Friday, July 21, 2017

KETUA BAHAGIAN BERSATU KLUANG MENINGGAL DUNIA



BERIKUT BEBERAPA MAKLUMAT YANG DITERIMA

# assalamkm..sahabat2 sama2 kita sedekah fatihah buat Arwah Cikgu Razali..mantan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kluang yg baru pulang ke rahmatullah sbntr td di Paloh..jenazag msh lagi di Paloh skrg..keluarga br smp disaba..smg roh arwah dicucuri rahmat..ditempatkn dikalangan2 org yg beriman..alfatihah..amin

# Assalamualaikum semua..

Saya baru dpt maklumat tak rasmi, bahawa Cikgu Radzali, mantan Timbalan Ketua Bhg Kluang telah kembali ke rahmatullah d klinik Kesihatan Paloh, setelah terjatuh selepas berucap dlm prgrm INVOKE..

Mohon sesiapa yg ada d Kluang, ambil tindakan yg sewajarnya, memandangkan beliau adalah mantan NKB dan TKB kita.. jenazah akan dibawa ke hospital Kluang utk post mortem..

Saya baru sampai d ILMU Janda Baik..

Alfatehah..


Cikgu Razali dikatakan jatuh semasa dalam program invoke.

Thursday, July 20, 2017

SETAKAT YANG ADA, MACAMANA BOLEH KATA, KERAJAAN AKAN LEBIH BAIK DARI PEMBANGKANG..

Apa sebenarnya yang nak dibanggakan sangat dengan kerajaan
sekarang,  apa sangat yang dibuatnya sampai kita terharu,  terkejut,  tak sangka begitu hebat. Sebut satu pemimpin yang luar biasa hebat.


Sebut satu pemimpin yang cakapnya boleh pakai,  geliga.. Atau kebanyakan memang cikai, maharaja lawak. 

Maaf,  aku tak nampak apa sangat yang nak dibanggakan di era najib dalam ertikata umum rakyat lebih selesa,  senang,  aman dan menyeronokan hingga tak sanggup tukar kerajaan. 
Kalau satu demi satu pengumuman yang menyakitkan hati adalah.. 
Jangan pula ada badigol yang senaraikan pembangunan era Najib,  itu bukan pencapaian,  itu proses biasa negara,  di sri lanka pun pembangunan terus berjalan.. 

Banding dengan 100 hari janji PH,  walaupun disindir janji manis,  nyata PH berani berjanji, dan aku percaya ia langsung tidak mustahil. Tun bangunkan negara 22 tahun tanpa gst malah tidak ada cukai yang membebankan.. Untuk mengulangi semula oleh PH tidak langsung mustahil... 

Yang terpinga dan ternganga terkejut adalah pemimpin umno sebab memang otak mereka tidak tercapai ke arah itu.. 

Kalau ok,  sudah tentu mereka boleh lakukan apa yang dijanjikan PH. 
Kalau hari ini gst mansuh, esok aku sokong umno.


Sebagai Melayu dan Islam,  adakah sesiapa yang merasakan tanpa umno dia akan mati?
Ada sesiapa yang merasakan umno makin kuat,  makin berani... Cakap dengan realiti,  tak sama kan?  Kan? 













: Hari ni kita sembang biasa2 je.. Pemimpin umno masih meroyan,  mereka sendiri sebok dengan struktur PH,  sendiri sebok sendiri pening,  sendiri spin  ada hati pula nak hasut rakyat.. Paling kelakar lim kit siang yang akan caturkan semua kihkihkih

Wednesday, July 19, 2017

KALAULAH KITA BOLEH BANTU MEREKA..

N2h2 yang bakal dianjurkan armada bersatu akan menjemput Tun dan Najib untuk menjawab beberapa persaolan adalah gelanggang baik untuk menjelaskan beberapa perkara.

Sudah tentu penonton dan netizen mengharapkan jawapan yang benar,  telus dan takutkan Allah sahaja. 

Tetapi setiap kali gelanggang dibuka,  bertalu talu panglima najib 
menghalang dengan alasan,  samada mereka tahu najib tiada keberanian atau memang kebenaran tidak pernah ada di pihak mereka.
Kalau hadir,  mati katak. 

Tetapi kalau sehala,  di kelilingi orang sendiri,  mereka tetap jadi katak juga,  bukan main lantang.. Bukan main berapi rapi.. Tapi hakikatnya tin kosong,  bacul. 

Itulah persepsi yang terpaksa dilontarkan.

Benarlah kata orang,  apabila ketakutan menghantui,  mereka tidak dapat lagi mengawal diri...tidak dapat menyembunyikan.. 

Bagaimana agaknya kita boleh bantu mereka.

