Monday, March 20, 2017

MAKIN KE LAUT MAMAT NI MENJAWAB


Suka-suka atau duka-duka, jawapan itu bukan penting untuk orang luar dari PAS,  sememangnya mereka memberi pandangan yang negatif. 

Takkanlah pula pemberitaan tentang dirinya yang kalah sebagai fitnah (?) Bukankah benar dia mendapat undi sangat sedikit (?)

Tetapi penjelasan kepada akar umbi PAS itu yang sangat penting jika mahu jadi pemimpin mereka.
 Apa standard jawapan macam tu (?)
 Makin tolol lah 37 orang yang mengundi Nik Abduh dalam perebutannya sebagai Timbalan Yang Di Pertua PAS Pengkalan Chepa. 

Memang ada potensi Nik Abduh tidak dicalonkan dalam PRU akan datang jika PAS mengharapkan kemenangan darinya,  tetapi jika mahu diumpan sebagai calon yang kalah 3 penjuru,  memang nik abduh calon mangsa yang paling tepat. 



Sunday, March 19, 2017

MAHATHIR DAH BUAT, HADI dan NAJIB BILA (?)

Tun Dr Mahathir telah mengumumkan akan bersama dengan Pakatan Harapan dengan beberapa cadangan pembaikan yang dianggap strategi terbaik. 

Beranikah Hadi dan PAS secara terbuka umumkan bekerjasama dengan umno di PRU akan datang dan
apa pula terma dan syaratnya. 

# Hadi telah umumkan kerjasama dengan BERSATU diberhentikan. 







   
      

JANGAN FITNAH WALAUPUN PADA KAPIR DENGAN NIAT YANG LEBIH JAHAT










Ada segelintir yang kurang senang mungkin melihat 10 ahli BERSATU berganding bahu dengan 1 DAP.



Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi.

AJK PPBM Segambut bersama YB Segambut Lim Lip Eng melawat pejabat baru Bersatu Bahagian Segambut & Pakatan Harapan. 

Sempat juga beramah mesra bersama masyarakat di Kampung Sungai Penchala, Segambut.




Bila Selangor di tangan PKR (Melayu)  bergabung dengan PAS (Melayu)  apa yang umno buat (?)
Di godak godaknya supaya PAS tarik diri dari PKR dan politik Selangor tidak stabil.  Tujuannya apa (?)

Orang yang sama kemudian memfitnah DAP itu lebih merbahaya dari mereka (umno)  sendiri. 

Orang Melayu bersama DAP samada sebagai kawan dan lebih banyak sebagai lawan bukanlah perkara baru.  Kepimpinan Melayu dalam Pakatan Harapan dan BERSATU cukup banyak pengalaman untuk berurusan dengan DAP. 

Saturday, March 18, 2017

"AYAM TAMBATAN UMNO" KALAH TERUK



Mana mana kawasan pun bertanding di PRU,  tiga penjuru,  Nik Abduh memang digulaikan puak AMANAH.. 

PILIHANRAYA DAH NAK SAMPAI, MENTERI MASIH PENING

Cerita 1MDB baru separuh,  yang separuh lagi mana (?)





Posisi Menteri Kewangan Kedua memerlukan pemimpin yang lasak,  kalis stress, pandai simpan rahsia,  pandai tambah cerita seperti Zahid,  Kj dan Hishamuddin.
Turut boleh dipertimbangkan seperti Salleh Keruak,   Azalina dan Shahrir. 

Nazri sudah terkeluar dari kelayakan. 

Friday, March 17, 2017

MENUMPANG KASIH KERAJAAN SELANGOR

*DERMASISWA KERAJAAN SELANGOR*

 Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera

YB Tuan / YB Puan / Tuan / Puan,


Adalah dengan hormat dan takzimnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Untuk makluman, YAB Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali telah mengumumkan penawaran Dermasiswa Yuran Pengajian Percuma Tahun Asas UNISEL dalam Persidangan Penggal Keempat Sidang Dewan Negeri Selangor Tahun 2016.

