Sunday, April 7, 2024

SATUS QM TERKINI

 


Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang.


Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak perlu lagi disentuh kali ini kerana isunya yang sama dan digembar gembur oleh pesaing (musuh) QM.

Harapan mereka QM scam dan berkubur. Inilah satu penyakit kononnya dalam masa yang sama mereka sangat memikirkan nasib penyimpan dan pelabur QM tetapi dalam masa yang sama bersungguh sungguh harap QM tutup.

Mereka lupa negara akan kehilangan pendapatan kerana ribuan usahawan QM adalah antara pembayar cukai tertinggi hingga ada yang mencecah jutaan termasuk zakat.

Mana mungkin QM scam yang lulus AMLA dan hantar senarai ahlinya ke LHDN (?)

Sudah tentu mereka mempunyai pelbagai hujah lain dan paling tidak menarik hujah mereka asasnya kurang ilmu QM tetapi mengaku tahu semua perkara.

Semua orang berumahtangga tetapi bolehkah kita mengaku tahu semua hal rumahtangga hingga ke dalam kain jiran kita?


Cuma setakat ini aku ingin update status aku sendiri di QM yang sudah tentu berbeza antara satu sama lain.


Setakat 8/4/24 cuma withdraw aku hujung bulan March yang belum dibayar dan dijangka pada Mei/Jum 2024 - No hurry, aku tak urgent pun nak pakai duit,

Aku pula memiliki sebahagiannya emas fizikal dan selebihnya digital. Ada visa card keluaran QM untuk berbelanja menggunakan digital gold dan boleh beli barang kemas menggunakan simpanan emas QM di beberapa kedai emas dan juga barang keperluan harian lain di Malakat Mall.

Kesimpulannya, tiada masalah langsung.

QM hanya sedang mengalami masalah teknikal, keputusan silap dan di luar jangka. Ianya normal sebagai sebuah perusahaan dan langkah membetulkannya sedang di ambil. Kekurangan tunai yang perlu dicairkan melalui assetnya gold bullion.

Kenapa? Ilmu yang membezakan antara seorang dengan seorang. Dengan ilmu kita tahu bagaimana untuk mengendalikan akaun kita dan memahami situasi dengan lebih tenang.

Salam hujung Ramadhan.











No comments:

Post a Comment

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...