Friday, May 4, 2018

REHATKAN UMNO KERJA MULIA - BOLEH PERCAYA KE NAJIB, ZAHID, HISHAMUDDIN, KJ, SALLEH KRUAK, SHAHRIL SAMAD, NAZRI AKAN BERTAHAN DAN BERTUNGKUS LUMUS BERJUANG UNTUK RAKYAT KALAU JADI PEMBANGKANG..



AMANAH TERAKHIR.

kita boleh sahaja berbeza pendapat, berbeza Parti dan kepercayaan.
TETAPI...ini adalah peluang TERAKHIR kita.

Kalau ditakdirkan NAJIB akan menjadi Perdana Menteri ke 7, semua orang sudah tahu termasuk penyokong UMNO sendiri..bahawa Negara kita akan mengalami kehancuran dan musnah selama lamanya.

Hutang Negara yang telah mencecah satu trilion adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku kepada mana mana negara didunia. Kita dan anak cucu kita akan dikerah bekerja utk membayar hutang Najib ini, sementara dia dan keluarganya hidup senang lenang diatas penderitaan rakyat.




Sahabat ku semua. 

Mari lah berfikir secara rasional, kalau pun ada dendam dihati pada Tun M, tidak mempercayai DAP, benci sgt kepada PH, tidak mengapa, lihat  sahaja keluarga DS Anuar Ibrahim, mereka lebih hebat diuji dari kita, tapi demi kerana mereka tahu, kepentingan NEGARA dan rakyat lebih utama, mereka rela melupakan sengketa lama, lihat sahaja DAP, mereka sanggup membuang keegoaan mereka dgn mengenepikan logo keramat mereka roket..APAKAH KALIAN FIKIR SEMUA INI SUKA SUKA? 

Tak mengapa...untuk PH...
kita berikan mereka sepenggal ini sahaja, kita undi UMNO lagi dipenggal akan datang. Yang penting penggal ini pada 9hb May..adalah sejarah bagi Malaysia.

Apakah Malaysia akan lenyap selama nya dari peta negara membangun atau Malaysia akan muncul dalam peta negara negara yang muflis.

Saya merayu kepada sahabat semua. Demi Malaysia. Demi anak cucu kita, buangkan lah ego kita utk seketika, marilah bersama membina NEGARA ini, mempertahan kan NEGARA ini dari kehancuran. Hanya ada satu jalan sahaja, singgkirkan NAJIB dengan mengundi PH.

Selepas Najib tersingkir, anda boleh lah kembali kepada UMNO dan kita sama sama membina kembali Negara ini dgn aman damai dan semangat muhibbah sesama kita.

Tolong lah sahabat semua, fahami apa yang saya nak sampaikan. Tolong lah SELAMAT KAN MALAYSIA. TOLONG LAH ..TOLONG LAH TOLONG LAH..kalau anda mahu saya merayu..saya merayu sekarang. 




Anda tidak berada dimana saya berada kerika ini, anda semestinya mengakui Tun M sudah memimpin negara selama 22 tahun, beliau sudah mengenali rapat perisikan negara, maklumat sulit dan sebagainya masih disalur kepada nya. 

Dia sudah tidak berdaya dalam usia 93 tahun. Tapi dia bangkit bersama kita untuk memastikan Malaysia selamat. Ada perkara yang sukar kami jelaskan dgn tulisan. Cukup sekadar saya ingin menyeru anda semua..INI LAH PELUANG TERAKHIR YANG KITA ADA UTK SELAMATKAN MALAYSIA.

peluang terakhir sahabat ku..kalau anda tidak mampu mempercayainya tidak mengapa, selepas Najib tersingkir saya dan ramai lagi akan membina semula UMNO yang telah tewas, cuma kami berpaling utk kali ini dari UMNO demi kerana menyelamatkan MALAYSIA dari Najib.



Utk kali ini sahaja sahabat. Tolonglah buang kan ego dan extremis dan obsessi kita pada UMNO. UMNO bukan UMNO yang dulu lagi..kalau anda masih berdegil, kita akan sama sama menjadi saksi tidak lama lagi, MALAYSIA AKAN HANCUR MUSNAH..

Anak kecil main api
Terbakar hati yang sepi
Air mata darah bercampur keringat 
Bumi di pijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita
.......

Mmg sebak dan saya hampir menitiskan airmata bila menatap warkah terakhir utk mu MALAYSIA ini...

Ya Allah, kami bermohon pada mu, demi anak cucu adam dan bangsa dan agama kami, pelihara lah tanah Malaysia ini dari kekejaman dan penindasan pemerintah yang zalim.

Ya Rabbi..kau pernah turunkan ababil membakar tentera abrah, KAU pernah turun kan banjir melenyapkan kaum Nuh, KAU mati kan Firaun dengan kehinaan, Kau tengelamkan Karun dgn keangkuhannya. Demi sesungguhnya rakyat Malaysia dalam kegetiran disaat ini, KAU Sempurnakanlah doa kami, memusnahkan kezaliman di Malaysia ini..


Ya Allah tiada daya dan upaya kecuali dengan izinMu. 

Wassalam

SUMBER GROUP WASSAP UMNO JOHOR.

18 comments:

  1. kesian betul blogger ni. merepek meraban dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah hidu kekalahan tu... tak de isu dah tu.. udah kering kontang isu... ape2 yg lalu depan mata trus sebat.. kalu tak tak capai kpi

      Delete
    2. Apa yg korang buat menyundal kat blog ni??

