Friday, February 2, 2018

MABRUR KE TIDAK..... Tawaran akan ditolak


Ekoran darinya Najib sindir Tun tentang kemabruran haji yang ditaja oleh 1MDB dengan merujuk kepada pendapat Harussani.

 Mabrur ke tidak..
Memang itu atas ketentuan Allah.
Tetapi syirik kalau ketentuan Allah setakat itu sahaja.
Bukan itu sahaja...semua perkara.
Potensi mabrur pertamanya harus datang dari jalan yang sudah ditentukan oleh Al Quran dan Hadis..jalan yang nyata, jelas, tidak sedikit pun ragu²..


Qada dan Qadar
Kita diberi pilihan dalam pelbagai laluan antara dosa dan pahala.
Apabila memilih jalan salah, jalan subahat..mana datangnya mabrurnya..

Dalam dunia teknologi informasi tanpa sempadan..
Bukan sahaja kedudukan dan status 1MDB dalam pertikaian tetapi asas dan motif awal serta perancangan penubuhannya juga sangat meragukan.
Kalau telus kenapa Laporan Audit Negara 1MDB di-OSA-kan

Tidak telus perniagaan apa yang dijalankan oleh 1MDB, mana untung ruginya, mana audit dalamannya, mana zakatnya, mana patuh syariahnya dan hutang billion yang ditanggung apakah "harus" menaja pakej penghajian kepada rakyat dan kini ditambah dengan motif undilah BN.

Yang hantar penghajian ini siapa? Kerajaan atau 1MDB? Apa kaitan dengan BN yang menyelit kepentingan.
Niatnya untuk dapat balasan undi atau lillahita'ala atau kedua-duanya.

Na'uzubillah..

Apa hukum sokong BN - Di sinidi sini juga dan banyak lagi




# cacatan di atas lebih kepada peringatan kepada diri sendiri dan jika ditakdirkan terpilih untuk menunaikan umrah atau haji atas tajaan 1MDB - TAWARAN ITU AKAN DITOLAK.

37 comments:

  1. Dengar tu pak2 haji 1mdb dan bakal pak haji 1mdb. Anda telah ditaja,nah skrg anda kena undi bn! Ada hukum ke? Wajib harus atau sunat tu?
    Harusani....haruskah atau wajib kah kau menyokong kemungkaran?
    Tak usahkan tajaan haji 1mdb kluangman...br1m pun saya dah tolak. Kita dinilai 1200 setahun bersamaan 100 sebulan bersamaan juga 3.33sen sehari! Maruah saya bukan murah utk menyokong kemungkaran,maupun dgn tawaran yg berlipat kali ganda. SALAH TETAP SALAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awat hang kalut... lantak pi la kat depa.. hang tak sokong, tu hang punya pasai... sape hang nak pertikai2...

      Delete
    2. Anon 447, saya juga tolak brim sejak azali.

      Ignore 714..tak ada isi. Baru keluar dari tempurung.

      Delete
    3. Namapun kluang... biasa kluang keluar belah malam..

      Delete
    4. Woiiiiii...... Cakap banyak tak main ler tak kira zaman INTERNET ke zaman Batu ke apa yang penting kalau betul kau tolak BRIM jangan sedap mulut je sumpah LILLAHITAALLAH.

      Kalau kau tipu sanggup kau terima laknat dari ALLAH .

      Aku pernah bersumpah aku bebas tak menerima dedak dan tak memerima BRIM kerana pendapatan aku sebulan RM 11, +++ sorry beb gaji baru naik .

      Rezeki ALLAH sebab aku tak kufur nikmat dan aku amalkan hidup yang berhemat bukan hidup gaya tak bertempat.

      Delete
  2. FIYOOOOOOOINNNKKKKK....

    JEMAAH HAJI PULAK DI FITNAH PULAKKKKK....!!
    INI KERJA TUA RENTA TAK SEDAR DIRI LA TUUU...
    ITU BIO LE URUSAN ALLAH YANG BERTINDAK..
    TAK PAYAH LA NAK MEMBATU API SELALUU...!!

