Sunday, December 3, 2017

KENA FIKIR PANJANG JIKA MAHU SEBILIK.

Ada satu komen yang menarik dari anon dalam sebuah blog ternama, aku edit dan sesuaikan sikit..

Boring kalau sokmo cerita politik...


 -Gambar- untuk tengok sekali sahaja-







Komennya yang diedit...

" Mana satu pilihan yang lebih baik....
tidor sebilik dan sekatil dengan anjing dan babi
 atau 
tidor sebilik dan sekatil dengan lanun dan puaka"

Satu penghayatan yang perlu dibuat tanpa tergesa gesa.

Sekatil sebilik serumah sekampong senegeri senegara sedunia..

Saturday, December 2, 2017

SPRM SUCI DALAM DEBU (?)

SPRM sangat sinonim dengan "tangkapan ikan bilis" dan kini menular pula kepada "perkakas parti politik" atau "polirical move"  dan adakah besok muncul pula sesuatu persepsi yang merosakan lagi badan tersebut...

Lebih malang, nama Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri tercemar yang belum dicuci dan disuci.. Menjadi satu simpanan deposit!!!
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/21045/


Ini bukan soal 100% persepsi semata mata tetapi apa yang sedang dilihat oleh mata kasar rakyat... Hingga ke hari ini unexplained!!!

Siasatan dan tangkapan ke atas Isa Samad..
Siasatan ke atas Annuar Musa..
Sudah tentu beratus lagi nama nama lain, cuma mungkin tidak sebesar nama² di atas..


Sudah tentu rakyat bercakap pada nama² besar dan utama kerana mereka public figure dan pada pandangan rakyat mereka memang korup kecuali mahkamah kata tidak..

Oleh itu adalah perlu status mereka dikenalpasti..
Jawapan skema terbaik untuk rakyat adalah permainan "tarik tali antara AG-SPRM.."

Tetapi rakyat tetap persoalkan, berapa lama permainan itu? Sebulan, setahun atau sehingga rakyat lupa..



# Satu kebetulan?
Ketika isu MB Johor didakwa menerima 12 juta dalam isu perumahan seperti yang diberitahu saksi ..http://malayjaya.blogspot.com/2017/11/harapan-adakah-mb-johor-terima-rm12-juta.html?m=1

Tiba tiba muncul kes tangkapan anak saudara Azmin..



KEMASKINI: Mahathir warning RCI.....LAPORAN RCI FOREX BNM : SETAKAT MANA BOLEH MENGGIGIT MAHATHIR KALAU GIGINYA PALSU

KEMASKINI:





POSTING AWAL




Apakah laporan tanpa dokumen lengkap tersebut mampu mengatasi judgement rakyat.






Sekaligus cukupkah ia jadi modal panas umno untuk menang pilihanraya sedangkan rakyat makin kuat menzahirkan kematian umno.


Friday, December 1, 2017

APAKAH ZAKIR NAIK SETARAF ULAMA

Dalam satu blog popular, satu saolan dilontarkan, Malaysia ada 14 Mufti kenapa seorang pUn tidak bercakap perihal 1MDB (?)
SEWAJARNYA 11 DARI MEREKA MENYOKONG KERAJAAN (!)



Siapa ulama..
Antara asas untuk dianggap seseorang itu ulama, ia tidak bergantung atau makan gaji, diupah..ini membolehkan dia memberii pandangan selari dengan hadis dan Al Quran dan bukan selari atas selera majikannya.

Ciri ciri ulama..search google.

Begitu juga kalau dia berpolitik, asasnya ada kepentingan kepada diri, puak, parti dan mereka² atau pihak² yang disokongnya.

Apakah asas itu boleh diterima?

Jika diterima, tidak dapat disangkal lagi, agak sukar mencari ulama di Malaysia kerana majoritinya tidak cukup syarat.

Yang ramai adalah mereka yang mengangkat diri mereka sendiri setaraf ulama atau yang digelar oleh puaknya sendiri.

Atas dasar itulah kita tidak ada seorang ulama pun yang sangat dikagumi dan dihormati sebagai pakar rujuk tulin yang telus.

Jika benar kita ada ulama, pewaris Nabi, sudah tentu kita bersatu dan berpenyatuan tetapi hakikatnya kini berpecah belah ditambah lagi fatwa seleweng.


Sultan Perak, satu satunya individu, walaupun bukan bertaraf ulama tetapi pandangannya menjurus kepada kebenaran pahit yang sedang berlaku di Malaysia.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/sultan-perak-tegur-pihak-calar-imej-islam-1.764881

Hari ini di youtube, pandai ugama bercakaran dan saling tuduh menuduh dan bagi pihak yang kehabisan hujah akan menuduh satu pihak lagi sebagai wahabi.

