Monday, April 6, 2015

Blogger Mana Serang TDM Sudah Angkat Bendera Putih..

Tajuk Asal: Blogger Serang TDM Sudah Angkat Bendera Putih..(?)
 
KD insyaallah blogger pro Najib akan berhenti menyerang TDM...tapi tak tahulah kalau depa hilang sabar. 
http://kluangmanexpress.blogspot.com/2015/04/giliran-shahrir-jadi-tukang-jawab.html


Sewajarnya begitu, kerana Tun Mahathir bukan minta Bloger atau Tukang Jawab yang memandai memberi jawapan di luar kotak mereka. Biarlah Najib jawab.

Selepas Najib jawab, serangan ke atas Najib untuk minta dia menjawab perlu dihentikan dengan serta merta.

BERHUBUNG DENGAN PENDIRIAN MUHYIDDIN..
Dijangkakan Muhyiddin akan menyatakan pendirian dalam tempoh terdekat dan sebaiknya selepas Najib menjawab dengan berhemah kepada Tun Dr Mahathir.

Keadaan ini akan membolehkan UMNO akan terus dihormati, disegani, digeruni oleh kawan dan lawan.

49 comments:

  1. Assalamulaikum KD

    Jangan la kau gunakan ayat bendera putih..Hmmm engkau ni nak bagi panas balik ke?

    Ha Ha Ha KD blogger pro Najib tidakla seperti yg kau fifirkan.Ramai dikalangan anti Najib sering membuat persepsi blogger pro Najib mendapat habuan belasan ribu setiap bulan.Betul ke?

    Ada masa bacalah sejarah tertubuhnya group bloger pro UMNO ini.Semua bermula lone ranger sebelum Najib memanggil dalam satu perjumpaan besar.

    Aku bukanlah nak riak tetapi hakikatnya Blogger pro Najib ada matlamat dalam perjuangan mempertahankan ketua Pemimpin UMNO yg sah.Salah ke pertahankan ketua.

    Aku nak tanya la kalau Mukriz menjadi PM akan datang adakah bloger pro najib tak sokong? Apa la engkorang ini...Bloger Pro Najib bermaksud mempertahan UMNO..iaitu agama bangsa dan negara.

    Cuma yg aku takut bloger anti Najib adakah terus bersama -sama pemimpin anda atau akn berpatah arang?

    KD setahu aku la Muhiydeen lebih berhati-hati kerana salah step bakal tersungkur sbg Timbalan?
    Engkau dapat berita tak Ketua bahagian yg sokong TDM pun sudah beralih?

    Banyak maklumat berltali arus..mana yg betul tak tahu la..Perang saraf ni memang memualkan.Sepatutnya UMNO jaga rakyat bkn nak cari kuasa semata-mata...

    sayang GST yg bagus tetapi orang2 melayu semua malas nak mengkajinya..Semua ingat GST dilaksanakan hasilnya 2 hari Gila ke apa ini? Ada masa buat lawatan ke singapura tanya la ...

    p/s
    Cuma lnak tanya la ..... agak2 bloger anti najib sanggup kah memertahankan Muhiydeen sepertimana kami pertahankan Najib.
    Maaf KD setiap perjuangan mesti ada kesetiakawan. Tiada istilah lone ranger..Jangan ambil hati la ..Kalau betul nak berprang masa pemilihan UMNO bangunkan tentera siber anda.Ini bukan lah ayat kemarahan cuma nak tanya boleh ke engkorang lawan kami?

    Sekali lagi sanggupkah pertahan Muhiydeen selagi Ahli UMNO memberi kuasa SAH masa pemilihan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko nak pertahankan individu, tapi tun mahathir nak pertahankan agama bangsa negara...ko igt tun mahathir ada kepentingan ka buat camtu? dia da tua,da pencen pun,nak takut apa kat tun? masa pru13 dia berkempen untuk BN biarpun dlm keadaan tua camtu....setiap kempen semua orang yg hadir ikhlas untuk mendengar amanat tunmahathir ... najib? bawak budak plkn sambil pegang plekad i love pm? bkn najib sayangkan orang cina ka? mintak la tolong dekat orang cina...

      Delete
    2. Betul ke kami pertahankan individu?
      Bukankah Najib sudah SAH dipilih melalui proses undang?
      Adakah Undang -undang UMNO perlu diubah?

      Sahabat saya di indonesia pelik dgn politiking UMNO.Di Indonesia selepas Jokowi diangkat tiada istilah DIGANTIKAN yg ada kritikan sahaja.

      Ahli UMNO memang suka melanggar undang-undang tubuh UMNO.Ahli UMNO tiadak faham semangat perjuangan UMNO.

      P/s: Persepsi Najib gagal dapat sokongan melayu betul ke? PRU lepas pernak semak tak?
      Isu kalah..melayu tak sokong...rakyat marah semuanya persepsi...

      Agak2 la PRK Rompin UMNO menang mudah atau sengit?
      KD betul ke ada berita yg sampai akan ada gerakan agar UMNO kalah di Rompin agar Najib diturunkan? Adoii macam,2 la sekarang...bahaya betul ni...musuh dalam selimut.

      Delete
    3. Kepada PRO - Najib

      Bila Najib jadi Perdana Menteri , CINA - CINA dan orang kafir naik tocang.
      Islam dan Melayu di HINA di tahap yang parah.
      Apa yang Najib lakukan ?

      Ingat kesilapan besar Najib adalah memansuhkan ISA.

      Ingatlah Pro-Pro Najib , CINA-CINA dan kafir tidak berani menhina Islam dan Melayu pada zaman Perdana Menteri yang sebelum nya


      Delete
    4. Presiden UMNO tu yang tak faham undang-undang UMNO, malahan menjadi penipu dan perosak masyarakat.

      Bila ahli akar umbi tegur, nasihat, kritik tak mau dengar, berkelakuan seperti "Lembu Sedang Makan Rumput", lihat lembu yang sedang makan rumput di tepi jalan, kita nasihatlah sampai berlinangan air mata, maki hamun, kritik, ludah di muka dia pun dia tak peduli, beginilah Najib sekarang ini, dia sendiri tak berfungsi sebagai Presiden, macam mana nak suruh ahli diam dan biarkan segala salah laku dan perbuatan buruknya itu?

      Memalukan bila Najib hantar jemuan dungu untuk berhujah yang hujahnya lebih hina tarafnya dari taik dalam lubang jamban, bukan setakat tak menjawab soalan, malahan makin menyerlahkan kebodohan puak-puak Najib ini lagi adalah.

      Delete
    5. 1. Whilst I may not be totally in agreement with KD, what he has articulated truly make sense.

      2. My observation is that the perceived 'war' between najib and tdm is not about tdm wanting najib out and replaced by muhyiddin....no no no...

      3. TDM looks at holistic view of the country in all aspects as he can see his tenure viz najib's regime. His perspective is very wide and more reflective of rakyats' opinion than najib's stand that could have contributed to bad decision making that see all problems we are facing now. TDM had his bad decisuions as well and he is taking the cue and does not want najib to repeat. Apparently najib, on the point that this is his style of management turned deaf ears and has worsened the problem and having same pitfalls if not worse.

      4. Again, TDM could be wrong when he said bn would lose pru14 but the tell tale signs are all there. jangan menipu diri sendiri.

      5. Najib defenders', you maybe right by supporting him but we would suffer if bn loses. Too much bad decisions cause people not to trust najib any longer.

      Delete
    6. Najib perlu perjelaskan apa yang berlaku sebenarnya, sebenarnya masalah ini berpunca dari Najib sendiri, maka Najib perlu menyelesaikannya dengan membiarkan para pengampu beliau memberikan komen-komen yang bertaraf sampah, malahan dikerahkan ahli parlimen untuk membela Najib tanpa sebarang penjelasan yang kukuh, itu hanya menyebakan keadaan makin bertambah buruk.

