Sunday, June 25, 2017

WHY LONDON (1)

Blog blog pendedak utama yang pernah mendapat ststus bangang oleh Najib meroyan sakan bila Tun Dr Mahathir berlepas dan berhariraya di London. 

Tak cukup bulan Ramadhan,  1 Syawal pun mereka mula tunjuk busuk hati sakit hati, dengki dan fitnah,  emosi dan sel otak mereka tak dapat dikawal dengan rendang dan ketupat.

Apakah mereka ini golongan yang sama seperti dikategorikan Tun sebagai "luar biasa bodoh", mungkin! 

Kalau ditinjau di seluruh negara, di semua terminal udara,  laut dan darat,  ribuan rakyat Malaysia berugama Islam ke luar negara di penghujung Ramadhan dengan alasan mereka tersendiri,  yang sudah tentu mereka tidak perlu bimbang tiba tiba dicekup interpol,  salah laku jenayah antarabangsa. 

Lebih ramai umat Islam di London yang beriman dari orang Islam di Malaysia  !!!!!! Cabaran mereka lebih hebat sebagai minoriti tetapi bukan alasan. Ketua Negara mereka kapir tetapi tidak mengamal kelepektasi. 

Kalau tanya PAS,  tentu kata mereka bumi ni milik Allah termasuk London. Nik Abduh tentu setuju di London juga ada sejadah dan masjid. 

Apakah berhari raya di Putera Jaya lebih mulia dari berhari raya di London (?) Sudah tentu Tun bebas bersalam dengan siapa sahaja di London atau di mana mana berbanding dengan orang Puterajaya yang buat open house tapi tak open sangat untuk bersalam.. 

Satu sejarah penting,  London adalah pilihan destinasi Allahyarham Tun Razak tanpa pengetahuan rakyat tujuannya ke sana, mendapat rawatan dan menghembuskan nafas terakhirnya.  Tak baik blogger bangang mempersendakan London. 

Jasa Tun Razak begitu banyak antaranya perlaksanaan Felda dalam konsep membasmi kemiskinan tetapi di era sekarang,  peneroka felda nampak macam senang dan kaya tetapi sebenarnya sedang menanggung hutang angkara rakus tikus membaiki labu. 





# Kalau rasa hebat,  rasa kuat,  rasa betul,  rasa disokong... Makanlah ketupat lemang dengan tenang,  jangan tercekik dan meninggal... Kesian pada jawatan, gelaran,  kekayaan dan pengaruh yang sedang dimiliki. 












Dirakam sebelum berlepas,  pemimpin PKR dan umno juga ke luar negara berhari raya. 
(Gambar) 


19 comments:

  1. Terbaik jawapan KD.

    Nah sekarang jom cari alasan sebab apa Tun M beraya di London pun dijadikan isu oleh pendedak.

    Senang ja jawabnya, sebab diorang ni dah tak ada isu. Alaaah, macam dok ulang spin kisah Forex puluhan tahun dulu tu laaah..

    Bukan saja London, malah ke mana saja Tun M pergi pun takkan jadi isu pun bagi negara hos sbb Tun M tak ada buat hal pun.

    Malah ketika Presiden Checnya dapat tahu Tun M nak melawat Chechnya dia siap sediakan kawalan keselamatan lagi utk pastikan Tun M selamat sepanjang berada di Chechnya padahal bukan lawatan rasmi pun dan Tun M bukan lagi wakil sebuah negara luar. Almaklumlah Checnya negara yang punya budaya agak ganas sikit, kalau sesuatu berlaku imej negara (atau negara dalam negara Persekutuan Russia) ini akan tercalar terutama di kalangan negara-negara Islam yang rata-rata memandang tinggi Tun M. Inilah penghormatan yang diberikan kepada seorang negarawan wakil dunia Islam.

    Ada pula Jibby bukan saja takut nak jejak kaki ke negara-negara yang sedang siasat 1MDB, malah Monggolia pun dia takut.

    Ini cerita musang tak dapat memakan anggur maka dikatanya pula anggur itu masam.

