Blog blog pendedak utama yang pernah mendapat ststus bangang oleh Najib meroyan sakan bila Tun Dr Mahathir berlepas dan berhariraya di London.
Tak cukup bulan Ramadhan, 1 Syawal pun mereka mula tunjuk busuk hati sakit hati, dengki dan fitnah, emosi dan sel otak mereka tak dapat dikawal dengan rendang dan ketupat.
Apakah mereka ini golongan yang sama seperti dikategorikan Tun sebagai "luar biasa bodoh", mungkin!
Kalau ditinjau di seluruh negara, di semua terminal udara, laut dan darat, ribuan rakyat Malaysia berugama Islam ke luar negara di penghujung Ramadhan dengan alasan mereka tersendiri, yang sudah tentu mereka tidak perlu bimbang tiba tiba dicekup interpol, salah laku jenayah antarabangsa.
Lebih ramai umat Islam di London yang beriman dari orang Islam di Malaysia !!!!!! Cabaran mereka lebih hebat sebagai minoriti tetapi bukan alasan. Ketua Negara mereka kapir tetapi tidak mengamal kelepektasi.
Kalau tanya PAS, tentu kata mereka bumi ni milik Allah termasuk London. Nik Abduh tentu setuju di London juga ada sejadah dan masjid.
Apakah berhari raya di Putera Jaya lebih mulia dari berhari raya di London (?) Sudah tentu Tun bebas bersalam dengan siapa sahaja di London atau di mana mana berbanding dengan orang Puterajaya yang buat open house tapi tak open sangat untuk bersalam..
Satu sejarah penting, London adalah pilihan destinasi Allahyarham Tun Razak tanpa pengetahuan rakyat tujuannya ke sana, mendapat rawatan dan menghembuskan nafas terakhirnya. Tak baik blogger bangang mempersendakan London.
Jasa Tun Razak begitu banyak antaranya perlaksanaan Felda dalam konsep membasmi kemiskinan tetapi di era sekarang, peneroka felda nampak macam senang dan kaya tetapi sebenarnya sedang menanggung hutang angkara rakus tikus membaiki labu.
# Kalau rasa hebat, rasa kuat, rasa betul, rasa disokong... Makanlah ketupat lemang dengan tenang, jangan tercekik dan meninggal... Kesian pada jawatan, gelaran, kekayaan dan pengaruh yang sedang dimiliki.
Dirakam sebelum berlepas, pemimpin PKR dan umno juga ke luar negara berhari raya.
(Gambar)