Thursday, May 10, 2018

ALHAMDULILLAH SUBHANALLAH ALLAHUAKBAR

Syukur di atas kebesaranMu Ya Allah.



Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasmi dilantik menjadi Perdana Menteri ke-7 hari ini sekali gus mencipta sejarah tersendiri buat Malaysia selepas memegang jawatan nombor satu negara itu buat kali kedua.

Pengerusi Pakatan Harapan berumur 93 tahun itu juga mencipta sejarah menjadi ketua negara paling tua dilantik dalam dunia melalui proses demokrasi.

Mahathir dipilih sebulat suara sebagai Perdana Menteri oleh presiden parti dalam komponen Harapan selepas parti itu menang 122 kerusi parlimen daripada 222 kerusi yang dipertandingkan dalam PRU14.

Ahli Parlimen Langkawi itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang Di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara dalam Istiadat Angkat Sumpah Perdana Menteri ke-7, kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Selain isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, kesemua pimpinan tertinggi Harapan yang terdiri daripada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu hadir dalam majlis tersebut

            *ALLAH SELAMATKAN TUN DR MAHATHIR DAN TUN DR SITI HASMAH



GRASSROOT UMNO SUDAH MULA MENUDING JARI KEPADA KEPIMPINAN BAHAGIAN NEGERI DAN PUSAT SEBAGAI SOMBONG RIAK TIDAK BOLEH DI TEGUR DAN KORUP SEBAGAI PUNCA UMNO TEWAS TERUK..

Ada yang sedar dan ada yang belum sedar bahawa parti mereka berkemungkinan besar dibubarkan oleh ROS dalam masa terdekat dan jika berlaku,  semua yang menang di PRU atas tiket BN akan gugur secara otomatik dan pemenangnya adalah calon yang mendapat undi kedua terbanyak. Majoritinya adalah calon PH.

Itu antara satu versi pandangan.

Jika umno masih bernafas,  jumpa lagi 2023.


SABOTAJ MASIH BERGENTAYANGAN???

Pilihan rakyat mahu diremeh atas dosa lalu dan ketakutan persekongkolan...


Ada satu pendapat..

Tun M begitu pandai ..... Dia mengumumkan dua hari cuti bukan kerana perayaan. Maksud utamanya adalah memastikan semua bank ditutup pada saat sensitif ini sehingga tidak ada transaksi wang keluar negara dalam 4 hari ke depan. 

Pejabat-pejabat kerajaan BN dinyahaktifkan supaya tidak banyak bukti yang akan dimusnahkan.

Dr Ramesh Crystal Creek: Ia bukan semata-mata meraikan kemenangan

Dr Ramesh Crystal Creek: PH mengesyaki UMNO akan cuba untuk memindahkan sejumlah besar wang di luar negara .. dengan bank ditutup selama 4 hari mereka boleh menghentikan semua transaksi ....

Megan CHEW CRYSTAL CREEK: Dia terpaksa memanggilnya kerana banyak alasan yang baik

Megan CHEW CRYSTAL CREEK: Hindari kejatuhan pasaran saham, mengelakkan wang dari mengalir keluar negara, kami bank-bank semua berdiri dengan mengawasi aliran keluar dana dari negara kita. Bank perlu ditutup

Megan CHEW CRYSTAL CREEK: Dia pintar dan dia menyelamatkan Malaysia semasa krisis Asia pada tahun 1997. Ramai orang berfikir dia gila ketika itu untuk memukul myr ke dolar tetapi kita tahu mengapa perlu melakukannya. Dia menyelamatkan Malaysia 2 kali sekarang

Megan CHEW CRYSTAL CREEK: Dan dia membuat sejarah besar bukan sahaja untuk rakyat Malaysia tetapi juga seluruh dunia. Kami mempunyai PM yang tertua dan paling lama berkhidmat di dunia. Dia akan menjadikan Malaysia hebat lagi! Insya Allah


SELAIN DARI TEORI ITU,  APAKAH ADA INDIVIDU LAIN YANG MEMPUNYAI JUMLAH WANG YANG BANYAK DALAM AKAUN MEREKA UNTUK DISELAMATKAN DARI TERHIDU KERAJAAN BARU DAN INI MEMERLUKAN ANGKAT DUMPAH TUN DI DELAY??? 


sumber:wassap

Wednesday, May 9, 2018

JANGAN PERSENDA KUASA RAKYAT...








KENAPA ISTANA MEMAKLUMKAN TIADA ISTIADAT ANGKAT SUMPAH PM HARI INI???

Apa lagi motif? 

RAKYAT PERLU MEMBERI MASA KEPADA PH, STRATEGI MENGUATKAN POLITIK MESTI DIDAHULUK\N..

Strategi menguatkan politik terutama kelulusan penubuhan Pakatan Harapan dan tiada pertikaian ke atas pendaftaran BERSATU perlu disegerakan. 

Tidak dapat tidak umno perlu dibatalkan pendaftaran, bukan sangat kerana balas dendam tetapi jelas nyata melanggar perlembagaannya sendiri.  Ini sangat berkaitan menguatkan politik Melayu Islam. 
Ini membolehkan mereka berhijrah ke parti² utama seperti PKR,  BERSATU,  PAS atau AMANAH. 

Kekuatan atau dominasi Melayu Islam bukan setakat sepatutnya ada dan kuat sahaja dalam Kerajaan baru tetapi perlu kuat dan kukuh untuk mendominasi. 

Sejarah dan titik hitam umno perlu dimatikan wataknya dan dibangkit dalam bentuk dan penyatuan baru kepada BERSATU dengan membawa ciri yang baik dan meninggalkan ciri² yang merosakan. 

Penyatuan Melayu Islam untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. 

TERKENANG DAN AL FATEHAH BUAT RAKAN BLOGGER

Walaupun berjanji atau ada ura² untuk berjumpa tetapi tiada kesempatan dan dalam kesebokan memburu berita dan memberitakan,  akhirnya takdir,  Allah lebih menyayanginya (20/11/16)

Mengkagumi bloggingnya, sampai sekarang rindu dan terasa suatu kehilangan tanpanya. Alangkah manisnya jika dia turut bersama dengan kemenangan rakyat ini yang sangat mengkagumi Tun. 
Semoga keluarganya dapat sama berkongsi kegembiraan atas sebahagian dari perjuangannya.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang² yang mulia di disi Allah. 

Untuk itu marilah kita sama² mendoakan dan menghadiahkan hikmah dan faedah al fatehah kepada arwah Shaifuddin bin Mahmud @ Din Turtle... 

Al fatehah.. 




Aamiin

Terima kasih. 

6ANGKA