      Perlu diingatkan bahawa apa yang diminta dijawab oleh Najib itu adalah berkaitan dengan negara, isu-isu menjadi duri dalam daging yang boleh menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU 14 kelak. Oleh Najib perlu bertanggungjawab untuk memulihkan keadaan kerana akar umbi UMNO dan Barisan Nasional tidak rela Barisan Nasional kalah dalam PRU 14 disebabkan masalah yang ditimbulkan oleh Najib yang dibiarkan tergantung tanpa ada sebarang jalan penyelesaian.

      Jangan hanya menang sorak tapi kampung tergadai, pihak yang mengkritik Najib ini bukanlah hendak mensabotaj UMNO, tapi mereka melihat Najib yang hanya membiarkan isu-isu yang sangat berbahaya seperti yang diutarakan itu yang sebenarnya mensabotaj UMNO dan Barisan Nasional.

      Ahli-ahli akar umbi UMNO tidak mahu presiden yang diharap untuk menakhoda parti mencapai kejayaan dalam PRU menjadi petualang yang mensabotaj parti pula kerana kemaruk dengan perasaan syok sendiri diampu oleh para jemuan dungu dan blogger bangang yang setiap hari mengampu dan membodek hingga Najib khayal diulit bodekan dan ampuan itu semua.

      Kita tidak mahukan "Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi". Untuk makluman Pegar itu sejenis burung.

      Delete
    7. Pembetulan :

      Najib perlu perjelaskan apa yang berlaku sebenarnya, sebenarnya masalah ini berpunca dari Najib sendiri, maka Najib perlu menyelesaikannya dan tidak boleh membiarkan para pengampu beliau memberikan komen-komen yang bertaraf sampah, malahan dikerahkan ahli parlimen untuk membela Najib tanpa sebarang penjelasan yang kukuh, itu hanya menyebakan keadaan makin bertambah buruk.

      Perlu diingatkan bahawa apa yang diminta dijawab oleh Najib itu adalah berkaitan dengan negara, isu-isu menjadi duri dalam daging yang boleh menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU 14 kelak. Oleh Najib perlu bertanggungjawab untuk memulihkan keadaan kerana akar umbi UMNO dan Barisan Nasional tidak rela Barisan Nasional kalah dalam PRU 14 disebabkan masalah yang ditimbulkan oleh Najib yang dibiarkan tergantung tanpa ada sebarang jalan penyelesaian.

      Jangan hanya menang sorak tapi kampung tergadai, pihak yang mengkritik Najib ini bukanlah hendak mensabotaj UMNO, tapi mereka melihat Najib yang hanya membiarkan isu-isu yang sangat berbahaya seperti yang diutarakan itu yang sebenarnya mensabotaj UMNO dan Barisan Nasional.

      Ahli-ahli akar umbi UMNO tidak mahu presiden yang diharap untuk menakhoda parti mencapai kejayaan dalam PRU menjadi petualang yang mensabotaj parti pula kerana kemaruk dengan perasaan syok sendiri diampu oleh para jemuan dungu dan blogger bangang yang setiap hari mengampu dan membodek hingga Najib khayal diulit bodekan dan ampuan itu semua.

      Kita tidak mahukan "Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi". Untuk makluman Pegar itu sejenis burung.

      Delete
    8. Perang saraf dikalangan Group TDM memang hebat...tetapi bila lihat faktanya ada ke?

      1. Melayu tak sokong UMNO?

      PRU lepas Najib mendapat sokongan Melayu berapa peratus dan parlimen melayu? kaji la jgn cakap macam burung kakak tua seolah-olah semua rakyat tolak Najib.kalau kata Cina tolak UMNO ya la itu betul.

      2.Isu 1 MDB bakal kriris terbesar didlam kewangan negara...mudah kata malaysia muflis la..Betul ke?

      Kenapa kaitkan isu anak tiri Najib? Adakah projek Riza bakal muflis malaysia? Malah benarkah cerita tersebut atau satu lagi penipuan dari TDM?

      Ramai menyangka 1 MDB Najib akan menjawab secara helah politik..Mereka mengharap perang mulut antara Najib dan TDM.Itulah yg diharapkan tetapi Najib menggunakan saluran ketelusan..

      Bukankah membawa ke agensi yg diberi amanah lagi baik?
      Audit Negara penipu ke?
      SPRM tak buat kerja ke?
      PAC yg dianggotai pakatan dah kena rasuah ke?

      3.Isu Sirul pulak nak buat apa? Nak suruh Najib masuk campur mahkamah? Nak buat macam TDM waktu kriis 1988...bacalah sejarah hitam mahkamah.

      Nak bagi UMNO nampak celaka bangsat ke? nak bagi UMNO dipandang rakyat celaka ke? cukuplah UMNO celaka krisis 1988...Ini bukan nak bantu pulihkan imej UMNO ini namanya nak CELAKAN UMNO..

      Delete
    9. Memanglah pada tahun 1998 krisis hebat melanda UMNO. Sepatutnya kita berterima kasih kepada TDM yang sanggup mengambil risiko besar menangani isu Anwar. Kalau tidak Malaysia dapat PM dua alam!

      Pada zahirnya seolah olah memang Melayu tolak TDM. Tapi hakikat yang tidak boleh dinafikan, orang orang Melayu ketika itu sedang dibuai mimpi retorik Anwar Ibrahim. Suka atau tidak factor Anwar Ibrahim memainkan peranan besar.

      TDM mengambil risiko besar memecat Anwar Ibrahim dan sekali gus orang Melayu menentangnya. Tetapi TDM bukan Najib, diteruskan juga apa yang perlu dibuat, akhirnya kebenaran berpihak kepadanya.

      Cara yang paling baik Najib jelaskan sejelas jelas rasional di sebalik apa yang dilakukannya bukan saja kepada TDMtetapi semua rakyat. Kepada rakyat biasa apa yang berlaku memanglah kesalahan Najib sekiranya presepsi itu tidak dibetulkan.

      Walau apa pun terjadi TDM tidak rugi apa apa!

      Delete
    10. TDM dalam isu pemecatan Anwar, beliau menjelaskan sebabnya, bukannya hanya mendiam diri tanpa penjelasan.

      Malahan dalam isu-isu lain yang diserang padanya juga, Tun Dr. Mahathir menjawab isu-isu itu dengan teratur dan penuh fakta, maka tak timbul sebarang tuduhan yang berterusan kepadanya kerana beliau telah memberikan penjelasan yang memberikan kefahaman kepada ramai pihak.

      Tapi Najib masih membisu, segala persoalan, segala pertanyaan tidak dijawab pun. Malahan dihantarnya para jemuan dungu, blogger bangang, ahli parlimen pak turut yang memberikan komen-komen lebih hina tarafnya dari taik dalam lumbang jamban, dengan komen-komen yang hanyalah cerita dongeng yang dikutip dari lubang jamban mana entah, maka isu ini akan berlarutan.

      Inilah beza Tun Dr. Mahathir yang bertanggungjawab sebagai pemimpin berbanding Najib yang suka lepas tangan dan membiarkan masalah berterusan hingga mencetuskan polemik yang menggugat negara dan parti.

      Delete
  2. Khas untuk jemuan dungu dan blogger bangang belaan Najib.

    Sila jawab persoalan di bawah ini jika kamu di pihak yang benar.