      Delete
  2. Isunya....kau 3.17,4.06 dan 4.13 BANGANG. Tu saja isunya. Pengkhianat negara dgn otak DUNGU.

    ReplyDelete
  3. Mendengar khutbah jumaat di seluruh selangor ada menyebut supaya memilih pemimpin yg berintergriti, maka pertanyaan berikut timbul diantara ketiga tiga pemimpin yg bakal di pilih rakyat iaitu najib, hj hadi atau Tun?

    a. Najib? dengan segala penganaiyaan dan kezaliman terhadap rakyat seperti GST, penderitaan, beban kos sara hidup meningkat menggila setiap hari, rompakan penyamunan bertaraf mega dan tidak lupa penipuan bersiri pelbagai janji palsu ditabur sejak sebelum PRU13 lagi, adakah rakyat masih boleh percaya terhadap najib dan barisan kabinet menterinya?

    b.hj hadi? Terbukti! seperti disahkan pakar audio universiti di london, nik abduh mengaku, pemimpin PAS menerima habuan dari umno najib, yg dgelar pemimpin kleptokrat oleh masyarakat seluruh dunia. Adakah rakyat sudah lupa pencetus tragedi memali? Adakah undi PAS masuk syurga? Tuhan manakah yg memberi jaminan ini? Bagaimana pula cadangan RRU pindaan tambahan di parlimen agar hukuman lebih keras, lebih kejam diadakan terhadap pesalah? Debagai contoh Jika seorang rakyat teranaiya, difitnah, dirancang kesalahannya, tidak bersalah, disabitkan, bagaimana pula? Inilah hj hadi apabila mendapat habuan dari umno najib.

    c.Tun Dr.Mahathir? Kepada pencacai2 upahan, penerima habuan hasil haram, rompakan dan penipuan bersiri najib terhadap rakyat, sila nyatakan dimanakah? terdapatnya dakwaan atau tuduhan di mana mana mahkamah samaada di malaysia mahupun mahkamah dunia melibatkan tuduhan terhadap Tun,dengan kesalahan salahgunakuasa? Penyelewengan? mahupun mengkayakan anak2 atau kroni2nya?

    Jika tiada, maka pencacai2 najib,umno, hj hadi dan puak PAS ini, wajib memohon maaf, bertaubat bukan sahaja terhadap Allah, bukan sahaja terhadap Tun, malahan bertaubat terhadap setiap seorang rakyat atas sebaran palsu, fitnah yg dihambur, yg telah dilakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  4. Zalim apakah yg dimaksudkan..aku pn rkyt malaysia xde rasa dizalimi..sng cari mkn ank bersekolah perubatan dijaga kerajaan..byk lg cth malas nk bg sbb macai bkn bersyukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong... tak de isu blogger ni dah

      Delete
    2. Entahnya. Apalah yg dirasakan zalim tu? Nak cerita, ceritalah apa yg dialami diri sendiri. Nak cari makan, nak dpt ubat, nak jalan semua dah hampir tak ada kepayahan. Usaha sedikit shj, yg lain kebanyakannya kerajaan dh sedia. Kalau nak marah kerajaanpun, apa yg nk dimarah? Kan ke semua Allah dah takdirkan? Org yg kufur nikmat aje yg bnyk cakapnya, bnyk songelnya dan bnyk komplennya.

      Delete
  5. Undi tetap ke BN dan UMNO, katakan tidak pada Pakatun Harapan

    ReplyDelete
  6. Kalau jadi pecacai setakat nak cakap apa isu, saya undi umno.. Ini dah macam jalang, asal dapat dedak.

    Betul lah seperti kata Macy, sanggup cari makan cara menyundal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruk dh ko ni kd. Kau tau apa itu sundal dan menyundal? Ko ikut je jejak tun mamu madey ni. Semalam dia kata mangsa memali tu mati katak. Macam dah habis stok perkataan sopan dah, pakai jugak ayat² org takde adab... Lps solat ini ke yg ko dpt kd? Ko tak mintak yg baik², sekurang-kurangnya utk diri kau sendiri? Bersopan bila berbicara contohnya...

      Delete
    2. Boleh berlakon lagi kah macai harami? Ingatlah seksaan kubur, korang tak takut ke?

      Delete
  7. Aku hampir pasti najib dan kwn² dia tak mampu jd pembangkang yg baik. Mereka bukan ada pengalamanpun. Yg ada pengalaman dan dah terbukti prestasi selaku pembangkang adalah pembangkang yg ada sekarang. Jadi lebih elok rasanya pembangkang skrg teruskan kedudukan sebagai pembangkang paska pru14 kelak...

    ReplyDelete
  8. Selepas PRU14 ni, macam mana najib nak jadi pembangkang? Dah kena sumbat ke dalam, begitu juga dengan rosmah dan zahid hamidi.

    ReplyDelete
  9. Maksud zalim itu adalah kos sara hidup meningkat naik, GST dan pelbagai cukai dikenakan menekan kehidupan rakyat.

    Tetapi ada juga kebaikan najib, ada juga perkara yg jatuh, turun dan rendah seperti harga getah turun, kelapa sawit turun, saham felda jatuh....

    Inilah contoh kebaikan najib.

    ReplyDelete
  10. Terlupa plak, matawang malaysia pun jatuh...

    ReplyDelete

6ANGKA