini doktrin UMNO je..knp UMNO tak cakap pasal MCA dan gerakan? Ini hanya sekadar politik untuk menakutkan org ramai je..

      Hidup PPBM..

      Delete
    6. 6.08
      DAP boss besar? Ye ke? sebab dia menang banyak kerusi ke? semalam tertengok TV3 suku. Itu juga yang MO1 cakap tp lepas tu dia ada cakap pasal DAP minta jawatan TPM dari mahathir. Kalau dia dah ketua, perlu ke dia minta jawatan dari org lain?

      Syirik ke bila bekerjasama dengan DAP. Dari ayat2 Al Quran tuan kasi pun rasanye tak de kaitan pun. Syirik bermaksud menyekutukan Allah. Adakah bekerjasama dengan DAP bermaksud menyekutukan Allah? UMNO bekerjasama dengan MCA, MIC tak sama ke? Apakah bila kita bekerjasama dengan DAP, adakah kita akan menyerupai macam DAP? Sebenarnye saudara ni tak faham maksud syirik ni..bila tak faham mula le tulis benda yang tak betul..

      Memang 1MDB bab dunia. Bab dunia tak penting ke? saudara solat tak baca ke doa Fil dunyia wal akhirah? Tp saudara kena ingat, kesalahan yang dibuat di atas muka bumi ini walaupun melibatkan hal2 dunia, Allah akan ambil kira jugak. Betul tak?

      Saya tak sokong pun kalimah Allah digunakan oleh Kristian walaupun nama Allah (bukan direct translation. sy lupa istilah pe) ada disebut dalam bible sebab akan mengelirukan org2 Islam di sini terutama tuan..rujuk ceramah Sheikh Ahmed Deedat atau Dr. Zakir Naik..

      Betulkan saya kalau saya salah...

      Delete
    7. This comment has been removed by the author.

      Delete
    8. 6:08 :-

      Kalau nak lihat samada kita sedang melakukan SYIRIK atau tidak mari kita lihat apa yang Rasulullah SAW sudah bersabda: “Barang siapa menyerupai suatu kaum. Maka dia tergolong daripada mereka.” (Sahih Ahmad)

      Apabila kita memberi sokongan kepada si DAP yang menjuarai usaha untuk mensyirikkan kalimah ALLAH bagi pihak gereja Evangelist untuk “political mileage” di kalangan orang bukan Islam maka kita pun akan dapat “saham” yang serupa seperti mereka walaupun kta tidak tahu.

      So agak agak tuan tuan patut tak kita memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin pemimpin politik Melayu yang masih bersekongkol dengan si DAP ini dan mengorbankan kehidupan di akhirat yang kekal abadi itu? Fikir fikirkan lah.

      Jawapan:-

      1. Tidak ada sebarang kitab hadith yang bernama sahih Ahmad. Hanya ada 2 kitab sahih iaitu Bukhari dan Muslim.

      2. Hadith 'barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka ia dari kalangan mereka' tidak membawa maksud bermuamalah dengan sesuatu kaum.

      3. Kalimah yang diriwayatakn ialah 'man tasyabbaha' yang bermaksud 'barangsiapa yang menyerupai'. Ia tidak bermaksud bermuamalah dengan mereka. Bertahalluf politik adalah urusan muamalah dan bukan urusan ibadah.

      Sekiranya mengikut hujah dangkal penulis ini maka seluruh pemimpin dan pengikut Bani Abbasiyyah adalah menjadi pelaku syirik disebabkan ketika mahu menjatuhkan Bani Umayyah mereka turut berpakat dengan golongan kafir dan juga golongan dari firqah yang tidak diperetujui ASWJ seperti Syiah dsbgnya.

      4. Maka orang yang bermuamalah dengan Cina DAP tidak akan menjadi Cina ataupun menjadi kafir. Kalau pergi menyembah tokong itu cerita lain.

      5. Menuduh orang yang bersama DAP sebagai melakukan syirik hanya di atas alasan muamalah adalah pendustaan agama yang nyata untuk mendapatkan sokongan politik. Kalimah haq dengan penggunaan yang bathil.

      6. Sila rujuk hadith2 lain tentang menyokong pemimpin zalim dan khianat, dan bukan mengambil nas umum dan berikan hukum khusus apatah lagi hukum syirik. Ancamannya amat berat.

      7. Dengan menuduh orang bermuamalah dengan Cina kafir sebagai syirik, maka ia telah beramal dengan tasyrik (mensyirikkan orang lain) dan sekaligus juga takfir (mengkafirkan orang lain). Ini lebih besar dosanya dan akan berbalik kepada yang membuat tuduhan apabila tuduhan itu tidak benar.

