Saturday, May 27, 2017

Friday, May 26, 2017

TULIS BUKU DAP BAHAYA, SELESAIKAH MASALAH MELAYU DAN ISLAM (?)

Ramadhan Pertama


Nak tanya sikit,  di mana patriotiknya  negara ini diuruskan oleh umno dengan cara kekal,

pertahankan dan tingkatkan kepentingan Melayu dan Islam.
(Jawab dengan hujah,  bagi fakta sikit.)


Bukan sahaja cara baru,  pendekatan baru tetapi jiwa baru Melayu dan Islam pun tidak kelihatan,  masih ditakok lama,  sekadar mewarisi apa yang sudah dilakukan terdahulu.
(Tak payah sebut le kalau benda tu hanya ditokok tambah dari apa yang pernah dibuat sebelum ini) 

Peluk pak arab walau 7 kali dalam masa sebulan pun  bukan tanda Islamik.. 


Cukup ke riuh rendah RUU355 yang sekadar dapat dibentang menjadi kebanggaan (?) dan cukup ke sekadar tulis buku, DAP Bahaya dapat mempertingkatkan Melayu dan Islam.. 


Setakat tu saja ke (?)
Jangan emo,  cer citer dengan fakta.. 




# Sewajarnya DAP mengambil tindakan undang2 terhadap penulis dan puak2 tertentu.. 
Bagaimana nanti kalaulah seorang cina tulis pula buku BAHAYA UMNO DAN LOBAI? 

Kenapa sesuatu yang menggugat perpaduan dan isu perkauman lagi sensitif seolah sengaja dibenarkan, apa motif? 

Thursday, May 25, 2017

ANDA TANYA #NAJIB JAWAB# ELOK BUAT

Bukan sahaja pada bulan Ramadhan, tetapi setiap bulan,  setiap tahun dan selama hayat dikandung badan kena buat benda baik yang disuruh Allah dan tinggalkan segala kemungkaran. 

Kalau bahasa ayat tersebut di arabkan sikit baru nampak Islamik,  begitulah kita dikelirukan oleh sesetengah pihak sedangkan maksudnya sama.. 

Berbalik kepada keutamaan Ramadhan, tetap tidak dapat menghalang cakap dan politik berterusan malah kemungkinan lebih hebat lagi. 

Antara perkara mengelakan fitnah berterusan terhadap PM tercinta dan kerajaan adalah mengadakan dialog terbuka secara langsung, telus dan santai antara rakyat dengan PM dan Menteri. 


Seharusnya pemimpin pembangkang terutama yang bukan ahli parlimen,  ngo dan individu turut dijemput hadir untuk berdialog dalam keadaan sopan dan terkawal.  Sudah tentu majlis ini perlukan moderator team yang tested dan berpengalaman. 

Ala rosyam nor,  ala mat over,  ala david teoh wajar ditiadakan. 

Jika keberanian dan keterbukaan ini dapat dilaksanakan,  sudah tentu kerajaan dapat menangkis banyak perkara.  Kesilapan dan kelemahan kerajaan memang ujud tetapi berlapang dada lah dengan teguran rakyat selari dengan pemimpin tahu semua,  betul semua sudah berakhir. 

Jika sekadar cakap sehala,  bantai pembangkang,  bantai Tun - rakyat dah bosan. Rakyat nak lihat persembahan dan pendekatan baru. 

Ini cakap hari Junaat. 



Wednesday, May 24, 2017

BUATLAH SIKIT KEJUTAN PADA CALON PM PAKATAN HARAPAN.. NAMA NAMA SEPERTI ANWAR, MAHATHIR DAN MUHYIDDIN SUDAH STEREOTYPE WALAUPUN LEBIH BAIK DARI NAJIB

Apabila Anwar di"sepanduk"kan PM7 di Kongress PKR,  nyata ia hanya strategi dan psikolohi politik untuk memastikan mereka yang suka dan setia pada Anwar terus menyokong  PKR berketuakan Wan Azizah dan Azmin. 

