1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak buat appointment, untuk perkenalkan bisnes mereka kepada saya. Yang wasap pun ramai. Ada juga staf mereka yang call saya. Terima kasih semua.
2. Mereka menawarkan peluang untuk saya berpartner dengan mereka. Yang offer saya jadi zero zero one pun ada. Yang offer saya kereta pun ada. Asal saya boleh bawa satu kapal saya menyertai bisnes mereka. Ada juga ejen syarikat yang jual gold wasap saya. Otai-otai bisnes networking pun ramai juga yang nak berjumpa.
3. Allahurobbi. Terima kasih sangat atas semua pelawaaan dan peluang itu. Saya sangat menghargainya.
4. Sejujurnya saya masih sangat percaya dengan Quantum Metal. Tidak sedikitpun tergugat keyakinan saya kepada QM. QM bukan scamer. Nokhtah. Itu keyakinan saya. Dan saya masih terus membina team bisnes saya bersama Miracle Spectra International. Saya bukan seorang yang tidak bertanggungjawab. Saya bukan seorang yang lepas tangan. Saya terus bertanggungjawab kepada 80,000 rangkaian dan client saya seluruh nusantara.
5. Setakat ini, saya tidak pernah terlintas untuk berhijrah kepada syarikat yang lain. Atau mencari platform networking yang lain. Tak kiralah syarikat gold yang lain, MLM lain, buat produk sendiri, atau nak buat insurans atau join mana-mana affilate yang lain. Saya masih ahli AMWAY yang aktif mengguna barang setiap bulan, saya juga seorang Crown Diamond Manager di Hai O Marketing dan masih mendapat pendapatan pasif setiap bulan melalui syarikat Hai-O, saya masih mempunyai account anak di syarikat AG Nutrition. Saya juga seorang berstatus Dealer di Syarikat emas Orodesign yang mana masih aktif membeli emas fizikal di syarikat Orodesign.
6. Untuk masa yang akan datang saya tidak tahu. Mungkin ia akan berubah, kerana perjalanan hidup ini ditentukan Allah SWT. Kita sendiri tidak tahu akan masa depan hidup kita.
7. Tetapi tak perlulah offer sesuatu yang bukan guinuine kepada saya. Offer saya menjadi zerozero one, belum apa-apa dah offer kereta, kemudahan perjalanan, tiket flight atau apa-apa insentif yang saya perlukan sebelum saya bermula. Saya bukan leader yang begitu. Saya bukan naik dengan nilai yang sebegitu rendah.
8. Sejak bermula dalam bisnes 25 tahun lalu, saya berjaya dengan bermula dari bawah. Saya bermula dari tiada apa-apa. Saya tidak pernah mengaku saya hebat lebih daripada kerja yang saya buktikan. Saya tidak pernah meminta apa-apa dengan CEO atau founder company konon mengaku saya power boleh petik jari, boleh bawa ahli ikut saya satu kapal atau dua kapal masuk dalam company itu. Sesuatu yang tidak pernah saya lakukan.
9. Selama buat bisnes sejak 25 tahun lalu, tidak pernah sekalipun saya datang berjumpa direct dengan CEO, minta Mercedes Benz atau BMW sebelum saya bermula. Minta oksigen atau meminta injection, minta modal sebelum saya sign jadi ahli atau ejen syarikat. Saya juga tidak pernah meminta satu line kaki diberikan oleh company. Atau meminta layanan special daripada CEO atau Founder company. Itu bukan cara saya bekerja. Itu bukan cara saya membina kejayaan dalam bisnes. Termasuk di Quantum Metal.
10. Baik ketika saya bermula, mahupun selepas saya mendapat pelbagai kejayaan dan anugerah. Saya kekal fokus kepada kerja saya sebaagi leader dengan membina team bisnes saya. Saya fokus kepada apa yang saya boleh buat. Saya mendapat insentif atas kerja keras dan kejayaan saya. Bukan kerana minta dilayani secara tidak wajar oleh company yang saya bernaung. Saya meletakkan diri saya sebagai ejen seperti orang lain. Tidak pula mencampuri urusan company walaupun saya telah mencipta kejayaan dalam company tersebut. Menyusahkan company atau mencampuri company untuk kepentingan saya juga tidak pernah saya lakukan. Jika perlu berbincang, saya masih melakukannya mengikut rules yang ditetapkan oleh company.
11. Aruah ayahanda dan aruah bonda mendidik saya dengan penuh tanggungjawab bahawa tiada kesenangan datang dengan cara begitu. Saya dididik bahawa kejayaan datang dengan kerja kuat, usaha keras, kerajinan bekerja, kegigihan dan tidak pernah berputus asa. Saya diajar oleh aruah ayahanda supaya membina kejayaan dengan kejujuran, membina nama dan kekuatan sendiri bertunjangkan niat yang baik, keikhlasan dalam bekerja, keperibadian yang baik, membina akhlak yang mulia. Asasnya berteraskan kepada integriti. Tiada kejayaan yang bermakna dengan rasuah, sogokan, unsur-unsur penipuan, cakap tidak serupa bikin dan sebagainya.
12. Saya mohon maaf, bukan meninggi diri. Jauh sekali merasa saya hebat. Cuma saya meminta anda menghormati prinsip saya. Saya sangat tidak senang hati dengan pelawaaan-pelawaan mewah yang ditawarkan kepada saya sebelum saya bermula. Tidak semudah itu company boleh membeli saya. Mohon maaf sangat-sangat.
13. Saya tidak akan menggadai prinsip integriti dan kejujuran hanya untuk kereta, wang tinggit dan nama. Saya tidak akan menggadaikan nama yang baik dan keperibadian saya hanya untuk menjadi orang berjaya dengan cara short cut begitu.
14. Jika saya membuat keputusan untuk bermula dalam bisnes dengan mana-mana company, saya akan melakukan keputusan berdasarkan pilihan dan keputusan sendiri dengan pertimbangan saya sendiri. Dan perbincangan dengan pasukan Think Tank dalam MSI sendiri.
15. Namun setakat ini, masih sangat yakin dengan QM. Saya tidak memaksa anda untuk bersetuju dengan saya dengan pendirian saya ini. Saya juga tidak memerlukan persetujuan anda atas keputusan saya. Jalan saya dan jalan anda berbeza. Saya juga tidak pernah menyekat team saya atau rangkaian saya di QM untuk memilih bisnes lain jika anda merasa QM bukan lagi platform yang anda yakini. Terpulang kepada anda untuk membuat pilihan atau platform baru untuk anda mencari rezeki.
16. Apapun terima kasih atas pelawaan syarikat/leader/owner/CEO kepada saya untuk peluang-peluang hebat di platform anda. Saya sangat menghargainya. Menolak hari ini bukan bermakna menolak selamanya. Keputusan hari ini mungkin tidak sama dengan keputusan yang akan datang. Biarlah Allah yang menentukannya.
17. Saya berdoa moga semua usaha kita terus diberkati Allah, dirahmati dan diberikan kejayaan yang besar. Saya doakan kejayaan anda.
18. Foto di bawah ketika hadir ke Eco Galleria Johor Bharu dalam Majlis Pelancarah QM Jewellery pada 7 Mac 2024 lalu.
-Dato Faridah
No comments:
Post a Comment