Tuesday, April 7, 2015

Muhyiddin sudah bersuara.. penyokong TDM wajar faham

Kalau dikumpulkan sokongan.  Najib sudah dapat begitu banyak sokongan dan kalau mahu sokongan itu nampak hebat, pemikir-pemikirnya dalam JASA sudah tentu ada idea macamana nak kumpul umat sebanyak mungkin.

Muhyiddin pun sudah mengendeng sokong Najib - GST bukan untuk membayar cukai kerajaan, itu katanya. Muhyiddin perlu kekal tunjuk baik..

Tidak ada sebab untuk Najib berundur, sokongan kepadanya cukup kuat tetapi kenapa agaknya dia masih belum ada dkekuatan untuk jawab saolan Mahathir (?) Kalau tak mahu jawab pun, jawablah..Saya tak mahu jawab !!! Kan dah jawab juga tu..

27 comments:

  1. kenapa MESTI jawab soalan mahathir? kalau tak nak jawab tak boleh ke? mahathir tu sapa ek? bapak najib ke? atau mantan pm jer? rasanya mahathir bukan menteri kanan, atau menteri mentor sejak beliau lepaskan jawatan pm. betul ke macam tu? juga bukan ketua bahagian dalam umno atau bla bla bla...apa2 lah. rasanya macam mamat2 ahli umno yang kat kampung je taraf dia sekarang. (standard dalam organisasi umno k, bukan soal ketokohan dia dalam politik dan negara). habis tu, kena jawab jugaklah satu2 soalan mahathir kepada najib. habis tu kalau penduduk malaysia ada 28 juta, seorang ada 3 soalan, berbuih mulut 3 tahun belum tentu habis jawab soalan. pandangan je la. lain kali nak tanya kena beragak la ye. by the way, aku still hormat dan ikhtiraf tun mahathir sebagai negarawan terulung yang malaysia pernah ada. cuma dah tua ni, macam 'obsessive pursuit of time' pulak nampaknya tun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu yang ditanya itu melibatkan kepentingan negara, maka dia perlu jawab dengan rakyat, itu tanggungjawabnya.

      Susahlah berbicara dengan orang yang tak tahu bahasa dan dirinya sendiri memang pandir tak tahu apa-apa, tapi nak menyibuk.

      Tun Dr. Mahathir bertanyakan isu itu dalam bahasa Melayu, sebab Najib orang Melayu, kemudian ada jugalah soalan dalam bahasa Inggeris sebab Najib selalu bercakap dalam bahasa Inggeris.

      Bukannya Tun Dr. Mahathir bertanyakan soalan itu dalam bahasa orang Eskimo dan mensyaratkan Najib menjawab soalan itu dalam bahasa orang Somalia pun, jadi apa yang susah sangat Najib nak perjelaskan isu yang sebenar?

      Masalah ini timbul kerana Najib banyak sangat simpan bawah karpet semua masalah dan kegagalan serta salah laku hingga karpet pun dah membuncit hingga menimbulkan keraguan masyarakat.

      Delete
    2. Perlu faham juga pasal 1MDB itu wang milik perbendaharaan Malaysia, bukannya wang Najib, Shahrir Samad, Shabery Cheek, Bung Mokthar Radin, Tengku Adnan, Lokman Nor Adam, atau Razlan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, kalau duit mereka semua itu nak melingkup ke mana pun itu mereka punya pasal, tapi ini melibatkan wang negara.

      Malahan pasal isu Sirul itu, melibatkan nyawa dua orang manusia yang dikambing hitamkan menjadi mangsa.

      Najib perlu jelaskan isu ini kerana ini melibatkan kepentingan negara, kalau dah tak mampu tu berundur sahajalah, berambuslah ke mana-mana, nak masuk jail kawan dengan Anwar pun boleh, lantak dia sahajalah.

      Delete
    3. Anonym 9:22 Kau tongong la

      Delete
    4. Bodek Nampak... bersedialah untuk bodek bakal Ketua Pembangkang soon..

      Delete
    5. Hoi kena jawab le , aku rakyat malaysia pengundi atas pagar memang nak tau , ni hal negara aku , aku bukan barua najib hari hari kena jaga pungkoq dia nak hidup kena sembah dia awat bangang , sorry la dah terlalu banyak skandal keluar dok diam macam orang alim mana mau macam ni , kalau tak jangan jadi PM lebih baik dok rumah jaga bini .

      Delete
  2. Aku setuju, kenapa mesti jawab Mahathir....tetapi kenalah Najib jawab..."saya tidak perlu jawab sesiapa pun"..kan senang..
    Yang penting buka mulut..

    kadang-kadang kita membebel kat lembu...lembu tu pun macam faham je..dia mengembu..booooohhhh...tu kira jawab le jugak...