      Penulis ini malah telah mengakui secara konstraktif 1MDB adalah satu pengkhianatan kepada amanah kepimpinan, tetapi mengatakan ia hanya soal wang dan bukan tentang syirik.

      Pada bab syirik telah pun saya jawab, ia bukan syirik dan hukum tasyrik ini boleh berbalik kod penuduh.

      Pada bab wang pula ketahuilah bahawa mencuri wang adalah satu dosa. Secara umum ia adalah perbuatan fasiq kecualilah sekiranya di dalam keadaan darurat.

      Ada pula 1MDB ia bukanlah sekadar kisah curi. Ia kisah menipu di dalam urusan dan penjelasan, mungkir ke atas janji, khianat kepada amanah, dan melampau2 dalam mempertahankan kebathilan.

      Mengikut hadith Nabi keempat2 perbuatan ini adalah tanda2 munafik. Kalau ada 4 semuanya maka lengkaplah ciri itu.

      Apa hukumya munafiq tak perlu dihuraikan. Semua dah tahu.

      Wallahu a'lam

      Delete
  2. Terbaik KD.
    RINGKAS, TEPAT, PADAT...Nothing to fear.
    * tp mcm biasa, keriskarat tu akan e ter frame dgn tujuan alih Tong Taek Low.
    Pedulikan pemakan ni .

    ReplyDelete
  3. Teruskan KD
    Sebenaqnya anjing anjing najib dah gabra....
    kita semuah ada maruah bukan macam ahli umnobn and pemimpin umno....
    kita tak makan rasuah and tak terima dedak from najib pencuri duit rakyat.
    teruskan KD and hidup bersatu and hidup pakatan ...

    ReplyDelete
  4. Pemimpim Umno sekarang dah tak bernilai 1 sen pun..Malang sekali org mcm keris berayun,mangkok ayun ni masih nak menyokong penyamun2 Ni.

    ReplyDelete
  5. Betullah kita perlu takut kpd DAP.

    DAP telah membawa masuk zionis melalui APCO dan Goldman Sachs. DAP juga yang menjual hartanah2 di Malaysia kepada komunis China.

    Dulu kita ada pertahanan udara di Sungai Besi yang dekat dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan strategik untuk pertahankan kedua-dua Bandaraya ini tetapi DAP telah serahkan kem yang strategik ini kepada negara China sebagai timbal balas negara China mahu berikan kita hutang.

    Sekrang ni pun DAP telah membuat projek Forest City dengan membukan hak seluas-luasnya untuk warga China komunis membuka komuniti sendiri di dalam wilayah ini. Yuan boleh digunakan sama seperti ringgit.

    Keluarga peneroka Felda juga patut takut kepada DAP sebab DAP telah gunakan wang Felda untuk membeli hartanah dengan harga luar biasa di luar negara. Kalau hartanah berharga 10 juta DAP beli dengan harga bertulis 20 juta. Jahat sungguh DAP merembat baki 10 juta di antara mereka.

    Sekarang ini DAP di dalam proses menjual balik kesemua hartanah2 tersebut untuk dapatkan cash. Beli dan jual serta-merta sebab DAP dapat rembat komisen sekali lagi.

    Peneroka tak perlu bimbang. Nanti Felda yang diterajui oleh DAP akan beri wang saguhati hasil jualan hartanah di antara 500-1000 setiap peneroka.

    Oleh yang demikian kesemua orang Melayu terutama peneroka Felda hendaklah bersatu hati menyokong UMNO sebab semua kerja-kerja jahat yang disebut di atas adalah perbuatan DAP.

    DAP ni anti Melayu sebab tu mereka lakukan kesemua perkara di atas. Sokonglah UMNO demi agama bangsa dan negara.

    #BelieveinMO1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik bro...hehehe ada yang berasap telinga sampai ke kepala.

      Delete
  6. http://mohdsaifulbukhari.blogspot.my/2017/01/trump-movement-dan-kerajaan-malaysia.html?m=1

    .... tetbaik dari blogger ini.... ini yg rakyat mahu bukan kelompok yg jadi..anjing anjing dan barua barua antarabangsa..

    ReplyDelete
  7. Keris berayun hanya Cuba membawa isu2 lama saja..Isu najib klepet tak berani nak berhutang sedangkan itu la isu besar penyamun tu...

    ReplyDelete
  8. Siapa memerintah sama aje, rasuah tetap ada...salah guna kuasa tetap ada.. bezanya diskala besar atau kecil..

    ReplyDelete
  9. Jangan Jadi bangsat sangat.

    ReplyDelete
  10. Satu je nk bagithu..Perjuangan korang xkemana2.akhirnya umno tetap pertahankan pemerintahan dgn pertolongan dariNya.

