Tuesday, December 12, 2017

TERKINI - APA ISU YANG LEBIH BESAR DARI SKANDAL 1MDB YANG DITAJA UMNO !!??

MOTIF MELAGAKAN DAN KINI SENDIRI KEPANASAN.

Yang mengambil kesempatan dan panaskan isu Tun / Sultan Selangor  dan Zaid/Sultan Selangor adalah puak umno...

Jamal telah menerima padah akibat provokasi yang berlebihan.

Isu ini sangat kecil jika dibiarkan ditangani secara bijaksana oleh pihak yang terlibat sahaja.

Di luar jangkaan sekali lagi puak umno kepanasan apabila Tun dan Dr Siti Hasmah memulangkan semula Darjah Kebesaran yang mereka terima dari Sultan Selangor.

Terkini povokasi seterusnya mereka membuat jangkaan Tun akan pulangkan pingat dan darjah kebesaran dari Sultan Johor ?!

Situasi provokasi ini mengundang kepada satu kuantiti yang besar dari netizen untuk menyatakan pandangan mereka dan antaranya ada yang keterlaluan dari segi bahasa.

Keterlaluan bukan sahaja kepada Sultan Selangor tetapi juga kepada Tun.

Adalah wajar PDRM dan Kemenerian Komunikasi memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penghinaan yang telah dilontarkan tanpa pilih bulu bukan sahaja kepada Sultan Selangor tetapi juga kepada Mantan PM @ Negarawan.






TERIMA KASIH UMNO TERIMA KASIH JAMAL...SERANGAN MENJADIKAN PH PADU

















Sikap beransur orang Melayu mula menerima DAP berdasarkan pemerhatian berterusan dan pergaulan melalui PH dan imej pentadbiran PP di bawah lim guan eng serta kerajaan campuran di Selangor.

Sikap keterluan dan berlebihan umno memburukan DAP bagi menakutkan dan membenci di kalangan orang Melayu sudah kurang berkesan kerana sebahagian pemimpin umno sendiri berakhlak jauh lebih teruk dan tidak mencerminkan langsung Melayu Islam.



PAS juga yang turut menggunakan modal yang sama dengan umno sudah jauh menyimpang dari pendekaan Islam terhadap orang bukan Islam seperti DAP.




Hari ini DAP turut menyatakan bantahan terhadap Amerika di atas pengistiharan Baitulmaqdis sebagai ibunegara Israel.

Monday, December 11, 2017

SIAPA LAGI MANUSIA DI BUMI MALAYSIA YANG BERANI CAKAP KALAU BUKAN DIA..




Buktikan apa yang Tun cakap tersasar jauh....
Tidak mungkin suka-suka cakap, tidak mungkin 100% tidak benar dan tiada asas kerana ianya membawa risiko...
Ini adalah soal dasar, keselamatan dan kedaulatan negara.




1MDB - WE KNOW WHAT YOU DID LAST SUMMER. # TUN PULANGKAN 2 PINGAT SULTAN SELANGOR






GST meringan bebanan..dengar pengakuan netizen



.........

Ada yang salah faham, buat buat tak faham dan hilang kefahaman terhadap pertentangan rakyat ke atas umno.

Prinsipnya rakyat umum menyokong pembangunan yang memberi kebaikan kepada rakyat dan ianya bertambah baik apabila kerajaan sedar ianya di bawah pemantauan pembangkang terutama dari segi perbelanjaan dan perlaksanaan yang telus.

Jika rakyat boleh menghargai kerajaan rakyat juga perlu berterima kasih atas peranan pembangkang, majority by numbers bersama pembangkang sekarang, sebab itu lah kerajaan sekarang diasak dan kepanasan.

TUN PULANGKAN 2 PINGAT SULTAN SELANGOR ATAS PERTIMBANGAN SENDIRI


Malangnya pembangkang tidak dapat pantau semua dan inilah peluang rasuah dan penyelewengan berlaku. Teralu banyak isu jika mahu dikutip.

