THE MALAYSIAN INSIGHT diterbitkan pada 29 Oct 2017
BEKAS menteri Umno, Zainuddin Maidin menyalahkan Dr Mahathir Mohamad kerana nilai materialistik yang disemainya menjadi punca kemusnahan parti Melayu itu.
Dalam bukunya bertajuk “Pergi Mampuslah Umno” yang menghimpunkan tulisan blognya, bekas ketua pengarang Utusan Melayu itu berkata Dr Mahathir kini perlu “membayar” kepincangan sikap materalistik pemimpin dan bangsa Melayu yang lahir pada zamannya.
“Walaupun tajuk itu ganas tetapi pada keseluruhannya akan dapat rasionalisasi dengan keadaan (Umno dan politik) sekarang. Saya beri tanggungjawab apa yang berlaku sekarang kepada Dr Mahathir.
“Beliau dari awal bersikap bahawa untuk menjadi orang Melayu bermaruah dan terhormat mestilah bersandarkan materialistik. Orang Melayu mesti kaya dan selain menguasai politik perlu menguasai ekonomi Melayu.

Najib Razak sebelum ini dilaporkan menggunakan pendekatan “cash is king” pada pertemuan di White House saat mengumumkan pelaburan berbilion ringgit dalam ekonomi Amerika Syarikat (AS).
Walaupun anak kelahiran Kedah itu hanya menyertai Umno pada 2004 selepas menjadi calon pilihan raya umum (PRU), beliau mendakwa dirinya lebih menjiwai Umno berbanding pemimpin lain termasuk Perdana Menteri Najib Razak.
“Saya umur 18 tahun sudah mengikuti perkembangan Tunku Abdul Rahman. Saya melihat Umno dari awal. Apa yang Najib buat saya kecewa. Saya bandingkan semua PM (perdana menteri) tak pernah saya rasa seperti keadaan sekarang,” kata bekas ahli Parlimen Merbok itu.
“Saya lebih Umno dari Najib. Mana yang mengata saya, mereka hanyalah budak hingusan,” katanya yang terlalu kecewa dengan pentadbiran Najib kini kerana terpalit pelbagai skandal.
Untuk menzahirkan kecewanya, Zainuddin, 77, yang dikenali sebagai Zam menerbitkan kompilasi tulisan blognya sejak 2013. Sebanyak 5,000 naskhah diterbitkan dan mula dijual 20 Oktober yang lalu.
Buku itu mendapat jualan memberangsangkan melalui jualan atas talian dan turut dijual di kedai-kedai buku tempatan dan lebih 20 pengedar dilantik di seluruh negara
Tolak gejala rasuah, Dr Mahathir hanya retorik
Mengakui pemerintahan Najib dicemari pelbagai skandal rasuah, Zainudin menambah gejala itu terus berlaku kerana sikap pejam mata Dr Mahathir yang tidak tegas menanganinya sepanjang 22 tahun pentadbirannya.
Amalan kronisme berlaku pada zaman Dr Mahathir, bahkan, anaknya sendiri dilabel jutawan dan modal itu sering digunakan media Umno untuk mengkritik Dr Mahathir.
“Walaupun dia (Dr Mahathir) tahu orang ini menggunakan wang untuk kepentingan diri, tapi dia pejam mata kerana kroni dan kawan dia. Berapa banyak masa zaman dia,” katanya tanpa menamakan sesiapa yang terlibat.
“Anda hendak betulkan keadaan dan anda bercakap retorik, masyarakat kena bersih. Tetapi orang tahu anda tidak bersih. Macam Dr Mahathir tak sepatutnya timbul, anak anda jadi jutawan,” katanya lagi.
Tiba tiba “Saya lebih Umno dari Najib. Mana yang mengata saya, mereka hanyalah budak hingusan,”
Tiket kewartawanan bukanlah satu tiket jaminan ke syurga, dan semasa menjadi Menteri, ramai yang boleh menilai setakat mana "kemampuan zam".
Hari ini kalau Zam masih seorang Menteri di kabinet Najib (masih boleh) nadanya juga sudah tentu berbeza dan mungkin sebaris dengan Ahmad Maslan, Salleh Keruak, Nazri, Rahman Dahlan atau Zaunudin Hamzah.
Dalam ketika Mahathir bukan lagi berkuasa, Zam tidak wajar menggunakan persepsi untuk melabel Tun kecuali membuktikan tanpa ada halangan malah selari dengan keinginan kerajaan sekarang.
Kekayaan anak-anak Tun harus didedah "jalan salah mana" sebelum dijadikan persepsi sebagai kekayaan itu adalah salah dan dosa Mahathir.
Satu kesilapan Tun, dia tidak mengisitiharkan keluarganya menabung sejak bayi.
# setakat ini saya belum kesempatan membaca buku zam, pergi mampuslah umno.