    PEMIMPIN UTARA NI BANGKRAP IDEA OTAK DEPA
    SEBAB TU COVER UP DENGAN SLOGAN GEMPAK GILA
    PLURALIST COMANGO SYIAH ANUTAN AKHIRNYA
    NAK SELAMAT PM MESTI DARI SELATAN GAMAKNYA



    PANTUN BERFAKTA DAB BUKTI NYATA BUKAN NAK FITNAH ADU DOMBA MCM DEPA DEPA HERAMJADAH TU.....



    HADAM SEBELUM KENA DELETE.... BLOGGER NI TAK LEH TiMA KENYATAANN


    KIKIKIKIKIKI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun bukan fitnah, dia menyatakan pandangan peribadinya..
      Dan pandangan perubadinya turut disokong jutaan netizen..

      Tak setuju..berilah fakta.

      Delete
    2. KD aku pernah suara kan kehairanan aku mengenai dakwaan TUN pasal HAJI 1MDB ni tapi kau tak jawab sekarang ni aku tanya lagi.

      Kalau TUN kata NAJIB curi duit dan masukkan dlm akaun peribadi, so mana datangnya tuduhan haji 1 MDB ni ditaja dengan wang curi ? Walhal srgala wang yg digunakan adalah hasil pelaburan 1 MDB yang diaudit dan disahkan dan selepas di bayar cukai dan tolak zakat so kiranya wang 1 MDB ni bersih suci

      Mana datangnya fitnah yg pergi haji guna duit curi dan haji tak makbur. Wang digunakan adalah wang 1 MDB bukan wang najib.

      Cuba kau pulak buktikan macam mana boleh wang tajaan haji itu wang curi. ....?

      Delete
    3. Aku buat syarikat...syarikat aku beroperasi menjual tanah dan harta keturunan makbapak aku yang aku "beli" dengan harga murah dan jual dengan harga berpuluh kali ganda lebih mahal tanpa pengetahuan adikbradik makbapak aku malahan adik bradik aku sendiri. Untuk menutup mulut bapak aku, setiap keuntungan aku akan bank inkan sejumalh wang ke dalam akaun bank bapak aku.
      Satu hari tu kantoi satu kampung pasal operasi syarikat aku yang menjual harta keluarga mengambil untung atas angin. Untuk menutup mulut mereka aku sponsor ketua kg, JKKK sume gi haji.
      Syukur...syarikat aku masih beroperasi walaupun mulut orang kg masih bercakap.

      Delete
  3. Rugi berbillion pun taja pi haji. Orang yg pi haji ni berdaftar tak dgn tabung haji? Kalu tak daftar dah potong q org daftar haji sebab pi haji kena daftar dan q. Apa barang 1mdb potong q utk kasi pi haji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka yg pergi haji tajaan 1mdb (selected/spontan) dah tentu potong que ambil hak) mereka yang dah lama tunggu..

      Delete
    2. Disini dah kau silap KD, setiap manusia dilahirkan dengan sudah tersurat jodoh dan ajal yg tak boleh diubah. Hanya rezeki sahaja yg ALLAH berikan kita peluang untuk merubanya.

      Dari apa kau tulis memberi makna kau tak percaya pada qada dan qadar ALLAH.


      Itu yang ALLAH maksudkan rezeki .... Faham bukan bermakna mereka memotong que orang lain tapi ALLAH dah nak beri rezeki. ALLAH yg menggerakkan hati org2 tertentu menawarkan tajaan haji bukan tawaran dibuat sesuka hati.

      Mana perginya kewarasan kau KD tak percaya pada ketentuan ALLAH.

      Cuba kau berguru dgn JOHN DOE mungkin dia boleh baginsedikit pencerahan.

      Ada yang kaya raya tapi tak pergi haji mengapa kerana ALLH tak menggerakkan hatinya bukan kerana dia tak ada duit.

