Sunday, February 11, 2018

KALAU SETUJU 7 PERKARA, NEGARA AMAN..

1. Di atas kertas, di semenanjung, mca dan mic serta gerakan akan tewas semua kerusi kerana tidak seorang pun Melayu dan Islam akan mengundi mereka - hukumnya haram - setuju?

2. DAP menang atas sokongan pengundi cina 100%,  DAP tidak memerlukan pun undi Melayu dan Melayu pun tidak akan undi DAP - haram - setuju?

3. PAS boleh letak calon  menentang DAP, MCA sebagai tiga penjuru dan kalau semua minoriti Melayu itu undi PAS, pun tidak akan menang - kalau PAS letak calon bukan Islam - Melayu tidak akan undi, haram - setuju?

4. Melayu di kawasan yang hanya ada dua penjuru, DAP lawan MCA@MIC@GERAKAN - Melayu sudah tidak perlu keluar mengundi - setuju?
5. Jangan ada mana² parti Melayu mahu jadi barua berkempen - setuju?

ISU SELESAI.

6. Bagi tiga penjuru di mana calonnya semua Melayu Islam antara PH, BN dan PAS.. Tak usah gaduh, pilihlah mana² satu, undi adalah rahsia - setuju?

7. Bagi yang bukan Melayu dan Islam - terpulanglah kepada mereka nak sokong dan undi siapa - setuju?

ISU SELESAI.

Terima keputusan rakyat secara berlapang dada.


# Setuju atau tidak, komen sekadar untuk diri sendiri sahaja, tak perlu nak pertikaikan keputusan orang lain.

KENAPA MELAYU KENA UNDI DAP





Seruan umno supaya pengundi Melayu tidak undi DAP apa sebabnya (?)
Secara am mereka buat fake news DAP itu anti Melayu dan anti Islam..mana buktinya ? Bukankah anti Islam dan anti Melayu  itu melanggar undang-undang dan Perelembagaan, kenapa tiada tindakan PDRM (?) ROS boleh batalkan DAP atas alasan tersebut...

Bukankah itu boleh diistilahkan menderhaka kepad Sultan dan Raja-Raja Melayu..

Jika DAP anti Melayu anti Islam yang diistilah kafir harbi, rakyat Islam Pulau Pinang sudah tentu paling cepat hidu dan kesan, membuat laporan dan bantahan dan sudah tentu akan ada huru hara !!!!!!!!!!!!!!!!! Kenapa tiada sampai sekarang .
Apakah orang Melayu Pulau Pinang kurang patriotik dan kurang Islamnya berbanding dengan negeri-ngeri lain.

Sudah berapa kali Paklah complain pasal DAP kepada kerajaan ???




Cerita sebenar: Rakyat menunggu siapnya terowong bawah laut 2027, satu legasi lim guan eng yang sangat dicemburui umno !!!

Satu dunia pun tahu calon umnopas tidak akan bertanding melawan calon DAP di kawasan majoriti bukan Melayu dalam semua PRU yang lepas dan akan datang, jadi apa sangat umnopas sebok dan takut Melayu undi DAP???

Yang akan bertanding lawan DAP di semenanjung adalah MCA untuk kawasan majoriti cina  dan MIC lazimnya di kawasan yang taburan kaum Indi agak ketara. Hakikatnya calon BN tersebut menang atas undi orang Melayu dan inilah sebenarnya umno mahu Melayu tidak mengundi DAP. 

Siapakah yang jadi barua MCA dan MIC sejak awal lagi berkempen ???

Antara MCA, MIC dan DAP tidak satupun mesra Melayu mesra Islam, semua tolak RUU355 dan sebab MCA dan MIC tidak setuju, umno ketar lutut nak bentang di parlimen dan kembalikan kepada PAS.

Kenapa Melayu perlu tolak dan tidak undi MCA dan MIC termasuk tolak sekali PAS..
Sebab mereka anti akhlak Rasulullah..
Mereka menyokong kleptokrasi..
Sekaligus kita semua wajib tolak umno.
Harus undi DAP kerana parti tersebut tidak sokong kleptokrasi..

TAHUKAH ANDA LIM KIT SIANG PERNAH BERSAMA PM LAIN SELAIN TUN 
Shahrir mula rasa tergugat untuk Parlimen JB..

Friday, February 9, 2018

SIAPA PULA YANG LANGGAR BAI'AH SI TOLOL DI SARAWAK..








Lebih bangang, kaki kencing berdiri.... Husam dipecat dan bukannya keluar parti...














UMNO PALING KECEWA KIT SIANG TIDAK DICALON PM



Umno paling kecewa besar apabila terpaksa terima keputusan PH tidak menamakan Kit Siang sebagai calon PM sebaliknya Tun Dr Mahathir. Pengumuman tersebut diikuti dengan serangan bertalu talu memperlekehkan perlantikan tersebut dengan pelbagai tuduhan.

Umno juga paling malu besar kerana jangkaan mereka tersebut meleset dan menghampakan penyokong yang telah pun mencanang sebelum itu bahawa DAP dominan dan lim kit siang akan menguasai PH dan seterusnya menjadi PM.

Tun yang dituduh diperalat DAP mendapat undi Melayu ada kebenarannya tetapi agak terhad kerana calon DAP bertanding di majoriti pengundi cina yang boleh menang tanpa mengharap sangat undi Melayu.

Sebaliknya Tun berjaya memastikan semua undi Cina dan India 99% akan menyokong calon Melayu PH - kejayaan yang sangat besar.

Atas dasar itu MCA akan tewas semua kerusi samada lin kit siang sebagai PM ataupun tidak.

Analisa mendapati kerjasama Tun dan lim kit siang tidak mendapat halangan besar dari orang Melayu kerana PH dengan mudah menembusi lubuk umno dan pas serta diterima baik berceramah di felda².

Bagaimanapun peluang untuk lim kit siang dicalon semula sebagai PM kembali terbuka apabila Tun dikatakan sudah tidak relevan kerana Sultan Kelantan telah menarik kurniaan Darjah Kerabat.

Semoga usaha umno berterusan menamakan lim kit siang sebagai PM kali ini menjadi kenyataan.

https://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.nst.com.my/node/315481/amp&ved=2ahUKEwiyg6zf-5jZAhWFto8KHc8ADHwQFjABegQIExAB&usg=AOvVaw1L3hKV1RG6w1lS7Hm0XGbI&ampcf=1


Klik disini..Perangai Sebenar Pemimpin umno


Thursday, February 8, 2018

JOHOR BANYAK ISU - PALING MUDAH DITAWAN - PH



Setiap penceramah mendedahkan kepincangan pengurusan Khalid Nordin...



# Pembahagian kerusi DUN juga telah lancar dan selesai.

KESILAPAN LALU

  1️⃣ Ramai orang bercakap tentang emas, tetapi tidak semua memiliki emas sebenar. Ada yang aktif mempromosi, berkongsi ilmu, atau berniaga ...