Monday, August 31, 2015

PESERTA BERSIH BERFIKIRAN CETEK...

Itu kata PM tercinta, Najib.

Dr. Mahathir pun termasuk golongan tersebut.

Yang berfikiran hebat semua tak hadir. Najib tak hadir. Zahid tak hadir. Ketua Bahagian tak hadir.

Sudah tentu Bersih tidak memberi kesan pun kepada Najib !!! Masih kekal PM.

Kegagalan Bersih petanda kegagalan penyelesaian politik secara berhemah.
Kegagalan sebelumnya bermula dengan upside down law.
Najib berjaya mengheret parti dan kerajaan dalam isu peribadinya.

Ini sangat merbahaya. Najib lebih bahaya dari DAP. Najib membahayakan orang Melayu jauh lebih bahaya dari DAP !!!

aspanalias.blogspot mungkin relevan.

Himpunan Kotor Baju Merah

SABAK BERNAM: Himpunan satu juta menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diadakan pada Oktober ini untuk mengatasi jumlah peserta perhimpunan Bersih 4.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkata himpunan sejuta orang menyokong Najib itu akan diadakan pada 10 Oktober ini dengan memakai t-shirt merah.

Jamal berkata, beliau sangat yakin dapat mengatasi jumlah peserta yang berkumpul di Dataran Merdeka bagi bersih 4.

“Kami telah memilih 10 Oktober untuk perhimpunan kami. Kami akan berkumpul di Low Yat, Bukti Bintang dan 1 juta ‘Baju Merah’ akan turun bagi menunjukkan sokongan terhadap Najib”, katanya selepas perasmian mesyuarat UMNO bahagiannya.

Jamal baru-baru ini menubuhkan kumpulan Anti Bersih bagi berhadapan dengan peserta Bersih tetapi dibatalkan di saat-saat akkhir selepas dinasihat polis.


Sunday, August 30, 2015

DOA DI HARI KEMERDEKAAN

Demonstrasi rakyat (bukan BERSIH) bukanlah pilihan akhir untuk Najib berundur.

Orang Islam banyak lagi cara, melakukannya dengan aman dan sopan. Kerakusan dan kezaliman lebih mudah digagalkan dengan kelembutan dan kesederhanaan. Apalagi kalau yang mahu ditentang itu mereka yang zalim tetapi sedang dalam ketakutan.

Solat hajat dan doa adalah senjata mukmin. Dalam ketika kita membongkar dan protes terhadap salahlaku penimpin, iringkanlah doa dan munajat.

Doa yang mahu dimakbulkan, tidak ada sesiapapun yang boleh menghalangnya walau sesaat.

Mencukupi satu doa, lebih lebih lagi dari ahli UMNO sendiri, yang diperkenankan untuk mengatasi 3 juta ahli UMNO.

Jika semua perkara akan menjadikan lebih baik. Allah Maha Mengetahui. Turunkanlah Najib pada masa yang sesuai. Perkenankanlah Ya Allah doa dan harapan kami, aamiin.


PENGISIAN KOSONG

58 tahun kemerdekaan kini negara berada pada tahap pengurusan yang integriti bercelaru.

Asas yang dibina dari tangan UMNO mlalui 4 Perdana Menteri mula goyang dengan dua pilihanraya lalu BN hilang dua pertiga majoriti.

Keadaan semakin tidak terkawal kerana kepentingan dan kehendak individu samada Najib atau dan Mahathir mahu di utamakan.

Kedudukan Najib sebagai PM berada pada risiko paling tinggi dan Mahathir sebagai Mantan PM sedikit tercalar integritinya.

Sudah tidak ada jalan pilihan kecuali diteruskan kerana kebenaran akan bercakap sendiri dihujungnya.

Pepatah nasihat dan ingatan kepada anak cucu masih kekal relevan..
BANGKAI GAJAH TIDAK BOLEH TERLINDUNG SEKADAR MENUTUPNYA DENGAN NYIRU...
SEKALI BOHONG, 10 KALI PEMBOHONGAN DIPERLUKAN UNTUK MENUTUP PEMBOHONGAN ITU..


# Pengisian Kosong - yang nak diisipun sudah kosong, kering kontang, jangan rasa mewah jika berhutang dan akhirnya hanya mampu janji mulus-mulus yang sudah tidak boleh dipegang lagi...

