Andaikanlah itu berlaku di luar negara...
" Lebih dari sepasang perompak telah masuk ke rumah anda, merogol isteri anda, merogol kakak anda, merogol adik perempuan anda... Tidak cukup dengan itu perompak itu mencabul anak perempuan anda, menetak dengan parang ke atas abang ipar dan bapa mertua hingga cacat kekal"
Sebelum keluar, mereka turut melarikan beberapa ribu wang tunai, barang kemas dan melarikan kereta anda"
Dipendekan cerita..
"cctv anda berfungsi, dan anda serahkan kepada pihak polis untuk membantu siasatan"
Apa perasaan anda selepas siasatan jika pihak berkuasa negara tersebut gagal atau enggan atau berkeputusan tidak mengheret penjenayah tersebut ke mahkamah dengan alasan masa merogol, masa menetak, masa mencuri duit dan masa melarikan kereta, cctv kurang jelas sedangkan masa masuk ke rumah dan masa keluar dari rumah tersebut identiti mereka sangat jelas...
Jiran anda yang nampak mereka masuk juga turut membuat tambahan laporan polis untuk tujuan membantu, malang sebaliknya polis negara tersebut menyiasatnya pula dan mendakwanya atas alasan cuba sabotaj...
Ini semua menakutkan rakan dan kawan, jiran tetangga lain untuk bersuara...
Apakah anda berpuashati dan mengatakan semua itu takdir...
Apakah anda menerima nasihat daripada polis supaya lupakanlah sahaja...
Jika hingga ke hari ini anda masih menuntut keadilan..
Berulangkali menuntut keadilan dengan perkara dan peristiwa yang sama..
Anda tidak berputus asa untuk memperjuangkan keadilan..
Setiap orang yang anda jumpa, anda tidak letih untuk ulang cakap perkara yang sama..
Anda bentuk satu kumpulan masyarakat dan bergabung dengan beberapa pihak pelbagai etnik, copy and paste perkara yang sama dan sebarkan seluruh negara...
Jika masih ada yang kata, anda tidak ada isu lain..
Mungkin orang itu bersetuju dan redha serta bersyukur jika ibunya, isterinya, anak perempuannya dirogol secara percuma...na'uzubillah.
Wallahua'alam..
# Jika ada yang minta KD ulas bajet.
Jawapannya: Bajet yang mengaum hebat tetapi hipokrik masih tidak mampu menutup skandal 1MDB.












