Saturday, August 13, 2016

TERIMA KASIH KETUA MENTERI MELAKA

PERKASA desak Duta Amerika atas kenyataan Ketua Menteri Melaka...



Perlu ke Amerika hantar tentera untuk serang Malaysia,  kos ketenteraan yang sangat tinggi. 
Ada cara yang lebih murah dan mudah.... 







BORANG KELUAR PARTI, PERLU SEDIA BANYAK


Dijangka tak ramai yang akan sertai BERSATU, Dijangka tak ramai yang akan istihar keluar parti UMNO...apapun perlulah bersedia kot kot kehabisan borang..

Tun hanya minta kita bersatu, berjuang untuk selamatkan Malaysia dari mereka mereka yang sudah dikenalpasti dan dinamakan.

Susah sangat ke nak bersatu (?) bukan untuk Tun,  untuk diri sendiri,  bangsa dan negara.



# Ramai dah yang keluar parti sebelum ini...
Yang dah mati tapi nama masih tersenarai..
Yang tak datang mesyuarat agung dah berbelas kali...
Yang dah masuk PKR,  PAN, PAN, DAP, PAS dan atas pagar...
Yang tak undi BN sejak zaman Paklah....
Dan kali ini...
Yang tak akan sokong Najib, bukan seorang,  bukan sekeluarga tapi satu kampong dan keturunan...

Jangan percaya tapi boleh cuba...




Friday, August 12, 2016

UNDURKAN NAJIB SUDAH JADI TANGGUNGJAWAB DAN MASALAH DALAMAN UMNO.

Cabaran untuk menurunkan Najib melalui proses demokrasi seperti yang dicanang oleh pecacais dan pemimpin umno hendaklah dibuktikan dengan meluluskan pendaftaran BERSATU tanpa syarat dan bantahan bodoh.

Tidak ada perkataan,  lambang atau logo milik peribadi sekiranya tidak didaftarkan sebagai hak dan harta intelek secara sah.

Umno harus tunjuk sikit berani walaupun takut untuk berdepan satu lawan satu antara umno dan BERSATU.
PRU wajar diadakan lebih awal dan secepat mungkin bagi mengekang pengaruh BERSATU dari menjadi logik dan berkembang.

Desakan Najib undur kini menjadi tanggungjawab ahli umno.  Nasib parti umno ditentukan oleh mereka sendiri. Menewaskan umno sudah menjadi kewajipan pembangkang.

Samada pembangkang bersendirian halatuju atau bersatu, tekad mereka tetap sama, tumbangkan umno dan tidak ada sebab untuk gagal kerana najib kini menjadi "faktor" dan liabiliti untuk umno tewas.

Apa yang Tun Mahathir sarankan adalah BERSATU,  tidak ada sebab untuk tidak bersetuju.
Tidak menyertai parti itu atas sebab sebab keselamatan tidak menghalang sokongan berterusan.

MUKHRIZ DIASAK

Aku tidaklah minat sangat dengan gaya dan aura politik Mukhriz.
Kurang karisma.

Lembut dan bersahaja. Tak tahu samada dia faham atau tidak sesuatu perkara.

Dalam lembut, Mukhriz pernah bangangkan seseorang sehingga orang itu naik angin dan hasilnya dia dipecat.

Semua itu logiknya Mukhriz mustahil mampu jadi PM.

Mukhriz juga tidak pernah menunjukkan kuasa ketika bapanya menjadi PM walaupun sejarah ada mengukir, menantu naik tocang ketika bapa mertua jadi PM.

Tidak ada istimewanya Mukhriz sebagai politician tetapi "bersih dan sucinya" dari skandal merupakan senjata.

Dan senjata itulah yang menyebabkan musuh menjadi panik kerana tidak sekepala.

Mereka sedang mencipta pelbagai fitnah dan tohmahan lain untuk memburukannya. Secara bangang mereka cuba paksa rakyat untuk percaya.


UMNO JOHOR MULA BIMBANG

SURAT TERBUKA
12 Aug 2016
Dr Mahathir Mohamad

http://chedet.cc/?p=2213

Kepada Rakyat Malaysia,

Kami adalah tujuh orang pengasas penubuhan sebuah parti politik baru.

