Tuesday, October 24, 2017

MUKADDIMAH BAJET 2018


Itu baru mukaddimah biasa menjelang PRU, bersungguh sungguh benar, sebagai kerajaan itu bukan pekikan dan laungan yang ditungu rakyat, ia sepatut sudah dilaksanakan....

Yang boleh berjanji hanyalah pembangkang untuk mendapatkan kuasa memerintah...
Kerajaan tidak perlu terpekik dan melaungkan janji...sebaliknya melaksanakan dan menguruskan negara  sehiggga rakyat puashati dan berterima kasih...
Jika kerajaan gagal..kerajaan baru perlu diberi peluang, itulah demokrasi, negara ini milik rakyat, bukan sdn bhd.

Di bajet 2018 nanti rakyat percaya banyak insentif dan segala bentuk projek akan dirancang untuk rakyat.

Tetapi apakah DS dan pemimpin umno tahu apa sebenarnya yang rakyat mahukan???

Apakah DS boleh ujudkan semula integriti kerajaan yang sudah musnah di mata rakyat???

Apakah di bajet nanti, DS akan umumkan semua pemimpin kerajaan dan parti BN akan infak semua harta benda mereka selama menjadi pemimpin politik untuk membantu negara.

Kerajaan juga perlu mendapatkan semula mana mana wang di luar negara yang disembunyikan oleh rakyat melalui penggubahan wang haram.

Tangkap dan bawa pulang Jho Low, RPK, Sirul dan beberapa nama lagi untuk dibawa ke muka pengadilan di dalam negara.

Begitu juga rakyat berharap kadar GST dikurangkan, pengawalan harga petrol yang lebih rendah dan stabil.

DS wajar juga memberi peruntukan yang besar kepada semua agensi termasuk PERMATA untuk melancarkan program pendidikan tolak korup yang kini sudah jadi amalan rakyat Malaysia.

Bajet bukan sekadar suntikan wang, wang,wang tetapi wajib sekali suntikan akhlak dan amanah supaya tidak gelap mata dengan peruntukan belanjawan.

Sekali lagi, diulang..setakat manakah DS tahu dan faham apa yang rakyat mahukan dari kerajaan dan kepimpinan sekarang untuk menyelesaikan banyak isu dan selamatkan Malaysia (?)

Bajet 2018 jika terlebih gula sekalipun hanya sekadar mempercepatkan matinya  semut.


11 comments:

  1. Posting ketandusan isu lg. Kitar Dan ulang tayang terus berpusing ligat dgn fitnah isu basi yg telah dijawab berjuta Kali. Berpesepsi dn andaian sendiri. Dh buntu ke nk cari isu supaya macai terus terkinja kinja riang tanda punya isu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 631, boleh ke kerajan bina semula integriti yang musnah?Jawab le saolan itu.
      Tulisan biar le ada isi, jangan jadi penyokong tin kosong.

      Delete
    2. Yang mengatakan musnah hanyalah macai-macai Madey si katak bawah tempurung. Sebaliknya:

      1. Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia 5.2% untuk 2017 berbanding 4.3% dan 4.9% sebelum ini.

      2. Standard and Poor memberi gred A+ kepada Malaysia.

      3. Moody’s pula memberikan penarafan A3.

      Delete
  2. Bajet temberang..
    Nk penuhkan kpi je

    ReplyDelete
  3. ‘Apakah DS boleh ujudkan semula integriti kerajaan yang sudah musnah di mata rakyat???’

    Berapa ramaikah rakyat yang bersetuju dengan kenyataan ini?

    Dipercayai yang dimaksudkan ‘mata rakyat’ adalah minoriti rakyat yang merupakan macai-macai
    Madey seperti berikut:

    1. 5,000-8,000 orang yang hadir di siri ceramah jelajah dikatakan 50,000-80,000 orang.

    2. 2,500 orang ahli berdaftar dicanangkan sebagai 1,800,000 ahli halimunan.

    3. 30,000 responden diwarkan sebagai 14,600,000 pengundi berdaftar.

    ReplyDelete
  4. ‘Kerajaan juga perlu mendapatkan semula mana mana wang di luar negara yang disembunyikan oleh rakyat melalui penggubahan wang haram.’

