Saturday, August 29, 2015

Siapa yang perlukan sangat-sangat sokongan Mahathir (?)

Dispin dan dihebohkan kehadiran Tun Dr Mahathir di Bersih 4'0 adalah petanda sokong DAP atau memberi satu kredit kepada DAP.

Hakikatnya UMNO ingin menyembunyikan fakta bahawa mereka sedang lemah hatta di mana sahaja Mahathir berada dan bercakap merupakan satu tamparan.

Kenapa UMNO lemah jika Najib hebat dan kuat (?)
Jomlah sokong ramai-ramai Najib !!
Kenapa ada sokongan berbelah bagi (?)
Apakah kita bersetuju karektor dan sikap kepimpinan Mahathir dan Najib menguruskan negara ada perbezaan (?)

Jika Najib lebih baik kenapa jadi penyokong yang desprade menyalahkan pihak itu dan ini..

Ceritalah ketelusannya Najib..
Amanahnya..
Jujurnya...

Menyalahkan Mahathir tidak menjadikan Najib lebih bagus..

Tidak perlu sokong DAP untuk undurkan Najib kecuali memperkudakannya seketika untuk kesinambungan kuasa Melayu dan UMNO...

Siapa yang lebih perlukan Mahathir (?) UMNO atau DAP ?
Jika UMNO merasakan Mahathir sudah tidak perlu, sudah tidak boleh digunakan lagi, sudah rosak, sudah tidak ada pengaruh kenapa terpekik terlolong atas apa sahaja yang Mahathir lakukan..

Jika Mahathir masih relevan kepada UMNO maka tunjukkanlah sikap yang sepatutnya.












Kehadiran Mahathir berketepatan...

Bersih 4.0 mendapat suntikan semangat dan sokongan dari Tun Dr Mahathir atas kehadirannya.

Kehadiran yang mencerminkan suara rakyat sekarang bukan berasas kepada perkauman tetapi tuntutan keadilan selepas jalan nasihat, teguran, jalan terhormat dan jalan undang-undang diketepikan, dihalang, dilambatkan.

Rasuah secara jelas dihalalkan tanpa segan silu.
Tindakan biadab diambil atas desperate melampau.
Diskriminasi kepada pegawai kerajaan secara kukubesi.

Bersih yang aman menjadikan piha berkuasa terkaku.

Lebih penting Bersih 4.0 yang dipersendakan sebelum ini oleh penyokong Najib kini makan diri dengan strategi Mahathir yang merapatkan diri.

Mereka yang dulunya salah faham dan benci Mahathir, kini sedar - siapa yang sebenarnya merosakan etika dan imej negara.

Spin dibuat menyatakan Mahathir sokong DAP sedangkan hakikatnya Bersih 4.0 turut disertai ahli UMNO dan tujuannya lebih kepada protes terhadap Najib Zahid .....GERAKAN RAKYAT..

Bukan kepalang, ada sesetengah pecacai dan blongang macam terkena histeria, bagai kena penampar jepun melihat Mahathir disambut meriah wira-wira Bersih.

BERSIH GAGAL

!!!

Thursday, August 27, 2015

31 OGOS BUKAN BESOK...

Pilihanraya bukan besok, bukan minggu depan...UMNO terlalu banyak masa untuk membuat persediaan.... Persediaan untuk kalah memang dah ada, jadi persediaan untuk menanglah mesti dibuat.

Jadi kerana PRU bukan esok, ahli UMNO boleh terus gembira dan tidor lena. Lagipun Presiden banyak duit...
Saman dari ahli UMNO Langkawi kes terpencil. Ahmad Basah, Johari, Mahadir akan selesaikan.
Lebai Sudin MB baru seperti yang dihembuskan angin takkan tak mampu buat kerja...

31 Ogos pun macam lambat lagi...
Bendera pun tak nampak..
Raptai pun tak heboh..
Yang teserlah dan lebih kecoh ialah BERSIH 4.0...

31 Ogos lambat lagi...
Era Paklah, dalam 10 kereta, 3 yang pasang bendera...
Era Najib, dalam 10 kereta. 11 yang tak pasang bendera...

