Di media sosial, sejak pengumuman Tun sebagai calon PM, Azmin dilihat cuba untuk tidak bersetuju.
Sebelum itu pun sudah ditegur oleh Majlis Presiden kerana masih cuba menjalin kerjasama dengan PAS Selangor.
Mission pertama Azmin yang gagal ialah menarik keluar exco PAS untuk join PKR dan di sini pun sudah ada pertelingkahan dengan AMANAH berhubung kerusi PAS yang akan ditandingi/dituntut oleh AMANAH.
Di awal awal sebelum itu pun Azmin dikatakan sedang dipujuk untuk menyertai kem di sebelah sana..
Apakah Azmin sudah termakan..atau keengganannya menyebabkan dia diserang Azwan???
AMANAH tidak keseorangan dalam isu agihan kerusi kerana secara moralnya turut disokong BERSATU dan DAP dalam menghadapi Azmin yang culas untuk pengagihan.
Penubuhan Jawatankuasa Khas yang diumumkan Tun juga didefinasikan oleh Azmin sekadar tukar nama kepada Jawatankuasa Jentera Pilihanraya yang sedia ada.
Azmin sudah tentunya mempunyai backup yang cukup kuat, ada Plan A dan B sehingga terang²an memperlihatkan tindak tanduk keras kepala yang sedikit mengganggu kelancaran PH.
Ketika umno do or die untuk menawan Selangor, semua keberangkalian boleh ujud.
Kita tunggu sedikit lagi move dan sudah tentu gerak tari Azmin sedang diperhatikan untuk dimuktamatkan.
Kekecohan ini boleh dianggap api kecil yang boleh merebak jika tidak ditangani secara bijak.
Saranan Mat Sabu supaya Azmin dan AMANAH merundingkan hal itu bukan secara terbuka dan melakui media harap menjadi jernih dan percantuman semula atas semangat PH.
# Adakah ini satu bonus untuk umno dalam missinya menawan Selangor (?)
Tidak mungkin, rakyat Selangor masih yakin kepada kerajaan negeri dan apa yang berlaku sekarang sekadar urusan parti bagi menghadapi PRU.




