Saturday, May 5, 2018

GAMBARAN MAHATHIR TERHADAP PAS ERA HADI MENEPATI... .





Gambaran Tun menepati dan turut disokong kerana penyertaan anak² Arwah Yusuf Rawa,  Ustad Fadhil Nor dan Nik Aziz dalam PH menunjukan PAS hilang perjuangan asal... 

UMNO SEMAKIN PANIK..



Mengikuti perkembangan semasa secara realiti di beberapa tempat dan seluruh negara di media sosial sangat memberansang melihat dua perkara utama..

1) sambutan hebat kepada semua aktiviti PH dan menjawab semua serangan umno secara berkesan.
2) umno dan pas makin panik,  desperado dan rakyat tolak propaganda murahan Najib.

Untuk menulis rasa dah malas terutama untuk melayan satu dua anon yang tegar dan sesat.








Friday, May 4, 2018

YANG MINTA MAAF SIAPA? PERMOHONAN MAAF KEPADA SIAPA? YANG MAAFKAN KENAPA PULA YANG TIDAK RELEVAN MALAH BERLAGAK SUCI?


STATUS TERKINI: BN TEWAS PUSAT DAN HANYA KUASAI 4 NEGERI







REHATKAN UMNO KERJA MULIA - BOLEH PERCAYA KE NAJIB, ZAHID, HISHAMUDDIN, KJ, SALLEH KRUAK, SHAHRIL SAMAD, NAZRI AKAN BERTAHAN DAN BERTUNGKUS LUMUS BERJUANG UNTUK RAKYAT KALAU JADI PEMBANGKANG..



AMANAH TERAKHIR.

kita boleh sahaja berbeza pendapat, berbeza Parti dan kepercayaan.
TETAPI...ini adalah peluang TERAKHIR kita.

Kalau ditakdirkan NAJIB akan menjadi Perdana Menteri ke 7, semua orang sudah tahu termasuk penyokong UMNO sendiri..bahawa Negara kita akan mengalami kehancuran dan musnah selama lamanya.

Hutang Negara yang telah mencecah satu trilion adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku kepada mana mana negara didunia. Kita dan anak cucu kita akan dikerah bekerja utk membayar hutang Najib ini, sementara dia dan keluarganya hidup senang lenang diatas penderitaan rakyat.




Sahabat ku semua. 

Mari lah berfikir secara rasional, kalau pun ada dendam dihati pada Tun M, tidak mempercayai DAP, benci sgt kepada PH, tidak mengapa, lihat  sahaja keluarga DS Anuar Ibrahim, mereka lebih hebat diuji dari kita, tapi demi kerana mereka tahu, kepentingan NEGARA dan rakyat lebih utama, mereka rela melupakan sengketa lama, lihat sahaja DAP, mereka sanggup membuang keegoaan mereka dgn mengenepikan logo keramat mereka roket..APAKAH KALIAN FIKIR SEMUA INI SUKA SUKA? 

Tak mengapa...untuk PH...
kita berikan mereka sepenggal ini sahaja, kita undi UMNO lagi dipenggal akan datang. Yang penting penggal ini pada 9hb May..adalah sejarah bagi Malaysia.

Apakah Malaysia akan lenyap selama nya dari peta negara membangun atau Malaysia akan muncul dalam peta negara negara yang muflis.

Saya merayu kepada sahabat semua. Demi Malaysia. Demi anak cucu kita, buangkan lah ego kita utk seketika, marilah bersama membina NEGARA ini, mempertahan kan NEGARA ini dari kehancuran. Hanya ada satu jalan sahaja, singgkirkan NAJIB dengan mengundi PH.

Selepas Najib tersingkir, anda boleh lah kembali kepada UMNO dan kita sama sama membina kembali Negara ini dgn aman damai dan semangat muhibbah sesama kita.

Tolong lah sahabat semua, fahami apa yang saya nak sampaikan. Tolong lah SELAMAT KAN MALAYSIA. TOLONG LAH ..TOLONG LAH TOLONG LAH..kalau anda mahu saya merayu..saya merayu sekarang. 