Betullah kata mereka, Najib lebih teruk dari Paklah..
Bukan aku yang kata...


Rusila,
28/8/15

KAKITANGAN DIARAH BERCUTI...

http://bumiyang.blogspot.com/2015/08/mengapa-biarkan-duit-pokok-pisang-zaman.html

Wednesday, August 26, 2015

DI MANA BAKI 2'6B..

Puluhan atau kalau mahu di kumpul mencecah ratusan saolan kepada Najib belum dijawab atau tidak dijawahnya dengan sempurna. Tetapi ada yang tolong menjawab...

Amat maselan dan shahrir antara tukang jawab segala bentuk saolan. Mungkin sebab itu mereka dapat hibbah 1 ke 2 juta RM.
Banyak jawab, pandai jawab, sanggup mati kerana Najib dapat 2J.

Ramai lagi yang jadi tukang jawab, Zahid paling besar ghanimah..... jadi mereka-mereka yang berstatus Tukang Jawab janganlah dipandang sebelah mata kepada mereka.
Ada udang sebalik mee..
Kalau tak ada apa-apa takkan Tempua bersarang rendah...

Salah seorang Tukang Jawab, diambil contoh Anuar Musa, kenapa sekarang tidak berbunyi lagi agakya selepas dilucut Pegerusi MARA dan tidak dapat jawatan Menteri seperti dihembus angin (?)

Khabarnya juga ada beberapa bongang yang sudah mengelak daripada mempertahan Najib dan menyalahkan Mahathir. Mereka lebih menumpu kepada membelasah Pembangkang...


Bagaimana dengan anda (?) Mungkin tiada peluang..kalau tidak, sama jugalah kot (?)

Satu saolan mudah untuk pak menteri dan yang berstatus seperti di atas atau penyokong...

Apa sangat yang anda tahu tentang pelaburan 1MDB  serta 2.6B sehingga bermati-matian menjawab bagi pihak Najib...

Kalau yang bertaraf Menteri pun merangkak nak jawab, apatah lagi tahap blongang, pecacai dan anjing kurap...
Contoh yang paling nyata mereka ini menjawab secara membabi buta (babi pun tak buta macam mereka) ialah tujuan 2'6B yang "didermakan"..bukankah pada mulanya ...
Kata nak saman WSJ..
Bebal sangat nak masuk ke akaun peribadi...
Kalau saya nak menyamun pun takkan nak masuk ke akaun dalam negara...
Saya tidak guna untuk peribadi...
Derma untuk pilihanraya..
Derma untuk IS..
Derma untuk lawan Yahudi dan DAP..
Saya dah jumpa keluarga penderma...


Itu petanda Tukang Jawab pun tak tahu satu benda, Ketua Bahagian memang lah satu lagi golongan bengap malas berfikir...

Jadi kita sudah tahu kenapa mereka terima tawaran partime jadi Tukang Jawab walaupun tak tahu hujung pangkal....

Dengar luahan di bawah..

Luahan rasa kecewa (mungkin juga marah) seorang ahli UMNO.

----------------------------

Tak payahlah nak tuduh orang yang kritik Najib sebagai menentang UMNO kerana sekarang ni Najib yang menjahanamkan UMNO, Najib yang sabotaj UMNO dengan membiarkan UMNO menjadi mangsa akibat cara Najib mengendalikan isu yang menjadi perhatian ramai, tak pasal-pasal masalah peribadi Najib dah diheret menjadi masalah UMNO hingga UMNO pula yang teruk menanggung beban yang bukannya beban UMNO pun.

Najib tak payalah nak suruh orang lain jawab bagi pihaknya,  pasal apa Najib nak suruh ahli UMNO menjawab segala pertanyaan yang ditanya kepada Najib pula, yang ditanya adalah Najib, yang buat hal pun adalah Najib, bukannya ahli UMNO,  Nak jawab macam mana kalau ahli sendiri pun tak tahu maklumat apa yang mereka nak jawab.

