Monday, October 30, 2017

KALAU TAK AUTA KENAPA SEMBUNYI..


Kalau Tuduhan Tun salah, alhamdulillah, negara selamat.. Najib uruskan negara dengan baik.
Kalau tuduhan Tun benar, masyaAllah, negara menuju kehancuran.. Najib mengkhianati rakyat.

Samada ada fakta atau tidak, Najib yang lebih tahu di mana fakta di mana auta.

Sewajarnya Najib berani berdepan dengan Tun untuk menjawab pelbagai isu.. 

Atau sekurang-kurangnya mengarahkan speaker untuk membenarkan isu 1MDB dibahas tabpa had....

Lebih telus, RCI ditubuhkan...

Laporan odit dibebaskan 
OSA..
Heret Jho Low kemuka pengadilan..

Buktikan transaksi debit dan credit 2.6B...

Banyak lagi perkara yang boleh Najib lakukan jika dia bukan auta bagi membuktikan Tun yang auta, menjemput seramai mungkin orang luar berjumpa dengannya dan menyatakan mereka sokongnya dan bersih, rakyat tidak termakan.

Pergi berjumpa setinggi manapun manusia di luar negara atas konon dihormati dan dihargai, we dont buy.

Kalau bersumpah di dalam masjid mengikut terma dan syarat, insyaAllah rakyat boleh ambilkira.

Jika semua itu gagal dan tidak berani dilakukan, ia menjadi "fakta" tuduhan Tun ada asas...asas yang sangat kuat.

Jika PH dapat kuasa, Najib akan lebih tahu tanah itu tinggi atau rendah...

NASIB BAJET 2018 AGAK MALANG


Pertama kali nya dalam sejarah Malaysia, pembentangan bajet 2018 langsung tidak menarik minat rakyat untuk mengikutinya, mendengar apatah la dibincangkan secara meluas.

Selepas dua tiga hari pembentangan, banyak pihak mengambil sikap diam dan "malas" untuk memperkatakan satu bajet yang biasa biasa atau bajet pru yang tidak pun menjejaskan sedikitpun sokongan kepada pembangkang.

Harapan untuk melihat gst dikurangkan untuk kebaikan semua rakyat tidak kesampaian.

Malah pembangkang yang kebiasaannya akan
mempertikai banyak perkara turut kurang mengulas.

Samada bajet terlalu bagus, sempurna atau bajet sekadar taraf bajet dapur, tambah sikit duit kocek untuk sayur dan jajan untuk anak², yang lain gampang.

Sebahagiannya meniru bajet Selangor seperti yang disahkan Azmin.

Sendiri bentang, sendiri ulas, sendiri angkat, sendiri promo mungkin gambaran tepat untuk bajet 2018.

Kesedaran rakyat tentang bajet juga meningkat, mereka boleh nilai
sendiri tanpa perlu bantuan tukang kipas atau pembangkang. Rakyat juga kenal setiap satu pemimpin.

Rakyat juga pasti tahu setakat mana kemampuan kerajaan untuk melaksanakan dan setakat mana janji bajet² terdahulu sudah dan belum dilaksanakan.

Begitu banyak tambahan pada kelompok tertentu dan begitu tinggi kos pengurusan yang membawa maksud pembaziran dan ketidakcekapan sedangkan peruntukan  pembangunan untuk rakyat ciput.
Duit rakyat (cukai) Najib bajet lebih banyakan untuk dirinya sendiri (JPM).

Satu yang pasti, bajet ini akan dirombak semula kepada yang lebih selesa untuk rakyat sebaik sahaja Puterajaya ditawan.






