Soal etika dan maruah, apabila undang² dan keadilan tidak boleh ditegakan dalam diri sendiri, pada diri sendiri, bagaimana mungkin mahu diluruskan kepada orang dan pihak yang lain. Cakap tak serupa bikin. Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul, hakikat dia sendiri berjalan mengiring. Soal peribadi jangan dikaitkan dengan jabatan, kalau hitam tetap hitam. Siapa yang sabotaj jabatan, siapa yang kotor dan cemarkan nama jabatan (?) Cukup ke beralasan dan menuduh tanpa bukti ada pihak memberi tekanan hakikatnya diri sendiri tidak bersih. Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Kenapa anda rasa masih layak untuk berada di situ sedangkan tahu anda sendiri morally corrupted untuk menjaga sebuah jabatan yang bukan sahaja perlu bersih tetapi perlu nampak bersih. : Apalah malangnya nasib bangsa dan negaraku.
Akhirnya duit sudah tidak boleh membeli segala galanya, Duit tidak dapat menghiburkan hati, Duit tidak boleh membeli tidor yang nyenyak, Duit tidak boleh mengganti ketenangan. Duit tidak boleh membeli semua orang, Duit tidak boleh menjual semua temberang, Duit tidak dapat membuat semua orang sayang, Duit tidak dapat meninggi integriti, Duit tidak dapat meninggi harga diri, Duit tidak dapat memaksa penghargaan, Duit tidak dapat memaksa kepercayaan, Duit tidak dapat memanggil penghormatan, Akhirnya duit menjerumus kehinaan, Rezeki bukan semata duit, Taqwa bukan atas banyak duit, Berbohong kerana duit, Menipu kerana duit, Melanun kerana duit, Buruk akhlak kerana duit, Pecah amanah gelap mata tengok duit, Tamak haloba macam tak pernah tengok duit, Akhirnya jadi hamba duit. Mati pun kerana duit.
Ada rahman dahlan, salleh kruak, shahril, nazeri, annuar musa, tokpa, kunan, matmaselan, jamal jamban, noh udang, hadi awang, ada wang... Ada yang berani mati mempertahan najib..
You all baca lah dulu, nanti aku sambung tulis, nak ketawa dulu.... Ulasan dari seorang menteri apabila SR dedahkan siapa sumber mereka dalan kes Hadi vs SR. ....... 1) Kes SR vs Hadi, Ambiga didedahkan sebagai sumber maklumat. 2) Antara Rahman Dahlan dengan Ambiga, siapa yang lebih bermaklumat? 3) Ini adalah kes SR vs Hadi berkaitan 90 juta. Ada tak umno atau Najib nafikan (?) 3) Ini kes SR vs Hadi, apa kaitan dengan 1MDB. Tak ada siapa pun kaitkan, kenapa Rahman Dahlan merujuk kepada 1MDB, kan dah kantoi... 4) Kenapa Rahman tergesa minta maklumat dari ambiga, bukankah itu mengganggu saksi dan menghina mahkamah. 5) Melengkspkan siasatan (???) Ini kerja polis, bukan kerja Rahman Dahlan. Nasihat pada Menteri, janganlah hipokrik seolah tidak tahu perkara sebenar tentang 1MDB. Jika PH berkuasa, mereka hanya memerlukan 100 hari untuk siasatan lengkap. # Lain ditanya lain pula jawapan si lebai..
Kalau Tuduhan Tun salah, alhamdulillah, negara selamat.. Najib uruskan negara dengan baik.
Kalau tuduhan Tun benar, masyaAllah, negara menuju kehancuran.. Najib mengkhianati rakyat.
