Thursday, June 11, 2009

Nik Aziz salah dengar - Anwar dah betulkan..


Kemaskini: 7.20 petang.

Karpal sergah Hadi - fikir sebelum cakap tentang kerajaan perpaduan - apakata ahli PAS.
.........................
10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM KETUA PEMKANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA

UMNO di posisi gear gostan.




Najib mungkin merasa lawatan LKY mampu menarik semula sokongan bukan Melayu kepada BN tetapi terlupa UMNO masih di posisi gear gostan.

Bahasa badan Naib3 Presiden UMNO jelas seperti anak ayam bercempera melihat helang terbang rendah.

“Lee Kuan Yew has a lot of experience. Our politicians know nothing. That is why we have to learn from Singapore. Singapore is a great country, they invest so much money,” he said.

On the third bridge issue, Dr Mahathir said: “If we give sand, then we can get the bridge.” — Bernama


2 Nakhoda




Dalam PAS ada 2 Nakhoda - Nik Aziz atau Hadi Awang - kedua duanya dianggap ulamak kini bertelagah dan berbeza pendapat dengan membelakangkan kitab dan sunah.

Pengikut masing masing sudah balun membalun dengan makian barua, jalang, pelacur, dajai dan pelbagai lagi - turut tumpang sekaki mencerca ialah bloggers pro pembangkang.

Secara kasarnya - Hadi teruk dibelasah.
Secara kasarnya - Nik Aziz sudah terhakis pengaruh.

Tuesday, June 9, 2009

Idola dah sampai...


Orang Melayu dan Islam tengah bergelut, lalai strategi dan tanggungjawab... tau tau dia dah sampai..

Surcharge jadi tambang kekal..rakyat diutamakan...hahahaha

Surcharge diperingkat awal yang dibenarkan oleh kerajaan semasa krisis kenaikan minyak kini kekal sebagai harga tambang baru bas walaupun harga petrol masih kekal terendah, kali ini dengan alasan kos penyelenggaraan syarikat bas....

Agak pelik apabila Air Asia dan MAS bersaing menurunkan kadar tambang sehingga 0.99 sen tetapi kadar tambang bas tidak pernah bersaing untuk turun sebaliknya Menteri turut sama menyokong dan berhempas pulas membantu menaikkan harga, agaknya..kos penyelenggaraan kapalterbang lebih murah dari penyelenggaraan bas..


Rakyat diutamakan...hahahahahaha Najib bikin lawak.

Perpecahan di dalam PAS - Nik Aziz boleh lakar sejarah...

DAP dan PKR mahu penjelasan Hadi berhubung kerajaan perpaduan.... inilah suara suara yang mewakili pemimpin PAS yang tewas dalam pertadingan di muktamar yang lalu.

Pemimpin PAS yang tewas tidak akur kepada perwakilan yang mewakili akar umbi, bagi mereka sokongan DAP dan PKR lebih penting dari keputusan dan suara ahli ahli PAS sendiri.

Hadi Awang dan Nasa telah jelas dengan pendirian mereka untuk memastikan PAS berada di landasan yang rasional dan betul, cuma tinggal Nik Aziz sahaja yang perlu membuat pilihan dan bersuara samada mahu bersama Hadi dan Nasa seperti keputusan di muktamar atau memilih jalan untuk mengetuai satu lagi puak untuk memulakan 'satu perpecahan' yang sangat diharapkan oleh Anwar dan Lim Eng Guan.


















Sunday, June 7, 2009

PAS masih terus sanggup menjadi kerbau kayu di Perak..

Kemaskini: 9/6/09
“Pakatan Rakyat tidak memerlukan sebuah parti yang dominan. Tidak ada parti dalam Pakatan Rakyat yang boleh mendabik dada dan berkata ia kuat walaupun bersendirian. Akuilah hakikat bahawa mereka semuanya sama dan saling memerlukan,” begitu kata Zaid Ibrahim

Catitan Asal: 7/6/09
SHAH ALAM, 7 Jun - Satu usul tergempar mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas Diraja siasat pengambilan secara haram kerajaan Pakatan Rakyat Perak diterima sebulat suara.

Keputusan mahkamah nak letak di mana? PAS masih bermimpi walaupun Nizar jadi MB atas dasar 'nasib' dan bijaksana Sultan Perak menolak bukan Melayu dan Islam menjadi Menteri Besar selepas PRU12.

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...