    1. Apakah motif yang memerlukan Sirul Azhar dan Azilah Hadri membunuh Altantuya?

    2. Mengapakah dana RM 2 bilion yang dikatakan dah dikeluarkan dari pelaburan di Cayman Island disimpan di Singapura tetapi tidak disimpan di Malaysia, apakah Malaysia ini tidak punya bank untuk menyimpan dana berkenaan?Apakah 1MDB tak percaya dengan keupayaan bank-bank tempatan termasuklah bank yang kerajaan punya pegangan seperti Maybank, CIMB (bos besarnya adik Najib sendiri), Agrobank, Bank Islam, Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat dan lain-lain bank swasta milik Malaysia, apakah 1MDB memandang rendah terhadap keupayaan bank-bank tersebut menyimpan dana sebanyak RM 2 bilion itu? Ataupun itu semua hanyalah sandiwara kerana tidak pernah wujud pun RM 2 bilion yang dinyatakan itu, diberi alasan di Singapura untuk elakkan perkara ini terbongkar. Harapnya Ketua Audit Negara yang akan buat siasatan audit akan menyemak akaun di Singapura itu, bank apa, bila dimasukkan wang itu, dah tinggal berapa sekarang ini.

    3. Apakah status RM 2 bilion yang diberikan oleh Ananda Krishnan kepada 1MDB? Ini kerana menurut sumber para jemuan dan blogger bangang belaan Najib, itu bukannya pinjaman, apakah sebenarnya status RM 2 bilion itu, apakah sedekah kepada pengemis dan 1MDB dah jadi pengemis?

    Sila jawab persoalan itu, jangan hanya tau merapu dan meracau tak tentu hala sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada anoy 741

      Wah ayat penghinaan itu jemuan dungu..takpa la Bkn kita sekapal ke?

      Sebelum aku jawab nak tanya la..group TDM dah bersedia ke berperang masa pemilihan UMNO?
      Bukan nak riak tetapi 2x PRU lepas siapa pertahankan fitnah pembangkang kpd UMNO?
      Nak tanya la siap yg pertahankan UMNO siang dan malam?
      Akhir sekali kehebatan DSAI tersungkur bukan kah krn kehebatan blogger pro UMNO.

      Maka bila nak ulas berhati-hati lah...Saya yakin la kalau group TDM diminta bergerak PRK Rompin agak2 macam mana ya ?

      Saya akan jawab soalan pertama je?

      http://en.wikipedia.org/wiki/1988_Malaysian_constitutional_crisis

      Tahukah kamu kenapa rakyat mengatakan UMNO control mahkamah?
      Tahukan kamu sebelum kriis pemecatan Tun Salleh Abbas UMNO yg memastikan institusi mahkamah di jaga?
      Bacalah sejarah hitam tersebut krn krisi tersebutlah sehingga kini UMNO adalahparti yg mengawal Mahkamah.

      Jadi Adakah kamu nak suruh Najib campurtangan dalam kes mahkamah kes Altantuya? Jangan jadi bodoh .Najib MESTI membuat transformasi agar Kuas legislatif berfungsi semula...

      http://ms.wikipedia.org/wiki/Pembahagian_kuasa


      Delete
    2. Ini bukan soal berperang semasa pemilihan untuk merebut jawatan, Tun Dr. Mahathir dah tak teringin pun nak rampas jawatan Presiden UMNO dari Najib, apa yang dibuat oleh beliau hanya untuk mendapatkan pencerahan terhadap isu-isu yang menjadi duri dalam daging kepada negara dan Barisan Nasional.

      Kamu nak berhujah tapi tak tahu fakta yang sebenar, pasal isu Tun Salleh Abbas, bukannya UMNO yang memecat beliau pun. Malahan, Tun Dr. Mahathir tidak pun mengarahkan kes yang diadili oleh Tun Salleh Abbas supaya dihentikan diberi menang kepada kumpulan Tun Dr. Mahathir ketika itu. Malah dalam kes itu UMNO dibubarkan oleh mahkamah. Tun Dr. Mahathir yang merupakan Menteri Dalam Negeri tak ambil kesempatan pun menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Pendaftar Pertubuhan di bawah Kementeriannya untuk menyelesaikan isu itu secara salah.

      Dalam kes mahkamah isu Altantuya, bukannya kita kata suruh Najib masuk campur kes berkenaan, tetapi Najib disyaki telah masuk campur hinggakan rakannya si Razak Baginda tu boleh lepas bebas sedang pengawal keselamatan Najib iaitu Sirul dan Azilah yang dijadikan kambing hitam.

      Kita mahukan penjelasan, bukannya nak menyuruh Najib masuk campur urusan mahkamah.

      Kamu tak faham soalan, lepas tu merapu yang bukan-bukan.

      Isu 1MDB itu pasal apa tak jawab? Tak boleh nak putar alam lagikah kah?

      Delete
    3. Sudahlah jangan nak berpusing-pusing..inilah namanya perang mulut ,,,Kalau Najib bersumpah dianggap bukan Islamik.Seolah-olah sumpah tiada dalam Islam..

      Nak certia isu Tun salleh Abbas jangan cerita dengan saya la..cerita dengan rakyat kenapa UMNO celaka masa krisi 1988..faham tak?

      Isu 1 MDB sebenarnya dah banyak persolan terungkai...Malah saya ada menulis di web KB....ini antaranya


      "KD aku menghormati pendirian engkau cuma satu je yg aku minta siap pemimpin yg bakal memimpin UMNO?

      Apa yg aku tahu la group engkau paling tidak tersusun malah belum terbukti boleh mengepelai PRU akan datang..

      KD samada kau dapat berita ini atau tidak tetapi Muhiydeen masih berhati-hati menerima pelawaan TDM agar melawan Najib. Malah seperti mana aku bgtahu sebelum ini Muhiydeen tidak akan sekali kali menentang PM.Muhiydeen asli johor dan faham perjuangan UMNO. Muhiydeen meletakkan kekukuhan UMNO sbg matlamat utama.harap jgn perli la...

      Perjumpaan antara Mukriz dan Muhiydeen sudah banyak kali tetapi resultnya masih kabur. Kelakarla KD bila blogger pro UMNO mengatakan TDM hendak naikkan mukriz maka blogger pro TDM menolak dgn berbagai-bagai alasan..Hakikatnya alasan yg cuba ditolak tiada asasnya.

      KD Mukris tidak akan mengepelai perjuangan menentang Najib krn beliau tahu pasal tersungkur awal. Tengku Razaleigh cuba menyambut baton ini tetapi tak tahu la aku..apa kesudahanya..
      KD engkau ada dengar ke KJ cuba ditarik? Propaganda permainan politik kuasa ni memualkan la...

      Apa juga berlaku KD harapan melihat UMNO semakin kukuh sudah terobek dan sukar diubati. Bila engkau pun faham skandal pula menjadi ugutan tahulah kita Malaysia tidak didalam bahaya...1MDB yg dicanangkan bakal memuflis malaysia hanya sekadar serangan peribadi.

      Cuma utk pengetahun engkau group tegar politik sudah mengumpul semua fakta urusan ekonomi anak TDM .KD engkau ingat tak masa Anwar dan TDM bergaduh...yg buruknya UMNO ..kerana pergaduhan 2 pemimpin hancurlah kredibiliti UMNO.Sehingga sekarang UMNO dicop RASUAH .Inilah hakikatnya.

      Cuma aku yakin zaman Najib tidak akan berlaku perkara tersebut.Najib berusaha memastikan UMNO sebagai pelindung kpd rakyat Malaysia..cuma masa sahaja menentukan..

      1.Isu Altantuya melalui proses mahkamah selama 9 tahun tetapi kesudahannya mahkamah dipertikaikan...salah siapa? Percaya tak KD TDM merosakan institusi Mahkamah? Insyaallah Najib berusaha memastikan intergriti mahkamah.

      2.Isu 1 MDB Najib menyelesaikan menggunakan agensi kerajaan yg diberi amanah.Hari ni masyarakat Malaysia yakin dengan Audit negara.SPRM semakin kukuh intergritinya .PAC yg terlibat sama memeranjat ramai pihak.KD 1MDB sudah check mate Najib berani tak"

      Reply

      Delete
    4. Najib hanya bersumpat dia tak mengenali Altantuya, tapi dia tak pernah pula bersumpah yang dia tak arahkan Sirul dan Azilah bunuh Altantuya.

