Friday, August 29, 2014

Cendiakawan, Ilmuan, Cerdik Pandai Pembangkang Dijemput Masuk Ke Blog Ini Bila-Bila Masa Secara Percuma... PENYOKONG UMNO DAN WAKIL UTUSAN DILARANG MASUK

Anda sekelian dijemput masuk khusus kali ini kerana blog ini akan adakan satu majlis yang dinamakan "SENARAI DOSA UMNO DULU SEKARANG SEHINGGA PRU14"..ini merupakan sambungan siri Asal Bukan UMNO (ABU).

Anda semua diminta senaraikan sebanyak mungkin dosa umno atau keterlibatan umno yang menyebabkan hari ini pakatan pembangkang makin goyah, lemah, berpecah dan sudah saling tidak menghormati dan mempercayai sesama sendiri.

Paling penting, jangan lupa, di penghujung senarai mesti tekankan bahawa semua yang umno lakukan iini adalah konspirasi jahat dan sabotaj umno terhadap pemimpin utama DS Anwar Ibrahim.

Saya mulakan senarai peristiwa yang ada kaitan dengan umno....

1. Tuduhan khalwat ke atas anwar...
2. Kehilangan MH370...
3. Krisis MB Selangor..
4. Pendakwaan ke atas rafizi dan surendran...
5. Kambing mek jah beranak semalam...
6. Perceraian artis..
7. Bogel show di Penang...
8. Banjir di kedah...
9. Bayi tetcekik biji rambutan di ampang..
10. Remaja Masukan Cincin di anunya...
11. 600 terbunuh dalam perang etnik di Nigeria...
12. Rumah Ketua Cabang PKR Kg. Manjung dipotong letrik...
13. Sultan Selangor Tersinggung
14.

Apalagi......

Thursday, August 28, 2014

Nak Tazkirah Sikit Boleh Ke....Salah siapa?

Ini untuk umno, pas dan pkr...
bila berselisih, tali apa yang dipegang..

Dalam pas - ulamak tok guru ustaz bersusun...
Dalam umno - mufti, menteri, khadi bergentayangan...
Dalam pkr - sokmo yusuf qardrawi, buku kitab jadi rujukan...

Apa masalah kita..
Semua dan masing-masing ada tetapi Islam yang satu itu dilihat tidak sama dan tidak serupa..itu dapat kita rasakan.

Apakah mereka rasakan Islam itu sudah outdated dalam kecanggihan teknologi dan mediaIT - globalisasi dunia tanpa sempadan lalu mahu Islam itu diliberalkan?

Nik Aziz tercemar kerana politik..
Mufti tercemar dengan "saya yang menurut perintah" - makan gaji
Menteri Ugama - Yes Man

Orang Melayu yang lahir sebagai Islam - membesar memburu dunia...
Orang Mualaf yang lahir sebagai bukan Islam - menuju cabaran mencari keredhaan

Salah siapa?

Nak Mencarut Sikit Boleh Ka? Bab kerusi dia nak bini dia sorang saja...bab lubang dia tibai semua...

Tidak ada kena mengena samada dengan yang hidup atau mati, kalau ada itu kebetulan sahaja

Apa hang nak komen !!

                     


   

Wednesday, August 27, 2014

Apa Perkataan "_ _ _ _ _ _ _" Yang Lebih Sesuai Untuk PAS..

Sebutan uturn, pengecut, lembu, anjing, boneka terhadap PAS sebelum ini sebenarnya belum mencakupi
untuk menggambarkan sifat dan sikap PAS keseluruhannya dari dulu sampai sekarang terutama dalam tempoh sebulan ini...Tentunya ada perkataan yang lebih sesuai !!!!! berdasarkan pemahaman masing-masing.

Blogg ini tidak berhasrat untuk menerima komen anda dengan sebutan yang pelbagaian bunyi dan bentuknya, memadailah samada anda bersetuju atau tidak dengan pendapat di atas.

Satu perkara yang pelik tentang PAS, mengelirukan -
Kerusi Pengkalan Kubur adalah kerusi PKR pada PRU13 dan masih dituntut oleh parti tersebut tetapi kenyataan hari ini, Timbalan MB Kelantan berhasrat meletakan calon PAS..... Di mana konsensus dan setia sepakatan ?
 Krisis MB Selangor - Kenyataan Mustapha...... PAS akan mencalonkan 3 nama dari PKR dan bukannya dari PAS sebagai menghormati konsensus kerusi MB milik PKR....

