Dapat wassap pagi ni dari seorang kawan.. Rakyat nak pilih yang mana.. Yang jengkel itu umno banyak penyamun.. Yang mampan itu Pakatan Harapan belum pernah diberi kuasa... Yang satu lagi tu mona gersang..
1. Berdialog tentang isu 1MDB dan jolo dengan ayahanda, kekanda dan adinda² Pakatan Harapan. 2. Bertanding di mana² kerusi dalam PRU14. 3. Hantar memo dan bantahan rasmi kepada pihak luar negara yang kaitkan penggubahan wang haram dengan 1mdb.
Jangan asyik berceramah dalam tempurung pada budak² tadika, mat sajat dan lobai² yang sudah dicucuk hidung.
Rakyat mampu ke tidak?
Rakyat tertekan ke tidak?
Harga rendah rakyat nak setiap hari bukan masa dekat dengan pru sahaja, bukan masa menteri nak kalah, bukan masa umno nak kalah.
Aku malas nak ambik tau pasal nama, jawatan atau siapa yang jadi panel, tidak mahu dipengaruhi dengan title.. Biar kita menilai mereka atas apa hujah mereka. Kalut benar si baju hijau.
Kalau dia seorang pensyarah, Universiti berkaitan wajar mempertimbangkan semula kehadirannya di universiti tersebut, masa depan yang gelap bagi mahasiswa/i.
Realiti politik semasa - faktor umur adalah yang paling akhir untuk diambilkira kerana banyak lagi ciri² lain yang perlu diberi keutamaan seperti pengalaman, integriti, rekod kejayaan masalampau, pengurusan krisis, kesihatan, keupayaan berhujah dan pengaruh serta lain² lagi.
Kerajaan baru yang akan ambilalih kerajaan lama bukan satu pertukaran kerajaan yang normal tetapi mengambilalih kerajaan lama yang sarat bermasalah termasuk hutang.
Hanya pemimpin yang biasa dengan kerajaan lama akan tahu untuk menguruskan kerajaan baru dengan lebih mudah.
Manifesto PH tidak disebut "memartabatkan Islam"???
Begitu dangkal sekali kerana dia mencari ayat hingga lupa nilai yang ada dalam manifesto..
Sebutkan mana satu menifesto uang bertentangan dengan Islam?
Apakah menangani si kelepek dan si korup itu tidak Islamic..
Apakah jadi PM tanpa jubah tanpa serban itu tidak Islamic?