Anda tidak berada dimana saya berada kerika ini, anda semestinya mengakui Tun M sudah memimpin negara selama 22 tahun, beliau sudah mengenali rapat perisikan negara, maklumat sulit dan sebagainya masih disalur kepada nya. 

Dia sudah tidak berdaya dalam usia 93 tahun. Tapi dia bangkit bersama kita untuk memastikan Malaysia selamat. Ada perkara yang sukar kami jelaskan dgn tulisan. Cukup sekadar saya ingin menyeru anda semua..INI LAH PELUANG TERAKHIR YANG KITA ADA UTK SELAMATKAN MALAYSIA.

peluang terakhir sahabat ku..kalau anda tidak mampu mempercayainya tidak mengapa, selepas Najib tersingkir saya dan ramai lagi akan membina semula UMNO yang telah tewas, cuma kami berpaling utk kali ini dari UMNO demi kerana menyelamatkan MALAYSIA dari Najib.



Utk kali ini sahaja sahabat. Tolonglah buang kan ego dan extremis dan obsessi kita pada UMNO. UMNO bukan UMNO yang dulu lagi..kalau anda masih berdegil, kita akan sama sama menjadi saksi tidak lama lagi, MALAYSIA AKAN HANCUR MUSNAH..

Anak kecil main api
Terbakar hati yang sepi
Air mata darah bercampur keringat 
Bumi di pijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita
.......

Mmg sebak dan saya hampir menitiskan airmata bila menatap warkah terakhir utk mu MALAYSIA ini...

Ya Allah, kami bermohon pada mu, demi anak cucu adam dan bangsa dan agama kami, pelihara lah tanah Malaysia ini dari kekejaman dan penindasan pemerintah yang zalim.

Ya Rabbi..kau pernah turunkan ababil membakar tentera abrah, KAU pernah turun kan banjir melenyapkan kaum Nuh, KAU mati kan Firaun dengan kehinaan, Kau tengelamkan Karun dgn keangkuhannya. Demi sesungguhnya rakyat Malaysia dalam kegetiran disaat ini, KAU Sempurnakanlah doa kami, memusnahkan kezaliman di Malaysia ini..


Ya Allah tiada daya dan upaya kecuali dengan izinMu. 

Wassalam

SUMBER GROUP WASSAP UMNO JOHOR.

Thursday, May 3, 2018

NIK ABDUH MENDERA BONDA?

Bonda yang sudah berusia,  lagi sakit patutnya Nik Abduh nasihatkan supaya berehat dan lebihkan masa di tikar sembahyang, main dengan cucu² daripada turun padang sebok berpolitik.

Masa untuk bonda berpolitik sudah berlalu,  bersikap adil dan restu semua anak².
Turun berkempen nak apa lagi,  undi simpati?

Bonda tolong nasihatkan nik abduh,  jangan termakan budi umno,  akhirnya body tergadai jadi abu, ente tahu ana tahu.




Nik abduh jangan peralatkan bonda sendiri untuk parti,  mimpi hadi, nik aziz kudung kaki sebelah sangat mengaibkan dan tidak dibela sewajarnya oleh waris. 

Dalam masa yang sama professor kangkung leher kejang turut jadi batu api dalam ulasannya. 





BILA SKANDAL VEDIO PORNO PEMIMPIN PH NAK KELUAR???

Tarikh mengundi makin hampir,  logistik,  ststistik.. tik ..tik langsung tidak menunjukann umno boleh menang di pusat dan di mana² negeri kecuali Sarawak. 

Silap tarikh,  Parlimen Pekan pun melayang. 

Selangor,  Kelantan,  Kedah dan PP tidak ada harapan untuk BN,  jumlah kerusi BN bakal menyorot di Selangor dan Penang. 

Adalah perlu tangan² ghaib memainkan peranan mengeluarkan skandal vedio lucah,  rakaman audio dan sebagainya tentang pemimpin PH kalau² boleh membantu. 

Potong potret Tun dalam usaha menyelamatkan masih dalam kategori kantoi dan makan diri. 

Apa isunya: kepala bapak kau dah pening. 


6ANGKA