Sunday, October 29, 2017

MENANGGUK DI AIR KERUH



THE MALAYSIAN INSIGHT diterbitkan pada 29 Oct 2017
BEKAS menteri Umno, Zainuddin Maidin menyalahkan Dr Mahathir Mohamad kerana nilai materialistik yang disemainya menjadi punca kemusnahan parti Melayu itu.
Dalam bukunya bertajuk “Pergi Mampuslah Umno” yang menghimpunkan tulisan blognya, bekas ketua pengarang Utusan Melayu itu berkata Dr Mahathir kini perlu “membayar” kepincangan sikap materalistik pemimpin dan bangsa Melayu yang lahir pada zamannya.
“Walaupun tajuk itu ganas tetapi pada keseluruhannya akan dapat rasionalisasi dengan keadaan (Umno dan politik) sekarang. Saya beri tanggungjawab apa yang berlaku sekarang kepada Dr Mahathir.
“Beliau dari awal bersikap bahawa untuk menjadi orang Melayu bermaruah dan terhormat mestilah bersandarkan materialistik. Orang Melayu mesti kaya dan selain menguasai politik perlu menguasai ekonomi Melayu.
“Betul tapi dalam proses membentuk masyarakat ekonomi yang kuat dalam beberapa hal (Dr) Mahathir mengetepikan nilai-nilai yang baik. Tidak hairanlah Najib kata ‘money is the king’,” katanya dalam satu temubual bersama The Malaysian Insight baru-baru ini.
Najib Razak sebelum ini dilaporkan menggunakan pendekatan “cash is king” pada pertemuan di White House saat mengumumkan pelaburan berbilion ringgit dalam ekonomi Amerika Syarikat (AS).
Walaupun anak kelahiran Kedah itu hanya menyertai Umno pada 2004 selepas menjadi calon pilihan raya umum (PRU), beliau mendakwa dirinya lebih menjiwai Umno berbanding pemimpin lain termasuk Perdana Menteri Najib Razak.
“Saya umur 18 tahun sudah mengikuti perkembangan Tunku Abdul Rahman. Saya melihat Umno dari awal. Apa yang Najib buat saya kecewa. Saya bandingkan semua PM (perdana menteri) tak pernah saya rasa seperti keadaan sekarang,” kata bekas ahli Parlimen Merbok itu.
“Saya lebih Umno dari Najib. Mana yang mengata saya, mereka hanyalah budak hingusan,” katanya yang terlalu kecewa dengan pentadbiran Najib kini kerana terpalit pelbagai skandal.
Untuk menzahirkan kecewanya, Zainuddin, 77, yang dikenali sebagai Zam menerbitkan kompilasi tulisan blognya sejak 2013. Sebanyak 5,000 naskhah diterbitkan dan mula dijual 20 Oktober yang lalu.
Buku itu mendapat jualan memberangsangkan melalui jualan atas talian dan turut dijual di kedai-kedai buku tempatan dan lebih 20 pengedar dilantik di seluruh negara
Tolak gejala rasuah, Dr Mahathir hanya retorik
Mengakui pemerintahan Najib dicemari pelbagai skandal rasuah, Zainudin menambah gejala itu terus berlaku kerana sikap pejam mata Dr Mahathir yang tidak tegas menanganinya sepanjang 22 tahun pentadbirannya.
Amalan kronisme berlaku pada zaman Dr Mahathir, bahkan, anaknya sendiri dilabel jutawan dan modal itu sering digunakan media Umno untuk mengkritik Dr Mahathir.
“Walaupun dia (Dr Mahathir) tahu orang ini menggunakan wang untuk kepentingan diri, tapi dia pejam mata kerana kroni dan kawan dia. Berapa banyak masa zaman dia,” katanya tanpa menamakan sesiapa yang terlibat.
“Anda hendak betulkan keadaan dan anda bercakap retorik, masyarakat kena bersih. Tetapi orang tahu anda tidak bersih. Macam Dr Mahathir tak sepatutnya timbul, anak anda jadi jutawan,” katanya lagi.