Ini kenyataan2 dari orang berpengaruh tetapi apakah semua ini hanya pandangan peribadi dan tidak menggambarkan keputusan dalam mesyuarat kelak dan tidak juga pendirian rasmi peribadi Presiden??






# Dalam keadaan tidak menentu dan dijangka hasrat Anwar meletakan Azizah akan karam....DAP kelihatan
bernada sedang bersiap sedia untuk pindah plan dan pendirian memastikan ADUNnya tidak terpinggir sebagai exco dlm kabinet Selangor kelak.


Anwar buka cerita realiti Azizah ditolak..anwar harus minta maaf

Najib mendakwa azizah mahu dilantik sebagai MB atas sekadar dia isteri anwar. Nepotisme paling tebal
dalam sejarah politik Malaysia tanpa rasa malu atau bersalah.

Pada 2009 anwar mendakwa ada 40 MP dari BN yang akan menyebelahinya untuk mrnumbangkan paklah dan hingga sekarang tidak dibuktikan....dan hari ini anwar hanya ada seorang sahaja calon yang tidak berwibawa untuk calon MB?

anwar menyangkal dan menyatakan azizah layak kerana ada pengalaman sebagai presiden parti dan bekas ketua pembangkang di parlimen, bukan kerana azizah semata-mata isterinya.

Tetapi selanjutnya anwar enggan meneruskan hujah berhubung kelayakan azizah secara umum untuk rakyat tahu dan nilaikan.

Jadi MB untuk siapa ni? untuk rakyat atau untuk parti sehingga kelayakan azizah pun nak dirahsiakan?
Jika azizah memang seseorang yg berpengalaman sebelum ini dalam pelbagai jurusan sudah tentu maklumat itu dapat membantunya hari ini dan akan disokong rakyat.

Apa pengalaman yang azizah ada sekadar jadi Presiden yang dibonekakan dan Ketua Pembangkang yang ditunggulkan?

Hari ini walaupun Anwar juga sedang menyandang Ketua Pembangkang, apa sumbangan berdasarkan pengalamannya?
Memusnahkan perpaduan, memburukkan negara dan menghancingkan politik siang dan malam.

Kenyataannya, Azizah ditolak kerana dia isteri kepada seorang peliwat - Anwar yang gagalkannya, Anwar yang bersalah.

Hakikatnya jika Michele Obama adalah seorang pelacur tegar, apakah memungkinkan  suaminya menjadi Presiden Amerika hari ini...

Tuesday, August 26, 2014

PAS mahu tapi malu...

Dalam kecelaruan yang menimpa PAS sekarang sejak krisis MB Selangor adalah belum terlambat untuk membaikinya "once 4all" khusus mengelak perpecahan dalaman yang serius.
Semua yang terlibat sesama mereka wajar duduk dalam satu muhassabah diri dan kembali kepada satu ketetapan yang bersepadu.

Semua kekecohan ini dimula dan disemarakan oleh kumpulan musang berbulu ayam, anwarinas. Sesungguhnya PAS perlu memberi mereka pilihan dan bagi yang nyata jelas kiblatnya wajar dibersihkan, dipecat.

Langkah segera yang perlu PAS buat ialah mengistiharkan dan mencalonkan dua ADUN PAS untuk jawatan MB dan tetapi memberi keutamaan kepada Khalid untuk dilantik semula samada sebagai ADUN Bebas atau Khalid sertai PAS.

PAS harus bertegas, tidak perlu rasa malu atau bersalah  menuntut haknya untuk kerusi MB apabila konsensus dan tolak ansurnya tidak dihargai komponen malah dihina-hina, diugut dicabar dan langsung tidak dihormati.
Malam ini PAS akan bermesyuarat menentukan 2 nama yang dicalonkan. Sesuatu yang diharapkan ada kebijaksanaan di sana.

Langkah kedua segera ialah membersihkan semua virus anwarinas dalam PAS sebelum PAS musnah dikucarkacirkan oleh mereka ini.

Langkah ketiga ialah keluar dari Pakatan Haram.

Dengan tindakan sebegini sahaja segala persepsi dan sindiran kepada PAS dapat diketepikan dalam jangkamasa pendek. Sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk dengan UMNO perlu lebih berhati- hati selepas ini.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...