Friday, January 12, 2018

BANGSA JOHOR MESRA DAP


Bangsa Johor terutama Melayu sangat rapat dikaitkan dengan umno, persepsi itu hanya tepat 10 tahun dahulu dan sebelumnya.

Perubahan perjuangan umno sekarang berasas kepentingan individu yang melampau dan ini sudah tentu diambilkira oleh semua bangsa Johor.

Umno Johor sendiri mempunyai pendirian dan pandangan yang berbeza dengan kepimpinan najib tetapi masih mempertahankannya secara berpada dan bersempadan.

Bagi menjaga muafakat bangsa Johor, itu yang jadi keutamaan, kerajaan negeri dilihat matang dengan tidak memberi tekanan kepada mana² pihak yang menukar dan memilih wadah lain selain umno.

Lagipun umno johor tidaklah boleh lagi berbangga sangat kerana exconya terbabit rasuah perumahan dan ada juga nama MB turut terkait.



Jika PH ambil alih johor dan pusat sudah tentu banyak lagi kes yang terdedah.

Jelas, BERSATU dan AMANAH diterima dengan baik dan meluas menembusi gugusan felda dan lubuk² umno, sekaligus mula memahami DAP dengan lebih baik. Cerita lim kit siang akan jadi PM sudah muak untuk bangsa Johor yang mendengar momokan umno tersebut sejak puluhan tahun..

Najib dan umno serta umno johor kena ingat dan patuh, johor bukan negara teleban.

Kemesraan bangsa Johor kepada DAP samada secara langsung atau tidak sedang berlaku, jika bohong, masakan umno johor sudah mula kemamar

Satu kepastian, parlimen johor baharu di PRU14 bukan lagi milik umno samada Shahrir bertanding atau tidak. Shahrir menang masa lalu bukan semata mata atas undi Melayu.

http://puteramariam.blogspot.com/

Thursday, January 11, 2018

ANDA JANGAN TERKATEGORI OTAK SELUT, BANKRAP POLITIK






Atau langau politik yang secara fitrahnya memang suka mengemuruni, menyokong mereka yang berkuasa dan korup dalam hubungan dua hala.

Ada yang terlebih sudu dari kuah, lebih fitnah, lebih ganas, lebih kaut.

Boleh dinilai melalui tindakan, ucapan atau tulisan hingga memudaratkan pihak lain.

Na'uzubillah min zalik

POLITIK RUMAHTANGGA







Wednesday, January 10, 2018

SIAPA NAK SELAMATKAN UMNO (?)

MUKADDIMAH AWAL: Jangan main main dengan Pakatan Harapan - no wonder umno takut.




Dalam keadaan umno sendiri tidak pasti mereka boleh menang atau kalah di PRU14, umno masih ada hati nak bercakap soal nak menyelamatkan Melayu dan Islam (?)

UMNO bukan pembangkang, sebagai kerajaan, tugasnya melaksana, bukan berikrar berjanji macam baru nak dapat kuasa.

Sepanjang era paklah hingga najib yang meliputi 15 tahun sepatutnya sudah banyak perkara tentang Melayu dan Islam dimartabatkan dan jika ianya benar terlaksana sudah tentu orang Melayu dan Islam akan mempertahankannya, menyanjung dan menatang seperti minyak yang penuh, tak perlu rayu.

Tetapi apabila tv3 siaran tak laku, utusan malaysia gersang pelanggan - bukankah itu antara petanda umno sekarang sedang ditolak oleh bangsanya sendiri...

Adalah lebih baik pemimpin umno bekerja keras dan fokus kepada saki baki yang masih support selamatkan umno di PRU nanti....daripada buang masa berhujah kosong nak selamat Melayu dan Islam sefangkan peluang sudah dibeti berulangkali.

Cash is king, jangan yakin sangat.




JAWAB IKUT SAOLAN

Baik Menteri atau pemimpin terutama pecacai, belajar dari Rafizi macamana menjawab saolan dengan baik dan sempurna supaya mudah difahami.

Bukan lain yang ditanya, lain dijawab..
Bila minta bukti... Habuk pun tak ada.





# Ini satu lagi pemimpin yang rakyat suka, berkata benar dan memahami persoalan.



INI JAWAPAN UNTUK MEREKA YANG FITNAH TUN


Mereka yang berjuang di atas kebenaran berusaha dan merancang kemenangan.
Samada kalah atau menang, mereka tetap mendapat ganjaran pahala dan kebaikan.

Kerajaan yang zalim, samada mereka menang atau kalah, mereka tetap dalam dosa, kerugian dan dimurkai Allah dan Rasul.

Wallahua'alam.

# Walaupun berbeza parti, musuh tetap hormati dan segani atas kebenaran...


# Bukan sekadar difitnah...



Tuesday, January 9, 2018

SEBUT DAP, MELAYU KECUT..

Tak berani puji walaupun pada perkara yang baik..
Takut berdosa kot....
Takut kena kutuk kot....
Rasa tak beriman kot..

Yang handal..
Benci 100%..semua perkara
Prasangka 100%..semua buruk semua negatif..
Sendiri takut..kemudian takut² kan orang lain..

DAP itu siapa sebenarnya..
Sekeliling kita..
Jiran kita..
Kawan kita..
Tauke kedai..
Majukan kita..
Termasuklah...
Yang kita terima rasuah dari mereka..
Yang kita korup bersama..
Yang kita kayakan mereka..

Banyak lagi..

10 orang cina, 9 sokong DAP..



UNTUK UMUR BAWAH 35

  J ual 1 unit, komisen RM1,680 Ya betul. Jual satu pun dah cukup untuk bantu bayar ansuran kereta atau sewa rumah bulan tu. . Ramai tak tah...