    ReplyDelete
  3. X payah sesape jawab...
    Biar PRU14 je rakyat jawapkan...
    samada sokong Najib @ UMNO @ BN ataupun tidak.
    Abis citer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya sekarang ini kalau Najib melingkup seorang diri dalam PRU 14 tak apalah, tapi kalau Barisan Nasional tersungkur dalam PRU 14, apa gunanya? Kritikan dibuat supaya Najib sedar diri dan pulihkan keadaan, bukannya nak melihat UMNO dan Barisan Nasional tumbang dalam PRU 14, ini hakikatnya.

      Delete
  4. Siapa mahathir kau cakap??????mengampu pun agak2 le....faktor sokongan mahathir antara punca umno masih berkuasa tau x???kalau pas seperti zaman fadzil noir dah lama orang melayu undi pas tau x????jilat kulup cina,undi haram x dpt....puihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. huit? marah nampak. kalau sokong najib mesti kena cop jemuan najib. tak pun bodoh macam lembu belaan najib. untuk yang sokong gila babeng tun mahathir pulak, nak gelar apa ek? bagilah gelaran yang elok2. yang tak elok utk yg sokong najib jer...hehehe.
      bak kata ko lah anon 9:49 pm. kalaulah tun mahathir tu ada pengaruh besar dalam umno, apa hal yang dia buat kelaku macam tu. tau tak implikasinya kepada parti? dah tentulah parti akan terbelah 2. satu jemuan najib, satu lagi pengikut setia ilmuan tun mahathir. tak terfikirkah tun apa yang dia kata adalah hasil kerja tangan dia sendiri? dia kata kalaulah najib kekal sebagai pm maka umno akan kalah.... tun boleh cuci tangan sahaja lepas tu? siapa yang mampu bawa keluar sebahagian besar penyokong umno tidak menyokong najib, kalau bukan tun? fikir2kanlah......

      Delete
    2. So kalau tak Nak orang bising jawab persoalan atau bubar parlimen besok..kita tengok dpt tak lagi najib jadi p.m????ada bran suruh najib???kihkih

      Delete
    3. Tun Dr. Mahathir bertanyakan isu itu dalam bahasa Melayu, sebab Najib orang Melayu, kemudian ada jugalah soalan dalam bahasa Inggeris sebab Najib selalu bercakap dalam bahasa Inggeris.

      Bukannya Tun Dr. Mahathir bertanyakan soalan itu dalam bahasa orang Eskimo dan mensyaratkan Najib menjawab soalan itu dalam bahasa orang Somalia pun, jadi apa yang susah sangat Najib nak perjelaskan isu yang sebenar?

      Masalah ini timbul kerana Najib banyak sangat simpan bawah karpet semua masalah dan kegagalan serta salah laku hingga karpet pun dah membuncit hingga menimbulkan keraguan masyarakat.

      Delete
  5. Elok la jangan jawab. Biar UMNO dan BN kalah.
    Tun dah sound. Rakyat tunggu jawapan, bagilah jawapan. Nak ketegaq buat apa? Nak jadi spesis peliwat juga ka?

    ReplyDelete
  6. So kalau Najib dh bagi jawapan diatas isu2 yg ditimbulkan atok tapi atok masih tk puas hati macam mane hal ini tk ade kesudahanya.ok macam nilah kalaudh nk sgt Najib jawab buatlh rancangan kt tv free atau berbayar anda tya Najib jawab..mentadbir negara tak payah.hahaha nanti ada yg cakap aku jamuan Najib haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau beri jawapan yang macam sampah, bukan setakat Tun M yang tak akan puas hati nenek kau pun tentunya tak puas hati.

      Macam kau jugalah, kalau kau ada bini atau suami, kau nampak bini atau suami kau tengah makan dan minum di restoran dengan lelaki atau perempuan lain sambil gelak ketawa suka hati. Kau tentu marah, lepas tu tentu kau tanya bini atau suami kau, dan jika bini atau suami kau beri jawapan macam sampah, apakah aku akan suka hati menerima jawapan macam sampah itu?

      Berbicara seperti golongan jahiliyah sahajalah.

      Delete
    2. Kita minta Najib mendapatkan bantuan dari Mat Sabu atau Mahfuz atau Lim Kit Siang, mungkin ada jawapannya, mereka ini memang nak sangat Najib masih jadi Presiden UMNO sebab senang mereka nak atur taktik bagi menjahanamkan UMNO tanpa perlu bersusah payah.

      Selagi Najib masih bersikap lepas tangan begini, maka pandangan rakyat terhadapnya adalah seorang pemimpin yang tak boleh diharap dan tidak bertanggungjawab sahajalah.

