Tuesday, May 16, 2017

PAS KENA BELAJAR DENGAN PKR


PKR arah semua lantikan politik oleh kerajaan Negeri di Kelantan melepaskan jawatan masing-masing.

Mungkin lantikannya kecil dan tidak seberapa tetapi cukup untuk menghormati keputusan MSU.

Ketika Hadi ibaratkan Pakatan Harapan dan umno sebagai biawak,  Hadi kena periksa sendiri kepimpinan  lidahnya juga,  kot kot bercabang..

Monday, May 15, 2017

HARAM MENGUNDI MEREKA YANG MENGHINA ISLAM - PERKASA



# aku setuju sangat..  Tidak kira apa parti
Termasuk juga yang memperalat Islam untuk survival politik.. 
Termasuk yang tidak amanah.. Samada SPRM cekup ataupun tidak.. 

Sunday, May 14, 2017

PAS MAMPU MENANG LEBIH KERUSI DENGAN BANTUAN UMNO

Sejak najib istiharkan masa bertahan sudah berakhir, masa menyerang balas perlu bermula ke atas pembangkang.. Ada nampak! 

Apa perasan ke serangan? 
Kalau di tv3 semalam,  aku terkemalangan menonton,  serangan kepada Tun memang masih diteruskan.. 
Jika sampai ke hari ini pun,  serangan masih berterusan,  apakah serangan sebelum ini belum cukup,  atau belum cukup berkesan? 

Ikhlas kah penyampai dan wartawan berita itu memburuk burukan Mahathir,  alau lain dibibir lain dihati.. 

Serang pembangkang?  Apa isu nak serang?  Pembangkang punya isu 10, sendiri punya isu 100 !!!

Apa yang lebih ketara bukan serangan tetapi pengumuman demi pengumuman tentang projek pembangunan yang bagus bagus belaka !!!

Itulah tindakan yang kerajaan terpaksa dan terfikir untuk lakukan apabila negara mempunyai pembangkang berkesan yang selalu ingatkan kerajaan untuk faedah rakyat. 
Kerajaan dan pembangkang memainkan peranan yang sama penting untuk rakyat dan negara. 

Cuma tinggal lagi isu skandal kelepek duit rakyat belum terjawab sepenuhnya dan dikaitkan dengan kos saraan hidup yang tinggi, kos pendidikan yang tinggi,  kekurangan pekerjaan yang sesuai dan isu keselamatan,  pendatang asing. 

Semua gambaran indah dari mulut kerajaan sekarang sebahagiannya untuk pancing undi pilihanraya, pergerakan politik kerjasama umno pas juga memberi kesan yang baik kepada Barisan Nasional. 

Siapa yang paling besar buat silap adalah isu utama modal pilihanraya memandangkan semua parti pembangkang dan kerajaan belum bersedia sepenuhnya. 
Masih ada lagi kerja kerja SPR yang belum sempurna dan umno sendiri belum menubuhkan bilik gerakan pilihanraya setiap cawangan. 

Kerjasama umno pas jika terbentuk dengan baik seluruh negara.. Akan berakhirlah kisah dan sejarah BERSATU,  PKR dan AMANAH, berkubur. 

Saturday, May 13, 2017

POLITIK MATANG PAS DIPERSENDA..

Sikap umno Selangor tidak selari dengan Ku Nan dan Najib yang mengalu ngalukan persefahaman dengan PAS.
Tidak mungkin juga sikap ini tanpa restu Presiden..
Atau sekadar umno Selangor gelojoh untuk melihat kerajaan negeri bergolak..






Belum sempat bernafas, Azmin pula bertindak...  






Friday, May 12, 2017

PAS TELAH BERJAYA TARBIYAHKAN UMNO

Islam itu amalan dan taqwa.. 
Milik siapa? 
Setiap orang yang beriman.. 
Beriman itu apa.. 
Ikut perintah dan jauhi larangan Allah.. 

Fasik (?)




Berkawan dengan PAS tak sampai setahun,  umno telah  tingkatkan dirinya setaraf dengan pas.  Umno juga tidak lokek mencurahkan segala ilmu yang mereka ada kepada pas terutama dalam soal ekonomi. 
Mungkinkah selepas ini umno akan ada MSUU selari dengan MSUP. 

Kejayaan PAS tarbiyahkan umno dan umno sekolahkan PAS harus diterjemahkan dalam pilihanraya.  Sewajarnya mereka berganding bahu,  tidak berlawan sesama sendiri,  label melabel,  tuduh menuduh.  
Pemimpin PAS dan umno kena tunjuk akhlak orang Islam bukan sekadar kata kata. 

Menjadi tanggungjawab PAS dan umno untuk memadamkan tanggapan dunia bahawa Malaysia adalah kerajaan kelepektasi, sekaligus dapat menutup mulut pembangkang. 



Wednesday, May 10, 2017

AKHIRNYA CALON PM DARI PAKATAN DIDEDAHKAN..






Zaid ibrahim kata,  Mahathir masih layak sebagai PM kalau dia mahu.. 

Saifuddin Nasution sahkan lagi bahawa calon PM dari Pakatan akan lebih baik dari Najib...
Pengakuan ini cukup melegakan dan sewajarnya yang mempertikaikanya sebelum ini turut berpuashati... 
Bukankah negara memerlukan PM yang lebih bestari.. Takkan ada pula yang tak setuju..


# Tanpa mahu menyebut nama,  aku rasa tidak kurang 10 nama pemimpin dari Pembangkang yang layak sebagai calon PM dan yang penting mereka lebih baik dari Najib.. 
Tidak perlu ditonjolkan apa kelebihan mereka tetapi track rekod kesemua mereka ini tidak bijak kelepek duit rakyat.. 

# Kalau aku diminta beri cadangan calon PM,  tentulah aku pilih Rafizi. 


life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...