Samada ada fakta atau tidak, Najib yang lebih tahu di mana fakta di mana auta. Sewajarnya Najib berani berdepan dengan Tun untuk menjawab pelbagai isu.. Atau sekurang-kurangnya mengarahkan speaker untuk membenarkan isu 1MDB dibahas tabpa had.... Lebih telus, RCI ditubuhkan... Laporan odit dibebaskan OSA.. Heret Jho Low kemuka pengadilan.. Buktikan transaksi debit dan credit 2.6B... Banyak lagi perkara yang boleh Najib lakukan jika dia bukan auta bagi membuktikan Tun yang auta, menjemput seramai mungkin orang luar berjumpa dengannya dan menyatakan mereka sokongnya dan bersih, rakyat tidak termakan. Pergi berjumpa setinggi manapun manusia di luar negara atas konon dihormati dan dihargai, we dont buy. Kalau bersumpah di dalam masjid mengikut terma dan syarat, insyaAllah rakyat boleh ambilkira. Jika semua itu gagal dan tidak berani dilakukan, ia menjadi "fakta" tuduhan Tun ada asas...asas yang sangat kuat. Jika PH dapat kuasa, Najib akan lebih tahu tanah itu tinggi atau rendah...
Pertama kali nya dalam sejarah Malaysia, pembentangan bajet 2018 langsung tidak menarik minat rakyat untuk mengikutinya, mendengar apatah la dibincangkan secara meluas. Selepas dua tiga hari pembentangan, banyak pihak mengambil sikap diam dan "malas" untuk memperkatakan satu bajet yang biasa biasa atau bajet pru yang tidak pun menjejaskan sedikitpun sokongan kepada pembangkang. Harapan untuk melihat gst dikurangkan untuk kebaikan semua rakyat tidak kesampaian. Malah pembangkang yang kebiasaannya akan
mempertikai banyak perkara turut kurang mengulas. Samada bajet terlalu bagus, sempurna atau bajet sekadar taraf bajet dapur, tambah sikit duit kocek untuk sayur dan jajan untuk anak², yang lain gampang. Sebahagiannya meniru bajet Selangor seperti yang disahkan Azmin. Sendiri bentang, sendiri ulas, sendiri angkat, sendiri promo mungkin gambaran tepat untuk bajet 2018. Kesedaran rakyat tentang bajet juga meningkat, mereka boleh nilai
sendiri tanpa perlu bantuan tukang kipas atau pembangkang. Rakyat juga kenal setiap satu pemimpin. Rakyat juga pasti tahu setakat mana kemampuan kerajaan untuk melaksanakan dan setakat mana janji bajet² terdahulu sudah dan belum dilaksanakan. Begitu banyak tambahan pada kelompok tertentu dan begitu tinggi kos pengurusan yang membawa maksud pembaziran dan ketidakcekapan sedangkan peruntukan pembangunan untuk rakyat ciput. Duit rakyat (cukai) Najib bajet lebih banyakan untuk dirinya sendiri (JPM). Satu yang pasti, bajet ini akan dirombak semula kepada yang lebih selesa untuk rakyat sebaik sahaja Puterajaya ditawan.
# Hakikatnya bajet gagal kerana ia memerlukan pecacai untuk terus jadi tukang sorak dan pru tidak mampu diawalkan.
THE MALAYSIAN INSIGHT diterbitkan pada 29 Oct 2017
BEKAS menteri Umno, Zainuddin Maidin menyalahkan Dr Mahathir Mohamad kerana nilai materialistik yang disemainya menjadi punca kemusnahan parti Melayu itu.
Dalam bukunya bertajuk “Pergi Mampuslah Umno” yang menghimpunkan tulisan blognya, bekas ketua pengarang Utusan Melayu itu berkata Dr Mahathir kini perlu “membayar” kepincangan sikap materalistik pemimpin dan bangsa Melayu yang lahir pada zamannya.
“Walaupun tajuk itu ganas tetapi pada keseluruhannya akan dapat rasionalisasi dengan keadaan (Umno dan politik) sekarang. Saya beri tanggungjawab apa yang berlaku sekarang kepada Dr Mahathir.
“Beliau dari awal bersikap bahawa untuk menjadi orang Melayu bermaruah dan terhormat mestilah bersandarkan materialistik. Orang Melayu mesti kaya dan selain menguasai politik perlu menguasai ekonomi Melayu.
