Wednesday, August 29, 2012

Berita Malang hari Merdeka !!!


Anda tidak perlu menjadi seorang atlet dengan masa depan yang cerah untuk terlepas daripada dijatuhkan hukuman kerana kesalahan merogol. Cukup sekadar menjadi seorang yang tidak lulus sekolah dan juruelektrik, anda meminta maaf dan kemudiannya anda lepas daripada hukuman penjara. Keputusan mahkamah untuk membebaskan Chuah Guan Jiu, 22, dengan  ikat jamin RM25,000 dan bon jaminan berkelakuan baik menyebabkan Facebook dan Twitter dipenuhi dengan luahan kemarahan masyarakat yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah tersebut.

Hukuman ini sama dengan hukuman kontroversi untuk bekas pemain bowling kebangsaan Noor Afizal Afizan yang dikenakan ikat jamin RM25, 000 kerana mahkamah berpendapat dia mempunyai masa depan yang cerah.

Antara yang meluahkan kemarahan termasuklah beberapa personaliti. Pelakon Ida Nerina memberitahu Daily Chilli, "Apa yang para hakim lakukan adalah sangat jijik. Mengapa? Adakah juruelektrik ini juga mempunyai masa depan yang cerah? Untuk melakukan apa? Membetulkan mentol lampu?"

Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz berkata ini kerana mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama.

Ida agak lucu apabila istilah "muda" diambil kira dalam menjatuhkan hukuman ini. Hakim berkata, "Dia (Chuah) berusia 22! Mangsa berusia 12 tahun!. Sukar untuk menahan keinginan nafsu tetapi dia perlu tahu apa yang lebih baik. Tidak ada alasan. Saya kecewa bila membaca berita ini," kata yang pelakon berusia 48 tahun itu. Ida begitu kecewa sehingga begitu lebam bahawa dia menulis didalam Facebook nya.



MALAYSIA MEMALUKAN !! Satu lagi kes rogol bawah umur. Perogol tidak dipenjara. Apa yang terjadi pada kita? Ini sangat dahsyat! Dia (mangsa) berusia 12 tahun!! "

Pelawak dan pengacara Afdlin Shauki, 41, bapa kepada tiga anak perempuan, berkata, "Ia memberikan satu mesej yang kabur terhadap mereka yang melakukan hubungan seks dengan bawah umur. Dua keputusan mahkamah ini tidak baik dan sangat membimbangkan, terutama bagi seorang bapa kepada tiga anak perempuan ," katanya.

Afdlin berkata, "Mangsa begitu muda dan belum boleh membuat keputusan yang betul. Jadi undang-undang yang ada adalah untuk melindungi mereka daripada perlakuan seks antara orang dewasa dan bawah umur .. Jika dia (Chuah) sedih di atas apa yang dia lakukan, dia harus bersedih di dalam penjara! "

Pelawak dan pengacara Harith Iskandar, 45, yang baru sahaja menjadi bapa kepada seorang bayi lelaki Mei lalu, juga turut marah dan tidak percaya. Menurutnya bahawa undang-undang sepatutnya bertujuan untuk melindungi mangsa tetapi ia gagal untuk berbuat demikian. "Tiada apa-apa halangan. Seorang rakan saya secara sinis berkata anda boleh dikenakan hukuman yang tegas jika berkhalwat!" katanya.

Pada 20 Julai, mahkamah telah mendapati Chuah bersalah kerana merogol gadis berusia 12 tahun 10 bulan, di flatnya di Air Itam antara jam 7.00 pagi dan 1.00 petang pada 18 Julai tahun lepas, dan antara jam 2.25 petang hingga 2.45 petang keesokan harinya

Tuesday, August 28, 2012

Obama nak jumpa Nik Aziz - tak perlu protokol, tak perlu hantar surat temujanji..


KOTA BHARU - “Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya.

Demikian luahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung surat rasmi dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepadanya bagi membincangkan isu hudud.

Nik Aziz mempertikaikan tindakan Fathul Bari yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut.

Beliau berkata, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.

