Monday, December 1, 2014

Memadai Bloggers yang setia untuk mempertahankan boss mereka..

Selepas Najib tegur bloggers upahannya sebagai 'bangang', alhamdulillah semua kini telah kembali menulis seperti biasa, lawatilah blog-blog mereka, mempunyai kelainan dari sebelum ini...banyak puji-pujian dan mempertahankan boss mereka dengan 1001 alasan bangang mereka.

Semuanya betul di mata mereka...
Lain kali buatlah kerja betul-betul setimpal dengan upah  !!!

Tidak perlu rasa bersalah, tidak perlu rasa rendah diri..mempertahankan seorang Presiden dan sebuah parti yang telah banyak melakukan jasa jauh lebih baik dari menjadi penulis upahan parti pembangkang.

Bloggers juga seorang pejuang, tidak dapat dielakkan, mereka juga manusia, dalam kesetiaan, mereka juga mampu menurunkan seorang Presiden...itu juga bukan sesuatu yang mustahil.

Jika seorang Presiden yang kalut, resah dan bimbang terpaksa merayu kepada bloggers bangang, tentulah ketajaman mereka diiktiraf.

Berhati-hatilah dengan tahap musuh dan penggugat akan dilenyapkan...

Kes altantuya - ada sesiapa yang dapat maklumkan berita terkini ?
Lebih-lebih lagi, antara mereka siapa pembunuh, siapa perancang dan siapa arahkan..Apakah semua ini didedahkan dalam mahkamah   !!!

Memadaikah kita hanya diberitahu siapa pembunuhnya sedangkan hakikatnya altantuya tidak mempunyai apa-apa deal dengan mereka, tiada alasan untuk mereka lakukan pembunuhan (?)


Sunday, November 30, 2014

Blogger mana makan dua pinggan...

Lanjutan dari teguran Najib ke atas blogger bangang.... satu luahan yang hilang pertimbangan...emosi kerana mungkin tersedar sedang ditubi dibelasah kaw-kaw termasuk blogger upahan mereka sendiri...

Dicadangkan Tuan Preseden siasat dan teliti kot-kot ada blogger makan lebih dari satu pinggan bagi menampung kos sara diri...

Dan lebih penting...Tuan Presiden betulkan diri...blogger bengong atau bangang bukan satu ancaman pun..

Saturday, November 29, 2014

Blogger Che-Det sila ambil perhatian dan Bloggers kalau dah diupah tu buatlah kerja betul-betul...

“Kenapa kita tak salah kan mereka (opposition) kerana semua ini (wrongdoings) ? "Jangan serang kami, serang pembangkang.
"Blogger kita sendiri menyerang kita.
"Friendly fire is not friendly. Bloggers kita ni kerja untuk siapa?
"Pergi lah tembak pembangkang. Itu caranya kita nak menang perang.
"Jangan gaduh sesame kita. Itu kerja tak masuk akal."

Friday, November 28, 2014

Kejayaan Menyelamatkan Diri....

Pengkritik hebat ke atas Najib dan UMNO yang menganggap semua itu dan ini tidak betul,
ada saja yang tidak kena, akhirnya terkunci mulut apabila semua tiba-tiba menjadi baik. PAU 2014 menyaksikan Najib dan UMNO tidak ada cacat celanya.

Kj dilihat pejuang Melayu sebenar apabila melahirkan kecewanya kerana ia dicap rasis apabila bercakap soal Melayu.
Najib dilihat 'peka' kepada suara bawahan apabila berikrar mengekal dan meneruskan Akta Hasutan.

Semua mereka rasa selamat dan selesa sesama mereka kali ini...


# Gambar di atas - UMNO ada 7 Pemimpin Tertinggi ( Presiden, Timbalan dan 5 Naib ) - yang selamat tu hanya empat - siapa yang tercicir !!!

Wednesday, November 26, 2014

Siapa yang bercakap bohong...

Gelama senohong ikan duri
Bercakap bohong lama-lama mencuri..


Jika ianya pemimpin, harta dan hak rakyat yang dirompaknya. Perhatikan mereka...

Pemimpin diberi peluang bercakap atas kepimpinan dan pengurusan mereka mentadbir negeri dan negara. 

Negara akan selamat, ianya bermula dengan percakapan, janji dan tindakan mereka yang perlu kita nilai dari sekarang.


Perjuangan Kj

Dalam ucapan aluannya selaku Ketua Pemuda, dalam ribuan isu Melayu dan Islam...salah satunya Kj menunjukkan kemelayuannya dalam perjuangannya memelayukan nama jalan atas nama Sultan-Sultan Melayu yang ditentang hebat DAP.

Kemungkinan isu perjuangannya untuk menarik anak muda dan golongan profesyonal untuk berduyun-duyun masuk umno selaras gesaan Muhyiddin...!!!?

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...