      Delete
  4. 1MDB yang dari kerajaan juga, bantu pi buat haji pun difitnah, pada hal bukan duit Najib pun. Jika tak nak undi bn pun tak pa aih kerana bantuan tu ikhlas semata-mata kan. Pembangkang memang sah kaki fitnah, kik3.

    ReplyDelete
  5. Bro KD,

    Saya juga seperti sdr. Saya masih belum berkesempatan menunaikan haji, tetapi sekiranya saya menerima tawaran untuk menunaikan haji daripada 1MDB saya juga akan menolaknya.

    Siapa Harussani, Shukri ataupun Rahman? Mukatabarkah mereka?

    Apabila Tun M mengatakan orang yang naik haji dengan duit yang diragukan maka ia tidak akan mendapat haji yang mabrur, maka beberapa orang mufti telah mempertikai kenyataan ini. Tahukah apa modal mereka? Iaitulah Tun M yang 'bukan ulamak' dan demikian ia jahil dan tidak layak memberi pendapat sedemikian.

    Di dalam kes 1MDB ia bukan ragu lagi tapi telah sah ia duit kotor hanya dengan melihat fakta 1MDB tidak pernah pun membayar zakat yang mana kewajipannya adalah berdasarkan cukupnya tempoh dan jumlah, sedangkan haji pula sifat wajibnya tetakluk kepada 'berkemampuan'. Bagaimana sebuah syarikat yang tidak pernah membayar zakat tapi boleh menaja haji? Ini adalah pendustaan yang nyata.

    Berbalik kepada komen 3 agamawan tadi kepada komen Tun M maka jelaslah bahawa mereka bukan saja tidak muktabar bahkan ilmu dan pembacaan mereka kepada kitab2 karangan Ulamak muktabar juga amat cetek sekali.

    Tun M yang bukan agamawan itu tidaklah memberikan sebarang fatwa sebaliknya ia hanya mengutarakan pendapat yang pernah diberikan oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Al-Majmu' berkenaan orang-orang yang naik haji melalui wang kotor tidak mungkin akan mendapat haji yang mabrurmabrur sekalipun haji mereka adalah sah .

    Siapakah 3 agamawan akhir zaman ini berbanding Imam An-nawawi yang diiktiraf sbg Ulamak muktabar sepanjang zaman?

    Najib mahu beralasan konon siapakah Tun M berbanding Harussani tetapi hakikatnya ialah alasan ini akan membawa kepada alasan ultimate iaitu 'siapakah Harussani dan yang sewaktu dengannya berbanding Imam An-Nawawi?'.

    Harussani telah beralasan kononnya ia tak boleh komen tentang 1MDB kerana itu bukan pengetahuannya. Habis, takkanlah sebagai mufti ia tidak tahu bahawa kefarduan zakat itu datang dulu sebelum haji? Takkanlah ia tidak tahu kewajiban zakat datang bersama 'haul dan nasab' sedangkan kefarduan haji datang bersama 'kemampuan' (istito'ah).

    Itu belum dikira fakta dan isu mereka ini telah 'memotong barisan menunggu orang lain tanpa sebarang alasan mahupun imbalan'. Ini pula bagaimana?

    Menaja haji melalui 1MDB sebenar-benarnya adalah pendustaan dan fitnah yang amat besar kepada umat ini, dan benar seperti kata seorang anon para mufti dan agamawan ini benar-benar tidak membuat kerja mereka dengan betul sehingga masyarakat boleh bingung tentang segalanya termasuklah menggunakan wang tajaan 1MDB ini untuk menunaikan haji.

    Kelak apabila segala pendustaan ini terbongkar orang-orang ini akan berasa malu semalu-malunya apabila masyarakt menggelar mereka sebagai 'Haji/Hajah 1MDB'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik sdr john doe!

      Delete
    2. buat baik ada makna tu...!!

      Delete
    3. terbaik bro john doe..kipidap..

      Delete
    4. JOhn Doe mereka tak pernah mendabik dada mengatakan mereka terbaik kuktabar atau pun tahap wali ALLAH tapi mereka berbahas menggunakan fakta dan apa yang ereka tahu bukan membabi buta.