      Delete
    3. Kalam Jahiliah dah keluar dah...dah jadi macham Dr Asri MAZA Wahabi, Ustaz Zaman Ahbash Dan Shiah Rafidah pulak. .chukop2 ler Yop

      Delete
  7. kalau kita tanya siapa pun tak ambil endah jadi biar Tun M tanya bagi pihak setengah rakyat Malaysia. Siapa kah kita bila bertanya? Kalau Tun M tanya depa tak jawab siap!

    ReplyDelete
  8. BN dan UMNO betul nak tempah maut , Masih tak sedaq kalau PRU 14 depa kalah alamat , kubur terus selama lama nya , macam negeri Selangor . Sebab UMNO di sana sebijik perangai UMNO sekarang semua dok syok sendiri dan dok biar kemarahan orang ramai dah la harga barang tak leh kontrol tambah polisi cukai la ini la itu lah harga dok naik jugak, Aku dok nampak Tun ini dok cari jalan nak selamatkan UMNO sebelum terlingkup tapi ,depa dok pandang serong , hai orang melayu nasib la lepas ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetapi Najib tidak mempercayai maklumat-maklumat yang benar yang disampaikan untuk untuk menyelamatkan UMNO, tetapi Najib lebih mempercayai dongengan yang disampaikan oleh tukang ampu yang hanya mahu mengambil kesempatan pada dirinya yang suka syok sendiri diampu dan dibodek tanpa mempedulikan apa yang benar atau apa yang salah, yang dipentingkan oleh Najib adalah syok sendiri. Walaupun sokongan rakyat makin menjunam, tetapi kerana diampu oleh para pengampu bahawa rakyat sangat suka dengan Najib, sokongan naik 1 juta peratus, malahan semua program merapu Najib mendapat sokongan yang tak berbelah bahagi dari rakyat sebagaimana ampu bodek dari para pengampu Najib ini, maka Najib sangatlah syok sendiri hingga lupa daratan sampai tak sedar diri.

      Tetapi yang menjadi mangsa adalah UMNO dan Barisan Nasional yang sangat terjejas akibat terkena tempias perlakuan buruk Najib ini hingga menyebabkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional makin berkurangan dengan mendadak.

      Delete
  9. Kepada Najib teruskan tak menjawap, malahan naikkan kadar GST kepada 50%, lepas tu harga petrol dan diesel perlu dinaikkan kepada RM 30.00 seliter, semua subsidi perlu dimansuhkan, kemudian belilah lagi 100 biji jet baharu untuk kegunaan kuncu-kuncu ke sana ke mari dengan riang gembira, malahan untuk 1MDB, buat hutang lagi, buat hutang sebanyak USD 1 Trilion (1,000 bilion) untuk pelaburan yang entah apa-apa itu, rakyat sangat menyokong Najib dengan penuh jiwa raga, bakul, tong sampah, periuk dan sebagainya.

    Teruskan syok sendiri dan buatlah sesuka hati, tak apa rakyat sangat menyanyangi Najib dengan setulus hati.

    * Komen ini adalah sindiran kepada Najib yang masih tak sedar diri.

    ReplyDelete
  10. Mahathir pon mamak BENDUL ..pi la jumpa Najib BLURR tu directly...tanya betul2 apa yang tak kena...ni dak. .terus jadi Keyboard Warrior sama macham bloger2 bangang dan Blogger Pakatan Haramjadah ..hairan betul la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun M dah jumpa Najib, dah guna macam-macam kaedah, tapi semuanya Najib mendiamkan diri dan memberikan jawapan yang terbabas silap simpang, terbabas ke longkang, terbabas ke parit, malahan ada yang hanyut ke laut sebagaimana jawapan dari tukang jawap Najib seperti kamu jugalah Ted Manoff.

      Dah habis cara dah digunakan, jumpa bincang, beri nasihat, beri kritikan membina, malahan dah sampai tahap memarahi pun Najib masih dengan sindrom tak tahu jawabnya itu yang akhirnya memudaratkan UMNO sendiri. Sebab itulah Tun M terpaksa bertegas untuk menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional.

      Delete
  11. Tun ni bernasib baik kerana zaman dia kedua2 Perdana Menteri sudah meninggal. Kiranya masih hidup banyak jugalah Tun M kena jawab.

    Sebab tu dia syok nak tibai orang dibawah dia. Bila orangn tanya dia kenapa zaman dia UMNO diharamkan dia tak nak pulak jawab.

    Orang tanya lagi kenapa sebijak2 Tun kena main dengan Anwar. Orang tanya lagi dan lagi kenapa biawak yang Tun tanggung, Najib yang luka seluruh badan.

    Tun tak perlulah outspoken sangat. Tun pun ada alasan, ada perkara2 yang boleh diberitahu ada juga perkara yang ditangguh sampai masa yang sesuai. Bukan susah sangat nak kenal sikap Tun.

    Kepada yang membenci Najib lebih2 lagi para pembangkang masa inilah mereka mengambil peluang di atas kenyataan Tun.