Jawatan-jawatan kami adalah sementara. Apabila parti sudah tertubuh, perwakilan akan pilih pemimpin.

Sementara menunggu kebenaran dari Pendaftaran Pertubuhan, izinkan kami jelaskan kenapa parti ini ditubuh sekarang.

Malaysia setelah Merdeka berjaya dibangun oleh rakyat Malaysia dan wakil mereka sehingga terkenal sebagai satu-satunya negara merdeka yang tinggi pembangunannya.

Banyaklah negara-negara dunia ketiga yang anggap Malaysia sebagai negara contoh. Dimana-mana orang Malaysia pergi, mereka dihormati kerana kejayaan pentadbiran dan pembangunan negara mereka.

Tetapi sekarang kita terkenal sebagai sebuah negara dimana rasuah amat tinggi dengan Menteri Kewangan yang terburuk sekali.

Kita juga mempunyai seorang Perdana Menteri yang sedang disiasat kerana besar kemungkinan terlibat dengan money laundering (pembersihan duit haram) berbilion dollar Amerika.

Syarikat 1MDB kehilangan berbilion Ringgit. Di masa yang sama Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib mempunyai 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya.

Click Here
Hutang Negara meningkat berbilion Ringgit.

Walaupun belanjawan negara ternampak tinggi tetapi kementerian-kementerian, institusi dan agensi Kerajaan diarah kurangkan perbelanjaan sehingga 30 peratus.

Sementara itu kos sara hidup meningkat tinggi kerana cukai GST, kenaikan cukai tanah, pengurangan subsidi minyak dan penarikan balik status bebas cukai Langkawi dan Labuan.

Demokrasi dan pemerintahan mengikut undang-undang sudah tidak ada lagi. Pegawai ditukar dan diganti dengan pegawai yang setia kepada Najib supaya sanggup melakukan perkara yang salah apabila diarah.

Jenayah dalam Kerajaan dirahsiakan. Yang mendedah jenayah disoal, ditangkap, dipenjara dan dihadapkan ke mahkamah.

Sesungguhnya keadaan dalam negara dan imej di luar negara amatlah buruk. Di luar negara rakyat malu mengaku sebagai orang Malaysia. Tidak ternampak sebarang usaha untuk menghentikan jenayah dan memulih keadaan. Yang ditekankan ialah kesetiaan kepada Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri.

Dan banyaklah lagi keburukan yang dibawa oleh Najib kepada negara tercinta ini.

Kami pengasas parti baru berpendapat masa sudah tiba untuk rakyat menyelamatkan negara ini. Jika tidak segala-gala yang kita nikmati akan hancur-lebur dan kita dan anak cucu kita akan kembali menderita kemiskinan tanpa maruah.

Parti yang kami tubuh ini bertujuan menjadi alat kepada rakyat yang benar-benar cintakan negara yang bertuah ini.


http://www.sinarharian.com.my/politik/umno-johor-diminta-senaraikan-ahli-taja-parti-baharu-1.551528

Hasrat kami ialah untuk berkhidmat memulih semula rakyat dan negara.

Demokrasi dan pemerintahan berasas undang-undang akan kami kembalikan.

Segala kelemahan yang boleh disalahguna oleh pemimpin yang dipilih akan dihapuskan.

Pengurusan kewangan akan tertakluk kepada undang-undang dan aturan-peraturan baru supaya Perdana Menteri atau menteri-menteri tidak boleh sembunyi sebarang perbelanjaan. Ketelusan dalam semua urusan akan diamalkan.

Didikan dan latihan secara besar-besaran akan diberi kepada semua rakyat dari semua kaum supaya mereka dapat bekerja dengan pendapatan yang setimpal dengan hasil kerja mereka.

Yang termiskin dan kurang upaya akan dibantu dengan mencukupi.

Biasiswa untuk pelajaran sehingga ke peringkat yang tertinggi akan diadakan bagi semua mengikut keperluan mereka.

Kami percaya kami berpengalaman dan memiliki banyak idea untuk pemulihan ekonomi dan politik negara yang kami akan jelaskan dari masa ke semasa.

Oleh itu sertailah parti kami demi kesejahteraan kehidupan kita semua.


Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...