      John doe jgn main2 pernah seorang yg menghina harunsani menerima akibatnya ini bukan cerita mainan tapi pernah tersebar sikitbmasa dulu bukan apa ini apa yg aku dengar dari anak murid nya... Takmpetnah belian mendabik dada. Tapi kalau TUN tu kau nak puja macam WALI srdangkan anak bini dan kau. Keluarga mengamalkan hidup LIBRAL aku rasa kau ni dah menyimpang jauh john.

      Delete
    5. Sdr Cencaluk yang bingung,

      Nampak jelas saudara punya akal yg sgt lemah sehingga tak mampu absorb perbandingan saya para mufti akhir zaman ini yang langsung tidak muktabar dengan Imam An-Nawawi yang muktabar sepanjang zaman.

      Malah tulisan saudara hanya dipenuhi tuduhan tanpa asas dan langsung tidak bersifat menyangkal.

      Kalau sdr ingat saya hairan dengan Harussani maka saudara sangat2lah silap. Saya tidak pernah menyebut secara terus perkara ini sebelum ini tetapi untuk membuka mata saudara yg jelas bingung biarlah saya mengatakannya dengan jelas kali ini. Sesungguhnya saya melihat Harussani jelas mempunyai ciri-ciri 'perosak agama di atas nama agama', dan saya bersedia untuk berhadapan dengan hukum Allah jika pernyataan saya ini adalah tidak benar .

      Saya pernah membawakan hadith bahawa di akhir zaman Ulamak benar-benar sudah habis dan sebab itulah saya gunakan terma agamawan kepada mereka ini kerana ilmu mereka langsung tidak mencecah syarat utk bergelar Ulamak sebenar. Saya malahan telah memberikan hadith dan dalil untuk membuktikan perkara itu.

      Harussani jelas telah menyalahi fatwa Imam An-nawawi dan menggunakan kayu ukur apa sekalipun saya akan tetap berpegang kepada pendapat Imam An-Nawawi dan pendapat Harussani yang jelas menyalahinya saya buang ke longkang.

      Tak lama lagi untuk semua orang-orang bingung dapat melihat kebenaran, dan ia termasuklah kebenaran bahawa pada zaman fitnah ini terdapat di kalangan ahli-ahli agama yang berjawatan rasmi adalah merupakan perosak agama di atas nama agama, in shaa Allah.

      Delete
  6. Dengan perasaan riak dan bongkaknya najib "mendabik dada" telah melawat makam nabi SAW.

    Nauzubillah najib.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa pula najib tak boleh riak , memang betul bukan semua boleh masuk menziarahi makam nabi SAW. Kau ada ....? Kalau mukriz pun mendabik dada menayangkan gambar TUN memasuki ke dlm kaabah tu buka riak dan bongkak ke ?

      Cakap pandang sana sini jgn main langgar. Silap2 kau kena lanyak.

      Manusia tak reti bersyukur kufur nikmat tak boleh menerima qadha dan qadar ALLAH sentiasa dengki hati kaudu macam ni lah kita sepatutnya bersyukur dan mendoaakan kebaikan orang lain semoga kita juga menerima kebaikan yg sama bukannya menghina dan mencerca.

      Ingat hidup bukan selamanya satu hari nanti kita akan dipanggil kembali.
      Aku insaf kerana dapat peluang kedua. Aku hampir mati dua tahun lepas kini aku bersyukur.

      Aku koma 15 hari dan bacaan jantung aku drop sampai terendah doktor memberikan harapan hanya 40% untuk hidup tapi kuasa ALLAH siapa dapat melawannya.

      Hanya kerana seekor nyamuk..... Isk ....isk ....isk...

      Delete
    2. Macai 10.51,

      "Kenapa pula najib tak boleh riak , memang betul bukan semua boleh masuk menziarahi makam nabi SAW."

