Isu IMAMS -
KEMASKATA..
# Penggiat media sosial pro-PH dan anti-BN lebih diyakini bukan kerana mereka mendapat latihan luar negara seperti Zahid dakwa tetapi kerana laskar siber Umno/BN serta MAP ditembak kakinya oleh bapak-bapak kepala Umno dan BN sendiri.
Mereka tembak “messenger” mereka sendiri.
Macam mana laskar siber dan wartawan MAP hendak diyakini kalau sebelah pagi macam ayam jantan baru baligh sokong Imams tetapi sebelah petang macam ayam mabuk ubi gadung sokong pembatalannya?
Seperkara lagi yang membezakan laskar siber Umno/BN daripada penggiat media sosial pembangkang ialah majoriti laskar siber Umno/BN diupah manakala majoriti penggiat media sosial pembangkang adalah sukarelawan.
Tambah parah bagi Umno/BN adalah hakikat bahawa sebahagian laskar sibernya terus berperang di antara satu sama lain walaupun sudah diherdik “bangang” oleh Najib pada Perhimpunan Agung Umno 2014.
Siakap senohong gelama ikan duri.
Cakap bohong lama-lama jadi kleptokrasi #
-SUMBER AKJ
SESUATU YANG ANEH JIKA BERLAKU
Membohong dan menipu rakyat bukan syarat utama dipecat.
Air mata pun dah cukup mahal..
PRU pun dah dekat.