    ReplyDelete
  11. Yang komen bab hukum hakam nampak macham teror. Apa pun adakah antum-antum sudah menegakkan solat duha setiap pagi? Tahajud setiap malam? Solat Witir setiap malam? Solat tsubat setiap malam?Puasa Isnin Khamis dan 3 hari Puteh. 50 kali bacaan al-ikhlas sehari. Kalau belum usahlah binchang bab hukum hakam. Antum-antum tak qualify lagi. Pi la dudok dalam tong taik politik tu.

    ReplyDelete
  12. Dalam PRU14, PAS dan BN tidak boleh lagi menaruh harapan pada penyokong setia. Atau ahli akan menyokong parti.
    Golongan yang setia pada parti terlalu kecil jumlahnya.
    Rata-rata rakyat bosan dengan BN. Semua tunggu PRU14 untuk meluahkan dendam melalui undi.
    Ugut atau menakutkan rakyat dengan DAP bukan lagi jalan selamat.
    Media arus perdana yang dikawal kerajaan bukan lagi pilihan rakyat. Anda boleh pergi kemana-mana restauran yang buka tv3 jam 8malam. Anda boleh lihat sendiri reaksi pelangan didalam kedai terutama ketika najib berucap.
    Ketika tun menjadi pm dan menyampaikan bajet, saya dikampung baru kl, orang tengok tv macam tengok perlawanan akhir piala dunia. Kemudian saya ditempat yang sama, saya tengok tak ada sesiapa pun yang peduli.
    Kalau ada orang ramai berkumpul dan bercakap tentang politik, maka najib dan umno tetap akan jadi sasaran mengutuk.
    Kalau situasi ini diambil kira, maka mana-mana parti yang bersekongkol dengan najib akan terima padah pada pru14.

    ReplyDelete
  13. Pada penghujung 90s aku pernah kne dgn sebuah kilang dri Spore meriah skali dari direktor sampai kerani cabuk smuanye cina
    di bahagian operasi lagi le sdih leader aku wlaupun tk tau speak mlh bahasapun plat tapi masih dibagi kepercayaan.Ini buat aku terfikir mcm mnelah jika dorang yg memerintah Msia.

    ReplyDelete
  14. wah bijak dan lembut nya tentera rba berpuisi...hebat dan sayang macam mana pun direktor kepada kamu tu kuli la jugak kamu tu jawab nya

    ReplyDelete
  15. Betul 10.25pm kalau tengok sejarah memang begitu lah.Contoh nya masa kemunculan parti semangat 46 itu hari hampir separuh ahli Umno kampung aku keluar parti dan menyertai semangat 46 dan umno hampir2 bungkus.Isu yang dibawa ialah kejahatan,kezaliman dan kuat nya rasuah Mahathir dan Umno.Kes Salleh Abas dipecat begitu hebat dimainkan,bertepatan pula dengan krisis perlembagaan antara mahathir dan raja-raja.Baik pegawai kerajaan mahu pun rakyat kalau sembang di mana-mana nak cari sorang pun yang sokong kerajaan sangatlah sukar...tup-tup bila pru umno/bn lah yang jugak menang.

    Begitu juga krisis pemecatan anwar tahun 1998 bertepatan pulak dengan krisis kejatuhan mata wang.Lagu mahazalim,maha firaun mahathir dan umno rasuah ni berkumandang setiap hari yang masuk ke lubang telinga setiap rakyat jelata.Akhbar harakah tiba2 bertukar menjadi media yang paling popular megalahkan media2 perdana yang lain.

    Malah kalau nak dikira masa diawal2 lagi penubuhannya pun telah terjadi krisis besar bila mana Yang Dipertua nya sendiri dan pengasas parti Datok Onn keluar umno dan tubuh parti merdeka.Mungkin ada nya keajaiban pada umno ni yang Allah taala beri kan.Sebab itu dia sentiasa menang setiap kali ada nya pru dan sebab itu juga kalau kita sedari malaysia ni sentiasa saja aman dan sentiasa juga terpelihara walau apa keadaan pun yang terjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesemua sejarah tersebut adalah langsung berbeza dengan keadaan hari ini disebabkan dua perkara:-

      1. Dulu yang membuat onar bukanlah kepala parti. Ikan membusuk dari kepala, kalau kepala busuk tak boleh diselamatkan lagi, keseluruhan ikan menjadi busuk. Kali ini yang membuat onar adalah presidennya sendiri.

      2. Dulu kesemuanya adalah isu politik. Apabila isu perbezaan politik orang Melayu rata2nya akan memilih untuk setia kepada pemimpin sedia ada. Tapi isu hari ini ialah pemimpin utamanya menjadi pengkhianat yang menyamun dari rakyat sendiri. Membuat kemewahan di belakang darah dan keringat rakyat. Sama seperti nasihat Almarhum Abdullah Fahim dulu.