    Najib sentiasa mengiktiraf usaha Tun lakukan untuk negara. Tun tidak adil kerana baru di peringkat pengenalan pentadbiran Najib Tun dah kondem habis-habisan. Tun mentadbir negara 20 tahun ditambah lagi dengan wawasan 2020. Tun dilihat sebagai seorang yang tamak. Tun hendak orang kenang pada Tun walaupun Tun sudah tidak lagi mentadbir negara.

    Sebab itulah pemimpin dan rakyat yang ramai tetap menyokong Najib kerana kasihan kepadanya yang tak sudah2 difitnah, dimaki hamun namum Najib tidak kira penat dan lelah tetap bersama rakyat KECUALI mereka2 yang iri hati dengan kesabarannya yang tinggi.

    Najib pasti akan berjaya dengan ehsan dari Allah swt. Jika benarlah Najib ini seorang pengkianat sudah lama dia gagal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun melihat pada permulaan pun dah cara Najib ni menempah bahaya, sebab itulah Tun tegur, tak guna kalau dah terhantuk baru nak terngadah.

      Isu yang diutarakan itu bukan isu kecil, isu yang boleh menyebabkan ancaman kepada Malaysia, iaitu ancaman muflis. Mengenai 1MDB itu, menggunung hutangnya, makin lama makin tinggi berdasarkan kadar faedah yang sangat pelik yang sangat tinggi dikenakan oleh syarikat kewangan yang menguruskan hutang itu.

      Perlu disedari bahawa hampir hancurnya ekonomi Amerika, malahan Greece yang kini sudah muflis dan hanya menunggu masa negara itu dilelong adalah kerana hutang yang keterlaluan hingga menyebabkan keruntuhan ekonomi apabila ekonomi tidak stabil yang menyebabkan pasaran menjadi tunggang langgang, banyak pekerja diberhentikan kerana banyak perusahaan telah bankrap, malahan itu semua menambahkan lagi bebanan ekonomi pada negara bila banyak perusahaan dah bankrap, cukai makin kurang, pendapatan negara makin kurang.

      Bila pendapatan negara berkurangan, pembangunan terjejas, bila banyak syarikat bankrap, ramai pekerja kehilangan kerja, kos sara hidup makin meningkat, malahan boleh meningkatkan kejadian keganasan akibat pekerja yang berasa marah dengan keadaan itu sebagaimana yang dilihat di Greece, Sepanyol, Ireland, Itali dan beberapa negara Eropah lain yang kini sedang bergelut untuk menyelamatkan ekonomi mereka.

      Saya tidak tahulah samada tukang jawab Najib tahu atau tidak akan ancaman bahaya yang sedang dihadapi oleh Malaysia sekarang ini. Ini kerana melihat kepada komen-komen mereka, mereka ini tidak jelas pun dengan apa yang sedang berlaku, dan mereka tidak jelas kemungkinan-kemungkinan besar yang akan menjadi ancaman terhadap keselamatan Malaysia.

      Perkara ini perlu difahami dengan sejelas-jelasnya, bukannya hentam keromo, menyokong membuta tuli kerana dihidangkan dengan penerangan-penerangan palsu oleh pimpinan yang bukannya beri penjelasan, tapi hanya menafikan semata-mata dengan menggunakan alasan kononnya untuk menyelamatkan parti sedangkan mereka sendiri sedang mensabotaj parti.

      Delete
  12. Tdm jadi pm pd 16 julai 1981. 19 November 1986 Peristiwa Memali. Umno.diharamkan pada 1987. Kebetulan enam tahun selepas tdm menjadi pm. Ketika itu Tunku Abdul.Rahman Putra dan Tun Hussein Onn masih ada. Dua orang bekas pm ketika itu lantang mengkritik Tdm dan menyokong team Ku Li secara terbuka. Jangan cuba spin kata pada zaman Tdm tidak ada mantan.pm yang masih hidup. Kalau disebut gelaran yang diucapkan oleh pm kepada kumpulan ini mungkin tepat sekali. Rajinlah baca sejarah sebelum membuat dakwaan. Bila silap bukan diri sendiri sahaja malu bahkan taukeh yang memberi upah.

    kadang2 terfikir juga siapa orang2 yg begitu beria2 membela najib dengan cara menyerang tdm. Mereka ada pegang jawatan dalam.parti ke hingga menulis seolah2 mewakili suara akar umbi. Sebagai ketua cawangan, penulis sendiri tidak puas hati dengan prestasi najib sebagai.perdana menteri. Golongan.pembela najib ini berjawatan apa dalam parti atau dalam kerajaan? Kalau tak pegang jawatan dalam parti sekurang2nya ketua cawangan, lebih baik mereka bertanding dulu sebelum masuk gelanggang. Entah2 jadi ahli.parti pun tidak.

    ReplyDelete

6ANGKA