Kerosakan urus tadbir negara di era Najib seperti jangkaan awal sangat meleset.. Rosak bukan setakat di bahagian tertentu tetapi sudah berkuman bernanah serata tubuh, total damage termasuk sistem.
Budaya korup begitu terserap sehingga sukar mencari penjawat awam profile tinggi yang benar² dedikasi lilla hita'ala.
Kata Mahathir, jika janji tidak tertunai biarlah PH tanggung dosa.
Pengakuan ini sangat jelas dan berani.
Bagaimana umno dan pas, apakah mereka ada pengakuan berdosa sepanjang menjadi kerajaan dan sepanjang menjalin kerjasama secara gelap.
Apakah mereka cukup yakin tiada masuk sedikit pun benda haram ke dalam perut anak isteri, ibu bapa dan tanggungan.
Sekadar bertanya...
# Menjelang PRU15 semua janji PH akan dibuka dan dinilai semula, tiada lagi alasan pada masa itu, rakyat akan memberi markah prestasi.
Ini juga satu ingatan kpd mana² lain parti yang bertanding dan menawarkan diri untuk membentuk kerajaan.
Majoriti juga yang memilih PH tidak fokus kepada manifesto tetapi lebih kepada matlamat cegah, stop kemungkaran NAJIB dan umno sangat bersyukur di atas kejayaan ini.