# Hakikatnya bajet gagal kerana ia memerlukan pecacai untuk terus jadi tukang sorak dan pru tidak mampu diawalkan.

Sunday, October 29, 2017

MENANGGUK DI AIR KERUH



THE MALAYSIAN INSIGHT diterbitkan pada 29 Oct 2017
BEKAS menteri Umno, Zainuddin Maidin menyalahkan Dr Mahathir Mohamad kerana nilai materialistik yang disemainya menjadi punca kemusnahan parti Melayu itu.
Dalam bukunya bertajuk “Pergi Mampuslah Umno” yang menghimpunkan tulisan blognya, bekas ketua pengarang Utusan Melayu itu berkata Dr Mahathir kini perlu “membayar” kepincangan sikap materalistik pemimpin dan bangsa Melayu yang lahir pada zamannya.
“Walaupun tajuk itu ganas tetapi pada keseluruhannya akan dapat rasionalisasi dengan keadaan (Umno dan politik) sekarang. Saya beri tanggungjawab apa yang berlaku sekarang kepada Dr Mahathir.
“Beliau dari awal bersikap bahawa untuk menjadi orang Melayu bermaruah dan terhormat mestilah bersandarkan materialistik. Orang Melayu mesti kaya dan selain menguasai politik perlu menguasai ekonomi Melayu.
“Betul tapi dalam proses membentuk masyarakat ekonomi yang kuat dalam beberapa hal (Dr) Mahathir mengetepikan nilai-nilai yang baik. Tidak hairanlah Najib kata ‘money is the king’,” katanya dalam satu temubual bersama The Malaysian Insight baru-baru ini.
Najib Razak sebelum ini dilaporkan menggunakan pendekatan “cash is king” pada pertemuan di White House saat mengumumkan pelaburan berbilion ringgit dalam ekonomi Amerika Syarikat (AS).
Walaupun anak kelahiran Kedah itu hanya menyertai Umno pada 2004 selepas menjadi calon pilihan raya umum (PRU), beliau mendakwa dirinya lebih menjiwai Umno berbanding pemimpin lain termasuk Perdana Menteri Najib Razak.
“Saya umur 18 tahun sudah mengikuti perkembangan Tunku Abdul Rahman. Saya melihat Umno dari awal. Apa yang Najib buat saya kecewa. Saya bandingkan semua PM (perdana menteri) tak pernah saya rasa seperti keadaan sekarang,” kata bekas ahli Parlimen Merbok itu.
“Saya lebih Umno dari Najib. Mana yang mengata saya, mereka hanyalah budak hingusan,” katanya yang terlalu kecewa dengan pentadbiran Najib kini kerana terpalit pelbagai skandal.
Untuk menzahirkan kecewanya, Zainuddin, 77, yang dikenali sebagai Zam menerbitkan kompilasi tulisan blognya sejak 2013. Sebanyak 5,000 naskhah diterbitkan dan mula dijual 20 Oktober yang lalu.
Buku itu mendapat jualan memberangsangkan melalui jualan atas talian dan turut dijual di kedai-kedai buku tempatan dan lebih 20 pengedar dilantik di seluruh negara
Tolak gejala rasuah, Dr Mahathir hanya retorik
Mengakui pemerintahan Najib dicemari pelbagai skandal rasuah, Zainudin menambah gejala itu terus berlaku kerana sikap pejam mata Dr Mahathir yang tidak tegas menanganinya sepanjang 22 tahun pentadbirannya.
Amalan kronisme berlaku pada zaman Dr Mahathir, bahkan, anaknya sendiri dilabel jutawan dan modal itu sering digunakan media Umno untuk mengkritik Dr Mahathir.
“Walaupun dia (Dr Mahathir) tahu orang ini menggunakan wang untuk kepentingan diri, tapi dia pejam mata kerana kroni dan kawan dia. Berapa banyak masa zaman dia,” katanya tanpa menamakan sesiapa yang terlibat.
“Anda hendak betulkan keadaan dan anda bercakap retorik, masyarakat kena bersih. Tetapi orang tahu anda tidak bersih. Macam Dr Mahathir tak sepatutnya timbul, anak anda jadi jutawan,” katanya lagi.










Tiba tiba “Saya lebih Umno dari Najib. Mana yang mengata saya, mereka hanyalah budak hingusan,”

Tiket kewartawanan bukanlah satu tiket jaminan ke syurga, dan semasa menjadi Menteri, ramai yang boleh menilai setakat mana "kemampuan zam".

Hari ini kalau Zam masih seorang Menteri di kabinet Najib (masih boleh) nadanya juga sudah tentu berbeza dan mungkin sebaris dengan Ahmad Maslan, Salleh Keruak, Nazri, Rahman Dahlan atau Zaunudin Hamzah.

Dalam ketika Mahathir bukan lagi berkuasa, Zam tidak wajar menggunakan persepsi untuk melabel Tun kecuali membuktikan tanpa ada halangan malah selari dengan keinginan kerajaan sekarang. 

Kekayaan anak-anak Tun harus didedah "jalan salah mana" sebelum dijadikan persepsi sebagai kekayaan itu adalah salah dan dosa Mahathir.

Satu kesilapan Tun, dia tidak mengisitiharkan keluarganya menabung sejak bayi.





