Thursday, November 2, 2017

KALAU TAK BAGI TAK TERIMA RELAX LE...




Masih menekan ambiga untuk memberi lebih maklumat, maklumat apa? Kalau tiada yang menghulur dan tiada yang menyambut, kenapa perlu sawan dengan ambiga...

Zahid perlu tanya najib, adakah ini berlaku?
Jika ada, siapa yang berkemungkinan pecah lubang..

PAS juga tidak perlu sawan..
Saman je Husam untuk tahu lebih cepat siapa sumber mereka..


Semasa soalan 1MDB dikenukakan ke parlimen, Speaker nenegaskan ia tidak boleh dibincang kerana prejudice terhadap mahkamah di amerika ketika DOJ sedang menjalankan pendakwaan sivil..

Apakah ada puak ingin mendahului mahkamah london pula!!!!

Kalau nak cepat tahu, jalan terbaeekk ialah adakan pilihanraya segera, bukan setakat ambiga, ramai lagi yang nak buka cerita...

( ambiga bukanlah sembunyi tangan tetapi siapa yang memberi siapa yang menerima tanpa mengaku - merekalah sembunyi tangan) - tunggulah kalau kalau ambiga berbohong)

# bukankah puak ini selalu berkiblat kepada RPK untuk sumber maklumat.





Wednesday, November 1, 2017

SOMEONE MORALLY CORRUPTED

Soal etika dan maruah, apabila undang² dan keadilan tidak boleh ditegakan dalam diri sendiri, pada diri sendiri, bagaimana mungkin mahu diluruskan kepada orang dan pihak yang lain.

Cakap tak serupa bikin.

Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul, hakikat dia sendiri berjalan mengiring.

Soal peribadi jangan dikaitkan dengan jabatan, kalau hitam tetap hitam.
Siapa yang sabotaj jabatan, siapa yang kotor dan cemarkan nama jabatan (?) 
Cukup ke beralasan dan  menuduh tanpa bukti ada pihak memberi tekanan hakikatnya diri sendiri tidak bersih.

Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.
Kenapa anda rasa masih layak untuk berada di situ sedangkan tahu anda sendiri morally corrupted untuk menjaga sebuah jabatan yang bukan sahaja perlu bersih tetapi perlu nampak bersih.





: Apalah malangnya nasib bangsa dan negaraku.



JADI HAMBA DUIT

Akhirnya duit sudah tidak boleh membeli segala galanya, 
Duit tidak dapat menghiburkan hati, 
Duit tidak boleh membeli tidor yang nyenyak, 
Duit tidak boleh mengganti ketenangan.
Duit tidak boleh membeli semua orang,
Duit tidak boleh menjual semua temberang,
Duit tidak dapat membuat semua orang sayang,
Duit tidak dapat meninggi integriti,
Duit tidak dapat meninggi harga diri,
Duit tidak dapat memaksa penghargaan,
Duit tidak dapat memaksa kepercayaan,
Duit tidak dapat memanggil penghormatan,

Akhirnya duit menjerumus kehinaan,
Rezeki bukan semata duit,
Taqwa bukan atas banyak duit,
Berbohong kerana duit,
Menipu kerana duit,
Melanun kerana duit,
Buruk akhlak kerana duit,
Pecah amanah gelap mata tengok duit,
Tamak haloba macam tak pernah tengok duit,
Akhirnya jadi hamba duit.

Mati pun kerana duit.

Tuesday, October 31, 2017

NAJIB ADA HISHAMUDDIN, ADA ZAHID, ADA KJ, ADA PANDI, ADA RPK, ADA BAJET TAKKANLAH TAKUT LAGI...



Ada rahman dahlan, salleh kruak, shahril, nazeri, annuar musa, tokpa, kunan, matmaselan, jamal jamban, noh udang, hadi awang, ada wang... Ada yang berani mati mempertahan najib..


AWAL PAGI MEMBUATKAN AKU KETAWA TERGULING GULING


You all baca lah dulu, nanti aku sambung tulis, nak ketawa dulu....
Ulasan dari seorang menteri apabila SR dedahkan siapa sumber mereka dalan kes Hadi vs SR. 

.......

1) Kes SR vs Hadi, Ambiga didedahkan sebagai sumber maklumat.

2) Antara Rahman Dahlan dengan Ambiga, siapa yang lebih bermaklumat?

3) Ini adalah kes SR vs Hadi berkaitan 90 juta. Ada tak umno atau Najib nafikan (?)