    Pernah berlaku Tun M di dalam usaha utk pastikan kapal negara yang membawa bekalan bantuan ke Palestin telah meminta Tun Siti naik kapal tu. Tun M kemudian maklumkan kepada Presiden US bahawa isterinya ada di dalam kapal itu. Disebabkan itu Presiden US arahkan dan minta Israel agar jangan ganggu kapal tu sebab isteri seorang pemimpin yang disegani dunia ada di dalamnya.

    Andaikata hal yang sama berlaku hari ini dab Jibby maklumkan kpd Presiden US bahawa isterinya ada dalam kapal, agak-agaklah apa yang akan berlaku?

    Silap haribulan kapal kena tembak atau dibiarkan saja dirompak lanun di laut.

    Lihat sajalah bagaimana dunia memandang enteng saja kes pesawat kita hilang dan pesawat ditembak.

    Itu pun disebabkan ada ramai warga Belanda di dalam kes kedua dan ramai warga China di dalam kes pertama. Kalau tidak barangkali kes ini akan dilihat oleh dunia tidak lebih dari kisah kucing mati dilanggar kereta.

    Begitulah hampasnya pandangan luar kepada orang Malaysia disbabkan perbuatan Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa sebenarnya takut dgn tun mcm takut dgn hantu. Skrg ni pun depa tgh dok pikir apa lg cerita nak tulis..heee
      Dah cari makan mcm ni nak buat gano lg..yg penting pulus msuk. Bab selepas mati blkg kira....

      Delete
    2. Salam Aidil Fithri bro jihn doe...

      Tun & isteri pergi ke London guna k/terbang awam pakai duit sendiri. Jibby Jumbo & hippo pergi Bali pakai jet mewah kerajaan tanpa tugas rasmi...agak2 berapa juta duit rakyat dari perbendaharaan negara dileburkan....???

      Delete
    3. Salam Aidil Fithri bro jihn doe...

      Tun & isteri pergi ke London guna k/terbang awam pakai duit sendiri. Jibby Jumbo & hippo pergi Bali pakai jet mewah kerajaan tanpa tugas rasmi...agak2 berapa juta duit rakyat dari perbendaharaan negara dileburkan....???

      Delete
  2. Biasa la tu,kita akan cakap apa2 yang kita suka, kita akan mengiakan apa2 saja asalkan ianya memihak kpd kita.
    Kita akan kutuk dan mencari kesalahan atau kesilapan walau sekecil kuman sekali pun kalau kita dah tak suka,kalau kita sudah benci. Trend ini akan berterusan dan dijangka akan lebih dahsyat lagi dengan berakhir nya bulan Ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercakap perkara yang benar, menegur dan mendedah keburukan dan kezaliman kerajaan supaya segera insaf, undur, membetulkan - harus (tak perlu maki)

      Tiada yang bersikap peribadi kecuali menjejas rakyat.
      Kita tak kesah kalau isteri MO1 beli gelang sampai ke siku kalau duit keturunan dia tapi jangan rembat duit rakyat, tak mampu tapi berlagak.

      Yang tidak dibenarkan ialah fitnah, bohong dan mencipta cerita palsu.

      Tun ke london atas sifat peribadinya, semua kos 100% duitnya sendiri... Jadi kenapa nak meroyan?

      Delete
  3. Harapkankan orang kg cerita pasal laporan DOJ terbaru dibincangkan ...KANTOI
    Orang kg bincang apa sebab TDM berhari Raya di London...tak berhari di Msia buar Rumah Terbuka
    Budak sekolah Djh 6 pun tahu kelenton pakai duit sendiri....petik jari aja Kroni tanggung beres
    ni di hari bulan baik tuduh orang tanpa bukti sahih ni,bukan ke FITNAH nama nya
    Tak berbaloi buat ibadat didalam bual Ramadhan lepas....Pahala dosa bukan kita tentukan tapi kalau dah tindakann menjurus kepada perlakuan Dosa sepatutnya membuat tuduhan sembrono ini sebaiknya dielakkan
    Tak siapa pun Meroyan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meroyan lah nama nya asyik Jaja fitnah fitnah...bukan Najibugislanun ke kata Tunggu Audit tunggu Siasatan?