      Jadi jangan nak kelirukan orang lagilah, lama-lama kau sendiri yang akan keliru sebab orang pun tahu jawapan standard jemuan dungu belaan Najib memang bengong belaka.

      Lepas tu dibabitkan pula Datuk Seri Mukhriz, kononnya Tun Dr. Mahathir bertanyakan pasal isu Altantuya, 1MDB dan beberapa lagi isu itu supaya Najib letak jawatan dan nak lantik Datuk Seri Mukriz jadi Presiden UMNO yang baharu.

      Memang gila dan kelakar gila babi punyalah hujah jemuan dungu belaan Najib ni. Saya katakan begini kerana Datuk Seri Mukhriz tak ada jawatan dalam Naib Presiden, malahan Datuk Seri Mukhriz juga tak ada jawatan dalam Majlis Tertinggi. Datuk Seri Mukhriz hanyalah Ketua UMNO Bahagian Jerlun dan Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah sahaja, saya tak tahulah bagaimana pemikiran para jemuan dungu belaan Najib yang yang boleh melihat dari seorang ketua bahagian biasa yang tak ada jawatan dalam UMNO pusat boleh melompat terus jadi Presiden, sungguh lawak bodoh tahap super saiya pemikiran para jemuan dungu belaan Najib ini.

      Itulah saya dah nasihatkan, jangan jadi dungu sampai pergi kutip cerita dongeng dari lubang jamban mana entah kemudian katakan itu adalah pandangan bernas sedangkan budak sekolah menengah pun boleh nilai betapa dungunya penjelasan sedemikian rupa.

      Delete
    5. Macam ni lah kerana kehebatan kau ajarlah kami macam mana sumpah yg betul...kalau kata bodoh marah....
      Walaupun kau hina pemimpin UMNO sah Najib dan blogernya aku nak tanya adakah kami menghina TDM?

      Delete
    6. Ramai jemuan dungu dan blogger bangang belaan Najib yang menghina Tun Dr. Mahathir, malahan kamu pun mungkin dah menghina kemudian tak mau mengaku sahaja untu putar belit.

      Rakyat hanya mahukan penjelasan, jelaskan sahaja yang yang sepatutnya, jangan putar sana sini, jika diberikan penjelasan yang sepatutnya, maka selesailah isu ini, jika dibiarkan tergantung, kemudian kerah pula para jemuan dungu, blogger bangang, ahli parlimen pak turut yang memberikan komen-komen lebih hina tarafnya dari taik dalam lumbang jamban, dengan komen-komen yang hanyalah cerita dongeng yang dikutip dari lubang jamban mana entah, maka isu ini akan berlarutan.

      Apa yang diperlukan adalah kebenaran, sila beri penjelasan dengan sebenarnya, bukannya meracau tak tentu hala.

      Delete
  3. Saya bukan ahli umno... dan bukan orang najib. Saya menyanjung Tun tetapi pandangan saya Tun perlu lebih bijak. Saya bukan kata Najib betul tetapi saya tak rasa dgn tindakan najib letak jawatan masalah dan kekeliruan terjawab... terlalu memualkan politik pembangkang sekarang ini... segala perkara hendak dipolitikkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi sekarang nak buat macam mana lagi? Nak biarkan Najib terus-terusan buat berbagai masalah hingga menjahanamkan negara dan menyebabkan kerosakkan kepada Barisan Nasional?

      Walau apa yang berlaku pun, Najib sepatutnya menjawap semua persoalan yang diutarakan kepadanya, sebab masalah itu berkaitan dengan dirinya serta semua masalah itu boleh memudaratkan negara serta boleh menyebakan mudarat terhadap Barisan Nasional.

      Ini bukan isu hendak mempolitikkan peribadi individu, tetapi apa yang diutarakan itu mempunyai asas terhadap keselamatan negara, kestabilan ekonomi negara, dan berkaitan kehidupan rakyat. Jangan terlalu dangkal beri komen yang begitu cincai kerana bukannya nak menaikkan imej Najib, tetapi menyerlahkan kebodohan golongan yang dianggap sebagai jemuan belaan Najib serta menyebabkan imej Najib jadi makin buruk dan makin hancur. Ini perlu difahami, bukan suka-suka sahaja.

      Delete
    2. Nak tanya la apa yg Najib jahanamkam negara?

      1.Ekonomi merundum ke?
      2. Pakar ekonomi meramalkan Malaysia muflis ke?
      3.Semua agensi GLC bagi diveden paling rendah ke?
      4.Eksport negara negetif ke?
      5.Proton jualan merosot ke?
      6.Demonstrasi tak terkawal ke? tiap2 minggu ke demo kat kl sampai ekonomi tergugat.
      7.Penghinaan Sultan di media sosial dah tak terkawal ke?
      8.Akhir sekali kalau Najib pergi jumpa rakyat bawahan depa maki ke cium tangan Najib?????
      Majoriti senyap yg majoritinya rakyat bawahan masih kuat bersama-sama polisi Najib. Nak tahu tunggu je PRU Serawak....

      Delete
    3. Ekonomi memang bermasalah, para peniaga terutama peniaga kecil tersepit, dengan kos yang meningkat, kemudian tekanan dari para pemborong dan pengilang yang diberi permit oleh kerajaan.

      Malahan rakyat juga makin tertekan, kos sara hidup makin tinggi, Najib dan Hasan Malek tak apalah, makanan disponsor, bila buat program, jamuan bukannya menggunakan duit Najib dan Hasan Malek pun, semuanya disponsor oleh wang perbendaharaan negara.

      Eksport Malaysia makin menjadi tidak kompetitif kerana kos pengeluaran yang makin tinggi.

      Pasal hina raja, hina Islam, hina Melayu, memang tak diambil tindakan serius oleh Najib, kerana Najib kemaruk dengan undi Cina hinggakan yang menghasut itu dapat mempengaruhi orang-orang Cina menolak Barisan Nasional yang mereka gambarkan pada orang Cina bahawa kerajaan sekarang ini boleh diperkotak katikkan.

      Contohnya kes Namewee, kes Patrick Teoh, kes Mellisa Gooi, malahan dalam kes Alvivi Porno, isu mereka menghina agama Islam digugurkan dari pendakwaan, apa ini semua? Si Namewee pula boleh pula Si Nazri Aziz salah seorang pecacai belaan Najib tu ajak ke parlimen, dibenarkan masuk dan duduk di parlimen sedangkan hanya berpakaian macam hippies dan melanggar peraturan parlimen.

      Tak payah nak autalah, saya di akar umbi, ketua cawangan pun ramai dah meluat dengan Najib, ahli-ahli akar umbi pun dah bengang dengan cara Najib menguruskan negara hingga memporak perandakan negara ini, kehidupan rakyat makin terhimpit, jemuan dungu macam kamu mana nak tahu ini semua, kerana kamu hanya mengutip cerita dongeng dari lubang jamban mana entah kemudian kamu jaja kata itu penjelasan, memang memalukan dan menjijikkan komen macam kamu ini.

      Delete
    4. Anon 9.01,

      1. If you want to argue intelligently. What Anon 9.10 sapid is very true. Do not lie to yourself, your wife and kids.

      2. Your poits 1 to 6 and 8 are irrelevant and shows your level o fgrey matter

      3. Your point no.7 is very true. How do you explain continuous insults in the social media?

      4. Do not bring sarawak politics to your low level mentality. I am a sarawakian....we do not want umno in sarawak. We support PBB because it is a strong party. Being in BN does not mean we love najib. We just respect him as PM. But if najib brings us to fo the dogs, what choice have we? Jangan ingat kami your safe deposits everytime.....

      Delete
    5. Anon 10 pm,

      Itu belum lagi kes GST. Semenjak 1 April lalu, kalau beli apa apa barang pun akan dikenakan tambahan 6% harga oleh penjual. Alasannya bayar GST.