3) Ini kes SR vs Hadi, apa kaitan dengan 1MDB. Tak ada siapa pun kaitkan, kenapa Rahman Dahlan merujuk kepada 1MDB, kan dah kantoi...

4) Kenapa Rahman tergesa minta maklumat dari ambiga, bukankah itu mengganggu saksi dan menghina mahkamah.

5) Melengkspkan siasatan (???) Ini kerja polis, bukan kerja Rahman Dahlan.

Nasihat pada Menteri, janganlah hipokrik seolah tidak tahu perkara sebenar tentang 1MDB.

Jika PH berkuasa, mereka hanya memerlukan 100 hari untuk siasatan lengkap.

# Lain ditanya lain pula jawapan si lebai..



Monday, October 30, 2017

KALAU TAK AUTA KENAPA SEMBUNYI..


Kalau Tuduhan Tun salah, alhamdulillah, negara selamat.. Najib uruskan negara dengan baik.
Kalau tuduhan Tun benar, masyaAllah, negara menuju kehancuran.. Najib mengkhianati rakyat.

Samada ada fakta atau tidak, Najib yang lebih tahu di mana fakta di mana auta.

Sewajarnya Najib berani berdepan dengan Tun untuk menjawab pelbagai isu.. 

Atau sekurang-kurangnya mengarahkan speaker untuk membenarkan isu 1MDB dibahas tabpa had....

Lebih telus, RCI ditubuhkan...

Laporan odit dibebaskan 
OSA..
Heret Jho Low kemuka pengadilan..

Buktikan transaksi debit dan credit 2.6B...

Banyak lagi perkara yang boleh Najib lakukan jika dia bukan auta bagi membuktikan Tun yang auta, menjemput seramai mungkin orang luar berjumpa dengannya dan menyatakan mereka sokongnya dan bersih, rakyat tidak termakan.

Pergi berjumpa setinggi manapun manusia di luar negara atas konon dihormati dan dihargai, we dont buy.

Kalau bersumpah di dalam masjid mengikut terma dan syarat, insyaAllah rakyat boleh ambilkira.

Jika semua itu gagal dan tidak berani dilakukan, ia menjadi "fakta" tuduhan Tun ada asas...asas yang sangat kuat.

Jika PH dapat kuasa, Najib akan lebih tahu tanah itu tinggi atau rendah...

NASIB BAJET 2018 AGAK MALANG


Pertama kali nya dalam sejarah Malaysia, pembentangan bajet 2018 langsung tidak menarik minat rakyat untuk mengikutinya, mendengar apatah la dibincangkan secara meluas.

Selepas dua tiga hari pembentangan, banyak pihak mengambil sikap diam dan "malas" untuk memperkatakan satu bajet yang biasa biasa atau bajet pru yang tidak pun menjejaskan sedikitpun sokongan kepada pembangkang.

Harapan untuk melihat gst dikurangkan untuk kebaikan semua rakyat tidak kesampaian.

Malah pembangkang yang kebiasaannya akan
mempertikai banyak perkara turut kurang mengulas.

Samada bajet terlalu bagus, sempurna atau bajet sekadar taraf bajet dapur, tambah sikit duit kocek untuk sayur dan jajan untuk anak², yang lain gampang.

Sebahagiannya meniru bajet Selangor seperti yang disahkan Azmin.

Sendiri bentang, sendiri ulas, sendiri angkat, sendiri promo mungkin gambaran tepat untuk bajet 2018.

Kesedaran rakyat tentang bajet juga meningkat, mereka boleh nilai
sendiri tanpa perlu bantuan tukang kipas atau pembangkang. Rakyat juga kenal setiap satu pemimpin.

Rakyat juga pasti tahu setakat mana kemampuan kerajaan untuk melaksanakan dan setakat mana janji bajet² terdahulu sudah dan belum dilaksanakan.

Begitu banyak tambahan pada kelompok tertentu dan begitu tinggi kos pengurusan yang membawa maksud pembaziran dan ketidakcekapan sedangkan peruntukan  pembangunan untuk rakyat ciput.
Duit rakyat (cukai) Najib bajet lebih banyakan untuk dirinya sendiri (JPM).

Satu yang pasti, bajet ini akan dirombak semula kepada yang lebih selesa untuk rakyat sebaik sahaja Puterajaya ditawan.






# Hakikatnya bajet gagal kerana ia memerlukan pecacai untuk terus jadi tukang sorak dan pru tidak mampu diawalkan.

Perkhidmatan Doa, Solat Hajat & Bacaan Al-Quran

  خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban) Perk...