BERSATU dan DAP tidak sedikit pun tercemar dengan kerjasama tersebut kerana keduanya mempunya prinsip yang selari dengan Perlembagaan Negara seperti juga parti parti yang lebih umur dan uzur seperti umno dan pas.
AMANAH sejak awal penubuhan sudah pun mempunyai beberapa persefahaman dengan DAP dan keterbolehan duduk sama rendah dan berdiri sam tinggi dengan DAP menjadikan pas iri lalu melabelkan AMANAH barua DAP.
Setakat itulah hujah yang mampu pas berikan tanpa pembuktian. Hujah sondolan sebegini seperti meludah ke langit, kini dia mengharap undi mca dan mic.
PKR masih kekal bersama dengan DAP tanpa ada abanglong kecuali rekaan versi umno yang muflis idea selain berbohong dan menghasut.
Jika PKR, AMANAH dan BERSATU tidak mempunyai masalah besar bekerjasama dengan DAP kenapa pula PAS yang memberi 1001 alasan...
Sehingga DAP melabel pemimpin PAS sebagai langsung tidak boleh dipercayai dan dipegang pada janji ???
Teruk benar status tu...

Oleh itu apa nilai yang pas ada sekarang untuk menggoda orang Melayu ?????
Isu hudud sudah basi apabila PAS sendiri kata tidak sesuai dan bukan perjuangannya, pulak dah !!!
RUU355, satu lagi versi PAS yang karut, kekal isu itu diperalatkan sekadar untuk mendapat nama memperjuangkan Islam hakikatnya sendiri bentang sendiri tangguh sendiri goyang , hakikatnya atas kepentingan politik....
Apa nak jadi pas oiii...
POLITIK MATANG YANG SAKIT...
Lebih wayang dari drama...