“Kalau dia (Fathul Bari) hendak jumpa saya, dia patut jumpa saya secara seorang tidak payah buat bising dalam surat khabar,” katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri, semalam.Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Selain itu, Nik Aziz berkata, sehingga kini beliau sendiri belum menerima dan membaca lagi isi kandungan surat rasmi itu.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Ilmu telah menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah.

Dalam laporan itu, Pengerusinya, Fathul Bari berkata bagaimanapun pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Nik Aziz.SH

Monday, August 27, 2012

hari hari akhir di PP

Merenung nasib selepas PRU13...
siapa puncanya?

Ssyaitan melatah bila Tun sindir..siapa?


"Better the devil you know than the angel you don’t".
Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2012/08/kenapa-baghal-sangat-juak-pr-tidak.html#S3RmcV7UHc2m2ehA.99


apa komen mereka ini...

Friday, August 24, 2012

Komen sawan ali gemparkan dunia ..kah..kah..kah

Perasan gaban sungguh budak yang dah tak papopular ni...

....Umni Hafilda sudah dipaparkannya melalui akaun twitternya.

“Empat hari berturut-turut, saya beri komen yang boleh menggemparkan dunia. Saya akan teruskan dan kita lihat apa yang akan terjadi nanti,” katanya yang marah apabila ibunya diperalat untuk kepentingan Umno.

Azwan juga menganggap Azmin sebagai pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai tohmahan buruk dilemparkan Umi Hafilda bagi menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.

Enggan menyatakan parti mana yang diundinya, beliau mengakui menyokong Azmin bukan atas dasar hubungan adik-beradik tetapi disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.

“Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah ‘great leader’ (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN,” katanya.

utusan malaysia memberi ketenangan...

kalau utusan banyak fitnah tentulah ulama tak jadikan bahan bacaannya..

Monday, August 20, 2012

simpati pada pas

sewajarnya kita bersimpati kepada pas kerana mungkin ini pertama kalinya dalam sejarah pas begitu tertekan dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran terutama ketika pru13 tinggal hanya beberapa minggu sahja lagi.

nik aziz di kelantan sendiri  sudah tidak terjawab dan tertanggung malu dengan isu air karat, dinarmas dan tanah orang asli, lebih memalukan apabila nik aziz termakan cakap husam dalam soal lebuhraya rakyat dan isu royalti

pas sudah berpengalan bagaimana robeknya parti itu dikerjakan hassan ali yang dipecat tanpa diberi peluang membela diri dan unuk memecat nasha sebagai mantan timbalan presiden tentu kena fikir berkali kali. hassan ali yg dikatakan agak rapat dng hadi dan kali ini nasha juga rapat dengan hadi akan berulang lagikah hadi tunduk pada puak endorgan

satu satunya perkara yang boleh pas canang sebagai nyawa politiknya ialah melaksanakan hudud selepas negara islam telah diganti dng negara kebajikan tetapi malang senjata itu mkn tuan apabila kawan sebantal, abang karpal kata no way....

lebih terkedu, mahathir pula ajak pas cerai dengan pakatan haram untuk kahwin dengan umno dalam melaksanakan hudud.

perbezaan umno dan pas ialah cara mereka mengurus komponen masing2, walaupun mca memberi jaminan pd kaum cina selagi bn perintah hudud tidak dilaksanakan ia tidak pula mendatangkan panik dan latah dari umno kerana mca dan lain2 boleh dikendalikan bila sampai masanya, umno sudah banyak kali berdepan dengan pelbagai isu malah musa hitam semasa tpm pernah halau mca untuk keluar bn. mungkin masa tu umno kuat tetapi sekarang pun umno masih kuat dan mca sudah terlalu lemah.

oleh kerana pas hanya tinggal hudud sebagai senjatanya tentulah ia berada dalam parah dan serba salah bila karpal sergah, nik aziz hanya mampu memberi jawapan yg berdolak dalik setakat ini sebaliknya nasha yang dikeji dan diperlekehkan muncul sebagai wira

depan belakang atas bawah pas yang dicorak nik aziz makin goyah..apalagi yang ada untuk mereka lelongkan demi impian ke putrajaya hasil janji manis anwar ?


Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...