Akhirnya jatuh je tanah juga....
Berbohong 1 kali memerlukan 10 kali bohong untuk kaberap pembohongan tersebut...
Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia (?)
Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru..
Memecat dan memindahkan pegawai kerajaan bukan satu penyelesaian...
Memujuk, bukan semua orang tamak dan boleh dibeli ....
Habuan dan ghanimah hanya untuk yang haloba dan gelojoh...
Berani dengan peluru hanya kerana Allah bukan pada tahap menjilat individu...
Hari ini kita lihat yang diberi amanah, kuasa dan pengaruh bukan sahaja menyeleweng tetapi mengekalkannya dengan cara zalim..
Apabila guruh berbunyi dan kilat menyabung..di mana agaknya mereka boleh sembunyi dan menyorok, balasan Allah tunai, segera dan bersaksi jika rakyat dizalimi..
Palulah gendang sendiri untuk menari...berapa lama (?)
Yang memburu bukan sekadar manusia tetapi juga hantu...
Badan dan nafsu nampak bebas, tetapi hati terpenjara, iman sudah celaru..
Ibubapa siapa yang menyaksikan jalan ke neraka yang ditempah anaknya, terbangkitkah roh apabila denai ranjau perjuangan suci kini dinodai...
Zalim pada rakyat, derhaka pada ibu bapa, kita sudah ada cerita si tanggang di zaman dulu kala, kita ada aljub di depan mata...
Jenayah tidak akan lupus ditelan masa dan tanpa sempadan..
Mungkin bukan esok atau minggu depan...tapi ianya sentiasa di depan..
Menyesal dahulu pendapatan..
Terlajak perahu boleh diundur..
Sesat dihujung jalan, balik semula ke pangkal..bukan sekali, bukan dua kali sudah berpuluh kali diberi peringatan..
Jatuh sekali pada satu tempat, dianggap asam garam.
Jatuh berulangkali di tempat yang sama..itu goblok namanya !
Tiada Maaf Bagi GST..
Kota Bharu,
18 Ogos 2015..
Lihat suasana Kelantan semalam...
21/8/15