Sehubungan dengan itu, pihak UNISEL ingin menawarkan  Skim Dermasiswa Pengajian Percuma Tahun Asas UNISEL kepada semua warga DUN dan Parlimen yang layak. Ini adalah satu usaha untuk merakyat dan mendemokrasikan pendidikan di negeri Selangor ini. Usaha ini juga adalah selaras dengan usaha UNISEL dalam meneraju transformasinya serta membuka ruang kepada anak-anak Selangor dan Malaysia menyambung kembara ilmu mereka.

4.         Oleh yang demikian, kami sangat berbesar hati sekiranya YB Tuan / YB Puan / Tuan / Puan dapat menyebarluaskan serta menawarkan skim ini di kawasan YB Tuan / YB Puan / Tuan / Puan. Sebarang pertanyaan dan urusan berkaitan serahan nama penerima  / pemohon Dermasiswa mohon hubungi 03-3280 6040 (En Mohd Nor Hafizan) dan En Rizal Arbain di talian 012-3640239. Bersama ini dilampirkan maklumat lanjut berkaitan skim Dermasiswa berkenaan.

5.         Kerjasama dan bantuan YB Tuan / YB Puan / Tuan / Puan sangat-sangat kami sanjung tinggi dalam usaha merakyatkan pendidikan tinggi di negeri Selangor ini.

Sekian, terima kasih.



.............................
Pejabat Dekan
Pusat Pembangunan Pengajian Asasi (CDFS)
Universiti Selangor
03 32805120 / 03 55223499

Catatan : 

Terbuka pada *semua rakyat Malaysia*, bukan Selangor shj.
☆Tiada had pendapatan ibu bapa.
☆Buat masa ini tiada had umur pelajar ditetapkan.
☆Tiada had kuota bilangan pelajar.


PEMBANGKANG MASIH ADA MASA SUSUN STRATEGI KETIKA UMNO MASIH RAGU RAGU KEKUATANNYA

Persekitaran dan suasana pilihanraya masih jauh. 


BELUM KETARA TANDA TANDA HAMPIRNYA PILIHAN RAYA:

1. Akan munculnya makhluk yg datang nya 4 tahun sekali di tempat-tempat awam seperti dipasar borong, pasar malam dan ada yanh datang kerumah rumah.

2. Menteri-menteri mula  menanggalkan baju kot dan mula menunjukkan muka masing-maxing  di kawasan pendalaman dan ada yg memikul kampit beras dan hamper.

3. Jalan-jalan kampung yang pantang berlopak mula diturap dengan tar.

4. Upacara pecah tanah disana sini utk pembinaan bangunan srperti klinik, hospital dan sekolah.

5. Bantuan beras sekampit, gula 2kg, kain pelikat dan susu 2 tin kpd orang-orang kampong.

6. Menteri Menteri akan menyuapkan makanan kepada orang-orang tua atau orang kurang upaya lalu disebarkan meluas didada akhbar.

7. Harga minyak akan kerap diturunkan mungkin 5 sen seminggu setiap liter

8 Menteri-Menteri akan tebar roti canai di gerai-gerai di sana sini.

9. Menteri akan rajin asah sabit cuci longkang , noreh getah kait kelapa sawit.

10. Tetiba sahaja setiap kali kita makan di gerai atau warong x payah bayor, selalu je ada si polan bin si polan tukang bayar

11. Aircond kereta rosak x baiki, cermin  kete sentiasa dbuka utk melambai tangan, mesra rakyat. 

12. Longkang tersumbat di perumahan rakyat dah 17 kali wakil rakyat datang melawat dalam tempoh tiga minggu. 


Begitu juga ungkapan ungkapan popular dah mula kedengaran tetapi belum bertalu talu,  kalau siang malam disebut hingga ke kutbah Jumaat,  petanda terlalu dekat sangat. 

Usah gadaikan negara semata ingin bertukar.

Beri peluang kami perbetulkan masalah untuk tempoh 5 tahun lagi.

DAP cuba rampas hak keistimewaan melayu.

Pembangkang cuba hapuskan sistem Raja Berpelembagaan.

Pembangkang cuba hapuskan Islam di Malaysia.

Pemimpin Melayu akan jadi boneka DAP. 

TunbDr Mahathir masih gila kuasa. 



life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...