Tapi amat malang dan sedihnya pengorbanan anda semua jika hari ini ada yang mudah mengkhianatinya sekadar melayan nafsu.
Terima kasih perwiraku.
• Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) - Merupakan Rejimen Yang Tertua Yang Dianggotai Sepenuhnya Oleh Anak Watan Melayu. Moto Bagi Rejimen Ini Adalah "Taat Setia".
• Rejimen Renjer Diraja (RRD) - Merupakan Rejimen Yang Dianggotai Oleh Berbagai Kaum. Moto Bagi Rejimen Ini "Agi Idup Agi Ngelaban".
• Rejimen Semboyan Diraja (RSD) - Sistem Komunikasi Elektronik Persuratan Dan Komputerisasi Dalam Tentera Darat Adalah Tanggungjawab Rejimen Ini.
• Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) - Rejimen Ini Membantu Dalam Semua Fasa Peperangan Menggunakan Alat-Alatan Kejuruteraan Canggih Dan Terkini.
• Rejimen Artileri Diraja (RAD) - Rejimen Ini Mampu Memberi Tembakan Bantuan Dan Senjata Jenis Meriam. Mahir Dalam Bidang Elektronik, Radar Dan Komputerisasi Dalam Mengesan Dan Memusnahkan Pergerakan Musuh Di Udara Dan Darat.
• Rejimen Gerak Khas (RGK) - Pasukan Elit Tentera Darat Yang Dilatih Untuk Berbagai Tugas Khas Menggunakan Pelbagai Peralatan. Rejimen Boleh Digerakkan Melalui Darat, Laut Dan Udara.
• Kor Armor Diraja (KAD) - Beroperasi Menggunakan Kereta Perisai/Kebal.
• Kor Perkhidmatan Am (KPA) - Mahir Dalam Bidang Perkeranian, Kewangan, Pendidikan Dan Perhubungan Raya, Mereka Dilatih Di Institut Awam/Kerajaan Yang Diiktiraf.
• Kor Kesihatan Diraja (KKD) - Bertanggungjawab Ke Atas Hal-Hal Kesihatan Dan Pergigian Anggota Tentera.
• Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) - Bertugas Sebagai Polis Tentera Dan Bertanggungjawab Menguatkuasa Peraturan Ketenteraan.
• Kor Risik Diraja (KRD) - Tugas Perisikan, Geraksaraf Dan Keselamatan Maklumat Dan Material Menjadi Tugas Utama Kor Ini.
• Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) - Menyediakan Bantuan Logistik Dari Segi Kenderaan, Minyak, Makanan, Sajian, Pengangkutan Udara dan Lain-Lain Bantuan Logistik.
• Kor Ordnans Diraja (KOD) - Membekalkan Segala Kelengkapan Peluru, Pakaian, Dan Peralatan-Peralatan Lain.
• Kor Jurutera Letrik Dan Jentera Diraja (KJLJD) - Kor Ini Membaikpulih Semua Jenis Kenderaan, Peralatan, Jentera Dan Persenjataan.
• Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) - Kor Ini Bertanggungjawab Menerapkan Nilai Islam Serta Penghayatannya Dalam Semua Bidang Dan Peringkat Ketenteraan.
• Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) - Ditubuhkan Kerana Tentera Darat Perlu Berdikari Dalam Kekuatan Udaranya Sendiri Sama Ada Untuk Keperluan Tempur Atau Memusnahkan Musuh.
Brig Jen bersara bantah eksploitasi politik tentera veteran:
http://babe.news/ms-my/read/309500