Tiba tiba “Saya lebih Umno dari Najib. Mana yang mengata saya, mereka hanyalah budak hingusan,”

Tiket kewartawanan bukanlah satu tiket jaminan ke syurga, dan semasa menjadi Menteri, ramai yang boleh menilai setakat mana "kemampuan zam".

Hari ini kalau Zam masih seorang Menteri di kabinet Najib (masih boleh) nadanya juga sudah tentu berbeza dan mungkin sebaris dengan Ahmad Maslan, Salleh Keruak, Nazri, Rahman Dahlan atau Zaunudin Hamzah.

Dalam ketika Mahathir bukan lagi berkuasa, Zam tidak wajar menggunakan persepsi untuk melabel Tun kecuali membuktikan tanpa ada halangan malah selari dengan keinginan kerajaan sekarang. 

Kekayaan anak-anak Tun harus didedah "jalan salah mana" sebelum dijadikan persepsi sebagai kekayaan itu adalah salah dan dosa Mahathir.

Satu kesilapan Tun, dia tidak mengisitiharkan keluarganya menabung sejak bayi.





# setakat ini saya belum kesempatan membaca buku zam, pergi mampuslah umno.

23 comments:

  1. Macham²..selalu juga baca blog dia..sewaktu jadii menteri dulu kenapa tak tegurr jerr drmahathir..bila kalah pilihanraya byk bunyi pulak..🌀🌀🌀🌀

    ReplyDelete
  2. Zam's book is actually sarcasm. The bullets were "shot" to mahathir but it was meant to deflect and reflect that shot on najib....is not najib cash is king?-----think. I like it as sarcasm is a powerful word.

    ReplyDelete
  3. Menuduh perosak bangsa tanpa butiran jelas satu yang sangat serius, satu fitnah yang sangat besar.

    Apapun zam sendiri bukanlah sangat ada kredibiliti dan integriti untuk jejaskan Mahathir.

    Kita tunggu ulasan Tun, silap haribulan, zam kena beli bukunya sendiri..

    ReplyDelete
  4. Zam tu pemberita. Ada banyak kisah yg dilihat dan didengar. Banyak yg disimpan dan dikeluarkan ikut fikiran sendiri mengikut sudut pandangan yg dikehendakinya. Akj pun wartawan juga serupa zam. Tulisan zam banyak ikut fakta berdasarkan pandangannya sendiri. Adakah benar atau salah, ikut pandai bila membaca dan mentafsir yg tersurat dan tersirat.

    ReplyDelete
  5. Perangai org melayu ni bila dah tak ada jawatqn baru nak bercakap..masa da jawatqn bisu...pooorah

    ReplyDelete
  6. Saya tak mampu komen pasal tulisan TS Zam kali ni sebab bro KD hanya memetik sebahagian semata-mata. Barangkali juga TS Zam sedang 'pukul anak untuk sindir menantu'.

    Saya percaya TS Zam seorang yang jujur dan ikhlas di dalam pandangannya walaupun ada juga di antara pandangannya yang saya tidak bersetuju.

    Malah Tun M baru-baru ini pun ada membuat komen kalau mamak Reezal Merican dan mamak Azeez Raheem hanya fikirkan dedak tapi mamak Zam dan mamak Nor Mohamed Yaacob tidak mampu dibeli oleh dedak.

    Apa pun menyalahkan Tun M kerana telah memajukan negara ini dan menjadikannya satu negara yang kaya dan berjaya sehingga boleh muncul watak2 seperti Najib dan A9 yang percaya kepada 'cash is king' bukanlah sesuatu yang betul dan murni pada akal dan jiwa yang sihat. Ia adalah sifat 'orang-orang yang beralasan'.

    Kekayaan dan wang adalah ibarat pisau. Sekiranya baik penggunaannya maka baiklah hasilnya dan begitulah sebaliknya.

    Misalnya kita biasa mendengar bahawa di antara tanda-tanda kiamat ialah banyaknya bangunan pencakar langit dibina. Maka apabila Tun M membina bbrp pencakar langit, adakah Tun telah 'mempercepatkan kiamat'? Sudah tentu tidak kerana bangunan-bangunan ini punya fungsi tersendiri dan sesuai dengan zamannya dan fakta bahawa ia menjadi tanda-tanda kiamat adalah di atas faktor masa yg hampir tiba dan bukan pembinaan itu yg mempercepatkan masanya.