      Mula mula saya juga tertipu dengan permintaan mereka kerana saya dan ramai orang benar benar tidak begitu faham faham mengenai GST. Jadi bayar lah lebih 6% dari harga asal.

      Hari ini saya beli ubat di sebuah farmasi di Segamat. Harga pil itu RM8.00 sepapan. apeniaga kana kena bayar 6% GST. Lalu saya tanya ubat kena GST juga ke? Saya hanya bayar RM 24.00 untuk 3 papan pil. Cina farmasi itu dia saja.

      Lepas tu saya didatangi oleh seorang lagi pembeli ubat disitu menanyakan harga ubat yang saya beli. Saya kata saya bayar harga biasa sahaja. Tapi dia pula terpaksa bayar tambahan 6% lagi.

      Apa yang ingin saya sampaikan di sini, peniaga peniaga mengambil kesempatan menaikan 6% lagi harga barangan. Adakah ini cara yang betul.? Saya harap kementerian yang bertanggungjawab memberi .penerangan yang jelas mengenai harga baru pada era GST ini?

      Adakah pembeli perlu membayar 6% tambahan harga asal bila membeli barang barang? Kalau tidak hasrat murni kerajaan mengawal ketamakan peniaga akan gagal. Malah peniaga peniga makin tebal poketnya dan pengguna juga yang teraniaya!

      Delete
    6. Ok la macam ini la anoy 9:10 saya nak tanya isu yg kamu bawa diatas isu baru ke atau isu lama?

      Kamu ahli politik tahun ini ke?

      Isu yg kamu bawa itulah isu semenjak Pilihanraya diadakan..isu kos kehidupan..propaganda pakatan trademark BN adalah barang naik? tahu tak?

      Tahu tak singkatan ABU apa?
      Tahu tak Mahfuz dan Mat Sabu pernah membawa isu hutang dan malaysia muflis masa pembinaan infrastruktur utk sukan komanwel?

      Najib bkn seperhero la semua masalah negara agensi yg diberi amanah perlu laksanakan...cth pembalakan haram..Dah teruk bukan zaman Najib ke? atau warisan dari siapa?

      Tanah Rizab Melayu tinggal sekangkang kera tahu tak? warisan siapa?

      Betul ke ahli UMNO meluat? UMNO adalah parti pemerintah yg melaksanakan proses demokrasi semasa pemilihan. Masa Pemihan UMNO Najib menang tipis ke?

      Agak2 la PRK ROMPIN melayu tolak UMNO ke?

      Delete
    7. Saya bukanlah ahli politik, apa yang diutarakan itu adalah berkaitan dengan kepentingan Malaysia, berkaitan dengan kepentingan terhadap Barisan Nasional dan berkaitan dengan kepentingan rakyat.

      Isu ini bukanlah hendak menjatuhkan Barisan Nasional, tetapi mahukan Najib menjelaskan isu-isu yang ditanya itu supaya rakyat jelas dan tak tertanya-tanya lagi isu itu.

      Apakah yang menyebabkan Najib takut untuk memberikan penjelasan mengenai isu-isu yang diutarakan itu?

      Tingkah laku Najib ini mengingatkan saya akan Anwar Ibrahim yang begitu takut untuk berhadapan pihak pendakwaan berhubung isu kes kelakuan tak senonoh beliau itu kerana beliau tahu jika beliau berikan penjelasan berdasarkan pertanyaan pihak pendakwaan, maka segala rahsia kesalahan beliau akan terbongkar. Oleh itu Anwar hanya merapu dan meracau membaca skrip yang entah dikutip dari lubang jamban mana entah, sebanya dia memang ada yang disembunyikan, sebab itu dia berbuat demikian.

      Macam Najib jugalah, kerana takut untuk menjelaskan isu itu mungkin kerana apa yang diutarakan itu adalah benar, dan Najib memang melakukan penyelewengan yang dipersoalkan padanya itu. Malahan Najib hanya mengerahkan blogger bangang, jemuan dungu, serta ahli-ahli parlimen pecacai tolol belaan Najib untuk memberikan komen-komen bertaraf yang lebih hina dari taik dalam lubang jamban supaya rakyat terpedaya sedangkan rakyat tidak terpedaya dengan komen murahan sedemikan. Najib takut beri penjelasan sebabnya mungkin benar apa yang disoalkan itu, Najib takut rahsianya terbongkar.

      Saya mahu tanya kamulah, yang kamu membela Najib tanpa hujung pangkalnya itu pasal apa, kamu ni salah seorang jemuan dungu belaan Najib kah? Sila beri penjelasan.

      Delete
    8. Pembalakan haram di Cameron Highlands serta pencerbohoan tanah di Cameron Highlands tu pasal apa senyap sahaja sekarang ini, kalau ada tangkapan pun hanya seorang dua sahaja pendatang haram sedangkan berpuluh ribu pendatang haram dilaporkan mendiami Cameron Highlands.

      Malahan daripada ribuan hektar tanah yang diteroka secara haram oleh tokey-tokey keparat itu, mengapakah hanya beberapa ekar sahaja yang diambil tindakan?

      Jangan nak menuduh sesuka hati, kerana isu Cameron Highlands ini pun Najib tak mampu nak selesaikan.

      Delete
  4. SALAM BRO,MARILAH KITA BERLAPANG DADA KERANA KITA SEMUA SAYANGKAN NEGARA BERTUAH INI.PEMIMPIN MUNGKIN ADA PERBEZAAN PENDAPAT.KITA SEBAGAI RAKYAT YANG DIPIMPIN JANGAN MENCURAH MINYAK KE DALAM API.TAK SEMUA PEMIMPIN SILAP DAN TAK SEMUA PEMIMPIN BENAR.KITA TIMBANG DAN BERI PANDANGAN KEPADA MEREKA.JANGAN KITA ASYIK BERLAGA AKHIRNYA PEMBANGKANG AMBIL KESEMPATAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sahabat..

      Saya merasa hairan ramai tidak memahami UMNO sudah di cop parti rasuah..parti anak beranak..parti gila kuasa...parti mengawal Polis..parti mengawal mahkamah..
      Semua perkara negetif yang dikenakan kpd UMNO ..Kenapa Pulak Najib dipersalahkan?

      Bacalah sejarah UMNO..Adakah zaman sebelum 1970 UMNO dicop sedemekian rupa?

      Akhir sekali saya nak tanya bolehkah UMNO memastikan hak Rizab melayu bertambah?
      Bolehkah melayu mengusai ekonomi 30%

      TDM sudah melaksanakan amanahnya tetapi hakikat UMNO tercalit CELAKA bukan khayalan.

      2015 pembangkang berada dalam keadaan paling lemah.Tidak pernah terfikir dikalangan penganalisi Politik PAKATAN berada diambang kehancuran..Persoalanya kenapa UMNO bergolak?
      UMNO bodoh?
      UMNO bangang?

      Percayalah sahabat kalau anda inginkan UMNO bersatu harapan anda tipis ..Berada lah disaf hadapan lihat dan baca perangai ahli-ahli UMNO.

      Najib menubuhkan Akademi Tun Hussein agar lahirlah pemimpin UMNO yg hebat. Malangnya ahli-ahli UMNOlah yang merosakkan intergriti pemimpin pelapes..

      Lihat sahaja Hisahammudin digelar apa?
      Zahih Hamidi?
      KJ sebagai ketua pemuda sah?

      Delete
    2. There are a lot truths in what you said but the reality is najib is the current leader who is weak. He can foundered the academy but the products are of no quality.

      1. Hishamuddin...oh yes the Corroboration and Non corroboration expert.....mh 370 disappeared permanently. pergi china minta maaf rakyat cina dimalukan di balai polis...ooops rupa2nya rakyat malaysia sendiri.....what do you call that....?

