Monday, February 27, 2017

KENAPA ZAHID HAMIDI SAHAJA MAKIN TIDAK RELEVAN



Ketika semua pembesar dan orang kaya kaya umno optimis rakyat menyokong BN dan kembali meraih ²/³ majoriti di PRU, malangnya Zahid pula bersaorangan memberi pandangan yang membimbangkan. 

Adalah wajar Salleh Keruak atau Nazri mengingatkan Zahid supaya tidak menjadi duri dalam daging seolah mempertikai kemampuan Najib untuk MENANG.

Bukankah isu 1MDB telah selesai (?)
2.6 b masuk akaun najib pun dah selesai juga dengan kunjungan raja arab saudi (?)
DOJ pun dah diam (?)
Negara yang pembangkang kata muflis pun belum lagi muflis (?)
GST pun dah berjaya turunkan harga barang seperti kata Ahmad Maslan(?)
Harga petrol menjunam turun hingga ke tahap hampirpercuma (?)
Bangsa Johor pun dah mula benci Mahathir (?)

Apalagi lah agaknya Zahid bimbangkan.. 

Zahid seharusnya belajar dengan pecacai 6.3% bagaimana untuk menipu diri sendiri dan terus bercakap sombong dan angkuh. 



Sunday, February 26, 2017

OTAI REFORMASI MASIH EMO, BELUM MATANG MATANG BERPOLITIK..



Tidak dapat di elak kan untuk blog ini daripada  menyentuh Konvensyen Reformasi 2017 yang hangat diperkatakan kerana Tun Dr Mahathir ditolak secara kasar oleh sebahagian peserta.

Mungkin Tun tidak menjangka sebegitu buruk layanan fizikal yang diterimanya ketika hadir tanpa dijemput.

Tetapi mengetahui dari awal kumpulan tersebut memang masih berdendam dan marah kepadanya,  langkah Tun hadir sangat tepat kerana adalah lebih baik dia berhadapan dengan situasi sebenar daripada mengelak dan berpura pura semuanya akan okay.

Keakraban semula Tun dengan Anwar sejak kebelakangan ini sekadar menunjukan bahawa sikap dan perangai otai otai reformasi berkenaan lebih sudu dari kuah,  emo desperado terperasan hebat.

Kehadiran Tun mengesahkan lagi keazamannya untuk memastikan umno tidak mampu lagi menang di PRU kerana Tun telah pun menjinak kan hampir semua musuh musuhnya satu demi satu.

Kalau mahu dilihat kembali, ejekan dan kutukan segelintir peserta reformasi tersebut masih lagi dianggap biasa dan ringan jika dibandingkan sikap biadap ahli dan pemimpin umno sendiri mengutuk,  memburuk, menghina, memfitnah,  melabel dan menarik balik segala keistimewaanya selaku mantan PM.

Adalah tidak penting siapa Tun di kacamata manusia dan bukan penting pun jika itu pandangan pendedak kerana perjuangan Tun lebih kepada kepentingan menjaga alam kubur dalam istilah perjuangannya.

Lebih lebih lagi semua mereka yang sering mengkritik keras ke atasnya termasuk yang bermotor besar mewah bukanlah golongan yang banyak pun pengaruh atau jasa kepada ugama, bangsa dan negara.







BERSATU KECEK TAK LEPAS, UMNO PUN MUNGKIN MELOPONG

Dalam ketika pecacai nak jentik PAS pun tak berani. 

Dalam masa umno selangor merayu bekerjasama dengan PAS  di Selangor. 

Di saat umno sangat mengharap PAS tidak bekerjasama dengan BERSATU.

Tiba tiba Ku Li kata umno ada peluang rampas kelantan dari PAS. 




Ini kali PAS berhajat nak peluk gunung,  makan keliling. 




Saturday, February 25, 2017

SAKI BAKI PEMIMPIN HAMPEH


Mana nas dan petikan hadith yang dia ni ambik untuk meringankan rasuah dari lain lain dosa besar. 

Bagaimana pula yang menentang rasuah,  apakah mereka itu lebih hina dari yang berjudi dan berzina hingga tidak boleh bekerjasama. 

# Apakah ini proses menghalalkan 90 juta (????)

Friday, February 24, 2017

PAS PATUT TERIMA RAYUAN UMNO SELANGOR..

Dah tahap merayu tu..
PAS patut pertimbangkan!

PEMUDA UMNO DISERGAH

Dengar khabar Syed Saddiq Ketua ARMADA BERSATU menyahut cabaran dari Pemuda umno untuk berdebat.

Cabarannya kepada Ketua Pemuda hinggalah ke tukang bancuh air Pemuda umno untuk berdebat dengannya.

Percayalah Kj dan Azwan Bro memang takkan hulur kepala untuk dipancung.

Kalau ada,  acah acah monyet je di peringkat awal lepas tu 1001 alasan mengelak.

Satu saolan yang mungkin Syed Saddiq tidak patut lupa untuk bertanya, apa benar Kj pernah menghantar surat letak jawatan(?)



# Tidak ada keikhlasan Pemuda umno mencabar Syed Saddiq berdebat atas tajuk titah ucapan Sultan Johor kerana debat itu pasti dibatalkan oleh PDRM seperti terjadi pada N2H.

Cabaran terbaru Syed Saddiq supaya tajuk rakyat jadi pilihan mana mungkin ada yang berani.





Thursday, February 23, 2017

TG Nik Aziz pernah berkata "50tahun PAS cuba nak teggelam kan UMNO. Apabila UMMO hampir lemas pasal apa nak selamatkan pula".

Saolan dan jawapannya bukan kepada BERSATU, PKR atau DAP.

AMANAH telah memberi jawapan untuk meneruskan perjuangan Nik Aziz.




Apakah ahli dan pemimpin PAS sekarang menganggap perjuangan pemimpin mereka terdahulu sekadar wayang, kejar populariti dan publisiti murahan !!!

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...