      PAC? AG Audit? MACC? PDRM? BNM? Audit FY 1MDB 2016, 2015, 2014, 2013...???

      Banyak lagi tapi nanti lah PRU14 Kita tabur kitar-semula...

      So, 6:28 meroyan pun bingai macam kepala LANUN...menipu pun bodoh tak de class semua temberang kantoi...!

      Delete
    2. Jibby Jumbo & Hippo menyibuk buat 'rumah terbuka raya'..tapi laporan PAC & audit negara diTUTUP guna OSA.... ada patut ker....????

      Delete
  4. jenis petualang tak sedar diri kuli. Dilantik oleh Rakyat.Dibayar oleh Rakyat.
    Bukan lagi zaman kuno, Rakyat bukan marhaen tumpang tanah.
    Bangang punya klepto bangsawan Akeristokarat.
    Tak faham2. Kamu tu kuli KAMI.
    Yang puak lantik diri cakapbpong pang pandai hukum Rakyat seolah mereka automasok syurga.
    Tak faham2. ALLAH tak lantik wakil hidup.Kamu tu SAMA KAMI.
    Bangang tak ada ubat.
    Selamat Hari Raya..tiada maaf bagiMU pemakan dan penjilat BUTIR TAHIK LOW JHO

    ReplyDelete
  5. Kata ag, tak masuk akal. Itu semua dedak memang tak ada akal, itu fasal tak masuk akal walau apa pun yg mereka cakap sebab mereka tak pernah guna akal utk memeriksa fakta doj. Fakta mudah mereka ialah menerima semua fakta air liur basi dari mulut busuk pemimpin mereka. Fakta mudah setakat guna air liur, derma tok arab, fitnah seperti pemimpin pas guna mempertahankan diri mereka, alih isu, diam membisu, memburukkan orang tanpa fakta atau spin cerita. Memang mudah sangat. Kemudian guna a9 beri komen cnp. Memang dasar tak guna akal, tak cukup akal dan tak ada akal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. APUNDI KENCING, HANCING !!
      YA ALLAH,
      LAKNATILAHl kehidupan pemudahcara ini dan PENGAMAL2 MUNGKAR Akeristokarat UMNOBN,juga Lobai2 PIS kencing yg perasan Polis Syurga....tak lupa ,betsama2 keturunan mereka yg turut songlap ke lembah jahanam. Dan kekalkanlah mereka dalam kepanasan Nerakamu.
      Aamin

      Delete
  6. Kesian tul tengok Parti Pecah Belah Madey ni...sedar sedar la wooiii parti bodoh korg ni dah nk telingkuuuuuppp..hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian berdabel dabel, parti yang nak lingkup pun umno kecut, panggil berdebat pun lariiiii...

      Delete
    2. Kalau kau rasa parti pribumi bersatu sedang berpecah belah, alangkah sesuai utk adakan pru.Lepas tu kita tengok sape terlingkup. Kalau umno kuat, tak payah nak menyibuk parti org lain, betulkan parti sendiri.

      Delete
  7. Tuan KD,

    Mohon satu entry berkaitan
    WHY LONDON (1) ini.

    WHY BALI? OBAMA(1.1)

    T.kasih Tuan KD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tn KD,
      Lapis luar Obama no value.
      Tak kebetulan Bali tempat bertemu.
      Nak jumpa yg baru,
      Trump tak mahu.
      Semesti ada sesuatu,
      Depan di getu,
      Blkg pun digaru..
      Apa saja perlu dilaku,
      Bimbang Sg Buloh yg menunggu....

      Delete
  8. Tahun ni lepas raya vacation di Bali. Tahun depan jibby n ros badak gonna have a long vacation in bamboo river.

    ReplyDelete

Hidup ini keras

  https://youtube.com/shorts/hnHsWU3gQzE?si=7I5K3DnWYTyDoJMG