Thursday, January 19, 2017
ANWAR, MUHYIDDIN MACAM DAH OUTDATED... BAGI SAHAJA PADA MUKHRIZ
Membersihkan imej Malaysia di dalam dan luar negara tidak mampu disucikan dengan imej sekadar petah pidato atau muka toyo minta simpati, tidak boleh dibersihkan sekadar pakai songkok berlagak alim hafal sebaris dua ayat dan tiba tiba menyeru kebaikan.
Track rekod BERSIH diutamakan buat masa ini (walaupun ia bukan satu jaminan) untuk sesuai dan layak sebagai PM dari mana mana parti sekali pun.
Tuan Ibrahim Tuan Man adalah antara calon yang layak jika dia terus bercakap benar dan menjarak kan diri dari isu 90 juta.
# TPM bukan sahaja untuk DAP, malah lain lain calon yang berprestasi tinggi dari komponen. TPM wajar dari DAP atas sumbangan dan kekuatannya.
Kalau dari MCA dan MIC memang tak sesuai, asyik menumpang undi Melayu.
SEHARI DI IJTIMAK UMMAH SEDUNIA: SATU MUHASABAH
Alhamdulillah, kami rafa'kan setinggi kesyukuran kepada-Nya atas segala limpahan rahmat-Nya yang tidak terhitung. Pada hari ini, kami lancarkan satu ruangan baru penulisan yang akan merakamkan detik-detik manis sepanjang permusafiran kami ke mana-mana tempat, untuk dikutip ibrah dan faedahnya bagi manfaat bersama. Kami namakan ruangan ini sebagai "#TravelogMuftiWP"
1. Pada 14 Januari 2017, kami berkesempatan untuk bersama-sama menghadiri Ijtimak Tabligh Sedunia di Tongi, Dhaka, Bangladesh. Dengan izin-Nya, kami mendarat di Hazrat Shahjalal International Airport dengan selamat pada jam 11.30 malam. Waktu di sana 2 jam lebih lewat daripada Malaysia.
2. Kami disambut dengan penuh kehangatan mahabbah dan ukhuwwah Islamiyyah. Mereka adalah golongan yang amat memuliakan tetamu (ikram al-dhuyuf). Mereka berkhidmat dengan sepenuh hati, jiwa dan tenaga. Itulah mereka, jemaah Tabligh.
3. Kami solat Jamak Maghrib dan Isyak secara ta'khir di khemah. Kemudian, kami makan dan terus tidur dek kepenatan. Subuh kami keesokannya diimamkan oleh Maulana Sa'ad hafizahullah. Beliau membaca Surah al-Haqqah dan Surah al-Fatihah. Bacaan yang cukup meruntun hati di pagi yang hening. Alhamdulillah, kami berkesempatan bertemu dengannya. Bayan yang cukup indah dan sempat kami catat noktah-noktah pentingnya:
- Jemaah Tabligh tidak memandang rendah usaha jemaah-jemaah lain dan sentiasa meraikan usaha dakwah yang dilakukan.
- Ulama' adalah pewaris Nabi dan hendaklah sentiasa mengambil warisan Nabi SAW dan menyampaikannya kepada ummah.
- Tamsilan berkenaan air dalam ayat-ayat al-Qur'an sebagai keberkatan, kesucian, dan kerahmatan. Ambillah faedah air hujan yang sifatnya yang memberi berbanding air telaga yang sifatnya menerima.
- Para ulama' perlu melaksanakan usaha dakwah, mengajar, mendidik masyarakat selain bekerja untuk menyara hidup dan keluarga. Mereka perlu menjadi petunjuk dalam mengaplikasikan tatacara hidup yang cemerlang dalam kehidupan seharian.
4. Kami sempat menziarahi dapur masakan dan khemah-khemah Arab dan Malaysia. Selepas itu, kami sama-sama bersarapan dan bertemu dengan ramai ikhwah daripada Malaysia termasuk SS Mufti Pahang, Dato' Sri Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman.
5. Menginsafi hakikat ini, kami dapati mereka:
- Ikhlas dan jujur dalam perjuangan dakwah.
- Amat sabar dengan kerenah mad'u dalam menyampaikan dakwah.
- Begitu prihatin dan cakna dalam ibadah terutamanya solat, zikir dan membaca al-Qur'an.
- Membudayakan khidmat pada tahap yang tertinggi kepada tetamu dan cuba untuk merealisasikan sabdaan Nabi فليكرم ضيفه (maka muliakanlah tetamu).
6. Budaya seperti ini jika dapat diterapkan kepada hati-hati kita, nescaya jadilah kita golongan yang benar-benar memburu pahala dan syurga Allah SWT. Akhirnya, kami katakan kepada saudara-saudara kami daripada Jemaah Tabligh, جزاكم الله خير الجزاء. Semoga Allah masukkannya dalam mizan hasanat.
7. Sebelum berangkat pulang, sempat kami berbual dengan pimpinan jemaah Tabligh di Malaysia antaranya Maulana Abdul Hamid Chin. Beliau berkongsi dengan kami pelbagai kisah-kisah menarik untuk dijadikan pedoman.