      2. Zahidi...hahaha the rhetoric expert. Kesian kes lahad datu....report after report habuk tak dak. Takut serba serbi siap pergi singapore minta maaf kat lee kuan yew...what do you call that..?

      3. Khairy.....yuck, a minister who cannot perform. Excess baggage....tak per paklah ader


      Delete
    3. Isunya apa yg TDM buat?

      Apa yg saya ingin katakan zaman Najib dia melakukan transformasi dengan mengadakan akademi tersebut...Saya nak tanya la kenapa TDM tak bantu akademi tersebut?

      Bukankah akademi tersebut membangunkan pemimpin pelapes negara?
      TDM tidur ke?

      Berkenaan kata nista Hishammudin dan zahid apa nak buat Najib dikatakan lembu...
      Yang bagus dalam UMNO hanya TDM ...Daim...Muhiydeen itu pun psal team TDM la..dan akhir sekali Mukris betul tak?

      Delete
    4. Akademi untuk melahirkan pemimpin hebat?Lihatlah barisan menteri dan timbalan menteri Najib sekarang ini, hampir kesemuanya bermasalah. Itu yang dikatakan berusaha untuk melahirkan pemimpin cemerlang, buat lawak sahajalah. Macam isu Lahad Datu, sampai negara diceroboh, Menterinya masa itu Hishammuddin boleh kata itu bukannya pengganas, tak apa jangan risau, kemudian bila penceroboh dah berjaya memasuki kawasan dalam negara dan membunuh pasukan keselamatan, barulah terhegeh-hegeh nak bermesyuarat, itu pemimpin cemerlang keluaran akademi yang dibuat oleh Najib itu? Sangat melucukan sahajalah.

      Delete
    5. Najib baru tubuh la akademi itu ..Akademi itu bukan zaman TDM la...Yang engkau lihat MT mangkuk ayun semua itu zaman TDM la Warisan yang ditinggalkan kepada Najib ..Faham tak kamu ini.

      Jadi sabarlah bila akademi itu dah berfungsi barulah lahir pemimpin yang hebat..Kau ingat masuk kursus 2 hari dah jadi pandai ke?

      Delete
    6. Najib baru tubuh la akademi itu ..Akademi itu bukan zaman TDM la...Yang engkau lihat MT mangkuk ayun semua itu zaman TDM la Warisan yang ditinggalkan kepada Najib ..Faham tak kamu ini.

      Jadi sabarlah bila akademi itu dah berfungsi barulah lahir pemimpin yang hebat..Kau ingat masuk kursus 2 hari dah jadi pandai ke?

      Delete
  5. Ni Anon 8.51 , tu cerita Tun saileh Abas dah basi dan cerita sebenar pun orang dah tau la , Dia ni adalah ketua hakim negara paling tak guna di Malaysia sombong bongkak , sampai agong pun berani nak tegur , habis kena tentang la dengan Agong itu pun bodoh , hang ni baru bangun tidok ka , kemudian nak campur pulak urusan politik cari naas la cawapannya , agung pula masa tu ayahnda pada sultan johor sekarang , siapa tak kenal sultan iskandar berani kurang ajar nah tanggung sendiri la bro tu orang tak rak kira lu sapa , Pasai Tun M tak yah lah kau nak jilat pungkok najib Tun tanya mudah jawab la terutama soalan yang pribadi , sehingga kini tiada jawapan yang menyakinkan , Tu pasal anak rosmah beli kondo mewah di New york US 100 juta , buat filem holywood tak untung mana mai duit , tu hubungan dgn Bangsat budak cina Penang nama Jho low sampai lesap US700 juta data !MDB punya budak ini kona , Pasai apa simpan duit di cayman island tempat banyak penjenayah duit money loundry dan banyak lagi lah tak tahan nak taip jawab najib dok suroh mangkok mangkok jawab macam musibat jawapan langsung tak jelas kona banyak . Tu belum cerita bab bini dia Rosmah , samapi habis keluarga najib lari pi dok luar negeri , hai Najib mampos la kau memalukan UMNO ja ni barubaru ni persandingan perkahwinan anak nak bertemakan flora sampai habis RM 30 juta ini bukan fitnah ada dicatat daripada contraktor yang terlibah apa ke jadah ini rakyat dok mampos dgn harga barang naik , kata GST tak akan ada banyak barang naik harga hujung hujung harga naik juga ... sudah lah tak yah bodek la Najib cepat berambos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anoy 9:48
      Seperti saya katakan tadi krisis 1988 menyebabkan UMNO parti mengawal Mahkamah...tak tahu ke?
      Banyak lagi la cerita buruk UMNO mengawal Mahkamah ...corect corect itu apa cerita?

      Isu pembelian kondo datangnya dari sumber Ney York Times..

      Blogger pro UMNO antara yg terhebat membongkar bagaimana negara kuasa besar mengawal politik malaysia..AIDC..
      Ada masa pergilah laman AIDC dan bertanyalah pada beliau berape kos membiayai NGO dan Pembangkang agar UMNO dijatuhkan?
      Pelik bukan kalau dahulu pembangkang menjadikan sumber2 kuasa besar agar menarik rakyat menjatuhkan kepimpinan Najib..Hari ini bloger yg dikatakan sayangkan agama..bangsa dan negara menjadikan sumber barat sebagai asas kukuh jatuhkan Najib.

      Delete
    2. UMNO mengawal mahkamah jadah apanya, selama ini UMNO ke yang tentukan Utusan Malaysia kalah dalam kes saman fitnah, UMNO ke yang tentukan bekas-bekas menteri yang ditangkap dan dituduh rasuah serta disabitkan kesalahannya dan dihumban ke penjara?

      Isu pembelian Kondominium itu walaupun dari laporan akhbar, maka Najib perlu menjelaskan sama benar atau tidak anak tirinya itu membeli kondo.

      Pasal isu 1MDB itu tak mau ulaskah, saya berikan soalannya dan jawablah:

      1. Mengapakah dana RM 2 bilion yang dikatakan dah dikeluarkan dari pelaburan di Cayman Island disimpan di Singapura tetapi tidak disimpan di Malaysia, apakah Malaysia ini tidak punya bank untuk menyimpan dana berkenaan? Apakah 1MDB tak percaya dengan keupayaan bank-bank tempatan termasuklah bank yang kerajaan punya pegangan seperti Maybank, CIMB (bos besarnya adik Najib sendiri), Agrobank, Bank Islam, Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat dan lain-lain bank swasta milik Malaysia, apakah 1MDB memandang rendah terhadap keupayaan bank-bank tersebut menyimpan dana sebanyak RM 2 bilion itu? Ataupun itu semua hanyalah sandiwara kerana tidak pernah wujud pun RM 2 bilion yang dinyatakan itu, diberi alasan di Singapura untuk elakkan perkara ini terbongkar. Harapnya Ketua Audit Negara yang akan buat siasatan audit akan menyemak akaun di Singapura itu, bank apa, bila dimasukkan wang itu, dah tinggal berapa sekarang ini.

      2. Apakah status RM 2 bilion yang diberikan oleh Ananda Krishnan kepada 1MDB? Ini kerana menurut sumber para jemuan dan blogger bangang belaan Najib, itu bukannya pinjaman, apakah sebenarnya status RM 2 bilion itu, apakah sedekah kepada pengemis dan 1MDB dah jadi pengemis?

      Ada jemuan dungu belaan Najib yang bagi komen pasal Ananda beri 'sedekah' RM 2 bilion itu sebab saja-saja bagi, kononnya tak luak pun harta Ananda dengan pemberian 'sedekah' sebanyak RM 2 bilion itu, apakah kita boleh terima penjelasan sebegini? Terlalu cincai dan ternyata mereka ini hanya membuat cerita palsu untuk membela segala permasalahan yang dibuat oleh Najib itu.