Dalam politik, pandai ugama cuba paksa rakyat terima pandangan dan versi mereka, bangkang dan tak setuju dituduh kapir, munafik, lgbt, sekular dan pelbagai lagi. Mereka menghukum !!!!

Rasululullah pun tidak buat kerja melabel dan menghukum kecuali jika mendapat wahyu atas sesuatu perkara.
Rasulullah sendiri tidak bermusuh dengan musuh sebaliknya menggunakan akhlaknya untuk kalahkan dan tawan mereka.

Thursday, November 30, 2017

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آل ِسيّدنا مُحَمَّد.






BIODATA RASULULLAH S.A.W


🖌 Nama : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_.

🖌 Tarikh lahir : _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

🖌 Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
🖌 Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
🖌 Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
🖌 Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
🖌 Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
🖌 Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).



 USIA 5 TAHUN

💓 _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.



 USIA 6 TAHUN

💓 _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.



 USIA 8 TAHUN

💓 _Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia_.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.



 USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

💓Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.

💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.



 USIA 20 TAHUN

💓Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.



USIA 25 TAHUN

💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.

💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

💓Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

💓Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.



 USIA 35 TAHUN

💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

💓Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.

💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.



 USIA 40 TAHUN

💓Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.



USIA 53 TAHUN

💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.

💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.



USIA 63 TAHUN

💓Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.



ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

💚 Khadijah Binti Khuwailid.
💚Saudah Binti Zam'ah.
💚Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
💚Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
💚Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
💚Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
💚Zainab Binti Jahsy.
💚 Maimunah Binti Harith.
💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).



ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1.💜 Qasim
2.💜Abdullah
3.💜 Ibrahim
4. 💜Zainab
5.💜 Ruqaiyah
6.💜Ummi Kalthum
7.💜Fatimah Al-Zahra '



ANAK TIRI RASULULLAH SAW

💙Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).



SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

_SAUDARA SUSUAN_
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza



BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB_)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:
_"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_.  _Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam_
_syurga"_ (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia Paling Agung

 KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

💓Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.


_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_

💞 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

💞Aku melihat cahaya dari lidahnya.

💞 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.

💞 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

💞Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

💞 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

💞 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

💞 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

💞 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

💞 Wajahnya seperti bulan purnama.

💞 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

💞Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.

💞 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

💞 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.

💞Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.

💞Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

💞 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

💞Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

💞Janggutnya penuh dan tebal menawan.

💞Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

💞 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

💞Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

💞Rambutnya sedikit ikal.

💞 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.

💞 Rambutnya terbelah di tengah.

💞Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.

💞Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.

💞Seimbang antara kedua bahunya.

💞Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.

💞Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

💞Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

💞 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

💞Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

💞Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.

💞Warna putihnya lebih banyak.

💞Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

💞Warna kulitnya putih tapi sihat.

💞Kulitnya putih lagi bercahaya.

💞 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

💞 Badannya tidak gemuk.

💞Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.

💞 Perutnya tidak buncit.

💞 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.



 KESIMPULANNYA:
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.

Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.



Wallahua'alam.

Wednesday, November 29, 2017

KAWASAN PARLIMEN MANA YANG PALING GRACE UNTUK ROSMAH..



Kalau PM minta awak bertanding, terima je lah..
Lagi pun dah alang alang.

UMNO MESTI ADA MENTALITI MENANG PRU


Ketika PAS yakin tawan Puterajaya walaupun tanding 40 kerusi dan Pakatan Harapan mempunyai harapan yang sama, umno dilihat sudah putus asa dan tewas.

Saranan Annuar Musa julung kalinya tepat, umno kena bangkit semula dengan mentaliti untuk menang dan moral itu hanya terdapat di PAU2017 yang dianggap ibu segala perhimpunan selepas ungkapan "kepala bapak" oleh Presiden parti dikritik teruk netizen.

Untuk menang, pemimpin² umno wajar tenang dan tidak mengeluarkan ungkapan² kasar yang tidak berbudaya Melayu dan salah disisi ugama serta bijak menghormati
mantan pemimpin² yang sudah banyak berjasa kepada bangsa dan negara.

Secara serius umno kena fikir, segala usaha, segala peluang, segala kemudahan telah digunakan untuk mempengaruhi rakyat tetapi hingga ke saat ini tidak ada tanda besar umno boleh menang pru.

Umno mempunyai asas yang lebih kuat dan wajar ada keberanian mencontohi parti pemerintah Zimbabwe, ZURA-NF yang memecat Presidennya.

Jika ini pun umno tak mampu lakukan, bagaimana umno masih berangan dan berfantasi orang Melayu masih memerlukannya.






6ANGKA