Tuesday, July 18, 2017

JAMAL LAYAK GANTI KJ

SEPINTAS LALU

Kedua duanya orang Zahid. 
Jika ada pertandingan,  sukar sikit Jamal nak menang kecuali ada backup oksigen yang besar. 
Jamal lebih kedepan dalam isu,  mulut dan fizikal. 
Kj lebih banyak guna mulut. 
Panjat pokok kelapa.. Kj tewas
Berdebat.. Jamal tak cukup fakta (jadi makanan Rafizi) 


Kelebihan Kj - menantu paklah, menantu manja
Kelebihan Jamal - anak jantan

Kelemahan Kj dan Jamal - dua dua dah kena belasah dengan TMJ

Rafizi sokong Jamal
Nazeri sokong Jamal

Rafizi orang kuat Anwar
Nazeri orang kuat Najib

Selepas Jamal jadi Ketua Pemuda
UMNO sokong demonstrasi jalanan 100‰
UMNO sertai BERSIH

# Masa tu umno sudah jadi pembangkang. 

WAJAR KENYATAAN AG DISAMBUT PDRM, SPRM, BNM

Saya hanya takut Allah sahaja,  tidak takut pada Mahathir,  tidak menyembunyikan apa apa tentang 1mdb. 

Pertamanya,  boleh percaya ke? 
Sangkabaik.. Yes

Takutkan Mahathir?  Bukan setakat AG,  tak ada siapapun takutkan Mahathir.. 
Tun dilantik jadi Pengerusi bukan sebab dia ditakuti tetapi atas hormat, keperluan,  kesesuaian,  pengalaman dan kepercayaan,  yang itu tidak boleh dibeli dengan duit. 

Atas kapasiti AG,  definasi saya hanya takut dengan Allah mesti dilihat takutkan Allah sahaja dan disertakan bukti dan saksi yang juga hanya takut kepada Allah sahaja. 

Atas kapasiti peribadi,  mungkin bersumpah di masjid antara menambah nilai pengakuan tersebut. 

Kalau benar semua orang takutkan Allah dibibir,  dihati dan melalui sikap dan perbuatan, Malaysia tidaklah sekecoh ini. 

KAMU TAKUT PADA ALLAH MASA SEBELUM ATAU SELEPAS KAMU BUAT SALAH(?)

Satu ungkapan spontan lazim manusia,  even kafir pun takut pada Tuhan kepercayaannya. 

Si pencuri pun takut,  pertama sekali dia takut kena tangkap,  kedua dia takut dipenjarakan, lepas tu baru dia terfikir dia bersalah melakukan dosa mencuri,  barulah akhirnya dia takut pada Allah... 

Bila ditanya,  kalau takut kenapa curi juga... Bla bla bla alasan. 
Jarang benar si pencuri yang berjaya mencuri dan tidak tertangkap akan takut pada Allah kecuali dia berhenti mencuri.. 
Kadang kadang ada juga alasan si pencuri,  dia terpaksa terus mencuri untuk bayar hutang????? 

Makin tinggi kedudukan seseorang,  makin banyak alasannya dan akhirnya kesalahan itu diletakan pada orang lain,  disandarkan kepada orang lain.. Demi rakyat,  demi negara...cantikkan! 

Tanya tok lebai, takutnya berapi rapi.. 
Tapi Allah akan adili mereka paling awal di padang masyar

Ungkapan saya takut pada Allah.. Adalah ayat tergantung,  ayat yang tidak lengkap.. Masih ada yang disembunyikan.. 

Apa bukti kamu takut kepada Allah? 
Kenapa kamu takut dengan Allah? 
Kamu takut pada Allah sebelum kamu buat salah atau selepas kamu buat salah??? 

Kalau kamu takut pada Allah,  kenapa benarkan kemungkaran seperti fitnah ke atas kamu berleluasa.. 
Kenapa kamu tidak hentikan dengan tangan (hak dan undang²) kamu? 

Takutkan Allah bukan sekadar kata kata,  bukan sekadar pengakuan tetapi mesti juga dilihat takut hanya kepada Allah.. 
Apakah kamu dilihat takut kepada Allah.. 
Apakah kamu dilihat amanah pada tugas dan tanggungjawab.. 


Monday, July 17, 2017

KITA BOLEH KENALPASTI PENGHASUT.. JELAS DAN NYATA

Alhamdulillah sejak merdeka hingga ke era Mahathir, majoriti rakyat,  melebihi dua pertiga (masih cerdik)  tidak termakan hasutan dan fitnah hingga mereka tidak diizinkan Allah menjadi kerajaan pusat. 

Dan insyaAllah kali ini pun majoriti melebihi dua pertiga tidak akan termakan hasutan sekali lagi selagi dia bersekongkol dengan lanun, musuh Islam.

Di Malaysia,  politik terbuka luas,  sudah tiada siapa yang pegang dua pertiga majoriti, yang simple majoriti atau yang kurang majoriti mempunyai sama peluang. 

6ANGKA