Macam RM 15.4 bilion pelaburan 1MDB di dalam Brazen Sky, GIL Fund, dan Aabar Deposit, pelaburan itu dibuat oleh Najib dan kuncu-kuncunya, dalam bidang apa pun tak tahulah, tak diberitahu, di mana pelaburan itu dibuat pun tak diberitahu, bukannya ahli UMNO yang 3 juta orang ni yang buat pelaburan itu, bila rakyat tanya dalam bidang apa pelaburan itu dibuat dan di mana pelaburan itu dibuat, apa ahli UMNO nak jawab?

Dalam isu RM 2.63 bilion pula, apakah itu derma kepada UMNO?  siapakah pendermanya, dari mana sumber derma itu, perlu dijelaskan, tapi Najib tak jelaskan. Wang itu Najib yang terima dan dimasukkan ke dalam akaun Najib, bukannya 3 juta orang ahli UMNO yang terima wang itu dan wang itu tak dimasukkan ke dalam akaun ahli UMNO 3 juta orang pun, malahan yang gunakan wang itu adalah Najib, bukannya ahli UMNO, jadi apa yang 3 juta ahli UMNO nak jawab dari mana sumber wang itu, siapa pendermanya, malahan ditanya mana buktinya wang itu diserahkan kepada UMNO, apa yang 3 juta ahli UMNO nak jawab sedangkan bukan mereka yang buat semua itu, tapi Najib, pasal apa Najib nak suruh ahli UMNO jawab pula. Kalau derma untuk UMNO dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib kononnya Tok Arab tu ikhlas, tapi ada ke bukti Najib menyerahkan wang itu kepada UMNO untuk diisytiharkan sebagai harta parti? Malahan apakah wang RM 2.63 bilion bersamaan USD 700 juta itu diisytiharkan oleh parti dalam Penyata Kewangan UMNO 2013 yang dihantar bersama-saman Minit Mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO 2013 serta Penyata Jawatankuasa yang perlu dihantar oleh UMNO kepada Pendaftar Pertubuhan? Kalau Najib tak serahkan wang itu kepada parti, macam mana pula Najib boleh kata itu wang derma untuk UMNO? Kalau Najib tak serahkan kepada UMNO, maka Najib telah mengunakan wang itu secara salah dan boleh didakwa pecah amanah.

Itu tak termasuk lagi pembelian stesen janakuasa elektrik yang dah nak luput lesen operasinya lagi dua tiga tahun, dibeli dengan harga RM 18 bilion, malahan ada stesen janakuasa, Genting Sanyen, harga pasaran RM 400 juta, tapi pembelian oleh 1MDB dengan kelulusan oleh Najib dengan harga RM 2.3 bilion, lebih RM 1.9 bilion berbanding harga sebenar, hampir 5 kali ganda lebih tinggi dari harga sebenar, itu Najib yang luluskan pembelian itu, bukannya ahli UMNO 3 juta orang yang luluskan pembelian itu, jadi apahal Najib nak suruh ahli UMNO 3 juta yang tak tahu menahu pasal jual beli stesen elektrik yang bermasalah itu menjawab pula bagi pihak Najib sedangkan mereka tak ada maklumat lengkap pun, Najib yang buat masalah tu, pasal apa tak jawab?

Ahli UMNO sekalian, bolehkah tuan-tuan / puan-puan semua jawab mengenai kegagalan Edra Energy, anak syarikat 1MDB yang memperolehi projek membina dan membekalkan tenaga elektrik kepada TNB iaitu Jimah Timur 3B. Dalam isu ini, walaupun Edra Energy dapat kontrak tersebut, tapi Edra Energy tak mampu pun nak bina malahan nak sediakan tapak projek pun Edra Energy tak mampu, maka persoalannya adalah mana perginya wang Edra Energy? Sedarlah semua bahawa Edra Energy tak buat apa-apa pembangunan lagi pun terhadap projek Jimah Timur 3B ini, tapak projek pun tak ada lagi.