"Anwar" jadi penyejuk kepada yang tidak sebulu sesama mereka atas nama semuanya kroni Anwar. 

Setiap parti tentu ingin mencalonkan pemimpin masing masing bagi menerajui selamatkan negara dan seterusnya memajukan negara dan mensejahterakan rakyat. Banyak halatuju dan polisi negara sekarang perlu diperbetulkan. 

Setiap calon berkelayakan dan perlu dihormati. Tidak ada yang tidak bersetuju tetapi permuafakatan akan menghasilkan yang terbaik. 

Sudah tentu Anwar tidak mungkin PM7 cuma keberangkalian PM8 atau seterusnya. Tun Mahathir tidaklah gagal matematik untuk meng"ia"kan dan dipersenda kemudiannya kalau turut mengangkat sepanduk.

Psikologinya yang tidak menyokong atau tidak suka Anwar akan terus sokong BERSATU kerana pendirian yang berkecuali. 

Jadi,  PM7 masih lagi kosong...  Kekosongan menjadikan parti lawan masih kebingungan untuk menyusun strategi menyerang pemimpin yang dinamakan. 

Kenapa tidak Shafie Apdal dinamakan (?)
Keluar dari tradisi dan kotak pemikiran biasa.. 



LOBAI MINTA MAHATHIR TAUBAT..

Lobai politik dia langgar semacam je untuk mengingatkan pihak lain, angkuh dan sombong, di mana ciri ciri kutbah..  (?)


Please excuse me.


# Besok Jumaat,  aku cadangkan lobai tersebut berehat sekejap dari minda politik,  fokus bagaimana corak dan isi kutbah disampaikan secara indah.


Tuesday, May 23, 2017

PEMBANGKANG BERGOLAK, BERGELORA RIBUT TAUFAN PUN BN TETAP AKAN TUMBANG..



Pemimpin dan parti politik pembangkang mungkin belum ada kata sepakat dalam beberapa perkara tetapi matlamat mereka sama, tewaskan umno di PRU. 
BN bukan sahaja berhadapan dengan pembangkang tetapi berhadapan dengan rakyat yang sudah celik politik,  inilah cabaran sebenar,  lebih lebih lagi majoriti rakyat sudahpun mempunyai pendirian dan keputusan. 

BN mungkin nampak stabil tapi setakat mana pemimpin mereka ada integriti,  dah lama rakyat perhatikan.. 





ISU PM TAK SAMPAI PECAH BELAH

Isu siapa PM dari Pakatan Harapan merupakan subjektif dan seperti yang diketahui umum bilangannya mencukupi dan sesuai kerana kelayakan asas ciri seorang Melayu dan Islam dan lebih baik dari Najib memang ada. 


Ia tidak akan sampai kepada perpecahan kerana masing masing masih pegang kepada prinsip Najib mesti diundurkan dengan cara umno perlu ditewaskan melalui pilihanraya. 

Yang perlu diperhalusi adalah kesepakatan,  konsensus dan diumumkan secara bersama.  Yang lebih perli dititik berat adalah pembahagian kerusi dan strategi tangani 3 penjuru. 

Setiap parti sudah pasti mencalonkan pemimpin masing masing sebagai tanda commitment dan ianya bukan isu atau pelik.  Hatta PAS pun secara logiknya akan mencalonkan Hadi sebagai PM jika dapat menguasai kerajaan yang mahu dibentuk. 

Hatta jika PAS menang besar,  mana mana pihak pun perlu menerima dan menghormati. 

Soal mengadu domba menimbul syak wasangka dengan matlamat pecah belah dan sanggup menyediakan umpan besar memanglah kepakaran di pihak sana yang paniknya bukan alang kepalang. 

Acahan PKR dengan menamakan Anwar sebagai PM7 pun dah menggoncang!!!  Tu sebab spin lum habis habis sampai sekarang.. 

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...