Ketidak percayaan kepada kerajaan umno semakin teruk apabila Najib terlibat dalam skandal 1mdb. Ianya makin jelas apabila diikuti dengan pertentangan Tun secara terbuka dan tidak ada jawapan yang memuaskan dari kerajaan.


Jila Tun, Muhyiddin, lim lit siang, mat sabu dan pembangkang memfitnah, tindakan menghasut dan saman peribadi perlu dibuat.

Persepsi rakyat kerajaan berbohong dan berbohong untuk menutup segala kecurangannya. Keadilan disekat secara terangan.

KERAJAAN YANG CURANG TIDAK BOLEH DiPILIH SEMULA DAN DIKEKALKAN, ITU PRINSIP SEJAGAT DAN KITA WAJIB TENTANG WALAU DENGAN SATU AYAT.

Isu utama skandal 1mdb berkembang kepada isu2 lain termasuk kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Najib, duit 1mdb bocor dan berterbangan ke sana sini termasuk US - pembangkang tahu di mana, ke mana dan bila, cuma masa ditungu untuk mendedahkan lebih lanjut. Masa yang sesuai sebaik sahaja parlimen dibubar, tuunnggguuuuu.....







Isu terbaru sekarang, paku dulang paku serpih..tepuk air di dulang, meludah ke langit..BNM rugi 160B dalam urusan forex 2013-2015, siapa PM masa tu ? Sudah tentu bukan mamak teh tarik.

Ditambah dengan isu gst dan kos sara hidup yang tinggi, perbelanjaan bermewah dan belanjawan defisit, kemasukan bebas pelabur china memburukan lagi keadaan.

Apapun tidak akan ada cubaan yang boleh berjaya mengalih isu sebenar kebobrokan Najib dan partinya dalam skandal 1mdb dan isu sekelilingnya.

Kerajaan baru perlu untuk menyusun semula negara yang kucar kacir dan korup adalah isu utama, Mereka yang terlibat perlu diadili.

Itupun masih ada segelintir yang ingin mempertahankan (?) Ada sokongan membawa rebah...Pertahankan apa? Hujah kabur? Paling paling buka cerita lama? Berasap kepala Bankrap idea... Last sekali maki hamun, kepala bapak..






Sunday, December 10, 2017

SS








Persepsi Najib terhadap pembangkang sangat ringan jika dibandingkan persepsi dunia ke atas kerajaan sebagai kleptokrasi yang paling teruk.

Masa depan apa yang boleh diharapkan jika parti umno sebati dengan korupsi bukan sahaja persepsi tetapi statastik SPRM menunjukkan majoriti tangkapan dan dakwaan adalah dari umno dan pegawai kerajaan yang ditunjangi BN.

Belum selesai skandal 1MDB, kini muncul pula laporan BNM, urusan forex  kerugian mencapai 160B antara tahun 2013 - 2015.

Sekarang ahli umnoBN  dan rakyat menuding jari kepada Najib sebagai liabiliti kepada partinya,  bangsa ugama dan negara.


ADA "DAP" DALAM BN


TERKINI:

TUN dedahkan negara kerugian forex 160B di era najib 2013-2015 akibat kejatuhan matawang ringit.

FITNAH KE NI (?)

Tun hanya dedahkan..ini adalah laporan rasmi Bank Negara !!!

........

Posting awal:



Sebok benar umno kutuk DAP hingga terlupa ada "DAP" dalam BN yang menikam dari belakang.. 

Dan ada along bagi pinjam...

Sebok benar kutuk Tun, tetapi terlupa ada ahli umno yang akan berubah arah.

Semuanya kerana pucuk pimpinan, pemimpin negeri dan bahagian sebok dengan tembolok sendiri..Akar umbi mereka angguk tetapi sedang memerhati...

Kalau nak denial, hibur hati sendiri, siilaakaan..







Banyak lagi cerita perwakilan selepas balik dari perhimpunan, tapi biarlah kudis itu menjadi bisul dan barah buat umno..takkan aku nak dedah pula.

6ANGKA