Thursday, August 21, 2014

Salah ke kalau Shafie dan Muhyiddin setuju...Najib is wrong

what's wrong kalau dan jika ada pemimpin umno waima shafie dan muhyiddin cakap pada najib...i think mahathir is rite...you are wrong....

kemudian najib akan jawab...kita jumpa Tun hati ke hati... kita perbaiki apa yang patut,

Agak-agak anda jika itulah senario nya, apakah umno itu rugi, rosak, makin busuk dan buruk sekadar menerima teguran mahathir...

Pembangkang,  mereka tak gentar obama, tak gentar israel,  25 jam, sehari siang dan malam mereka lebih  doakan mahathir mati kerana itulah benteng Melayu terakhir...

Yang peliknya kenapa perlu pelik kalau mahathir tegur, yang patut pelik kalau mahathir tak tegur...bila ditegur tentulah najib ada buat yang pelik

Pemimpin umno janganlah bodoh sombong bila kena tegur, jangan ego, jadi pendengar yang baik akan menghasilkan perlaksanaan yang baik.

Seminggu berlalu dan Najib masih membisu..

Anwar memang mahu DUN dibubarkan..

Kemungkinan Anwar masih bertegas hanya mencalonkan satu nama sahaja, isteri, perempuan dan dot dot.. untuk menggantikan Khalid sebagai MB Selangor ia ada kaitannya dengan dendam atas kedegilan Khalid turun dengan sukarela dan tindakan-tindakann khalid selepas itu merupakan satu tamparan yang hampir atau sudah memalukan dirinya.

Anwar juga mahu menegaskan bahawa sebagai bakal PM, kemahuannya mesti dikotakan walau dengan berapa harga sekalipun, siapapun tidak boleh membantah,  tiada kompromi untuk PAS yang mahukanb Azmin turut dicalonkan.

Rafizi dan Saifuddin enggan mengulas jika Sultan Selangor menolak dengan alasan itu hanya "spekulasi" mencerminkan mereka sudah ada perancangan dan jangkaan tertentu yang tidak mahu diketahui umum.
Azmin sendiri walaupun Timbalan Presiden - hanya diberi peranan tukang angguk.

Tanpa Azizah sebagai MB - Apa ertinya pada Anwar..

Wednesday, August 20, 2014

Undi Melayu Banyak Meningkat Ke Status Atas Pagar.

Setakat perkembangan semasa, kaum cina masih solid akan undi DAP bila2 masa di mana2 sahaja pilihanraya di adakan.

Ada tambahan undi Melayu juga kepada DAP atas strategi parti itu membuka keahlian kepada Melayu khususnya golongan remaja.

Disusuli dengan pertambahan calon Melayu DAP akan mengisi beberapa kawasan PKR dan PAS yang tewas sebelum ini. Ini adalah persediaan DAP untuk mengisi jawatan MB dan PM jika mereka merupakan majoriti.

Petanda DAP sudah bersedia dengan kehilangan Anwar, tidak mengiktiraf kualiti pemimpin PAS dan sukar lagi untuk dipercayai. Petanda juga cadangan Ku Li sebagai PM oleh PAS sudah tidak relevan

MCA akan terus merosot dan parti itu dijangka pupus selepas PRU14, nasib yg sama akan menimpa PKR jika anwar ke penjara.

undi melayu kepada siapa?
undi melayu semakin banyak meningkat ke status atas pagar.
umno mengecewakan..
pas makin hancus...
pkr tak boleh pakai....

Tuesday, August 19, 2014

Kita Perlu Fokus Pada Najib- dia berubah ke tidak..

Kemaskini 2.00am 

Seperti yang dijangkakan Najib tidak akan berubah atas teguran Mahathir, tak lut pun sebab ramai berlumba mempertahankannya:

mubarak minta Tun hentikan kritikan terbuka, boleh buat cara keluarga.

mubarak ni tuli ke buta, Tun dah kata, secara peribadi dah pun nasihatkan najib tapi tak makan saman, dah tarik sokongan dan sekarang teguran terbuka.

Begiti juga komen zahid, tengku adnan, shahidan yg mengkritik Tun secara TERBUKA supata Tun jangan kritik secara TERBUKA?  Paling tadika ialah komen hisham bahawa najib diiktiraf dunia atas tragedi mh17..... hebat atas tragedi? marilah kita berdoa banyak lagi tragedi selepas ini supaya Najib nampak lebih hebat...cuma hisham lupa kot pasal mh37 yg dirahsiakan.

Kita tunggu komen muhyiddin, kot-kot boleh "pakai".

Tun tak minta lepaskan jawatan pun, tapi takkan boleh fikir...Tun pun tak kata mesti dengar teguran dia - terpulang kpd Najib.

Sekurang-kurangnya biarlah Najib jawab dulu sebelum "dato-dato" seperti cerita dongeng Tun untuk buat komen.

KOMEN KOMEN YANG TIDAK BIJAKSANA JIKA TIDAK DIHENTIKAN OLEH NAJIB @ NAJIB MENGAMBIL PENDEKATAN MEMBISU AKAN MENGUNDANG PERANG DINGIN YANG LEBIH TERBUKA.......YANG LUKA WALAU KECIL IALAH NAJIB.