# setakat ini saya belum kesempatan membaca buku zam, pergi mampuslah umno.

Friday, October 27, 2017

APAKAH KITA SEBUAH NEGARA YANG KORUP ZAHIR DAN BATIN

Mengikut Gopal Sri Ram mantan hakim, Jho Low boleh dikaitkan 4 kesalahan di bawah Penal Code.

Sekaligus menolak segala kaberap oleh Nazri dan lain² pihak menyatakan jho low tidak boleh didakwa kerana tidak melakukan apa² kesalahan undang² di Malaysia.

Bagaimana dengan siasatan dan pendirian PDRM (?)

Sudah tentu mana² individu atau pihak yang memberi perlindungan kepada penjenayah atau tidak mengambil tindakan kepada penjenayah juga melakukan satu kesalahan jenayah.

Adalah Malaysia sekarang sepenuhnya sebuah negara yang korup, zahir dan batin.

MENJAWAB PERSOALAN KEPADA RECYCLE YANG TIDAK BERUBAH FAKTA...

Andaikan anda berada pada situasi yang menimpa pada seseorang seperti ini, apa reaksi, apa emosi yang berlaku...

Andaikanlah itu berlaku di luar negara...

" Lebih dari sepasang perompak telah masuk ke rumah anda, merogol isteri anda, merogol kakak anda, merogol adik perempuan anda... Tidak cukup dengan itu perompak itu  mencabul anak perempuan anda, menetak dengan parang ke atas abang ipar dan bapa mertua hingga cacat kekal"

Sebelum keluar, mereka turut melarikan beberapa ribu wang tunai, barang kemas dan melarikan kereta anda"

Dipendekan cerita..

"cctv anda berfungsi,  dan anda serahkan kepada pihak polis untuk membantu siasatan"

Apa perasaan anda selepas siasatan jika pihak berkuasa negara tersebut gagal atau enggan atau berkeputusan tidak mengheret penjenayah tersebut ke mahkamah dengan alasan masa merogol, masa menetak, masa mencuri duit dan masa melarikan kereta, cctv kurang jelas sedangkan masa masuk ke rumah dan masa keluar dari rumah tersebut identiti mereka sangat jelas...

Jiran anda yang nampak mereka masuk juga turut membuat tambahan laporan polis untuk tujuan membantu, malang sebaliknya polis negara tersebut menyiasatnya pula dan mendakwanya atas alasan cuba sabotaj...

Ini semua menakutkan rakan dan kawan, jiran tetangga lain untuk bersuara...

Apakah anda berpuashati dan mengatakan semua itu takdir...
Apakah anda menerima nasihat daripada polis supaya lupakanlah sahaja...

Jika hingga ke hari ini anda masih menuntut keadilan..

Berulangkali menuntut keadilan dengan perkara dan peristiwa yang sama..

Anda tidak berputus asa untuk memperjuangkan keadilan..

Setiap orang yang anda jumpa, anda tidak letih untuk ulang cakap perkara yang sama..

Anda bentuk satu kumpulan masyarakat dan bergabung dengan beberapa pihak pelbagai etnik, copy and paste perkara yang sama dan sebarkan seluruh negara...

Jika masih ada yang kata, anda tidak ada isu lain..

Mungkin orang itu bersetuju dan redha serta bersyukur jika ibunya, isterinya, anak perempuannya dirogol secara percuma...na'uzubillah.



Wallahua'alam..



# Jika ada yang minta KD ulas bajet.
Jawapannya: Bajet yang mengaum  hebat tetapi hipokrik masih tidak mampu menutup skandal 1MDB.






JUALAN PROMOSI GILA GILA TUTUP KEDAI...

Kebiasaan sesebuah kedai yang dijangka akan tutup terus biasanya akan membuat tawaran jualan gila-gila sehingga stok habis, last kopek...


Pelanggan kena berhati-hati... Takut terbeli barang expired, habis tempoh atau warranty yang tak boleh pakai...

Ibu mengandung dapat diskaun tambahan 1%.

Alatan silapmata dan magik diberi percuma pada setiap belian.

Thursday, October 26, 2017

JAUHI GULA, GULA- GULA DAN KORUP




Addmath 7, sempua pun tak pandai.




# Pulau Pinang istihar tiada tol di Jambatan Pulau Pinang mulai 1/1/18, sudah tenu BN boleh lebih hebat, tiada tol seluruh negara... (?)


6ANGKA