“Betul tapi dalam proses membentuk masyarakat ekonomi yang kuat dalam beberapa hal (Dr) Mahathir mengetepikan nilai-nilai yang baik. Tidak hairanlah Najib kata ‘money is the king’,” katanya dalam satu temubual bersama The Malaysian Insight baru-baru ini.
Najib Razak sebelum ini dilaporkan menggunakan pendekatan “cash is king” pada pertemuan di White House saat mengumumkan pelaburan berbilion ringgit dalam ekonomi Amerika Syarikat (AS).
Walaupun anak kelahiran Kedah itu hanya menyertai Umno pada 2004 selepas menjadi calon pilihan raya umum (PRU), beliau mendakwa dirinya lebih menjiwai Umno berbanding pemimpin lain termasuk Perdana Menteri Najib Razak.
“Saya umur 18 tahun sudah mengikuti perkembangan Tunku Abdul Rahman. Saya melihat Umno dari awal. Apa yang Najib buat saya kecewa. Saya bandingkan semua PM (perdana menteri) tak pernah saya rasa seperti keadaan sekarang,” kata bekas ahli Parlimen Merbok itu.
“Saya lebih Umno dari Najib. Mana yang mengata saya, mereka hanyalah budak hingusan,” katanya yang terlalu kecewa dengan pentadbiran Najib kini kerana terpalit pelbagai skandal.
Untuk menzahirkan kecewanya, Zainuddin, 77, yang dikenali sebagai Zam menerbitkan kompilasi tulisan blognya sejak 2013. Sebanyak 5,000 naskhah diterbitkan dan mula dijual 20 Oktober yang lalu.
Buku itu mendapat jualan memberangsangkan melalui jualan atas talian dan turut dijual di kedai-kedai buku tempatan dan lebih 20 pengedar dilantik di seluruh negara
Tolak gejala rasuah, Dr Mahathir hanya retorik
Mengakui pemerintahan Najib dicemari pelbagai skandal rasuah, Zainudin menambah gejala itu terus berlaku kerana sikap pejam mata Dr Mahathir yang tidak tegas menanganinya sepanjang 22 tahun pentadbirannya.
Amalan kronisme berlaku pada zaman Dr Mahathir, bahkan, anaknya sendiri dilabel jutawan dan modal itu sering digunakan media Umno untuk mengkritik Dr Mahathir.
“Walaupun dia (Dr Mahathir) tahu orang ini menggunakan wang untuk kepentingan diri, tapi dia pejam mata kerana kroni dan kawan dia. Berapa banyak masa zaman dia,” katanya tanpa menamakan sesiapa yang terlibat.
“Anda hendak betulkan keadaan dan anda bercakap retorik, masyarakat kena bersih. Tetapi orang tahu anda tidak bersih. Macam Dr Mahathir tak sepatutnya timbul, anak anda jadi jutawan,” katanya lagi.
Tiba tiba “Saya lebih Umno dari Najib. Mana yang mengata saya, mereka hanyalah budak hingusan,” Tiket kewartawanan bukanlah satu tiket jaminan ke syurga, dan semasa menjadi Menteri, ramai yang boleh menilai setakat mana "kemampuan zam". Hari ini kalau Zam masih seorang Menteri di kabinet Najib (masih boleh) nadanya juga sudah tentu berbeza dan mungkin sebaris dengan Ahmad Maslan, Salleh Keruak, Nazri, Rahman Dahlan atau Zaunudin Hamzah. Dalam ketika Mahathir bukan lagi berkuasa, Zam tidak wajar menggunakan persepsi untuk melabel Tun kecuali membuktikan tanpa ada halangan malah selari dengan keinginan kerajaan sekarang. Kekayaan anak-anak Tun harus didedah "jalan salah mana" sebelum dijadikan persepsi sebagai kekayaan itu adalah salah dan dosa Mahathir. Satu kesilapan Tun, dia tidak mengisitiharkan keluarganya menabung sejak bayi.
# setakat ini saya belum kesempatan membaca buku zam, pergi mampuslah umno.