    Satu kenyataan yang menarik daripada KD sama seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal baru-baru ini di mana RM100 bilion + RM60 bilion telah dihilangkan dan digubah di luarnegara semasa era orang tua itu.

    Syabas KD kerana membangkitkan persoalan ini. Diharap kerajaan pimpinan Najib dapat menyiasat perkara ini untuk mengesahkan kebenarannya. Jika benar, dakwa pelaku-pelakunya dan dapatkan kembali wang tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa ada dakwaan terpilih....diri sendiri tak nak dakwa kerrr....lagi satu kalau org tua tu buat salah ..si BUGIS tu juga boleh buat salah kerrr... Atas nama Islam dua2 kena dakwa.... ade berani ???

      Yg penting jgn di sembunyikan siasatan

      ExPAS 2012

      Delete
    2. Masalahnya bukti-bukti yang diberikan oleh macai-macai Madey hanyalah merupakan auta-auta bukannya fakta-fakta yang ada nilai di sisi undang-undang baik di negara ini atau di negara-negara luar.

      Dua saman sivil DoJ dan jenayah yang dibuat di Amerika dan aduan-aduan di negara-negara seperti United Kingdom, Switzerland, Singapura dll tidak dapat mengaitkan Najib apatah lagi mendakwa beliau. Malahan Najib bebas masuk dan keluar daripada negara-negara tersebut.

      Mana bukti-buktinya?

      Kalau nak dikatakan Najib memiliki kekebalan diplomatik, negara-negara tersebut boleh:

      1. Menghantar nota bantahan diplomatik kepada Malaysia.

      2. Menghalang Najib daripada memasuki negara mereka.

      3. Mengusir Najib daripada negara mereka jika beliau sudah berada di negara-negara tersebut.

      4. Memohon pembatalan kekebalan diplomatik Najib supaya pendakwaan boleh dilakukan.

      Tetapi tiada satu tindakan di atas pun yang diambil oleh negara-negara tersebut.

      Apakata macai-macai Madey menyaman Najib menggunakan peguam-peguam pro-pembangkang di negara ini dan menggunakan khidmat Loretta dan Sandra di Amerika. Kita tengok samada bukti-bukti kukuh auta yang diberikan macai-macai itu ada nilainya ke tidak di sisi undang-undang.

      Delete
  5. Salam Bro. Gula taburan Najib amat BERBAHAYA. Yang amik dan makan leh kena darah tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud kau 6:41, adakah mereka-mereka ini:

      1. 94,956 peneroka Felda. Setiap peneroka menerima insentif khas kerajaan sebanyak RM5,000 dan tambahan 5 lagi insentif khas.

      2. 6,320,769 penerima BRIM. Setiap penerima BRIM menerima mengikut kategori samada RM1,200, RM900 dan RM450.

      3. 58,000 nelayan. Setiap nelayan menerima bantuan sara hidup RM300 sebulan semasa musim tengkujuh.

      4. 3,500,000 pelajar sekolah rendah dan menengah. Setiap pelajar menerima bantuan persekolahan RM100.

      5. 1,300,000 pelajar pusat pengajian tinggi. Setiap pelajar menerima kad debit pelajar bernilai RM250.

      6. Belasan ribu pelajar yang menerima biasiswa.

      7. Belasan ribu jemaah haji yang menerima penajaan mengerjakan haji.

      Delete
  6. Nama nya cahaya al majid.Cantik dan indah nama itu.Tapi otak dan perangai tak sama dengan nama nya....otak hitam perangai nya kelat.Berfikir mengikut nafsu dan menuduh tanpa fakta tapi banyak auta.Sama lah dengan ostad yang seorang tu yang begitu ekstrem guna hadis dan nas untuk mewajarkan persahabatan nya dengan parti khianat islam Dap dan dalam masa yang sama guna hadis dan nas juga untuk menentang parti melayu dan islam.Nampak nya sapa-sapa yang dah terjerumus kedalam Pakatan fikiran memang dah jadi macam tu...songsang.Kalau tak percaya tanya KD.

    ReplyDelete

6ANGKA