MANIFESTASI KETAKUTAN Bila dah mengaku dan sebut "bukan" memang confirm sedang menggoncangkan umno.. Kalau itu pengakuan ketua puteri atau ketua cawangan, bolehlah dianggap biasa. Kalau itu saolan wartawan tepi longkang, bolehlah dianggap setakat melayan. Tetapi kalau itu luahan Presiden di hadapan perwakilan umno bahagian di negeri yang bakal tumbang tentulah serius dan membimbangkan. Tahniah PH dan BERSATU
Langkah Najib membersihkan nama Jho Low dengan hanya beberapa baris ayat sangat menarik.. Jawapan bertulis.
Tidak ada ulasan menangkis segala bentuk tuduhan sebelum ini yang mengaitkan Jho Low dengan 1MDB. Sesuatu yang rakyat harus pegang kerana itu taruhan peribadi Najib dalam memberi jaminan. sudah tentu jaminan itu atas kesedaran PM tahu keseluruhan proses dan pengurusan 1MDB. Jika PM hanya tahu sebahagiannya sahaja, mana mungkin PM memberi jaminan. Jika ada pembuktian selepas ini Jho Low ada kaitan dengan 1MDB, sudah tentu PM bertanggung jawab sepenuhnya untuk menjawab. Selepas PM membersihkan nama Jho Low, siapa pula yang akan membersihkan nama Najib. Bolehkah Jho Low tampil menyokong (?) stau sekurang kurangnya mengucapkan terima kasih kepada PM kerana membebaskanya dari difitnah oleh pembangkang, oleh mahkamah Singapura, oleh DOJ. Sudah tentu Zahid, Hishamuddin, Salleh Keruak tidak layak berbuat demikian atau membersihkan dengan sekadar air lior, mereka tahu tidak lebih dari hanya apa yang diceritakan oleh PM. Antara yang mungkin boleh membantu dan membersihkan Najib dan 1MDB adalah membuka Laporan Audit + penubuhan RCI. Bertambah baik Jho Low dan beberapa nama lain yang sebelum ini langsung tidak dipanggil, perlu di bawa ke hadapan untuk soal siasat.
Membersihkan nama Jho Low tanpa membersihkan nama Najib seolah menggambarkan Jho Low itu lebih penting untuk diselamatkan sedangkan Negara sedang dipersendakan atas gerak laku Najib. Lebih penting buktikan pembangkang salah.
Penahanan PBoonPoh exco limguaneng oleh SPRM adalah satu lagi tindakan drastik yang diambil dari keadaan biasa, di panggil untuk disiasat. Ia mungkin berkaitan operasi kilang karbon haram di Sungai Lembu yang beroperasi sejak 15 tahun lalu mendapat bantahan penduduk kerana pencemaran. Walaupun dianginkan, nampak seperti political move, ia tidak harus ke arah itu jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Sudah tentu SPRM tidak melakukan 100‰ kerja sia sia dan buang masa jika tiada asas rasuah berlaku. Tanpa mengira siapa, tindakan SPRM wajar disokong. Tiada kompromi. Sebarang pecah amanah wajar ditentang. Sebab itu segala bentuk siasatan kepada sesiapa sahaja wajar disokong. Jika dalam melaksanakan terdapat kecuaian tidak berperaturan, sprm boleh dicabar sepertimana yang dilakukan oleh lim guan eng. Jika ini satu political move, ia juga akan dihakimi oleh rakyat melalui PRU. Jika bersalah, terimalah padah. Berlapang dada.
Kalaulah ini satu lagi projek PH di Selangor atau Pulau Pinang tentulah 7hari7malam Azmin dan Lim Guan Eng dipestakan oleh golongan munafik dan murahan.
Pemimpin yang berbohong, tidak menunjukan tauladan dan akhlak yang baik dan paling tidak senonoh ialah tidak amanah adalah pemimpin pemimpin palsu. Pemimpin ini jika mempunyai kuasa politik sangat merbahaya kepada bangsa, ugama dan negara. Jom, walau di dalam hati, kita katakan tidak kepada mereka.