      Sebab najib tak boleh riak adalah kerana beliau merupakan pemimpin sebuah negara islam, tidak ada mana2 pemimpin dunia islam mendabik dada sendiri, sambil menyatakan pernah masuk makam nabi SAW,sila nyatakan pemimpin dunia manakah yg ada mendabik dada dan angkut bakul sendiri?

      Lebih baik mukhriz tunjukkan sekurang kurangnya rakyat tahu dan Tun tidak pernah pun mendabik dada,ada Tun pernah mendabik dada? Angkat bakul sendiri?

      Ternyata najib tidak ada perasaan merendah diri, hanyalah angkuh, takabur dan riak dalam dirinya.

      Beginikah najib sebagai seorang pemimpin islam?



      Delete
    3. "Manusia tak reti bersyukur kufur nikmat tak boleh menerima qadha dan qadar ALLAH sentiasa dengki hati"

      Adakah rakyat boleh bersyukur dengan mempunyai pemimpin bernama najib juga dikenali sebagai kepala bapak kepada penyamun2 semalaysia? Pemimpin lintah darat menghisap darah rakyat? Merompak menyamun menyeleweng salahgunakuasa dan prmbohongan bersirinya adalah merupakan kepakaran umno najib dan kroni2nya.

      Adakah qadha dan qadar hanya untuk rakyat? Wahai macai harami?

      Delete
    4. "Ingat hidup bukan selamanya satu hari nanti kita akan dipanggil kembali."

      Macai harami, ko dah bersediakah? Menghadapi persoalan mungkar nangkir? Apabila segala perbuatan ko berterusan setiap hari mengeluarkan fitnah dan pembohongan? Ko tak takut ke macai harami? Apabila najib sendiri mengaku salah?

      Delete
    5. "Aku koma 15 hari dan bacaan jantung aku drop sampai terendah doktor memberikan harapan hanya 40%"

      Aku peduli apa? Apa istimewanya ko setiap hari menabur pembohongan? Dengan kuasa Allah, adakah ko ingat ko boleh hidup lebih lama? Apa persediaan ko nak berhadapan dengan mungkar nangkir? Ko nak cakap ko dah gila? Adakah mengejutkan apabila malaikat dengan suara yg amat keras panggil ko haram jadah!!!

      Bersedia dan bertaubatlah macai harami.

      Delete
  7. Sdra John Doe,

    Sejak dulu, I have no respect for the above 3-muftis you have explicitly mentioned. They are government servants riding on religion on the premise that tak ada orang lain uang lebih berilmu dari mereka ini.

    Sebab itu saya tak recognise them as ulama or scholars. Real ulama or scholars call a spade a spade.

    I am from a state where the head is not a Sultan. I believe in my guru agama yang telah mendidik saya jadi manusia bermaruah, tak lakukan rasuah, hormati agama lain, tak create fake news,....I am a realist, a factualist....wallahuaklam

    ReplyDelete
  8. 5.36
    Angkuh riak bongkak sifat tercela sang iblis. Sifat berlawanan!!!
    Sendiri mau ingat beb. Tapi depa peduli apa....

    ReplyDelete
  9. John doe....
    Negara kita ada mufti ke? Tapi bab bersalahan tak dengar bunyi pun? Ke mufti jadi2an ? Sapa yg endorse mereka ya....ingatlah "demi masa sesungguhnya manusia itu di dlm kerugian"....depa tak jumpa ka surah tu? Pelik la pulak

    ReplyDelete
  10. Mabrur atau tidak memanglah hak Allah, tapi ulama bersedapat antara syarat mabrur adalah wang yang halal.

    Begitu juga masuk syurga ...itu pon hak Allah tapi antara syaratnya berbuat apa yg disuruh Allah dan meninggalkan apa yang ditegah.

    Saya berpendapat kata2 mufti dah di spin. Ambil sebahagian dan tinggalkan sebahagian.... tak pelik kalau datangnya dari puak yang tiada integriti.