      Delete
    3. http://www.mykmu.net/2015/04/umno-dalam-krisis-lagi-bila-jawapan-sudah-tidak-mencukupi-1/

      Anoy 19.00 kalau kata malas membaca marah baca no 1,2 dan 3...kalau tak puas hati tanya la kat bloger tersebut. (Isu 1 MDB)

      Delete
    4. Berhubung isu 1MDB, pertanyaan mengapakah menyimpan wang yang ditebus pelaburannya di Cayman Island di bank di Singapura pun tak dapat dijawab, apatah lagi dengan RM 2 bilion yang kononnya saja-saja Ananda bagi kepada 1MDB, apa lagi yang boleh diputar belit lagi? Memang dah tak dapat putar belit lagi. Sebab itulah Najib berasa sangat gusar bila Tun Dr. Mahathir membangkitkan isu ini, maka Najib gelisah, kerana Tun Dr. Mahathir tentunya sudah ada maklumat yang lengkap dengan apa yang dia nyatakan dalam blognya itu, rangkaian maklumat Tun Dr. Mahathir adalah sangat luas merangkumi dalam dan luar negara, dari kawasan ulu di pedalaman hingga ke bandaraya megalopolis, beliau punya rangkaian.

      Oleh kerana maklumat yang dipunyai oleh Tun Dr. Mahathir itu sangat digeruni oleh Najib, maka dia sedaya upaya menyekat Tun Dr. Mahathir untuk terus berbicara tentang isu, tapi sebenanya bukan cara Tun Dr. Mahathir yang tak betul bila beliau kritik Najib dengan keras kerana sebelum ini pun Tun Dr. Mahathir dah nasihatkan dengan lembut, beri pandangan, kemudian beri kritikan membina, tetapi Najib masih buat tak peduli hingga masalah yang kecil jadi besar. Bila keadaan makin meruncing hingga membahayakan negara dan rakyat serta parti UMNO dan Barisan Nasional, maka Tun Dr. Mahathir sudah tidak dapat berdiam diri lagi, kerana jika dibiarkan negara ini boleh hancur, rakyat boleh menderita, malahan Barisan Nasional boleh kalah pilihanraya kalau perkara ini berterusan.

      Sebenarnya cara Najib menangani isu ini yang salah, pertama, Najib tak menjelaskan isu ini dengan sepatutnya, kedua, Najib bukan sahaja tidak menjelaskan perkara ini dengan sepatutnya, malahan dikerahkan orang-orang suruhannya untuk menghentam, menghina Tun Dr. Mahathir dengan tuduhan palsu, malahan ada yang menggunakan isu hudud dan PAS untuk memburuk-burukkan Tun Dr. Mahathir, tak cukup dengan itu, orang-orang suruhan Najib turut cuba menghancurkan keyakinan rakyat terhadap Datuk Seri Mukhriz dengan tuduhan kononnya perbuatan Tun Dr. Mahathir menyatakan pendiriannya itu supaya Najib letak jawatan kerana mahu mengangkat Datuk Mukhriz jadi Presiden UMNO. Itu semua perkara yang mengarut kerana Datuk Seri Mukhriz tak ada jawatan dalam Naib Presiden, tak ada jawatan dalam Majlis Tertinggi, hanya seorang Ketua Bahagian UMNO Jerlun dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, takkan hanya seorang ketua bahagian biasa boleh melompat terus menjadi Presiden selepas Najib ditumbangkan? Semua ini direka-reka supaya Tun Dr. Mahathir berhenti menyuarakan pendapatnya, kerana jika mereka tak mampu nak hancurkan kredebiliti Tun Dr. Mahathir, mereka gunakan Datuk Seri Mukhriz sebagai sasaran dengan harapan Tun Dr. Mahathir berhenti sebab takut kareir politik Datuk Seri Mukhriz terjejas. Tetapi Tun Dr. Mahathir orang yang berprinsip, dia tak akan goyah, malahan rakyat pun tahu prestasi Datuk Seri Mukhriz yang cemerlang, orang tak akan terpengaruh dengan hasutan jahat oleh Pro Najib yang mahu menutup bangkai gajah dengan sehelai daun kari.

      Delete
  6. tetap sokong UMNO/Melayu walau siapa yg memimpinnya.. zaman Tun dah berlalu.. berehatlah di rumah & lupakan pasal politik.. biar org lain plak buat kerja.. manusia bukan sempurna termasuk le Tun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun Mahathir masih hidup lagi, tanggungjawab manusia adalah untuk membetulkan keadaan yang dilihat pincang.

      Kau nanti bila dah tua, pergilah melingkup dalam hutan seorang diri, jangan dihiraukan anak cucu tak balik raya kerana kau dah tua dan tak perlu nak dipedulikan itu semua.

      Inilah masalah Najib, terlalu banyak jemuan dungu yang bergentayangan di sekelilingnya menunggu pisang yang dibawa oleh Najib ditabur dan mereka akan berkerumun riang mengutip pisang itu, kemudian mereka akan mengampu Najib hingga Najib lupa daratan dan tak sedar diri.

      Delete
    2. Saya pun tetap sokong umno/melayu walaupun siapa yang memimpin tetapi janganlah macam najib serba serbi kekurangan. Setuju zaman tun dah berlalu dan saya pun tak hendak beliau jadi PM kembali tapi sebagai veteran yang boleh menasihat seperti sekarang. Betul biar orang lain buat kerja tapi jangan standard najib yang bringing us to the dogs. Memang betul tdm bukan maksum tapi apa yang beliau adalah melayu, islam dan negara.

      Delete
    3. AnonymousMonday, April 06, 2015 10:22:00 PM, Tun Dr. Mahathir pun tak teringin nak jadi Perdana Menteri dalam usianya sekarang ini, tetapi dia selalu melihat perkembangan negara ini sebagai negara ulung Malaysia supaya Malaysia ini berkembang maju ke hadapan.

      Tapi yang menjadi masalahnya pemimpin sekarang ini tegur mereka pun susah, yang menegur pun bukan calang-calang, penuh pengalaman dalam berbagai situasi, inilah masalahnya bila ada pemimpin yang berperangai seperti 'Lembu Sedang Meragut Rumput', dia tak akan pedulikan apa teguran, komen, nasihat, kritikan, kerana dia tak rasa apa-apa, dia hanya syok sendiri.

      Lihatlah lembu yang sedang meragut rumput di tepi jalan, kita nasihat lembu itu sampai kita berlinangan air mata, kita kritik lembu itu, kita maki hamun lembu itu, kita ludah muka lembu itu pun, lembu itu tetap dengan selambanya meragut rumput sesuka hatinya tanpa mempedulikan apa yang berlaku. Tak apalah sebab lembu itu haiwan. Inilah analoginya terhadap apa yang terjadi kepada Najib ini.

      Delete
    4. Kata nista Najib lembu sering kedengaran dikalangan Bloger harapan negara? sudahlah penghinaan tahap apa ni..Macam ini kah bloger yg boleh diharap.?

      Saya tak merujuk kepada ahli UMNO yg bagus impian dan akhlaknya. UMNO perlu banteras ahli yg suka momokkan Pemimpin yg sah.Najib sudah melalui proses undang2 tubuh UMNO.

      Benarkah Najib sukar ditegur?

      1.Pembalakan Haram sedang dibanteras..Najib buat buta ke?
      2.Majlis Integriti sudah ditiubuhkan di Terengganu. Apasal Mukris tak bertindak? Mukris buta ke rakyat kedah sudah mulai bising isu balak?
      3.Serawak dibawah Adenam satem sedang berusaha menghapuskan pembalakan haram..Adenam satem ni dibawah pemerintahan najib tahu tak? zaman Taib rasuah jgn cakap la kerana itulah dikawasan bandar BN kalah.

      Itu baru cerita balak yg lain2 camna agak?

      Pelan pendidikan itu apa citer?
      Pelan usahawan melayu takda ke?