Jangan sampai rakyat senyum simpul setiap kali mendengar ahmad maselan dan kawan2nya pemimpin buka mulut...

SETAKAT MANA ANDA PERCAYA...

KEMASKINI:
Bersih 4.0 semalam, ramai cina turun dikatakan racial.
Hari ini ada pertambahan Melayu...

Bersih 3.0 ramai Melayu turun, dikatakan jadi alat dan tunggangan DAP..

Mana satu yang betul ni...



ASAL:
Suka atau tidak, Bersih 4.0 sedang berjalan. Anda tidak suka, ramai yang suka... anda seorang mereka ramai...

Kalau nak tunjukkan cash is king dan anda majoriti. Buatlah satu perhimpunan kotor atau anti bersih.

Ekonomi negara sekarang dikaitkan dengan Najib. Ianya logik kerana segala keputusan Menteri Kewangan turut disokong PM.

Tetapi logikkah negara akan kembali stabil dari segi politik dan ekonomi jika Najib berundur (?)

Nilai Ringgit tidaklah seteruk ini jika Najib berundur (?)

Sejauhmana jaminan Mahathir ada integriti....

A




Saturday, August 29, 2015

Siapa yang perlukan sangat-sangat sokongan Mahathir (?)

Dispin dan dihebohkan kehadiran Tun Dr Mahathir di Bersih 4'0 adalah petanda sokong DAP atau memberi satu kredit kepada DAP.

Hakikatnya UMNO ingin menyembunyikan fakta bahawa mereka sedang lemah hatta di mana sahaja Mahathir berada dan bercakap merupakan satu tamparan.

Kenapa UMNO lemah jika Najib hebat dan kuat (?)
Jomlah sokong ramai-ramai Najib !!
Kenapa ada sokongan berbelah bagi (?)
Apakah kita bersetuju karektor dan sikap kepimpinan Mahathir dan Najib menguruskan negara ada perbezaan (?)

Jika Najib lebih baik kenapa jadi penyokong yang desprade menyalahkan pihak itu dan ini..

Ceritalah ketelusannya Najib..
Amanahnya..
Jujurnya...

Menyalahkan Mahathir tidak menjadikan Najib lebih bagus..

Tidak perlu sokong DAP untuk undurkan Najib kecuali memperkudakannya seketika untuk kesinambungan kuasa Melayu dan UMNO...

Siapa yang lebih perlukan Mahathir (?) UMNO atau DAP ?
Jika UMNO merasakan Mahathir sudah tidak perlu, sudah tidak boleh digunakan lagi, sudah rosak, sudah tidak ada pengaruh kenapa terpekik terlolong atas apa sahaja yang Mahathir lakukan..

Jika Mahathir masih relevan kepada UMNO maka tunjukkanlah sikap yang sepatutnya.












Kehadiran Mahathir berketepatan...

Bersih 4.0 mendapat suntikan semangat dan sokongan dari Tun Dr Mahathir atas kehadirannya.

Kehadiran yang mencerminkan suara rakyat sekarang bukan berasas kepada perkauman tetapi tuntutan keadilan selepas jalan nasihat, teguran, jalan terhormat dan jalan undang-undang diketepikan, dihalang, dilambatkan.

Rasuah secara jelas dihalalkan tanpa segan silu.
Tindakan biadab diambil atas desperate melampau.
Diskriminasi kepada pegawai kerajaan secara kukubesi.

Bersih yang aman menjadikan piha berkuasa terkaku.

Lebih penting Bersih 4.0 yang dipersendakan sebelum ini oleh penyokong Najib kini makan diri dengan strategi Mahathir yang merapatkan diri.

Mereka yang dulunya salah faham dan benci Mahathir, kini sedar - siapa yang sebenarnya merosakan etika dan imej negara.

Spin dibuat menyatakan Mahathir sokong DAP sedangkan hakikatnya Bersih 4.0 turut disertai ahli UMNO dan tujuannya lebih kepada protes terhadap Najib Zahid .....GERAKAN RAKYAT..

Bukan kepalang, ada sesetengah pecacai dan blongang macam terkena histeria, bagai kena penampar jepun melihat Mahathir disambut meriah wira-wira Bersih.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...