....




Tidak penting samada Mahathir kritik atau tidak, itu bukan ukuran sebenar untuk mengukur sejauh mana kritikan Mahathir itu benar atau sebenarnya apa yang Najib buat adalah betul, lebih betul dari paklah, lebih betul dari mahathir sendiri.

Kritikan Mahathir datang dari atas, dari rasa ketidak selesaannya, ia tidak menjejaskan ekonomi dan politik mahathir sekeluarga, mereka cukup wang.

Untuk mengetahui samada teguran mahathir itu ada kaitan semasa yang rakyat rasai betul atau tidak ialah dengan bertanya diri sendiri, pasangan sendiri, keluarga sendiri, rakan sekerja sendiri dan kawan-kawan sekeliling samada teguran mahathir itu betul, kalau betul berapa percent? kalau salah, berapa percent pula yang salah !!

Tanya pembangkang, tanya orang umno sendiri, tanya orang BN dan tanya yang di atas pagar.

Mahathir kata dia tegur, dia tak suruh letak jawatan - samada Mahathir suruh atau tidak rakyat boleh menentukannya kelak.

Jadi kita tidak perlu fokus sangat kepada apa yang Mahathir kata, kurang lebih sama dengan apa yang sudah diperkatakan oleh ramai orang selama ini, malah ada yang lebih pedas lagi.

Kita perlu fokus kepada Najib - dia berubah atau tidak !!!

Yang pasti:: Tidak lama lagi panglima2 Najib akan keluarkan angka-angka dan pelbagai lagi 'tools' untuk meyakinkan rakyat bahawa Najib adalah betul. Jika sudah begitu ramai berlumba-lumba untuk memberitahu bahawa Najib betul, kenapa pula dia harus berubah atas teguran Mahathir !!!

Monday, August 18, 2014

Anwar hanya 1/2 Inci Sahaja Lagi Dengan Putrajaya

Krisis MB Khalid merupakan kegetiran dan cabaran Anwar Ibrahim yang terakhir sebelum ke


Putrajaya dengan lebih dramatik dan dijangka lebih mudah atas perkembangan terkini dengan segala perancangan yang sedia ada tanpa perlu PRU14.

Penyingkiran Khalid menghasilkan suatu buah tangan yang diluar dugaan apabila berjaya sekaligus down-grade PAS dengan mempamirkan kuasa anwarinas tanpa perlu berselindung lagi.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, semua ini membantu Anwar untuk lebih cepat sampai ke Putrajaya....

1. PERKASA akan terjun sebagai pertubuhan politik - sokongan bukan Melayu terus kuat kepada Pakatan.

2. Mahathir menarik balik sokongan ke atas Najib

3. Najib sendiri masih dalam mood popular dan merasakan dirinya kukuh dan kebal dikelilingi kroni politik. Kekebalannya dalam UMNO bukan bererti ia kebal di persada politik tanah air.

Anwar akan gunakan kaedah 16 Sep dengan lebih sempurna !!!




#Apabila pemimpin yang kita sokong makin tuli, dan ketika gesaan anwar berundur tidak relevan, apa yang perlu kita sarankan ialah go anwar go..

Bolehkah Hadi declare PAS keluar Pakatan...

Kekalahan undi besar Hadi mempertahankan Khalid dalam mesyuarat khas AJK Pusat 17hb dan tidak mengumumkan sendiri selepas itu adakah (?) sebuah drama terancang untuk menutup aib Hadi yang berpendirian awal untuk mempertahankan Khalid atau realiti pahit untuknya.

Amat pelik untuk Hadi mempunyai satu pendirian tanpa mengetahui atau menguasai anakbuahnya sendiri - Undi 10/27 menunjukkan Hadi tersangat lemah pengaruhnya dalam parti dan penanda Hadi mewakili ulama terakhir dikekalkan Presiden hanya untuk jadi boneka sementara.

Yang menguasai ialah Mat Sabu bersama Setiausaha dan Naib Presiden yang begitu ceria dapat memenuhi kehendak "Ketua Umum PAS"(?).

Saolan yang lebih besar sekarang ialah adakah ini kehendak sebenar majoriti ahli PAS yang meletakkan Hadi sebagai Presidennya tetapi kini telah di gulingkan pengaruh (kena rampas) ? Apakah selepas ini Hadi menjadi Presiden Bisu atau terus jadi "merak" tanpa rasa sedikitpun malu ?

Sunday, August 17, 2014

"O" Alasan Menolak Azizah jadi MB

Berterusterang sahaja:


Ramai yang tidak mahu Azizah menjadi MB sebab dia isteri kepada Anwar – satu pandangan

Ramai yang mahu Azizah menjadi MB sebab boleh membantu Anwar menjadi PM atau kemungkinan boleh membantu menghalang Anwar ke penjara – Satu pandangan

Lain-lain perkara alasan iringan dan tambahan.



Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...