    Cash is King adalah manifestasi kepada manusia yang meletakkan kekayaan dan wang ringgit di hadapan segala-galanya termasuklah kebenaran. Kekayaan dan wang ringgit itu sendiri bukanlah satu kesalahan.

    Tidak ada nas yang menyebut 'kekayaan itu satu kesalahan' secara terpisah daripada faktor yang menjadikannya sbg satu kesalahan. Ini bererti secara per se mencari kekayaan itu bukanlah sesuatu yang ditegah. Yang ditegah ialah cara memperolehi kekayaan itu sekiranya ia adalah melalui jalan yg salah.

    Falsafah sufi; "bukanlah zuhud itu tidak memiliki harta dunia, tetapi adalah zuhud itu satu jiwa yang tidak dikuasai oleh harta dunia".

    Sekadar berkongsi pandangan.

    ReplyDelete
  7. Syabas diucapkan kepada bro KD.Ternyata anda adalah seorang penyokong Tun yang ikhlas dan jujur.Sanggup kehadapan disaat Tun dikeji dan dihina.....sekali lagi diucapkan syabas!!....

    Kepada TS Zam....membaca penulisannya kali ini saya pun sangat terkejut!!??....tetapi mungkin betul juga seperti kata bro John Doe.....TS Zam pukul anak sindir menantu!!??.....

    ReplyDelete
  8. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Zam nie dia pandang dan komen. Itu hak dia. Tapi siapa yang sanggup aktif di waktu era pencen mereka? Talk is cheap kata mat saleh. Cakaplah nak meniaga jual buku kan senang oiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menangguk di air yg keruh. Orang meniaga. Biasalah

      Delete
  9. dulu dia minom air mani mcm blogger KD tengah syoook...laa dia dapat dedak pulok...dia tinggal lah air mani madey..pie makan dedak

    ReplyDelete
  10. Hujah taek low dah sampai

    ReplyDelete
  11. Dalam politik apa2 pun boleh jadi apa2 pun tidak mustahil. Satu strategi pilihan dalam politik tanahair yang perlu diterikoi adalah..... Daripada bersekonkol dengan Tun M dan DAP, mungkin lebih baik bersekonkol dengan Najib dan BN. Mungkin ini satu pilihan yang ada kepada Anwar Ibrahim..... Tun M telah banyak menyusahkan Anwar Ibrahim tapi bukan Najib. Pemimpin2 politik lain perlu meneroka pilihan ini
    Tidak ada salah pun sebab dalam politik apa2 pun boleh berlaku.
    Apa macam KD...


    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib dgn bantuan Saifool yg kurung Anwar. Baca lebih sikit. Nmpk kuat meter bodo ko ni 844.
      Ko tk cukup power masok sini wa cakap bhai. Usah la malukan bangsa mu lagi.

      Delete
  12. KISAH BENAR.
    Felda X.

    Pa'Harun dan U.MNor berjiran.
    Hari2 bertegang leher warong Pak Yat.
    Tapi petengkaran hari ini luar biasa, sampai naik kaki tangan dan pisau sawit.
    Bilal Kassim pun dtg tenangkan, dan cadang selidik siapa yg salah.
    Maklumat diperolehi spt bawah:

    *PH dpt buktikan UMNor rempoh masok rumah tak berjemput alih tiang dan kasi pecah pinggan mangkok dia.

    *U MNor pulak balas bhw, dia terbau kari kambing dari rumah PH.
    PH pulak tidak offer dia makan nasi kari kambing bersama2.
    Itu sebab dia benggang langgar masok rumah PH dan alih tiang pecah pinggan mangkok.
    U MNor ni pelik sikit, tak pernah pulak buka pintu rumahnya utk tetamu.


    Senario ini sama lah keadaan di Blog2 PH dan UMNOPAS.
    Sepatutnya jelas siapa yg bersalah, kan?
    Utk itu, memandangkan Bilal Kassim tak dpt sekesaikan, disaran siapa2 nmpk UMNor masok rumah Pa'Harun, tolong kasik belasah sama dia kaw2. Ini sebagai hukuman menganggu ketentraman awam, sebab UMNor tu sah dah gila kuasa.