      Delete
    5. Di manakan pembalakan haram yang sedang dibenteras di Pahang negeri Najib sendiri itu? Pembalakan di kawasan pedalaman Pahang makin menjadi-jadi, pencerobohan tanah di Cameron Highlands makin berleluasa, daripada beribu hektar tanah yang diceroboh, hanya beberapa ekar sahaja yang diambil tindakan, yang lain tak tahulah apa yang berlaku sebenarnya.

      Berhubung Majlis Integriti di Terengganu, apa kena mengena Datuk Seri Mukhriz dengan perkara yang berkenaan? Apahal nak dibabitkan dengan Datuk Seri Mukhriz pula? Di Kedah pembalakan yang tidak menepati peraturan telah disekat oleh kerajaan negeri Kedah, jadi tak payahlah nak memutar belitkan perkara ini pula.

      Berhubung Pelan Pendidikan itu, pelajar dijadikan bahan ujikaji sepanjang masa, dulu mansuhkan PPPSMI yang direka bentuk dengan baik untuk pelajar menguasai Bahasa Inggeris dan Matematik dengan cepat. Tetapi kerana terpengaruh dengan pihak pembangkang, maka PPSMI ini dimansuhkan walaupun ramai ibu bapa menentang, tetapi tidak diambil peduli.

      Diadakan pula Memartabat Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris, kononnya untuk menyaingi PPSMI, tetapi akhirnya Bahasa Melayu tak dapat dimartabatkan, Bahasa Inggeris terus lintang pukang di sekolah.

      Pelan Usahawan Melayu, apa yang dah jadi dengan Memperkasa Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan oleh Najib sebelum Pemilihan UMNO sebelum ini? Memperkasa entah ke mana, Ekonomi entah ke mana, Bumiputera pun entah ke mana lesapnya. Semuanya indah khabar dari rupa.

      Kegagalan demi kegagalan, masalah demi masalah, hanya akan menghancurkan negara ini sahaja. Orang mengkritik ada sebabnya, lihat pada sebab, bukannya tak mau dengar nasihat, tak mau dengar kritikan, tak mau dengar pandangan kerana menyokong membuta tuli tak tentu hala.

      Delete
    6. 1.Balak di cameron dah kritikal betul tak? Zaman siapa yg telus? Najib bukan jadi sabarla bagi masa kpd Najib selesaikan..cuma jangan salah 100% Najib kerana agensi yg terlibat terlampau banyak rasuah.

      2.Majlis intergriti jangan salah faham yang aku angin apasal hanya Terengganu sahaja..Sepatutnya semua kerajaan negeri dibawah UMNO cepat- cepat la bertindak .Ini tidak semua buat bodoh je. Aku tembak Mukris bukan apa sama la dengan perangai UMNO lama jenis tidak faham masyarakat sekarang nak ketelusan dan intergriti.Buat je la..Pasal apa takut? Rasuah ke?

      3.Isu pendidikan aku sengaja angkat agar Melayu faham pendidikan lah bakal merubah bangsa.Tak payah ulas la Pelan yg Muhiydeen handle antara terbaik dunia tahu tak?

      4.Isu ekonomi melayu dah teruk la tanah rizab tinggal sekangkera je..Malah target 30% tak sampai cecah pun.Malah jangan terkejut kalau harta dikira orang perseorangan bkn GLC lagiii teruk.

      Semua isu di atas yang aku angkat bukan apa nak bagitahu kamu semua la TDM tak minat la..Maaf la.TDM hanya minat isu 1MDB yg bakal muflis kan Malaysia dan Isu Altantuya yg bakal menarik sokongan rakyat cina melayu india dan kadazan.

      Delete
  7. Perbalahan di atas dan di bawah adalah hasil dari "Najib Tak Jawab". Kalau dia jawab, cerita sudah habis...

    2. Selepas Najib jawab secara lengkap, telus dan bersungguh-subngguh, saya percaya ramai yang sokong TDM akan reda, bertenang walaupun kemungkinan masih ada minoriti yang akan mempertikaikan.

    3. TDM sendiri mungkin ada pertanyaan lain dan jika Najib terus memberi jawapan berterusan, konsisten dan bersungguh-sungguh - rakyat akan menilai dan saya percaya Najib akan mendapat semula kepercayaan dan Tun sendiri akan lebih rasional.

    4. Saya simpan pendapat tentang kenapa "Najib Tidak Mahu Jawab atau Tidak Berani Jawab" kerana saya ingin satu suasana yang positif dan prasangka baik.

    TERKINI:
    Dikatakan Tun sudah ditemui Najib dan beberapa pemimpin UMNO dan dengarlah penjelasan Tun sendiri di blognya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu punya tunggu penjelasan dari Najib, tapi tak kunjung tiba, akhirnya Tun Dr. Mahathir yang buat komen terlebih dahulu menjelaskan apa yang sebenarnya, tahniah Tun, lihat ini: http://chedet.cc/?p=1632. Komen penuh boleh dilihat di laman sesawang berkenaan, nak copy paste takut menceroboh hak cipta, apa pun dengan melawati laman sesawang itu, maka boleh lihat komen-komen orang lain yang beri komen pada artikel berkenaan.

      Delete
    2. KD tadi beli la akhabar Utusan takda la cerita TDM..

      Biasanya la isu kalau panas Utusan akan main perananya..Kalau tidak sejuk la.
      Isu yg TDM timbulkan aku rasa la akan dibiarkan sehingga dah reda..isu 1MDB tidak dijawab sehingga lah audit forensik selesai.
      Isu Altantuya kalau zaman DSAI digunakan secara meluas pun Najib buat tak tahu je aku rasa akan dibiarkan juga...

      Cuma sepanjang aku komen ditempat engkau agak terkejut aku ramai dikalangan ahli UMNO tak sedar bahawa masyarakat melayu memandang UMNO Rasuah..Kroni...Parti anak beranak....Kawal mahkamah dan polis. malah dikampung2 ketua UMNO cawangan pun kaya raya.

      UMNO tidak lah sehebat yang mereka sangkakan...tak tahu lah kenapa ramai tak sedar UMNO sudah hilang intergritinya?


      KD isu 1MDB masyarakat cuma berminat isu rasuah bkn isu teknikal perniagaan. Kita tunggu je la siapa yg kena angkut nanti..Cuma kalau lah dikatakan majoriti rakyat membincangkan Isu 1MDB takda lah.Rakyat tak berminat langsung kalau ahli UMNO itu lain la.Memang kerjanya asyik jatuh menjatuhkan..
      UMNO masih dibawah tempurung rupanya..
      Patutla isu pendidikan tiada siap peduli..anak2 melayu ramai yg merokok.Bistari.net lembap semacam..Malah guru2 hilang semangat dan berbagai-bagai masalah..malas nak menulisnya.
      Isu rasuah yg teruk ..
      Isu Ekonomi melayu yg terkial-kial 30%..orang cina pulak target 100%.Melayu apa kita ini ya.Negara asal tapi target 30% shj.
      Isu agama yg mana akhlak orang2 Islam bertambah teruk.

      Agak2 la KD siapa yg hendak perjuangkan ya...Kalau semua asyik nak sembang 1MDB kerana apa? Kerana 1MDB selesai maka CINA akan memberi sokongan padu kepda UMNO..Alahai bodoh juga ya Melayu ini.Masih tidak faham Cina tolak UMNO kerana apa?

      Bagi aku la dah sampai masanya UMNO turun kepada masyarakat bertanya kenapa mereka tidak sokong UMNO...Cuma jgn lah tanya melayu kerana sokongan 75% dah cukup kuat yg kita hendah tahu Cina.Kenapa Cina tak sokong Najib tetapi Cina sokong TDM...Bukan apa takut ramai tidak faham UMNO kalah diselangor bukan kehilangan sokongan Melayu tetapi Cina.








































      Delete

6ANGKA