      Sembang banyak tentang keadaan padang pun tak guna. Tiup wisel dan turun padang main baru tahu padang rata tak semestinya permainan serupa.

      Hanya yang dungu akan menyangka banjir besar langsung tidak akan merubah bentuk muka bumi.

      Delete
  16. Joe harry baru pulih dari jubo berdarah... dulu salah fakta pasal IKM yg dah ditutup MARA sedangkan IKM di ganti dengan Institut Kemahiran Tinggi Mara... ari ni meroyan balik lepas kejadian jubo berdarah.... dia meroyan rakyat dah muak dng kjaan... Kita tgk bulan depan PRK di Sarawak petanda sapa ug nak kena kubo sampil jubo berdarah... PRK Sarawak klu rasa nak berkubo harap bagi kemenangan percuma je laa..

    kami pun dah.muak fengan u turn tun mamak nihh.. tunggu masa nak ajar barua penjajah barua mamak ni.. cukup2 la 22 tahun krna tipu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya nak tanya anda yang bistari.
      1. Kenapa tidak dinaikkan taraf dari IKM kpd IKTM. Kerana bila pelajar yang sedia ada tamat, maka IKM akan jadi kosong.
      2. Kenapa tenaga pengajar tidak diserap ke mana-mana kelej mara sebaliknya tidak disambung kontrak.
      3. Saya bercakap berdasarkan maklumat saudara yang menjadi tenaga pengajar
      4. Sekian harap maklum

      Delete
    2. Kikikiki... apa masalak ko ni IKTM tu dah dinaikkan taraf student akan dapat Diploma apa lagi yg tak kena... kontrak diserap bukan mara saja yg berpolisi mcm tu... lain institusi pun ada yg tarah kontrak .... joe harry ada masalah nak faham ke atau dah dah jenis nak bangkang sampai lam longkang.... sia2 mak kamu bagi nama cantik yg nama omputih yg ko dewa dewakan.... dasar barua penjajah......

      Delete
    3. Maksud saya kktm ada bangunan sendiri dan lkm ada bangunan sendiri. Sebuah ikm dibina jutaan ringgit.
      Maksud saya kalau tak ada pelajar baru diambil, bangunan itu akan jadi kosong dan terbiar.
      Kktm telah lama ujud. Lulusan ikm boleh sambung ke kktm. Kalau hanya ambil pelajar utk kktm saja, bererti jumlah pelajar telah menjadi kurang tak secara langsung jimatkan duit mara. Kecuali ikm dinaik taraf jadi kktm yang boleh menempatkan jumlah pelajar yang sama. Contohnya, ikm + kktm = 50,000 pelajar. Tapi bila ikm tak ambil pelajar maka pelajar mungkin akan asa sekitar 20,000. Sebab jumlah kktm kurang dari ikm.
      Jadi nampak macam mara dah tak ada duit.

      Delete
  17. awak ni pro bersatu ke pro dap wahai kd? awak tahu tak bahawa u-turn awak ni sebenarnya menipu diri sendiri. tak semestinya menyokong tun mahathir awak perlu beli semua yang pernah awak muntahkan dulu pasal dap. lupa sejarah sendiri awak ni. sejak bila dap menukar perjuangan asal? awak saja yang tiba2 mesra dap tanpa fikir implikasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan rakyat yg ada dalam keadaan terdesak atau "nothing to lose" juga sudah pikir implikasinya.

      Jikalau kes scorpene dan altantuya bleh terlepas begitu sahaja.
      Maka wujud 1MDB yg ntah bape billion jatuh ke tangan org yg salah.
      Jika ini pun terlepas maka tidak hairan mungkin 5.2B pula dlm akaun anak tiri.
      On and on and on.

      Hanya kerana bomoh berpesan melayu akan jdk bangsat jika tiada dia dan kejahatan dia.
      maka tidakkah tindakan dia sendiri itu sudah bangsat?

      Tidakkah islam itu sendiri menuntut menentang kemungkaran apatah lagi kezaliman?

      Delete
  18. Yg terdesak tun mamak... jidin...LGE dan boboi... rakyat dah boleh menilai dah.... tak payah nk gebang ssgt.... tunggu jer pru14 ... ni...Rakyat tak terdesak .. rakyat dah boleh menilai mana yg terbaek utk nrgara.... tungggu jer pru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Rakyat dah boleh menilai.
      Dgn 2.6B dlm akaun, siasatan doj dan perbicaraan mahkamah disingapore dan penipuan yg sering kali kantoi.
      Tunggu je pru

      Delete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...