    ReplyDelete
  11. Musyawarah ,ketelusan dan percambahan minda adalah yg paling ditakuti oleh puak penipu perompak klepet.
    Demi mengekalkan kuasa, segala doktrin komunis dan momokan agama digembelengkan oleh UmnoBnPas.
    Tapi mereka sedang menentang anugerah Allah, iaitu AKAL.
    Akal Melayu UmnoPas sudah disedut keluar dan dibodoh setotok,sejumud mungkin.
    Bacaan, IQRA, bincang, musyawarah ,dialog akan menghidupkan kembali akal melayu.
    INILAH YG DITAKUTI Sgt oleh UMNOPAS.
    Berjuanglah, tumbangkanlah Syaitan UmnoPas demi Bangsa Pertiwi dan Anak cucumu.
    Melayu Malaysia disaat yg sgt genting.

    ReplyDelete
  12. Najib bukan ada pegangan agama.
    Umor 23, cakap Melayu pun tak tahu.
    Alif sebesar batang kelapa pun, tak kenal.
    Diberi Parlimen Pekan kerana Melayu emosi sebab bapak dia meninggal.
    Bila jadi PM barulah Najib mendekatkan diri dengna ISLAM.
    Icon dia Hadi Awang - penonggang agama.
    Mufti pun takda seorang berani tunjuk ajar dia.
    Semua sokong je perkara munkar yang dia buat, jadi
    dia pun turut jadi penunggang agama.
    Dia tak rasa berdosa pun menggunakan agama sebagai senjata
    untuk menang PRU14.
    Nak salahkan siapa........??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beristighfar lah kamu Cik Minah sebelum ALLAH turunkan apa2 bala kepada kau,

      Memfitnah, menghina, menipu serta menjatuhkan hukuman sendiri tak rassa berdosa ke kau?

      Atau kau ni RBA yg menyamar. Sebab tu tak kenal dosa pahala.

      Kau memfitnah hingga tahap memalukan.

      Azab menanti kau

      Delete
    2. Bertaubatlah macai harami 10.59, kubur kata mari tak semestinya atok berumur 92 tahun tu, sesungguhnya najib sudah pun mengakui skandal 1mdb ini, dan ko masih berterusan setiap hari mempertahankan najib, sedangkan najib sudah pun mengaku, setiap hari nak spin, setiap hari dengan pembohongan, setiap hari dengan cubaan ayat mengelirukan, setiap hari cuba memperdayakan dan setiap hari jugalah ko cuba menegak benang basah.

      Macai harami, ko takder keje lain ker?

      Delete
  13. Biar lah apa pun yg KD nak cakap kan, nak nafi kan atau nak spin kan. Strategi tidak melawan dan tidak menyangkal dari awal lebih baik dari meroyan.
    Bila dah dekat dengan PRU nanti, lihat lah KD dan kuncu kuncu nya akan terperangkap. Jangan ingat kita je yang pandai berstrategi, orang lain pun pandai jugak.

    ReplyDelete
  14. Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda semua tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses sekarang. Perkenalkan terlebih dahulu saya Sahra Atifah biasa di panggil Sahra, dulu Saya bekerja di salah satu Seafood restaurant di Dubai, tapi saya sudah menyerah tinggal disana. Tapi saya tetap ikhtiar. Dulu pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya orang tua di kampung, sedangkan hutang banyak, kebetulan buka-buka internet mendapatkan website jobstkwluarnegeri.blogspot.com atau langsung lihat klik di sini. waktu itu saya buka alamat nya di google. Dan Kebetulan ada nama Mbah Suro katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan Pesugihan Dana Ghaib. dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri menhubungi langsung nomernya +6282354640471 dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya. Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya dengan Pesugihan Dana Ghaib nya. Dan alhamdulillah benar-benar terbukti nyata hasil nya sekarang. terima kasih banyak ya allah atas semua rejekimu selama ini..

    ReplyDelete
  15. Adakah bermakna seorang yang berniaga dan berhutang tidak boleh menghantar anaknya Mekah?

    ReplyDelete

6ANGKA