    Aamin

    Bilal Kassim
    Felda X

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hentam sajalah labuuu..

      Delete
    2. 944, ayoh jgn malu.

      Makan nasi sayur Labu,
      Dihidang bersama ikan tamban.
      Ada ramai yg tahu tp malu.
      Sakit perut baru buat jamban.

      TAEK boleh kah disimpan almari?
      Tak mungkin TAEK tak dikenali.

      Ini isu moral kebersihan DIRI.
      Dah mmg silap selama ini.
      Melayu diasuh hopokrit pada diri.
      Langau Politok dan Lobai sukahati.

      PALING LAHANAT BILA MEDIA JD DURI.
      SAMPAI BILA BANGSA MATI HATI

      Delete
  13. Untuk mengetahui dengan terperinci kekayaan orang tua itu dan anak-anaknya, sewajarnyalah dirujuk kepada Sungai Buloh, Pandan, Ketua Amanah dan Penasihat Roket yang lebih arif dan pakar tentang perkara tersebut atau tengok kembali video-video klip ceramah mereka.

    Tajuk yang sesuai untuk buku tersebut adalah ‘Pergi Mampuslah Pembangkang’.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang tepat
      PERGI MAMPUSLAH PEMBANGKANG DI PP DAN SELANGOR

      Delete
    2. Bro 1:45AM

      Biarkan macai menyalak kuat2..mereka dah habis dedak.

      Himpunan Kelptobasi GAGAL segagal2nya! tanda jelas tu bayangan PRU14!

      Insya Allah ikut risikan Sgpork Penang dan SelanGok akan tumbang kembali ke kerajaan BN pru14 nanti.

      Mereka pun tahu skrg sebab tu pakat melompat jadi berok! PAS takkan duduk diam biar PAN hancurkan ahli mereka.. PAS akan pecahkan undi Pakatan!

      UMNO BN tumpu pada ahli dan atas pagar shj.. Insya Allah Ayuh kukuhkan BARISAN!

      Delete
  14. Anon 1:45 AM dan Anon 2:40 AM....kita sanggah pembangkang habis habisan. Sekarang pembangkang mengguna bermacam helah dan kelentong dlm persidangan parlimen untuk menentang budget 2018. Kita biarkan sahaja dan harap di pihak kerajaan... " to remain relax and cool". Dah bertahun tahun memang macam itu di persidangan parlimen bila sampai masa perbahasan mengenai budget maka kita lihat banyak nya karektor2 monyet melompat menjerit jerit. Tapi saperti biasa budget akan tetap diuruskan. Bila diluluskan maka yang menentang di luar parlimen pun berpusu pusu mengisi borang untuk itu untuk ini termasuk lah BRIM dan lain-lain.... TAK MALU BETUL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro..itulah muka-muka taraf BARUA. tumpang berkat UMNO BN jugak!
      berpusu2 ambik apa yang mereka keji dan tentang.. lepas tu ckp pulak itu duit rakyat??

      Pala hotak ko..duit negara datang dari macam2 sumber.. duit zakat pun dari rakyat jugak..ada kita sebut duit rakyat ke?? bodoh!

      Macam anak puaka Ketom.. Kerinchi apa dia kesah? Najib masuk buat rumah baru.. menggedik dia hantar roti free near expired??

      Delete
  15. cerita zam dalam buku dia hanya untuk melariskan jualan. jual keliling dapat untung besar.

    ReplyDelete
  16. Mamak sama Mamak bergaduh Melayu macai jadi bodoh..kahkkah..kah..

    cerita buku 'doktor dalam rumah' apa namaa a doctor in the house itu buku jenis apa ya?

    untuk laris kah..
    untuk menipukah..

    muka surat berapa dia cakap Anwar peliwat, masalah moral, tak layak jadi pemimpin..

    sekarang dia angkar Anwar jadi rakan pemimpin..bakal pii emm ???

    cer chai ulas sikit??

    ReplyDelete

6ANGKA