Satu lagi, tak pasal-pasal TNB dipaksa melabur di dalam projek Jimah Timur 3B dengan pelaburan RM 11.7 bilion, tak dijelaskan pula berapakah nilai ekuiti yang dijual oleh 1MDB kepada TNB pun tak diketahui, lihatlah dengan senang-senang sahaja 1MDB buat projek cara ‘ali baba’ dapat projek lepas tu bebankan kepada GLC untuk selesaikan masalah 1MDB pula, kemudian 1MDB senang-senang dapatkan wang dari GLC itu dengan alasan jualan ekuiti projek.

Walau apa pun, ahli-ahli UMNO perlu pilih nak selamatkan UMNO atau nak jadi balaci Najib. Fikirlah wahai ahli-ahli UMNO sekalian. Najib buat masalah, dia suruh 3 juta ahli UMNO yang tak tahu apa-apa pasal masalahnya itu pula yang jawab, apahal ni?

Senangnya cara Najib, dia buat hal, lepas tu suruh ahli UMNO jawab pula, Najib pula bersenang lenang buat masalah lagi, lepas tu ahli UMNO dikerah untuk jawabnya lagi, maka ahli UMNO hanya jadi tukang kutip taik Najib sahajalah, Najib syok berak merata-rata, kemudiannya dikerahkan ahli UMNO untuk kutip taik Najib itu, lepas tu siap suruh ahli UMNO basuh jubur Najib yang penuh dengan taik cirit itu.


INI YANG DIVIRALKAN WALAUPUN SUDAH RIBUAN JAWAPAN DIBERI OLEH TUKANG JAWAB.
ERTINYA JAWAPAN SUDAH DIBUANG KE DALAM LONGKANG..
APAKAH INI TIDAK MEMBERI KESAN DI PRU NANTI (?)

Mahathir masih relevan untuk terus bertanya Najib..
Shahrir perlu fikirkan kenapa dia otai dapat 1 juta tapi budak hingusan Maselan 2 juta...
Kipidap...

Najib Perlu Jawab Bagi Pihak Rakyat

Mahathir tolak dakwaan 2'6B adalah derma...

Saolan yang begitu mudah ini akan selesai jika Najib namakan siapa yang memberi derma tersebut.

Jika alasan berputar sekitar penderma tidak mahu dikenali, atau ini rahsia dan peribadi atau apa sahaja alasan diberi hanya menimbulkan persepsi PM pembohong, penipu.

Rakyat berharap Najib dedahkan dan bercakap benar.

Bawalah penderma budiman tersebut atau siapa si bodoh tersebut ke depan untuk diberi penghormatan  membuat pengakuan.

Rakyat nak lihat dan menjadi saksi untuk pertama kalinya Najib jawab Mahathir, jawab dengan kemenangan, jawab secara tamaddun dan intelek. Jawab untuk membuktikan dirinya masih layak dihormati, dipercayai dan masih layak seorang PM.

Jangan sampai segala ayat seperti bangang, haramjadah, jemuan dan bangsat menjadi boomerang..

TERINGAT SATU KESAH DI KAMPONG SAYA...

Sedang solat berjemaah, Pak Imam terkentut dengan bunyi yang kuatnya ditambah dengan kuasa mike, complete dengan bau sampai makmum saf no.4 pun boleh bau.....tapi Pak Imam berdegil jugak tak mau berhenti daripada jadi imam. Yang jadi makmum pulak dah dengar Pak Imam kentut siap hidu bau kentut lagi, tapi masih lagi teruskan ikut Pak Imam sampai habis solat, siap sampai habis wirid dan doa. Setelah selesai, makmum-makmum dok berbual tertanya-tanya sapa yang kentut tadi.
Imam no 2, Tok Bilal dan Tok Siak yang dudok belakang Pak Imam confident memang Pak Imam lah yang kentut tadi, mereka pakat-pakat tanya kat Pak Imam kenapa tak berhenti dan ketepi tadi sebab dah terkentut dan batal solatnya.
Pak Imam tak mengaku dia yang kentut, tapi keesokkan harinya, Imam no 2, Tok Bilal dan Tok Siak di berhentikan dan ditukarkan kepada orang lain.😖

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...