Yang pro Mahathir pusing tunggang terbalik pun akhirnya akan minta satu sahaja, NAJIB TOLONG JAWAB, tidak kurang dan tidak lebih dari itu atau BERUNDURLAH.
Yang pro Najib, serangan ke atas Mahathir 360 darjah, ungkit semua perkara, tiba-tiba 22 tahun semuanya jadi buruk termasuklah serangan peribadi dan ada yang tidak berpijak dibumi nyata kononnya mereka lah yang sekarang ini duduk rapat dengan akar umbi dan mendapat sokongan rakyat dan akhirnya mereka minta Mahathir DIAM dari bercakap tentang kesalahan mereka.
Bukankah Mahathir sudah berpesan, if you make trouble, if you create problem and if you got problem and trouble beliau tidak wajar diminta untuk mengatasinya. Pandai makan pandai cuci pinggan sendiri.
Mahathir sudahpun menasihati, bukan sekali, berkali-kali ... Nasihat yang jelas dari Mahathir, jangan lawan dengan kebenaran, makan sahaja Pil Undur sebelum terlewat...
Jika pembangkang bersuara mereka kata fitnah, apakah yang ada dalam UMNO itu semuanya malaikat.