Antara para ulama' yang sempat kami temui adalah:
- Maulana Sa'ad (Amir Tabligh)
- Maulana Ihsan al-Haq (Khalifah Maulana Zakaria al-Kandahlawi)
- Maulana Khurshid (Ahli Syura Ulama' Pakistan)
- Maulana Delawar
- Maulana Shameem (Markaz Nizamuddin)
- Maulana Shaukat (Markaz Nizamuddin)
- Maulana Wasif al-Islam (Amir Bangladesh)
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
----------------------------------------------------------
Ikuti perkembangan setiap hari Mufti Wilayah Persekutuan di laman sosial!
Instagram | https://www.instagram.com/drzulkifli.albakri
Twitter | https://twitter.com/drzul_albakri
Telegram | https://telegram.me/drzulalbakri
FB Page | https://www.facebook.com/drzulmuftiwp ; https://www.facebook.com/drzulkiflialbakri
Dapatkan jadual harian Mufti Wilayah Persekutuan di http://raudhah.co/drzulkiflialbakri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UNTUK JOHORIAN SAHAJA
👌 Duduk sembang buat duit Idea baru - Kongsi ilmu - Kongsi sistem - Auto pilot - Kongsi strategi *✅Lebih baik dari investment *✅Lebih bai...
-
Setakat ini SHAFEE ABDULLAH belum lagi membuat pernyataan rasmi atau penafian apabila namanya dikaitkan dengan penerimaan 9.5J oleh SR. S...
-
Tun Dr Mahathir menzahirkan pandangannya BRIM adalah rasuah dan mengerjakan haji menggunakan wang 1MDB tidak menepati haji yang mabrur buka...
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteCuba lagi...
DeleteAda ke aku mencarut dalam post yg kau padam tu?
DeleteKAHKAHKAHKAH......tapi mesti menanah hati kau baca....kan???......sebab tu la padam.
kihkihkih....gaya diktator mamak 22 tahun memang terbayang dah.....KAHKAHKAHKAH.....
cakap org je ko ni keris...MO1 bukan diktator ke? tanya pun dah kena pecat..
DeleteKeris Berayun ka Peliaq Berayun ka nak tanya sikit , ada cukup jantan ka untuk menonjulkan diri selain cuma menjadi pendekar hapraq keyboard aje ko ni ?
DeleteSuka jugak dnh maulana ni..... maulana jallaluddin al Rumi.... lagu m nasir 'Bila Rumi Menari' ...... 1000 tahin berlalu karya besar masnawi dan syair rasa semalam berlalu..... ann marie schamell dan ramai lagi terkesan dengan syair maulana....syam al tabriz..
ReplyDeleteBila hati dah HITAM..Bertaubatlah KD
ReplyDeleteTeruskan perjuangan menentang Kleptokrasi KD.
DeleteSemoga diberi kekuatan oleh Allah untuk teruskan perjuangan ini.
In shaa Allah ada hasilnya kelak.
anon 5.42
Deletehati sape yang hitam? hati org yang lari dari penyamun atau org2 yang masih bersama penyamun? teruskan perjuang KD..kita di pihak yang benar..berani kerana benar...
bahayanya implikasi perjanjian yang ditandatangi oleh presiden pkr-dap-amanah-bersatu bila perkataan 'TETAPI' telah digantikan dengan 'DAN'....
ReplyDeleteni dah kes jual agama untuk kuasa
8.21
DeleteJual agama? wah...hebat betul pemikiran tuan..doktrin UMNgok je ni..sape2 pun org melayu yang beragama islam akan dahului agama..sudah2 le menyokong MO1 ni..malaysia ni dia kontrol dari AG, IGP dan agensi2 penting lain termasuk SPRM..sekarang dok sibuk tangkap tenggiri sedangkan jerung2, paus2 terus berkuasa...
9:36.
Deleteanda tak paham implikasi apa yang tertulis dalam perlembagaan sebab itu anda tulis begitu. walaupun hanya perkataan 'tetapi' dipinda kepada 'dan' ia akan membawa kesan kepada kebolehan menyebarkan apa2 agama kepada penganut Islam sedia ada. buka hati dan minda, jangan fikir duit 2.6 bilion, 90 juta ets maka semuanya jadi halal sebab hati dah panas. isu aqidah umat Islam wajib dipertahan daripada digugat dan ia melebihi nilai duit walaupun berapa nilai anda nak sebut. bila hati sakit maka apa sahaja kebaikan akan nampak hodoh dan jijik. apa yang tertulis dalam perlembagaan asal kini dah dikira sebagai doktrin umno (anda tulis umngok sebab awak ada masalah cacat lidah barangkali). jerung2, paus2 yang anda bisingkan tu hanya berkisar kepada kepentingan dunia dan duit semata sedangkan agama tidak dinilai dengan duit...anda faham maksud saya?
http://novandri.blogspot.com/2017/01/surat-terbaru-dr-mahathir-yang-belum.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/JcvMw+(Dr+MiM)&m=1
ReplyDeleteBUDAK 13 TAHUN SAMAN TOKONG DAN MEDEY... SAMPAI SKG TOKONG TAK JAWAB APA LAIE NAK SAMAN.... TERKINCIT TOKONG & MEDEY TAK JAWAB
link atas.....
Fuck...kikikikikiki
Delete