Friday, November 3, 2017

BANGSA MELAYU MUHASABAH DIRI










Alhamdulillah tak ada Melayu yang melenting lenting terlompat sana sini, semua terima secara positif, tidak terasa hati, tak ada repot polis kerana Melayu tidak akan bangsat samada ada umno ataupun tidak.

Melayu tahu dalam melayu memang ada yang baik ada yang busuk. Lebih penting tidak salahkan pihak lain. Muhasabah diri.

Melayu tidak memerlukan umno.
Yang merengek, pujuk rayu undi Melayu sekarang adalah umno.

Arwah Ustaz Fadzil Noor pernah berkata - adalah kurafat jika ada yang menganggap hanya umno sahaja boleh memerintah - penyokong Ustaz Fathil Nor dan TG Nik Aziz kena pegang kemas.

Mana mana bangsa yang menumpang bangsa Melayu harus berkelakuan seperti Melayu. Dan bangsa itu hanya kuat dan dipandang mulia dan tinggi kerana Islam/akhlak dan amanahnya.

Tak perlu demonstrasi, tak perlu salahgunakuasa, jawab balik secara berhemah...baiki diri sendiri, baiki imej bangsa sendiri.








NAK JADI PEJUANG RAKYAT, BIAR MACAM TUN

Dihina, diburukan, ditarik keistimewaan dan pelbagai, hingga ke peringkat paling tinggi... Tapi semua itu menjadikan Tun makin kuat, makin dihormati, makin disayang rakyat...

Tun tak perlu bayar satu sen pun untuk mendapat penghargaan tersebut dan kaum jahiliyah yang memburukannya akan terus dihantui...

Tun sudah pun menang walaupun belum bertanding..



Dosa Tun hanya kerana menentang rasuah..



TAHNIAH TV1....KELUAR DARI KEPOMPONG RADIO TELEVISYEN UMNO







Thursday, November 2, 2017

BAJET 2018, APA YANG KERAJAAN NAK BAGI MACAM BERSUNGGUH SUNGGUH, MACAM IKHLAS, AMBIK SAHAJA LAH...

Tapi undi bagi pada PH..

Tengok sampai habis, orang cerdik berhujah..
Muliakan hari Jumaat...sunat dengar ucapan yang bagus-bagus,  muhasabah diri..



Hasil kerajaan majoriti datangnya dari cukai, duit rakyat, bukan duit poket Menteri...
Bajet Defisit...belanja lebih dari pendapatan..tak cukup kenalah berhutang.. Rakyat yang akan bayar... Macamana? Tambah cukai...






KALAU TAK BAGI TAK TERIMA RELAX LE...




Masih menekan ambiga untuk memberi lebih maklumat, maklumat apa? Kalau tiada yang menghulur dan tiada yang menyambut, kenapa perlu sawan dengan ambiga...

Zahid perlu tanya najib, adakah ini berlaku?
Jika ada, siapa yang berkemungkinan pecah lubang..

PAS juga tidak perlu sawan..
Saman je Husam untuk tahu lebih cepat siapa sumber mereka..


Semasa soalan 1MDB dikenukakan ke parlimen, Speaker nenegaskan ia tidak boleh dibincang kerana prejudice terhadap mahkamah di amerika ketika DOJ sedang menjalankan pendakwaan sivil..

Apakah ada puak ingin mendahului mahkamah london pula!!!!

Kalau nak cepat tahu, jalan terbaeekk ialah adakan pilihanraya segera, bukan setakat ambiga, ramai lagi yang nak buka cerita...

( ambiga bukanlah sembunyi tangan tetapi siapa yang memberi siapa yang menerima tanpa mengaku - merekalah sembunyi tangan) - tunggulah kalau kalau ambiga berbohong)

# bukankah puak ini selalu berkiblat kepada RPK untuk sumber maklumat.





Wednesday, November 1, 2017

SOMEONE MORALLY CORRUPTED

Soal etika dan maruah, apabila undang² dan keadilan tidak boleh ditegakan dalam diri sendiri, pada diri sendiri, bagaimana mungkin mahu diluruskan kepada orang dan pihak yang lain.

Cakap tak serupa bikin.

Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul, hakikat dia sendiri berjalan mengiring.

Soal peribadi jangan dikaitkan dengan jabatan, kalau hitam tetap hitam.
Siapa yang sabotaj jabatan, siapa yang kotor dan cemarkan nama jabatan (?) 
Cukup ke beralasan dan  menuduh tanpa bukti ada pihak memberi tekanan hakikatnya diri sendiri tidak bersih.

Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.
Kenapa anda rasa masih layak untuk berada di situ sedangkan tahu anda sendiri morally corrupted untuk menjaga sebuah jabatan yang bukan sahaja perlu bersih tetapi perlu nampak bersih.





: Apalah malangnya nasib bangsa dan negaraku.



JADI HAMBA DUIT

Akhirnya duit sudah tidak boleh membeli segala galanya, 
Duit tidak dapat menghiburkan hati, 
Duit tidak boleh membeli tidor yang nyenyak, 
Duit tidak boleh mengganti ketenangan.
Duit tidak boleh membeli semua orang,
Duit tidak boleh menjual semua temberang,
Duit tidak dapat membuat semua orang sayang,
Duit tidak dapat meninggi integriti,
Duit tidak dapat meninggi harga diri,
Duit tidak dapat memaksa penghargaan,
Duit tidak dapat memaksa kepercayaan,
Duit tidak dapat memanggil penghormatan,

Akhirnya duit menjerumus kehinaan,
Rezeki bukan semata duit,
Taqwa bukan atas banyak duit,
Berbohong kerana duit,
Menipu kerana duit,
Melanun kerana duit,
Buruk akhlak kerana duit,
Pecah amanah gelap mata tengok duit,
Tamak haloba macam tak pernah tengok duit,
Akhirnya jadi hamba duit.

Mati pun kerana duit.

6ANGKA