Wednesday, May 16, 2012

ingat ambiga..ingat pungkoq

Hak majopriti rakyat untuk aman tidak dihormati
Hak peniaga tidak dihormati
Hak pemandu teksi tidak dihormati
Hak pengguna LRT tidak dihormati
Hak Mahkamah tidak dihormati
Hak DBKL tidak dihormati
Hak PDRM tidak dihormati

Hak AMBIGA sahaja mahu dihormati...peeeraaahhhhhhh

Nah..ini cara yang tepat.
Ada pelbagai cara lagi yang perlu dipamerkan kepada ambiga di hadapan rumahnya....

Tuesday, May 15, 2012

Dedahkan Agen Anwar di dalam UMNO?

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin selain mengesahkan Anwar memang pernah merayu kepada Paklah untuk kembali semula kepada UMNO turut mengesahkan mengenali agen2 Anwar di dalam UMNO yang melobi untuk memasukkannya semula?

Siapa mereka, wajar didedahkan dan jangan simpan menjadi musuh dalam selimut yang berterusan membocorkan rahsia2 UMNO dan samasekali jangan terpilih dalam calon PRU13.



Sudah tentu bukan mereka ? tetapi siapa?

Sunday, May 13, 2012

Anwar hanya tak ada dua perkara...

Anwar bolehlah dikategorikan sebagai manusia yang berani, gigih dan hebat, cuma 2 perkara dia gagal

1) Bercakap benar   2) Sumpah laknat..

Ada ke yang tak setuju?

apa pula anwar minta pada Najib?

Wow..Anwar memang hebat...terkejut berok DAP dan PAS !!!!
Tapi aku percaya kalau dengan paklah dia minta dah tentu dengan Najib pun dia ada minta secara langsung atau melalui kroni. Kalau ada biarlah DS Najib sendiri dedahkan...


Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor secara terbuka mengakui sanggup bersumpah bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah merayu kepda bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi agar membawanya masuk ke dalam UMNO semula dalam cubaan menghalang DS Najib mengambilalih kepimpinan sebagai Perdana Menteri.






Apa komen KJ? Jangan buat tak tahu pulak..


Baik punya ceritaaaa...

Saturday, May 12, 2012

Nik Aziz: 1Malaysia

Alangkah baiknya PAS bersendirian dan menjadi pembangkang contoh nenegur dan bekerjasama dengan  UMNO untuk memajukan Melayu dan Islam.

Apakah yang menjadi penghalang, perlukah menawan putrajaya dalam permainan politik yang paling kotor sedangkan mentadbir negeri melebihi 20 tahun pun belum membuktikan apa2 untuk pihak musuh dan lawan menjadi hormat dan segan.

Apalah etinya poknik dianggap ulama' yang kini tinggal nama sahaja sedangkan ilmu dan amalnya sudah mula dipersoal dan nampak rapuh dihujung telunjuk orang lain.

PAS perlu merenung jauh semula asal dan halatuju mereka, sekurang kurangnya kembali kepada asal dengan penambahbaikan dan biarlah mereka mendapat kuasa dari rakyat yang kini lebih bijak menilai.

Menganggap rakyat mudah dipengaruhi dan digula-gulakan adalah satu satu kesilapan. Jangan mana2 parti pilitk pun terfikir rakyat boleh diperbodohkan dengan sewenang2nya sekadar menabur wang atau janji2 manis.

Mungkin segelintir terpengaruh tetapi mustahil untuk memporbodohkan rakyat pada semua masa, pada semua tempat atau pada semua keadaan.

Hari ini UMNO tidak sekuat dulu tapi malangnya PAS semakin melakukan banyak kesilapan dan kegopohan yang tidak akan membawa PAS kemana-manapun.

Berapa UMNO bayar Dr Wanita itu?

Pecacai-pecacai PAS dan PKR kenapa tak siasat dan dedahkan berapa upah yang UMNO bayar kepada dr wanita itu?

Tak kan tak pandai nak mereka-reka dan seperti biasa sebarkan pembohongan demi pembohongan...

Friday, May 11, 2012

UMNO 66 - Hanya 29,761 sahaja yang hadir..catatan puak pendengki

Bekas-bekas pendemo rusuhan mempertikaikan kedangkalan otak pemimpin mereka seperti Ambiga, Anwar, Lim Guan Eng dan Nik Aziz yang tidak mengambil tawaran kerajaan untuk adakan BERSIH 3.0 di stadium.

Perhimpunan UMNO 66 dilihat bejaya di adakan secara aman dan mesej pemimpin disampaikan dengan sempurna dan jelas.

Apakah sebenarnya pemimpin pembangkang sengaja engkar arahan kerajaan dan merempuh sekatan dataran merdeka sekadar untuk melagakan penyokong mereka sendiri dengan pihak berkuasa hingga ada yang cedera dan hampir hilang nyawa.

Apakah itu yang dimaksudkan kemenangan? Kemenangan rakyat atau kemenangan peribadi mereka?

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...